ninoZ posted on 10-3-2004 06:32 AM

[kompilasi] MAKANAN LAUT

asam tempoyak ikan patin

1 ekor ikan patin dipotong mengikut selera anda.
Bahan-bahan tumbuk ialah :-
6 biji cili padi } tumbuk
2 biji bawang kecil } tumbuk
1 biji bawang putih } tumbuk
1/3 inci halia } tumbuk
1/3 lengkuas } tumbuk
1 senduk kecil cili boh atau dikisar sendiri lagi best
1 batang serai
1 batang daun kunyit
Tempoyak

Cara-caranya :-

Bahan-bahan tumbuk tadi digaulkan bersama-sama ikan dan lada yang dikisar sendiri atau cili boh didalam periuk kalau boleh pakailah periuk tanah lagi nikmat. Perapkan ikan itu selama 15 minit supaya sebati ramuannya. Selepas ikan diperap masukkan pulak air untuk dijadikan kuah ikutlah banyak mana kuah yang anda nak. Panaskan periuk tadi diatas api yang serdahana kacaukan perlahan-lahan lepas 5 minit masukkan pulak tempoyak ikut juga banyak mana kepekatan kuah yang anda mahukan, masukkan serai, daun kunyit, sedikit garam, perasa dan gula jangan lupa 1 keping asam keping. Masakkan sehingga ikan empuk. Selamat mencuba.

ASAM PEDAS TEMPOYAK

Bahan-bahannya:-

- 6 ketul ikan tenggiri
- Tempoyak 3 senduk besar
- Isi petai ikut suka anda
- 3 batang serai - di titik
- 1 helai daun kunyit - disimpul
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
- air secukupnya

bahan-bahan kisar:-

- 15 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- belacan secokopnyer

Cara Menyediakannya:-

1.  Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga
     naik bau dan pecah minyak.  Kemudian masukkan air sejuk secawan   
     dahulu biar mendidih tambah lagi agak agak jgn terlalu banyak air, dan
     masukkan tempoyak kacau sebati. Perhatikan kuah jgn terlalu cair

2.  Bila melegak masukkan serai, daun kunyit dan di ikuti ikan kacau perlahan
     biarkan mendidih, masukkan petai garam dan aji nomoto padamkan api.

Gulai tempoyak ikan sungai ala Kuala kangsar

Cili padi-10 biji (sebenarnya ikut suka,jika nak pedas tambah lagi)
Cabai kering-2-3biji(kalau nak merahkan sikit, tak bubuhpun takpe)
Tumbuk lumat kedua bahan di atas

Serai sebatang(dititik)
Tempoyak dlm satu senduk(nak pekat tambah lagi)Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul-ketul.
Sedikit serbuk kunyit

Ikan Patin @ Ikan Keli @ ikan sembilang @ ikan Jelawat (sebarang ikan sungai tapi kadang-kadang saya buat juga ikan Termenung)

Taugeh kasar @ timun kuning @ rebung jeruk @ petai(Salah satu)

Cara membuatnya:
Cili,serai,serbuk kunyit dan tempoyak dicampur didalam periuk.Masukkan air secukupnya.Masak hingga mendidih dan masukkan timun yg telah dipotong atau petai atau rebung.Bila hampir empuk baru masukkan ikan(jgn kacau ikan itu takut ia hancur dan tulang berserakan dlm gulai sebab ikan sungai banyak tulang.Tunggu hingga ia masak.Jgn lupa bubuh garam dan sedikit gula.Kalau gunakan taugeh masuk ikan dahulu baru taugeh.Perlu diketahui gulai tempoyak ni lagi pekat lagi sedap tapi jgn guna tempoyak yg terlalu masam dan jgn juga yg manis(tempoyak yg baru,masih terasa durian)nanti jadi bubur durian pulak!Paling sedap kalau bubuh ikan patin campur petai.


Gulai tempoyak ikan org sungkai

siang ikan dan lumur kan ikan tu dengan asam jawa pastu biarkan seketika

tumbuk cili padi,kunyit hidup,bawang merah,bawang putih dan sedikit halia(haliah nak hilang kan angin tempoyak.)pastu bancuh lah tempoyak dngan sedikit air supaya tak berketul2.ada setengah tempat diaorg tumis dulu bahan2 yg ditumbuk tadi,petuanya sebab takmo sakit perut.pastu masak lah seperti biasa.selepas ikan dibasuh masuk kan kedalam gulai tadi yg ditambah sedikit air tadi lagi..nak sedap lagi gulai tempoyak ikan sungai ni campur kan sekali pucuk paku atau taugeh kasar



IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:

1 kilo ikan patin
4 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugur
2 btg serai
20 tangkai cili api
3 sudu besar tempoyak
1 cm kunyit hidup
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuat:

Kunyit dan cili api ditumbuk, serai dititik masukkan ke dlm periuk diikuti asam keping, garam, ikan, daun kesum dan tempoyak
Masukkan air (kalau kurang boleh ditambah sehingga ikan kelihatan tenggelam).
Didihkan atas dapur hingga ikan masak

IKAN PATIN/TALAPIA MASAK ASAM PEDAS

Bahan2 kisar
1) tempoyak ikut suka kalau nak kuah pekat lebihkan tempoyak
2) cili api..kalu nak pedas lebihkan
3) kunyit idup 1/2 inci
4) halia suku inci
5) 1 ulas bawang putih.
6) air sedikit utk senang kisar..

bahan 2:-
1) ikan sungai kegemaran anda dalam 4 - 5 kerat
2) daun kesum secukupnya.
3) air secukupnya.
4) timun dibuang tengahnya lalu dikerat2.
5) garam, gula dan perasa secukupnya...

cara2nya:-
Kisarkan semua bahan2 kisar lepas itu panaskan dalam periuk berserta daun kesum tunggu sampai mendidih kemudian masukkan ikan dan timun...tunggu lagi dalam 2 minit masukkan gula,garam dan bahan perasa secukupnya...

