Kacip_Fatimah Publish time 7-2-2006 10:17 AM

ASSAM FISH NYONYA STYLE

Ingredients:
600 to 700g white pomfret, cleaned and cut into thick slices

Mix and strain:
50g assam jawa
400ml water

(A) Pound:
100g shallots
5 pips garlic
2 slices lengkuas
2 buah keras

(B):
2 stalks serai (lemon grass)
1 bunga kantan, cut into halves
4 stalks daun kesom

(C):
2 1/2 tbsp chilli boh
1 tsp turmeric powder
1 tsp Maggi belacan powder

Seasoning:
1/2 cube Maggi ikan bilis stock
1/2 cube Maggi chicken stock
1/2 tsp sugar

Method
Sprinkle a dash of salt over fish and set aside.
Heat 4 tbsp oil. Saute (A) and (B) till fragrant. Add (C) and assam jawa juice. Simmer, then add seasoning and put in the fish.
When fish is cooked, turn off the heat. Dish out, sprinkle with sliced bunga kantan and serve with steaming hot rice.

NoorMasri Publish time 29-5-2006 06:05 PM

http://i13.photobucket.com/albums/a288/hanieliza5/masakan/AsamPedasDaunSup.jpg

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan
500 gm ikan pari
2 biji tomato
1/2 cawan air asam jawa
air secukupnya [untuk kuah
]garam
minyak untuk menumis
daun sup

Bahan tumbuk/mesin halus
20 biji cili api
2 s/b lada hitam
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 tangkai serai


Cara
1. Basuhkan ikan pari..rendamkansebentar dengan asam limau + asam jawa + garam. Bilas dan toskan sehingga kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ikan, garam dan buah tomato.
5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.

Ikan Pari Bakar bersambal

beberapa keping ikan pari yg dibersihkan dan dilumur skit dgn air asam tak lebih dari 10min
air asam jawa
air biasa utk kuah
daun kesum
daun kunyit
serai dan lengkuas diketuk
sedikit hirisan bawang besar

bahan kisar
cili kering - dibersihkan dan direndam dlm air panas hingga kembang
cili merah fresh - buang biji
bawang besar - lebihkan kalau nak pekat
kunyit
belacan
lada hitam - jgn guna yg powder, guna yg biji

panaskan minyak dan masukkan serai dan lengkuas. masukkan hirisan bawang besar. lepas tu baru tumis bahan kisar hingga garing. masukkan air asam dan air dan didihkan. masukkan ikan dan daun kunyit. pastikan api sederhana sehingga ikan masak.
sblm matikan api, masukkun daun kesum dan lady's finger, kalau suka.

resepi ni jugak sesuai utk ikan sembilang atau ikan duri.

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/IkanPariBakar.jpg

IKAN PARI BAKAR

Bahan-bahannya
2 ekor ikan pari, dipotong dua dan dibersihkan
3 sudu makan kicap
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
5 biji limau kasturi

Bahan untuk dikisar
10 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

Cara-caranya
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan kicap, gula, garam dan serbuk perasa.Jika suka boleh letak sedikit gula timbang/ gula melaka supaya rasa lebih umpphh.Setelah rempah masak, ketepikan.
2.Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega dan alaskan dengan daun pisang.Letakkan ikan pari diatas daun pisang, dan tuangkan rempah yang telah ditumis tadi diatas ikan.Letak sedikit mentega diatas ikan jika suka.
3.Bakar pada suhu 170 darjah C selama 40 minit.Angkat, sewaktu dihidang boleh perahkan jus limau kasturi.

Nota:Jika tidak mahu membakar dalam oven boleh juga bakar ikan pari dalam kuali non-stick kemudian tuangkan sambal diatas dan bakar sekejap lagi dan hidangkan.

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/IkanPariMasakPecal.jpg

IKAN PARI MASAK PECEL

Bahan-bahannya
3 ekor ikan pari yang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong dua
2 biji bawang besar, dipotong 8
1 ulas bawang putih, dipotong 2
9 biji cili padi thailand
3 cm belacan
4 biji kencur
1/2 kotak santan
garam secukup rasa
serbuk perasa
minyak secukupnya.

Cara-caranya
1.Panaskan sedikit minyak, goreng belacan, bawang besar, bawang putih dan cili padi thailand.Bila semua telah layu angkat dan ketepikan.
2.Minyak yang sedikit di kuali, kemudian masukkan ikan pari dan goreng sedkit sehingga isinya masak.   Angkat dan ketepikan.
3.Kisar bawang, bawang putih, belacan, cili padi yang telah digoreng dan juga kencur.
4.Masukkan bahan kisar didalam periuk, berserta ikan pari yang telah dibakar tadi.Ikan pari itu boleh disiat-siat isinya jika mahu.Bila rempah mendidih, masukkan santan, garam dan serbuk perasa.Reneh sekejap.Matikan api, boleh angkat dan hidangkan.

Kacip_Fatimah Publish time 13-8-2006 11:49 AM

UDANG PARSLEY PEPPER

http://i31.photobucket.com/albums/c387/noor2serve/LAUK%20PAUK/Picture561.jpg

bahan:
udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - cincang atau tumbuk/ketuk
cili kering - jenis flake tu... bukan serbuk
sedikit minyak bijan/olive - susah2 minyak biasa pun boleh
3 sudu teh jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
sedikit daun parsley untuk hiasan - boleh hiris


CARA MEMASAK:

1.panaskan minyak,tumiskan bawang putih.
2.masukkan cili kering flake tu,udang,jus lemon,kacau2 sehingga udang kemerah2an.
3.masukkan kulit lemon dan daun parsley.
4.hidang.

