Nusantara77 Publish time 8-10-2015 11:11 AM

Pereka Atau Tukang Jahit?

                  Siapakah yang paling layak untuk menghasilkan busana perkahwinan anda? Adakah pereka fesyen atau tukang jahit yang sudah biasa anda menempah pakaian dengannya?
       
        Jawapannya mungkin subjektif, ia sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu capai daripada aspek keselesaan dan tahap penampilan. Individu yang mementingkan aspek kesempurnaan dan punya kemampuan kewangan yang lebih, tentu selesa memilih seseorang pereka fesyen untuk mereka cipta busana mereka. Ini kerana pereka fesyen lazimnya memberi perkhidmatan secara menyeluruh iaitu bermula daripada peringkat meneliti aspek personaliti, karekter, bentuk badan bakal mempelai sehinggalah mengatur dan menentukan sesuatu rekaan baju yang bersesuaian dengan konsep majlis.
       
        Dengan kepakaran dan pengetahuan luas, seseorang pereka fesyen akan mengkaji dan mementingkan aspek kecantikan, ketepatan potongan, edaran trend semasa dan nilai-nilai estetika. Selain itu seorang pereka fesyen terutama yang sudah terkenal mempunyai ‘trademark’ tertentu pada setiap lakaran mahupun rekaan mereka, jadi anda mungkin mahu mendapat 'tempias' daripada kelebihan tersebut.
       
        Itu tidak bermakna tugas tukang jahit sudah berakhir. Sebenarnya bagi mereka yang sering gagal mendapat potongan terbaik yang sepadan dengan tubuh, tangan tukang jahit yang mahir akan menyelamatkan anda. Ini kerana kebanyakan mereka lebih mementingkan aspek kesempurnaan dan kehalusan mutu jahitan. Desain pakaian selalunya dirujuk daripada fesyen yang pernah terpampang di media cetak mahupun media elektronik.
       
        Kesimpulannya aspek trend, potongan dan desain tidak boleh diabaikan untuk penampilan terbaik anda. Capailah kesempurnaan tersebut semaksimum mungkin supaya anda mendapat keselesaan dan dapat melangkah dengan penuh anggun tanpa dipertikaikan oleh tetamu yang hadir.
        http://s12.postimg.org/4ba2fnh4t/image.jpg
        http://s12.postimg.org/m01t79svx/image.jpg
       
        http://s12.postimg.org/n7fqzhj0d/Cosmopolitan_Bride_Magazine_Australia_Summer_201.jpg
       
        http://s12.postimg.org/rs1xef2pp/Cosmopolitan_Bride_Magazine_Australia_Summer_201.jpg
       
        http://s12.postimg.org/64cz3z2bh/Cosmopolitan_Bride_Magazine_Australia_Summer_201.jpg
        http://s12.postimg.org/tqw0shv25/final.jpg
       
       
       
                                        http://www.pesonapengantin.my/polopoly_fs/1.420298.1439783934%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
pesonapengantin


itik_kuning Publish time 8-10-2015 01:33 PM

pereka of course

Aquarius9283 Publish time 21-5-2017 04:32 PM

Tukang.jahit

Aquarius9283 Publish time 21-5-2017 04:32 PM

Tukang.jahit

Aquarius9283 Publish time 21-5-2017 04:32 PM

Tukang.jahit

nut.legacy Publish time 22-5-2017 08:56 AM

kalo i ada budget lebih of course i will opt for designer.. kalo budget limited mmg akan cari tukang jahit..

pasal both pn ada pro's and con's...

hotmak Publish time 22-5-2017 09:47 AM

pereka, kalau ada bajet, tapi kena hati2 jgk sebab ada yg claim pereka, charge mahal tapi jahit tak senonoh
Pages: [1]
View full version: Pereka Atau Tukang Jahit?


ADVERTISEMENT