[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 04:39 PM ]

Sasha posted on 27-4-2004 12:55 PM

[Kompilasi] MAKANAN LAUT

Hidangan Steamboat di rumah

http://img.villagephotos.com/p/2003-9/383437/sb1.jpg

Menyediakan stimbot sendiri di rumah bukanlah sesuatu yg sukar dilakukan...janji rajin je.. semua jadik..:)
nak buat stimbot ni ade beberapa persediaan yg utama iaitu :
penyediaan sup/stock, penyediaan bahan mentah, penyediaan sos dan yg paling utama...Memasak stimbot

penyediaan sup/stock:
ade 3 cara yg me selalu buat, satu guna ayam..satu lagi ikan bilis..satu lagi stok tomyam

i] rebus rangka ayam dinosour  bersama sengkuang yg telah dipotong potong dan sehiris dua halia dan air sehingga dapat sup yg agak pekat
toskan rangka ayam dan sengkuang..ketepikan kemudian masukkan sedikit garam secukup rasa..kuah akan berasa sedikit manis bila kita taruk sengkuang
siapp utk digunakan..

ii] siangkan ikan bilis bersih2..bior byk2 sket
pastu rebus dgn sehiris dua halia  dan air..renih sampai stok agak pekat..perisakan dgn garam n sedikit gula..pastu tapis betul betul..siapp utk digunakan

iii] rebus rangka  ayam dgn air hingga air tu tinggal separuh..pastu asingkan rangka ayam tu..
renih semula stock dgn serai, hirisan lengkuas, daun limau purut,btg daun ketumbar, bwg beso dipotong baji dan sedikit tomyam paste biar sampai rasanya develop..perisakan garam gula dan asam limau secukup rasa..tapis semua bhn herba..tinggal stok aje..siap utk digunakan..

penyediaan bahan mentah:
secara asasnyer..any bahan mentah berasaskan seafood atau daging bleh digunakan sebagai bahan stimbot..janji halal :bgrin:
bahan2 yg biasa digunakan:
Bebola ikan, sotong, ketam, udang dan lain2
Kek Ikan, surimi, crab meat dll.
Udang - janggut digunting n buang uratnya
Sotong -dibelah n potong bunga kalau rajin..asingkan kepala
sotong kembang - dipotong
Ayam -deboned n hirir isinya nipis2 n panjng
aneka Tauhu
Cendawan
kuayteow keping, Mee kuning, mee wantan atau Bihun - direndam hingga lembut n toskan
aneka dumpling - cth mcm wantan atau bhn dim sum tu
aneka sayuran - selalunya sayur sawi putih atau pakchoi or baby kailan , badik jagung, karot atau ape ape saja yg diingini
telur


Memasak Stimbot
panaskan stok sup dlm periuk stimbot ..bior mendidih kemudian masukkan bahan yg dikehendaki jgn too much sekaligus..
bior mendidih dlm 4-5 minit..jgn overcook nanti tak sedap
masukkan ke dalam mangkuk n cecah dgn sos yg disukai


http://img.villagephotos.com/p/2003-9/383437/sb2.jpg

last sekali bila dah almost habis makan semua bahan mentah..jgn lupa utk cuba sup stimbot tersebut...masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya n sedikit sayur, ulangan proses penyediaan memasak tadi.  supnya sungguh sedap n manis sebab tadi kita dah celur semua bahan mentah sebelumnya..very rich in flavour.. a must try!


sos stimbot:

selalu ade 3 jenis
i]sos cili merah - bleh buat sendiri aje atau beli je sos cili delichef

ii]sos manis kacang hitam - sos rojak yong taufoo tu..leh beli kat pasar - masak sket dgn cili boh.. adjust rasa to personal taste..sprinkle minyak goreng bwg putih n bijan
iii] sos cili thai

Sasha posted on 27-4-2004 12:57 PM

Steamed Fish


Bahan2nya:-

1 ekor ikan terubuk atau ikan bawal putih/hitam atau ikan tilapia
sayur sawi masin dihiris nipis
halia muda dihiris nipis2
bawang merah + bawang putih dihiris nipis2
cili merah & daun kesom
serai yg dititik/dihiris & asam keping or asam jawa
garam + ajinomoto secukup rasa

Cara2 membuatnya:-

1. Ikan dibersihkan & dilumur dgn garam & ajinomoto. Marinate for 1/2 hour.
2. Sediakan kukusan.
3. Sebelum memasukkan ikan ke dlm tray or acuan, bubuh sesudu besar minyak. Masukkan ikan & kesemua bahan2 kecuali daun kesom ke dlm tray.
4. Kukuskan sehingga masak. Hidangkan dgn daun kesom,hirisan cili merah & bawang merah yg digoreng.

Selamat mencuba.

*** BTW, ikan tilapia ialah sejenis ikan air tawar & ada cara2 utk menghilangkan bau hanyir. Antara cara2nya ialah melumurkan ikan dgn air asam. Ada jugak melumur ikan dgn tepung gandum & dibiarkan selama beberapa minit.

Sasha posted on 27-4-2004 01:00 PM

Ikan Siakap Kukus

Bahan2nya

- seekor ikan siakap(sederhana besar)
- 2 batang serai dititik
- satu inci halia dipotong halus
- daun bawang, sup
- sebiji bawang besar dihiris bulat
- cili besar(belah dua)
- 3 biji belimbing buluh (di belah 2)
- gula,garam (secukup rasa)
- serbuk kunyit (secukup rasa)
- 1 sudu sos tiram
- 1/2 sudu miyak bijan

caranya;

1. ikan dibersihkan dan dikelar2
2. lumurkan dengan sebuk kunyit & garam dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai dan tahan panas).
2. taburkan ikan dgn lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang daun sup dan belimbing buluh.
4. campurkan garam, gula dan sos tiram & minyak bijan dan tuang diatas ikan
5. kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

kalau nak rasa pedas sikit, tukarkan cili merah dengan cili api.
ikan kukus ni sedap jugak kalau di cicah dengan kicap + bawang merah kecik (yg di mayang nipis) + cili api!

Sasha posted on 27-4-2004 01:03 PM

Thai Style Steam Fish


Ingredients:
1 seabass (senangin) - 600g
1 ssp coriander leaves (cut into 1/2" strips)
4 tsp sugar
1 ssp celery (cut into strips)
1 tsp salt
1 ssp ginger
1 tomato (cubed)
4 bird chillies (bruised)
1 sour plum
1 lime (juiced)
1 bowl water

Method:
1. Steam fish for 10 mins. Discard the juice and transfer the fish to a fish tray.
2. Mix all the other ingredients together and cook over fire for 3 mins.
3.Pour the sauce over the fish and serve hot.

