Nusantara77 Publish time 3-9-2015 12:18 PM

Hati-hati produk kecantikan buat wajah terbakar

http://rapi.karangkraf.com/polopoly_fs/1.170257.1371013160%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
          

Wah menariknya boleh jadi cantik sekelip mata. Sapu produk sahaja sudah nampak jelita. Walhal rata-rata kita tidak menyedari adanya bahan merkuri dalam produk kosmetik yang dipakai. Kesan jangka pendek memang nampak memuaskan. Tetapi tunggulah nanti dalam jangka masa panjang, kesannya pasti buat anda pengsan!

        Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar.

        Sifat krim yang mengandungi merkuri biasanya adalah melekit, agak likat dan sedikit kasar. Biasanya,   warna krim adalah seperti kuning pekat, dan putih pearly yang mengilat. Sesetengah pemakai akan berasa sedikit panas dan gatal apabila krim ini disapukan pada permukaan kulit.

        Apa yang membuatkan ramai wanita teruja adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Hanya satu minggu diperlukan untuk melihat kesannya.Ia bergantung kepada tahap kepekatan merkuri tersebut. Malah, jerawat juga tidak akan timbul.

        Sudah bersedia untuk mengetahui kebenaran?
        Jerawat tidak akan timbul kerana lapisan kulit epidermis anda telah rosak dan protein serta melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari matahari juga sudah tidak berfungsi. Pori-pori wajah anda akan tampak halus disebabkan lapisan kulit luar telah menipis dek terhakis dengan logam merkuri tersebut. Pada ketika ini, pastinya anda akan tidak suka jika terkena pancaran matahari kerana kulit wajah akan berasa seperti terbakar.

        Jika pemakaian dihentikan, terdapat beberapa kesan sampingan seperti akan timbulnya jerawat kecil dan bintik-bintik hitam di sebahagian atau serata wajah. Kesan jangka masa panjang pula, pengguna merkuri bakal mengalami kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan juga gangguan perkembangan janin. Jadi tanyakan pada diri sendiri, sanggup anda menanggung risiko ini hanya untuk kelihatan cantik luaran?

        Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.

        Lekas, lakukan pemeriksaan bahan pada produk kecantikan yang anda ada sekarang!Berhati-hatilah ketika memilih produk kecantikan.Jangan kerana ingin cantik dalam masa yang cepat, perkara berat sebegini diambil ringan. Bagi pemakai merkuri, berhentilah sebelum terlambat.



RAPI

             



missamy77 Publish time 3-9-2015 03:42 PM

Tabita..... mmg menyesal pakai, rosak habis kulit

kanan_kiri Publish time 3-9-2015 03:59 PM

seminggu pakai, berbulan2 kulit rosak.. tak th nak pakai ape da...:'(

nut.legacy Publish time 7-6-2016 09:36 AM

tabitha ada kandungan mercury.. mercury mmg tidak bole digunakan pada manusia.. org kita nak fast result tp x fikir longterm effect.. pelik kdg tgk product mcm SKII yg mahal tu pn x bg instant / fast result mcm tabitha...
Pages: [1]
View full version: Hati-hati produk kecantikan buat wajah terbakar


ADVERTISEMENT