Nusantara77 Publish time 30-11-2015 05:50 PM

Ketahui Penyebab Berat Badan Anda Turun-Naik

http://www.wom.my/wp-content/uploads/Ketahui-Penyebab-Berat-Badan-Anda-Turun-Naik-ASL-Training.jpg

Kredit : hubspotGemuk atau kelebihan berat badan biasanya dikaitkan dengan terlalu banyak makan makanan tinggi lemak dan jarang bersenam.Sebenarnya kelebihan kalori dan lemak bukan penyebab utama kenaikan berat badan anda.Ada banyak faktor yang menyebabkan berat badan anda mudah naik, antaranya seperti berikut:
[*]Hormon
Hormon estrogen pada wanita merupakan hormone yang bertanggung jawab untuk pembentukan tubuh. Jika jumlahnya berlebihan ia akan meningkatkan risiko anda untu menjadi gemuk. Vitamin B6 dikatakan dapat dapat membantu anda mengatasinya.
[*]Stress
Bagi sebahagian orang yang mengalami stress, berat badannya akan menurun. Tetapi, ada juga berat badannya naik mendadak. Jika anda termasuk dalam kategori mereka berat badannya meningkat naik, ianya disebabkan kerana adanya hormon stres yang dikenali sebagai ‘kortisol’. Di sebab kehadiran ‘kortisol’, selain boleh mengurangkan fungsi ketahanan tubuh, ia juga mempengaruhi tingkat konsentrasi serta meningkatkan penggumpulan lemak dalam tubuh. Untuk menjaga berat badan anda supaya tetap stabil, usahakan untuk tetap santai dan mengawal emosi anda.
[*]Kurang Tidur
Biasanya anda yang memiliki kebiasaan waktu tidur yang buruk, atau mengurangi waktunya, berat badannya cenderung lebih mudah naik, jika dibandingkan dengan mereka yang tidur mencukupi. Jadi, hindari bekerja terlalu larut malam agar pola istirahat anda pada malam hari tidak terganggu.
[*]Kadar Tiroid
Kadar hormon tiroid yang rendah bermakna anda telah memiliki tahap energi yang rendah, kulit cenderung kering dan mudah berasa sejuk.Selain itu,anda yang rendah kadar hormon tiroidnya juga lebih mudah menambah berat badan, tetapi sukar untuk menurunkannya. Oleh sebab itu, ada baiknya sesekali anda memeriksa kadar hormon tiroid dan perbanyakan pengambilan makanan yang kaya dengan ‘yodium’ seperti rumput laut.
[*]Tertipu Dengan Label Makanan Sihat
Makanan yang memiliki label sihat seringkali belum tentu benar-benar sihat! Tidak mustahil ianya juga lebih tinggi kadar lemak dan gula. Jadi, anda disarankan untuk berhati-hati dan membaca dengan teliti label kandungan produk makanan yang anda beli itu.http://www.wom.my
Pages: [1]
View full version: Ketahui Penyebab Berat Badan Anda Turun-Naik


ADVERTISEMENT