Sasha posted on 27-4-2004 01:04 PM

Ikan kukus Asam Pedas

1 ekor ikan senangin/kerapu/siakap/jenahak - siangkan n bersihkan
nenas - dipotong kecil
tomato - hiris kasar kasar
dikisar halus:
cili merah
bawang merah
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup

daun kesum/daun limau purut
asam keping
serai - dititik
limau kesturi
garam gula secukup rasa

bahan kisar bersama daun kesum/limau purut, serai, asam keping dimasak kejap samapi hilang bau cili..taruk garam n gula secukup rasa ..bila dah masak..kuarkan serai n asam keping serta daun kesum
letakkan ikan dlm pinggan yg agak dlm..susunkan nenas n tomato..then curahkan kuah asam pedas..
kukus dlm 20 minit atau sehingga ikan masak.. perah limau kesturi sket bagi naik bau
hidangkan panas2

Sasha posted on 27-4-2004 01:06 PM

IKAN KUKUS KASTURI


Bahan-bahan :
1 ekor ikan Siakap dikelar sedikit
6 ulas bawang putih di cincang halus
8 batang daun bawang dihiris nipis
10 biji cili padi
3 urat daun ketumbar
1/2 cawan ketumbar
3 batang serai dihiris nipis
2 helai daun limau purut
2 cm lengkuas di hiris
2 camca lengkuas di hiris
2 camca besar minyak sawit
Air perahan dari 8 biji limau kasturi
1 camca teh gula
2 camca besar sos ikan
1/4 biji nenas didadu kasar
1 biji tomato didadu

Letakkan ikan di dalam pinggan untuk mengukus dan letakkan semua bahan-bahan di atas dan seratakan
Kukus selama 20 minit sampai ianya masak. Sajikan segera

Sasha posted on 27-4-2004 01:07 PM

Sotong Stim Limau


sotong saiz besar - bersihkan n kelar gegelang badannya tapi jgn sampai putus..bior intact sekor2
ditumbuk kasar:
bwg putih
cili padi

nam pla
thai palm sugar
jus limau kesturi/nipis
sedikit stok ayam
daun ketumbar - dihiris

campurkan bahan tumbuk bersama nampla, gula, jus limau, stok ayam n daun ketumbar..perisakan secukup rasa
susun sotong dlm pinggan..curahkan bahan sos n kacau2 sket bagi rata
kukus hingga masak
siapp!!..

kalau tak suka daun ketumbar..bleh ganti dgn daun sup atau hirisan daun limau purut..
masa hidang tu..nak letak hirisan tomato pun boleh gaks..n tabur dgn daun pudina

Sasha posted on 27-4-2004 01:08 PM

Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya


Bahan2nya..
1 ekor ikan siakap
10 gm buah keras
5 ulas cili padi
10 ulas cili merah
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu teh petis udang
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
sedkit serbuk perasa
1/2 cawan air


Cara2 membuatnya...

Ikan siakap dibasuh bersih2 dgn air asam bagi menghilangkan bau hanyir. Semua ramuan tadi dimasak dlm air biarkan sehingga berbau wangi. Kemudian tuangkah kuah itu ke dalm ikan. Kukuskan ikan selama 10 minit. Sebelum mengukusnya pastikan air kukusan itu telah mendidih. Setelah masak angkat dan hidangkan panas2 dan makanlah panas2 sampai mulut melepuh

CatLady posted on 21-10-2004 09:55 AM

Ikan Rebus ala Iban

Bawang putih
ikan kembung
garam
ajinomoto
air utk merebus

masukkan semua bahan dalam periuk... bile dah menggelegak, masukkan ikan.

Ikan Kukus Stail Cina

ikan siakap/kerapu...(biasa guna siakap...jualan murah kat giant or c4..sekor 5 hinggit, )
halia muda-hiris
bawang putih- hiris
sos tiram
kicap cair
sayuran spt carot, daun bwg, or asparagus
chai po (lobak hancur)
garam sikit
ginko

lupa lak.. biasa diorg akan tambah cendawan kering tu. tp sue tak pernah letak coz hubby tak suka bau dia

letak ikan dlm bekas & letak sumer bhn2 tu atas ikan.. kukus....
memang sedap... cuma kengkadang buat tu omit kan gingko.. mahal beb

STEAMED WHOLE FISH WITH CHILLI, GARLIC N LIME

1.5kg red snapper/kerapu/siakap.
1 lime, sliced.
Fresh red chillies, finely chopped to garnish
Fresh coriander leaves, to garnish
Lime wedges , to garnish

Sauce:
2 tp tamarind concentrate
5 long red chillies, seeded and chopped
6 large cloves garlic, roughly chopped
6 fresh coriander roots and stalks
8 red Asian shallots , chopped
1 1/2 tbp oil
2 1/2 tbp lime juice
3/4 cup (130gm) shaved palm sugar
3 tbs fish sauce

1. Rinse the fish. Cut diagonal slashes thru the thickest part of the fish on both sides. Place the lime slices in the fish caviry, cover with plastic wrap and chill until ready to use.
2. to make the sauce, combine the tamarind with 3 tbp water. Blend the chilli, arlic, coraider and shallots.
3. Heat the oil and add the paste and cook over medium heat for 5 minutes or until fragrant.  Stir the tamarind,lime juice n palm sugar. Reduce the heat and simmer until thick. Add the fish sauce.
4. Place the fish on a plate and put inside a steamer. Cook for 6 minutes for 1kg fish or until the flesh flakes easly with a fork when tested.
5. Pour the sauce over the fish and garnish with the chilli, coriander and lime wedges.

