Nusantara77 Publish time 30-11-2015 06:06 PM

4 Cara Paling Mudah Mencegah Sakit Belakang Ketika Tidur

http://www.wom.my/wp-content/uploads/sakit-belakang-woman-online-magazine.jpg

Kredit Foto:newkidscenterSakit Belakang.Sakit belakang boleh menyerang sesiapa sahaja dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Misalnya, kerana datang ‘period’ atau tersalah posisi tidur.Posisi atau cara tidur yang salah merupakan salah satu penyebab sakit belakang yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Disebabkan terpaksa menanggung sakit belakang, tidur anda pun terganggu. Macam mana nak tidur dengan nyenyak jika bahagian belakang anda terasa amat sakit, kan….Berikut beberapa cara yang boleh anda praktik untuk mencegah sakit belakang ketika tidur.
[*]Perkara pertama yang perlu anda lakukan, pastikan anda meletakkan posisi tubuh yang betul ketika hendak tidur. Ia mampu menghindarkan tekanan pada bahagian belakang badan anda.
[*]Letakkan bantal di bawah lutut ketika anda hendak tidur dalam posisi terlentang. Letakkan bantal di antara lutut jika anda mahu tidur mengiring bagi mempertahankan bentuk tulang belakang ketika anda sedang tidur. Setelah itu, gulung tuala dan ikat pada pinggang (simpul ikatan berada di depan perut).
[*]Sekiranya anda ingin berbaring (dari posisi berdiri) duduklah terlebih dahulu dan topang tubuh anda dengan tangan, Naikkan dan tekuk lutut anda, kemudian barulah anda berbaring.
[*]Jika anda ingin bangun dari posisi terlentang, mengiringkan tubuh anda terlebih dahulu, lalu gunakan tangan untuk menopang tubuh dan turunkan kaki ke lantai.

Take Note!Tahukah anda, jika baring terlalu lama ia boleh membuatkan tulang anda jadi bertambah kaku. Baringlah secukupnya dan jangan terlalu lama.Selain memperhatikan beberapa posisi yang boleh mencegah anda daripada sakit belakang ketika tidur, anda juga perlu memperhatikan kualiti yang anda peroleh melalui tidur tersebut. Berikut beberapa tips supaya tidur anda boleh tidur dengan nyenyak, diantaranya:
http://www.wom.my
Pages: [1]
View full version: 4 Cara Paling Mudah Mencegah Sakit Belakang Ketika Tidur


ADVERTISEMENT