Nusantara77 Publish time 30-11-2015 05:38 PM

Ketahui Cara Mudah Memutihkan Lutut Yang Hitam

http://www.wom.my/wp-content/uploads/cara-memutihkan-lutut-woman-online-magazine1.jpg
Cuba jenguk lutut anda, adakah ia putih bersih atau hitam gelap? Jika Hitam Gelap Sudah Pasti Anda Mahu Tahu Cara Memutihkan Lutut?Bagi anda yang mempunyai lutut hitam, boleh cuba beberapa tips untuk memutihkannya dengan menggunakan bahan semulajadi ini. Tahukan anda punca utama yang membuatkan lutut hitam adalah kerana disebabkan kulit kering dan geselan.Berikut cara memutihkan lutut. Antaranya:
1. Lemon& MaduBuah lemon juga boleh anda gunakan untuk memutihkan lutut. Campurkan air perahan lemon dengan madu kemudian sapukan pada bahagian lutut secara merata. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
2. Minyak ZaitunSalah satu penyebab lutut hitam adalah keranakulit yang kering. Oleh sebab itu, anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk melembabkan bahagian kulit lutut yang kering. Lakukan pada malam hari sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
3. Bawang Merah & Bawang PutihCara yang tidak kurang hebatnya untuk memutihkan lutut yang hitam. Kisar atau parut sebiji bawang merah dan putih. Kemudian sapukan pada kulit lutut secara merata dan gosokkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4. Almond & YogurtKedua-dua bahan ini cukup efektif untuk merawat kulit termasuk memutihkan lutut. Ambil 10 biji almond, kisar halus kemudian masukan dua sudu makan yogurt.Kacau sehingga menjadi pasta. Kemudian bolehlah disapu secara merata di lutut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
5. Skrub OatmealSkrub Oatmealjuga boleh merawat kulit agar nampak lebih cerah, begitu juga dengan bahagian lutut yang hitam. Ambil dua sudu makan serbuk oatmeal yang telah dicampur dengn satu sudu teh krim segar atau madu. Kemudian sapukannya pada lutut dan biarkan selama dua minit sebelum dicuci bersih.http://www.wom.my

plasterhati Publish time 30-11-2015 06:41 PM

tq info:loveliness:
Pages: [1]
View full version: Ketahui Cara Mudah Memutihkan Lutut Yang Hitam


ADVERTISEMENT