Ikan kukus

sebenonya..mengukus ikan ni ade pelbagai cara..terpulang pada creativity n selera masing2..
either u nak make it simple je atau nak berperisa or kuah..nak pedas or masam..nak plain or  berherba..terpulang

asasnya mudah aje..
ikan kene very2 fresh
kene bersihkan betul2 kalau tak akan end up hanyir
jgn buat too many cut/score/slice kat ikan tu
season lighty aje sebab nuthing worst than ikan kukus yg terlalu masin or manis or masam..yg penting rasa kesegaran ikan itu sendiri
cari pengukus yg bersesuaian dgn saiz ikan
jgn overcook ikan kukus

u can either kukus dulu camtu aje then curahkan sos yg telah dimasak terlebih dahulu...cthnya :
sos sweet sour
sos asam tumis [ mcm buat asam pedas nyonya tapi jgn too watery]
sos kerabu
sos sambal belacan pun boleh
sos kicap
sos ala2 rendang
atau lain2 yg seumpanyamnya..

kalau dikukus bersama pun sedap gak..
cara ni yg paling byk sekali variety n i'm sure kawan2 kat sini semua ade resepi diorang yg tersendiri

kalau kukus cara ni..
me salu akan go as simple as possible..cuma taruk :
hirisan serai, hirisan halia, bwg putih cincang,jus limau nipis, sedikit sos ikan, jeruk plum/jeruk bwg putih, cendawan hiris n potongan daun ketumbar..gula secukup rasa n letakkan kangkung
kukus agak2 10-15 minutes bergantung kpd saiz ikan..then terus hidang


Siakap Rebus/Stim

http://img.photobucket.com/albums/v210/speedial/IkanSteam.jpg

Bahan2
1 ekor ikan siakap
1-2 biji bawang besar ] dipotong bulat
2-3 ulas bawang putih ] dititik
1" halia ] di mayang halus
2 biji tomato ] belah 4
2 btg serai ] dititik
5-8 biji cili api (ikut kepedasan masing2) - dititik
2-3 helai daun limau purut dicarik2
1-2 biji buah plum jeruk (ikut suka kalu nak masam tambah lagi)
1 kiub ayam maggi
1 sudu besar sos tiram
jus limau kasturi (bergantung kalu rasa nak masam bubuh, kalu tak nak masam takyah bubuh)
sos ikan
garam
Air secukupnya utk kuah

Cara2
-Bersihkan ikan terlebih dahulu, then dibasuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir.
-Masak air hingga mendidih. Kemudiah masukkan kiub ayam, bawang putih, halia, cili api, serai, sos tiram & sos ikan. Biarkan seketika.
-Kemudian masukkan bawang merah, tomato, plum jeruk, jus limau kasturi, daun limau purut dan masukkan ikan.
-Tutup periuk seketika, then rasa dulu sebelum bubuh garam.
-Biarkan seketika, kemudian hidangkan dgn sambal belacan..fuyooo terangkat



ikan kukus..

-lumur ikan ngan bawang putih+halia+ skit garam yg dah ditumbuk halus

-goreng bawang putih+halia (mayang panjang2) sampai garing..kalau boleh guna vege oil@olive oil..

-taruk ikan dlm pinggan bujur..letak daun sup/daun ketumbar,cili,celery,tomato..semua tu potong sesedap rasa..

-tuangkan bawang goreng td beserta minyaknya sekali...

-utk kuah..campurkan oyster sauce+kicap+ garam skit n lada sulah..curah atas ikan..

-letak sebiji asam masin..selalunya lepat guna asam plum yg warna putih

-kukus sehingga masak


ikan kukus simple

ikan siakap/jenahak
bawang merah-hiris
bawang putih-hiris
halia-hiris
daun bawang,daun ketumbar/sup-potong 1 inci
sos tiram, kicap cair,sos ikan (sikit), gula (sikit)

Pastu - letak semua bahan2 tadi atas ikan - agak2 lah ikut besar ikan, then kukus selama 15-20 minit. Siap!!!


ikan BBQ

ikan tilapia seekor dah dibuang isi perut
bawang merah(dicincang)
bawang putih(dicincang)
bawang besar(dicincang)
garam secukup rasa
halia (dicincang)
kunyit
kicap
sos tiram

campur semua bahan dan bungkus dalam aluminium foil, bakar atas api. tak yah taruh air. ada jus ori dari ikan buat kuahnya. sodapp...

IKAN KUKUS KASTURI

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/Ikankukuskasturi.jpg

Bahan Bahan

1 ekor ikan siakap (lebih kurang 1 kg)
6 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji limau kasturi (diambil jus)
2 s/besar sos ikan
1 s/besar gula
? biji nenas (dipotong dadu)
2 biji tomato
garam secukup rasa


Bahan Bahan (dihiris)

8 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut


Cara Menyediakannya

1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan biarkan selama 20 minit,
    letakkan ikan di dalam pinggan atau bekas tahan panas.

2. Taburkan semua bahan yang dihiris, bawang putih, nenas dan
     tomato di atasnya.

3. Satukan air limau kasturi, sos ikan, gula dan garam di dalam
     mangkuk, tuangkan ke atas ikan rata-rata.

4. Kukus kesemuanya selama 25-30 minit atau sehingga ikan
     masak.



Ikan kukus

ikan yg segar - siakap, bawal putih, kurau
lada padi dan bawang putih - ditumbuk lumat, banyaknya ikut size atau jumlah ikan dan nak pedas mana.
hirisan halia muda
hirisan serai
limau nipis atau kasturi
sos ikan

optional - sayuran spt kobis asin, hirisan lobak merah, cendawan kering yg telah direndam.

bersihkan ikan dan kelar2 kat badan ikan tu. lumurkan lada padi dan bawang putih pada seluruh ikan. sumbatkan hirisian halia dan serai pada kelaran dan pada perut ikan.

letakkan ikan pada bekas yg tahan panas dan cucurkan sos ikan ke seluruh ikan (jgn banyak sangat...nanti terlalu masin). perahkan limau ke seluruh ikan.

ikan dan sedia dikukus. bila dan setengah masak, baru masukkan sayuran.



SIAKAP KUKUS ALA THAI

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/ikankukus35.jpg

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap/senangin/seabass (seberat 600 g)
2 tangkai cili merah } dihiris
8 tangkai cili padi }diketuk
3 biji asam boi
3 ulas bawang putih }dimayang
1 inci halia muda }dimayang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
air perahan limau nipis secukup rasa
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun ketumbar }dihiris

Cara membuat:

Bersihkan ikan dan toskannya.
Masukan ikan ke dalam pinggan bujur yg sesuai utk pengukus .
Campurkan sos ikan dan kicap cair kemudian curahkan di atas ikan sehingga sekata.
Kemudian taburkan halia , bawang putih dan asam boi diatasnya.
Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih
Letakkan pinggan yg mengandungi ikan ke dalam pengukus.
Kukus sehingga masak lebih kurang 20-25 minit.
Setelah masak taburkan cili merah , cili padi, daun ketumbar, daun bawang dan perahan limau nipis ke atas ikan tadi.
Sedia untuk di hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

Tips: Kak Noor tak suka kukus ikan guna pengukus sbb leceh nak kuarkan ikan tu dr pengukus silap2 tumpah jus/kuahnya dan satu lagik jika ikan tu panjang kadang tak muat nak masukkan dlm pengukus, apa yg k Noor buat ikan tu dibubuh dlm aluminium foil, balut kemas2 hujungnya jgn sampai bocor pastu buh dlm dulang pembakar pastu masuk oven selama 20 min pd suhu 180'C, (oven preheated dulu la) konsep stim ikan dlm oven..lebih mudah dan ringkas...bila sudah masak koyakkan/buka aluminum foil kuarkan ikan ke dlm pinggan hidangan..

gambo diatas hasil stim dlm aluminium foil di dlm oven

ikan rebus/kukus air asam

bahan bahan:

ikan kembung/pari - gaul garam sket pastu kukus atau rebus sampai masak

digaul bersama:
cili merah - hiris atau tumbuk kasar
tomato - chopped
bwg beso - chopped
belacan
air asam jawa
garam gula secukup rasa
sedikit perahan limau nipis
air
sedikit kerisik

gaul sebati bahan air asam tu..n perisakan secukup rasa.
pastu curahkan aje atas ikan rebus tu

ikan tu kalau nak bior sekor2 pun bleh..nak perasingkan isinya pun bleh esp ikan pari
ade gak org buat..cut ikan to into small pieces..gaul garam kunyit..pastu goreng rangup..then curahkan je air asam tu

rebus ikan parang sempoi

bawang merah
bawang putih
halia
cili padi
cili merah
daun kesum
bunga kantan
ikan parang
serai
garam
asam gelugor

hiris segala bawang segala bala, cili padi tu potong dua.. tumis bawang putih, merah dan halia.. dengan serai sekali.. then campur sikit kunyit hidup tumbuk / kunyit serbuk.. then masukkan ikan dan air.. masukkan asam gelugur...masukkan garam, daun kesum, bunga kantan.. kacau-kacau-kacau sampai masak.. sedap kalau masam dan pedasssssss

kukus ikan cara senang

ikan siakap
serai
bawang putih
bawang besar
asam gelugor
halia banyak-banyak
asam boi 3-4 biji
cili padi banyak-banyak
cendawan butang dalam tin
kobis panjang
tomato

caranya.. masukkan je ikan siakap dalam bekas berisi air.. potong segala yang patut dipotong, campakkan je dalam ikan.. then kukus je sumer skali sampai masak.. sayur tu masuk kemudian sikitlah kalau takmo layu sangat.

ikan kukus I

beli ikan yg segar .. bersihkan ...
hiris bawang putih, bwg merah, halia, serai & lengkuas...
bawang besar potong bulat2
pastu ... hias ikan tu dgn bende2 yg di potong dlm pinggan besar ...tabur sket garam & letakkan buah plum jeruk dlm botol tu ...
masukkan ikan sepinggan tu dlm periuk kukus ... kukus la ..sampai ikan tu masak

variasi
boleh curahkan setengah sudu kecik minyak bijan...
kasi harum sikit bau ikan kukus tu...


ikan kukus II

Bersihkan ikan siakap dengan limau nipis atau asam jawa..Pastu gaul ikan dengan garam dan lada hitam.

Tumbuk halia ngan bawang putih..lumur kat badan ikan tu..letak ikan dalam pinggan..tuang la sos tiram sesudu dua..perah limau nipis sket,tabur daun bawang.

Kukuslah sampai masak...makan cicah ngan kicap campur cili api

Ikan Kukus

ikan di perap ngan garam ...
masukkan dalam pengukus...
taburkan cili padi, halia, bawang dan tomato yg telah dihiris...
perahkan air asam limau,
tuangkan skit sos tiram... dan kukus...
biasa.. saya masukkan skali sayur brokoli, bunga kubis dan putik jagung...
baru nampak meriah skit...
sedap makan panas2 ni...

IKAN KUKUS

ikan..tenggiri/kerapu/bawal putih/merah
1 ulas bawng putih ]
1 nci halia ]
3 ulas bawang merah ] dihiriskan
2 biji cili merah ]
1 batang serai ]
1 s/k lada hitam
1/sb dos nampla
1 biji tomato

daun sup dan bawang ....hiasan

Cara.

1. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan dalam pinggan tahan panas dan kukuskan selama 30 minit.
2. Bila dah masak, angkat dan taburkan bahan hiasan.
4. Hidangkan dengan nasi.

IKAN PATIN BELADA

Bahan2:
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
3 tangkai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam
serbuk perasa secukupnya
Bahan2 yang Ditumbuk:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil kerisik
1/2 inci belacan

Cara Membuatnya :
Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing.
Masukkan rempah kari Dan kerisik.
Tumis lagi dan masukkan sedikit air.
Masukkan pula perahan air asam jawa.
Kemudian masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan serbuk perasa.
Biarkan mendidih dan Ikan masak.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.

Ikan Patin masak tempoyak

Bahan-bahan

4 ekor ikan sungai ( dipotong kecil ).dalam kes ni pakai ikan patin lah.
20 biji cili padi
1 mangkuk kecil tempoyak (ikut suka )
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang serai
1 biji kelapa

Cara memasaknya

Bersihkan ikan tadi dan di gaul bersama garam dan kunyit. Ketepikan.
Kisar cili padi,bawang merah & putih dan kunyit hidup
Serai dititik.Masukkan bahan kisar,tempoyak,serai,ikan dan santan cair ke dalam periuk.Masakkan selama kira-kira 5 minit dan masukkan pula santan pekat
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan sehingga pekat.
Kuah hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Sedia dihidangkan.



IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan bahannya:-

- 1 ekor Ikan Patin (kalu tak ada ikan patin ikan cencaru pun boleh)
- 5 sudu besar Tempoyak Perak
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai (di ketuk)
- 5 helai daun kesom (di ikat)
- Air ikut saiz periuk
- Garam sesedap rasa

Cara Menyediakannya:-

1.  Siang ikan patin dan potong ikut suka.
2.  kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan tempoyak.
3.  masukkan bahan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk dan masukkan
     air. Letakkan diatas api masukkan serai dan daun kesom tunggu hingga
     mendidih.

4. Masukkan ikan dan garam ikut rasa sendiri. Tunggu hingga ikan masak dan
    boleh dihidang

[ Last edited by  NoorMasri at 11-12-2006 09:37 PM ]

CatLady posted on 21-10-2004 10:18 AM

sOtong nyOnya

bahan-bahan :-
sOtong
bawang besar
bawang putih
limau purut (limau nipis atau asam jawa pun leh tapi kureng umphhh)
sedikit serbuk kunyit (utk warna kekuningan saja)
garam secukup rasa
kicap
sOs tOmatO

cara2 memasak :-
senang jer

tumis bawang besar & bawang putih
masukkan kicap & tomato sOs
garam secukup rasa
taburkan sedikit serbuk kunyit
perah limau purut
biar merenih sampai agak kering
masukkan sOtong

yg penting ialah perahan limau kasturi/purut


Sotong Nyonya

Ingredients:

(A)
1 kg Sotong, buang kulit, potong supaya jadi sekeping & criss-cross cut on the inside.

(B)
kunyit hidup - 1 1/2"
lengkuas - 1 1/2"
halia muda - 1 1/2"
serai - 2
bunga kantan - 1 kuntum
daun limau purut - 6 helai
daun kunyit - 2 helai
cili api - segenggam
bawang merah - 8 biji
bawang putih - 5 biji


(C)
belacan - 1/2 size bola pingpong

(D)
nampla - 2 sudu besar
lime juice - 3 sudu besar
gula
garam (optional)

Methods:

Potong kecil semua bahan B ( buang batang bunga kantan & kulit keras serai). Tumbuk atau process (mesin kering tanpa liquid) sampai halus.

Panaskan minyak, tumis bahan B & kacau sampai pecah minyak dan wangi. Masukkan belacan, kacau sampai hancur. Tambah nampla (nampla is thai fish/squid sauce, very salty but really good) ke dalam rempah yang sedang ditumis. Kacau dan make sure api berada di tahap maksima and then add sotong, mix well & tudung dgn tudung periuk. Biar masak selama 2-3 minutes (jaga supaya jangan hangus). Masukkan lime juice dan gula secukup rasa dan garam jika perlu.Bila sotong telah masak dan liquid dari sotong dah kurang sikit dan kuah menjadi pekat, padamkan api. Hidangkan panas dengan nasi.

CatLady posted on 21-10-2004 11:08 AM

Gulai Cili Api Ikan Tenggiri dengan Bacang Muda..

bahan2:-

ikan tenggiri 2 keping (sederhana size)
cili api (biar byk sikit)
santan kelapa (alaaa lupa tanya mak tadi)
asam keping (satu jer cukup)
bacang muda sebiji ( hiris kasar2, biji buang laaa)
garam secukup rasa (kalau tak cukup leh taik minyak)
bawang sikit jer (tumbuk atau blend dgn cili tadi)
kunyit serbuk pun boleh

masuk semua dlm periuk, masak kan sehingga mendidih, kacau selalu supaya tak taik minyak


Ikan bakar + sambal belacan + mangga muda

Kalau ada ikan bakar yg tak habih tu, buang tulang2nya.
Then, tumbuk cili api, garam, gula dan belacan (cam nak buat sambal belacan).
Pastu, campurkan isi ikan tadi then tumbuk sekali ngan sambal tuh.
Gaulkan dgn mangga muda yg masam!
Makan ngan nasik... Perghh! Sodap!

[ Last edited by CatLady on 21-10-2004 at 11:48 AM ]

CatLady posted on 21-10-2004 11:52 AM

Ketam Stim  dan Sos Cili Spesel...

Beberapa ekor ketam batu hitam...(bole diganti ngan ketam bunga kalau korang tak lalu ketam hitam tuh)..

Periuk stim

Bahan untuk sos..
Beberapa ulas bawang merah dan puteh( sikit cukup dalam 7 ke 8 ulas..nak ambik rasa jer..)
Sos plum
Sos tomato
Sos cili
Garam dan gula secubit rasa...

Bawang besar dihiris halus halus untuk hiasan bagi lawa sikit...dan daun bawang..

Okeh....bila u all dah siang ketam tuh bole la distimkan ataih periuk tuh..cara nak siang pun mesti mahir...tau tak cengkerang tempat kepala ketam tuh...u all buang umbut dan duri tajam yang tak bole dimakan jer dan korek isi kepala dia dan asingkan....cengkerang badan ketam tu  plak dicuci berseh berseh dan u all letak balik isi kepala tuh kat dalam cengkerang tadi dan susun elok elok kat ataih periuk tadi dan susun ngan body body ketam yang lain..kalau mama baby, dia ketuk sikit kaki ketam tuh ngan lesung batu so bila makan nanti tak yah nak susah susah gigit dan korek dan segala pa yang kita tak terpikir nak buat la..umpamanya mengetuk kaki ketam tadi ataih meja..hehheheh... lepas tuh stim dalam 20-25 minit...agak agak dah masak bole angkat dan susun cantek cantek dalam bowl leper besar....

Untuk sos cili tuh..memula tuh tumis bawang merah/puteh yang dah dimayang dengan minyak masak..minyak dalam 3 sudu dah cukup....bila dah wangi masukkan segala sos yang disebut tadi.......pastuh campak garam gula.......kacau sampai naik bau.....agak agak dah likat bole angkat...selalunya mama baby akan campur sikit tepung jagung ngan air sikit..so, sos tuh lagi likat dan tak cair cam air sirap..hehehehheh....angkat pan tadi dan curah kat ataih ketam yang dah tersusun kat dalam bowl leper tadi...pastuh tabur bawang besar/daunbawang yang dihiris halus kat atas sos dan ketam.....

CatLady posted on 21-10-2004 12:03 PM

sardin goreng bawang dgn daun sup

1 tin sardin - buangkan sos nyer amik ikan sahaja
1 bwg beso yg beso- potong gegelang or separuh gelang or suku gelang :D
halia sket- finely chopped/sliced
2 bwg putih - crushed
daun sup - chopped
crushed black pepper
1/2 tsp sos tiram sket
limau nipis sket
hirisan cili merah
garam n gula secukup rasa
minyak

panaskan minyak..tumiskan halia, bwg putih n black pepper
masukkan ikan sardin..goreng bior cam garing sket n masukkan daun sup pastu sos tiram..
masukkan bwg beso n hirisan cili..seasonkan garam gula secukup rasa n perahkan limau nipis..
siappp!
makan dgn nasik..jgn lupa taruk kicap..

Baked Sardin

sardin tu buang sosnyer..beli yg dlm tin leper n oval tu..
blend together:
santan pekat[sket je..just enuf utk blend
serai
bwg merah
cili merah
kunyit n daun kunyit
halia sket je
cuka or jus limau sket aje
jintan manis n ketumbar
garam gula

susun sardin dlm caserol, curahkan bahan yg dikisar
pastu bakar sampai masak
siapppp!

CatLady posted on 21-10-2004 02:05 PM

Gulai Ikan Masin

ikan kurau or talang masin -  isi n tulang or kepala ikan masin pun bleh..[rendam  terlebih dahulu
nenas - potong
terung- potong
tomato - potong wedges
cili hijau - belah memanjang

dikisar halus
5 bwg merah
3 bwg putih
rempah kari sepeket kecik
air barang 2-3 cawan

dimayang halus
5 bwg merah
3 bawang putih

1 tbsp jintan manis
daun kari
1 kotak/peket santan segera
garam gula secukup rasa
minyak utk menumis

sediakan periuk, nyalakan api dapur..heheheheh ko lupa pasang api.. setahun pun tak masak lauk ko nih karang

bahan yg diblend tu.. masukkan dlm periuk.. renih dgn api sederhana or pelan sampai bau rempah dia hilang sket..daun kari tu masukkan sebahagian je
pastu masukkan ikan masin n nenas...later on masukkan terung n kemudian tomato..kemudian sket masukkan santan.....kacau baik baik jgn pecah minyak
perisakan garam gula secukup rasa

dlm kuali lain
masukkan minyak sket je..agak agak cukup nak tumis je
tumiskan bawang yg dah dimayang beserta dgn jintan manis n daun kari..
sampai golden..pastu curah je ke dalam periuk gulai..baru bau gulai tu jadik mengancam..
kacau kejap bior mesra..pastu leh aaa diangkat..


Lemak Nenas & Ikan Masin

Nenas
Ikan kurau masin
Santan
Bahan tumis bawang putih, bawang merah, halia
Cili giling (sikit je)

Tumis bahan tumis, masukkan nenas, ikan masin, air. Kalau nak pedas masukkan cili. Lastly masukkan santan.

Ikan masin boleh ditukar dgn ketam.

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 11:02 AM ]

CatLady posted on 22-10-2004 10:58 AM

Pegedil Ikan

Roti (gardenia ke, ape ke..) lam 5-6 keping
Ikan kembung (or ikan ape2 pun la yg korang suke) lam 4 ekor (tgk size la, takkan nak guna ikan siakap sampai 4 ekor)
Daun sup
Garam secukup rase
Lada Putih
Serbuk ketumbar sket
Telur
Minyak for frying

Care2nye:

Memula rebus ikan, air paras2 ikan cukup, sampai ikan masak.
Pestu separate ikan from the air, gune air td tuh utk rendam roti. Jgn rendam sampai roti tuh lembik sgt2.
Ikan td tuh, buang tulang dia, then gaul ikan ngan roti td.
Masukkan garam, serbuk lada, serbuk ketumbar, gaul rata.
Hiris daun sup tadi nipis2 and gaul skali ngan ikan td.
Wat bentuk mcm pegedil daging tuh...
Pestu, celup lam telur yg dah dipukul, and goreng la.
Dah goreng sampai kaler dah brown, angkat la

CatLady posted on 22-10-2004 03:50 PM

asam tumis

bahan2

ikan yg best ikan pari/ ikan parang
bende/ terung
bunga kantan 2 kuntum belah 4
serai 2-3 batang ( ketuk )

bahan di kisar
cili kering 15 tangkai ( tgk ler nak pedas ker tak)
kunyit hidup besar ibu jari
lengkuas ( ader org bubuh ader yg tak bubuh) kecik jer
cili padi  @ sikit lada hitam (kalau nak lagi kaw2)
bawang putih 2-3 ulas
bawang merah 5-6 ulas
belacan optional .

air asam jawa.

tumis bahan2 yg dah di kisar...campak jer sekali serai yg dah di ketuk.
tumis sampai pecah minyak tau. masukkan bende/ terung and bunga kantan.

masukkan air asam jawa ( pekat tau jgn cair nantu tak sedap)

dah nak mereneh tu baru masukkan ikan.

jgn lupa buh garam lak .

rasa2 lebih kurang cam tu ler ( kot2 ader org melaka leh kasi resepi diorang tak kita tak reti sgt)




asam pedas utara

bahan2 yg perlu:

ikan (tamban/puting damak/parang-- mana2 yg byk tulang la)
asam keping/gelugur
daun kesum
bawang merah and putih
cili kering
cili merah sket
belacan
bunge kantan
serai -- dititik
garam


tumbuk bawang2 and cili2 and belacan. titik serai tuh lam lesung batu yg ader bahan yg ditumbuk tadi..
then masukkan la bahan2 yg ditumbuk lam periuk yg ade ayor...
letak atas api sampai nidih
masukkan asam keping
masukkan ikan
then garam, bunge kantan, daun kesum
kalau masam sgt, tambah le sket gule ke hape...

CatLady posted on 27-10-2004 03:33 PM

ikan pekasam

1/2 bungkus garam kasar
3 kepung asam gelugur
1/2 cawan beras goreng
1 biji cili kering
1 ulas bawang kecil
1 sudu gula jika hendak

*ntuk 5 ekor ikan

1. Ikan dibersihkan dan sumbat perut ikan dengan garam
2. Taburkan garam pada bekas, susun ikan berselang seli dengan garam
3. Biarkan 3 malam
4. Tapiskan airnya dan rebus air tadi
5. Taburkan beras goreng, cili, bawang dan gula pada ikan dan masukan sekali air tadi
6. Perap selama seminggu, lagi "busuk" baunya lagi sedap

CatLady posted on 27-10-2004 04:03 PM

sambal tumis hati ikan pari

Bahan2nya...:

1/2 kg hati ikan pari
cili yang dah diblender
sedikit asam jawa
sedikit ajinamoto

Cara2nya...:

Bersihkan ati pari, rendam dlm air dlm 5minit.panaskan minyak,tumis cili blender sampai wangi.pastu masukkan air asam jawa. bila kuah dia dah pekat sikit, masukkan ajinamoto secukup rasa.bila sume dah sebati, masukkan ati pari tadi..jgn gaul lak, kang hancur ati pari tu kang. dah siap, leh la dihidang

CatLady posted on 27-10-2004 04:08 PM

keli kena masak

Bahan:

1 kg ikan keli
4 cawan santan pekat
2 batang serai (titik)
15 tangkai daun cekor
1 helai daun kunyit
3 keping asam keping
3 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk perasa
11/2 cawan minyak

2 biji bawang merah}
5 ulas bawang putih}         tumbuk halus, lumur pada ikan dan perap selama
11/2 inci halia}                  5 minit sebelum goreng
2 sudu teh serbuk kunyit}
2 sudu teh garam}
15 biji bawang merah)
3 ulas bawang putih)         untuk menumis
20 tangkai cili padi)
1 sudu teh serbuk kunyit)
1 inci halia)

Cara:

1. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga berbau wangi
2. Masukkan santan, serai, asam keping dan serbuk perasa
3. Kacau santan supaya tidak berminyak
4. Masukkan daun cekur dan kunyit, bila pekat curahkan atas ikan yang digoreng tadi

CatLady posted on 27-10-2004 04:10 PM

ikan keli masak lemak cili api campur pucuk ubi (NS STYLE)


ikan keli
sebiji kelapa santan
segengam cili padi-ikut suka..
kunyit sebesar ibu jari
garam
pucuk ubi

tumbuk cili padi ngan kunyit letak garam kalau tak nak merecik
perah santan masukakn cili yg ditumbuk
biar mendidih masukkan ikan kendian masukkan pucuk ubi.. sekian

CatLady posted on 8-11-2004 09:51 PM

Lala berkuah pekat

bahan2
lala yang dibersihkan
4 ulas bawang putih dan merah dikisar
halia muda sket
cili padi cincang
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
1 sudu kecik kicap cair
1 sudu kecik kicap pekat
1 sudu tepung jagung
daun sup
daun saderi
cili merah dan hijau potong nipis
garam dan gula

caranya

tumis bahan kisar sampai berbau.masuk sos tiram,tomato, kicap cair dan pekat, campur garam gula. masukkan lala, daun sup dan saderi. masukkan tepung jagung dan biar sampai mask. pastuh angkat masuk lam pinggan makan ngan nasik....


Lala tumis air

ketuk bawang putih 2 ulas... ketuk serai sebatang.
panas kan sikit minyak dlm periuk ...
tumiskan bawang ngan serai yg diketuk
naik bau jer masukkan air...
peh tu buh lala
buh garam sikit
jgn masak lama sgt didih kan sampai lala terbuka peh tu tutup api

[ Last edited by CatLady on 8-11-2004 at 09:53 PM ]

CatLady posted on 8-11-2004 09:59 PM

Masak Lomak Sardin dgn Nenas

satu tin sardin
nenas - potong
kentang - potong
tomato - potong wedges

dikisar halus
3 bwg merah sket
2 bwg putih sket
cili padi - ikut kepedasan yg dikehendaki
santan
kunyit hidup/serbuk

daun kunyit - hiris atau siat
sedikit lada hitam - bior sebiji- sebiji
serai - titik
garam gula secukup rasa

masukkan bahan kisar bersama sama nenas n kentang, lada hitam, serai  n daun kunyit.. renih perlahan2 sampai kentang agak empuk. kacau  selalu agar santan tak berkepala
pastu masukkan sardin n tomato..bior merenih n pekat, perisakan garam gula secukup rasa..


Sardin goreng cili padi

bahan2:
blend cili api, bwg merah & bwg putih,
masukkan bhn2 yg diblend + air sket  dlm kuali yg telah dipanaskan minyak, masukkan garam + gula
bila dah nak kering, masukkan ikan sardin.

CatLady posted on 8-11-2004 10:04 PM

Sambal Sotong Asparagus

Bahan-bahan

1 cekak asparagus
10 ekor sotong
1 mangkuk kecil lada
2 camca besar minyak masak
1 camca kecil tepung jagung (bancuh dengan secamca besar air)

CatLady posted on 8-11-2004 10:05 PM

Sotong Saderi

bahan-bahan:
semangkuk sotong saiz besar - dipotong bunga atau gelang [ sotong kecik pun bleh]
3 batang celery - dipotong menyerong.. jgn nipis sgt
2 cili merah - hiris kasar
sedikit halia - cincang halus
5 ulas bwg putih - cincang halus
stok ayam dibancuh dgn air n sedikit tepung jagung
garam gula secukup rasa
lada hitam kisar
minyak bijan secukupnya

cara-cara:
panaskan minyak bijan secukupnya..tumis garlic, halia n lada hitam till naik bau
dgn api yg agak kuat..masukkan sotong.. stir fry dgn pantas  then masukkan cili n celery
pastu tu masukkan stok ayam..nampak gelegak sket je terus tutup api

hidangkan sotong celery ni dgn taburan kepingan bawang putih goreng n toasted sesame
Page: [1] 2 3 4 5 6 7
View full: [kompilasi] MAKANAN LAUT