Kacip_Fatimah Publish time 13-8-2006 12:19 PM

SOTONG GORENG SERAI

Bahan2:-
300g sotong.
Garam.
Kunyit (serbuk pun leh gak).
Serai.

Cara:-
1. Sotong dipotong bulat.
2. Serai garam dan kunyit ditumbuk sebati.
3. Gaulkan dgn sotong.
4. Goreng.
5. Makan!

Kacip_Fatimah Publish time 13-8-2006 12:42 PM

UDANG MASAK TEMPOYAK

Bahan2:-
500 gm udang besar
1/2 cawan tempoyak
15 biji ciliapi
daun kunyit
air dan garam

Cara:-
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan tutup api.
3. Hidangkan dengan nasi putih.


UDANG GALAH GORENG SERAI

Bahan:-
500 gm udang galah
2 labu bawang bear
2 biji cili merah
3 batang serai
garam dan kunyit
daun sup
minyak

Cara:-
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan sikit minyak dan tumiskan cili,bawang besar dan serai sehingga wangi.
3. Masukkan udang dan tutupkan dengan tudung periuk.
4. Kacau rata dan dan bila dah nampak masak tutup api.
5. Masukkan daun bawang dan gaulkan.
6. Hidangkan dalam pinggan besar.


KERANG REBUS SERAI

Bahan:-
1 kg kerang
2 batang serai
2 biji cili merah [mayang
3 ulas bawang kecil
garam
air

Cara:-
1. Masukkansemua bahan kecuali kerang dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Masukkan kerang dan tunggu sekejap.
3. Tutup api dan angkat kerang masukkan dalam pinggan.
4. Sedap makan ngan sos cili.

Kacip_Fatimah Publish time 13-8-2006 12:45 PM

IKAN GORENG PEDAS

Bahan:-
500 gm ikan selayang/selar kuning/kembung
1 s/b ciliapi mesin
1 s/k kunyit
1 s/k jus bawang putih
garam
minyak untuk goreng

Cara:-
1. Bersihkan ikan dan kelar badan.
2. Gaulkan ikan bersama jus bawang putih cili,kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan.
4. Bila telah agak garing angkat dan hidangkan.


IKAN MASIN GORENG ASAM

Bahan:-
ikan talang masin
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
8 biji ciliapi
1/2 cawan air asam jawa
minyak untuk goreng

Cara:-
1. Ikan masin dipotong kecil dan goreng dgn api pelan sampai masak/garing (ikut selera)
2. Angkat ikan dan masukkan dalam pinggan.
3. Gunakan minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang kecil atau besar mayang bersama cili api mayang.biarkan layu sekejap.
4. Masukkan air asam jawa dan ikan tadi.
5. Hidangkan.

Wow..terangkat bila makan nanti.....

Kacip_Fatimah Publish time 10-10-2006 06:49 AM

ikan bilis
Ikan bilis halus tu digoreng garing.Angkat.Pastu tumiskan cili padi yg dah hiris + bawang besar dihiris + sikit lobak asin dihiris kecik-kecik.Lepas tu pecahkan telur atas tu,telur tu dah nak masak campakkan ikan bilis dalam tu.
Siap.


ikan bilis goreng kicap [ vantage]
goreng dulu ikan bilis tu.pastu goreng cili api (belah dua).bawang merah (belah dua atau empat), bawang putih hiris,tumis sekali dgn cili api tu.pastu masuk kicap.tuang aje terus kat ikan bilis tu.


ikan bilis taucu
Ikan bilis dalam 2 genggam
cili merah ngan cili hijau-dihiris nipis(lagi banyak lagi best)
taucu

Cara masaknya:-
Mula2 goreng ikan bilis yg dah tumbuk tu sampai agak-agak garing, pastu masukkan cili ngan taucu, bagi air sikit.
Masak sampai agak-agak kering.Rasakan ngan garam kalau tak masin,tapi selalunya takyah pun takper.
Siap.


ikan bilis sos tiram
Ikan bilis - 50g (2 genggam)
Bawang besar (Potong bulat) - 1Biji
Bawang putih (hiris) - 3 ulas
Cili padi kampung (dibelah 2) - 13 tangkai
Sos tiram - 2 atau 3 sdm

Goreng ikan bilis, dah hampir garing msukkan bawang & cili .... Lepas tu buh sostiram ....biar seminit, tutup api ... Angkat & hidangkan...
Sedappppppppp ....


Ikan Bilis Tempoyak

Bahan :
Ikan bilis dalam segenggam dua
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
3 sudu besar tempoyak
20 biji cili padi nak pedas lagi kasi banyak-banyak

Caranya:
Tumis bawang putih dan cili padi.. kacau-kacau masukkan ikan bilis... Kacau-kacau lepas tu masukkan tempoyak... last masuk bawang besar....
Kalau nak goreng dulu ikan bilis pun boleh... nak masukkan petai pun boleh...
makan dgn nasik panas...

NoorMasri Publish time 31-10-2006 03:56 AM

http://i13.photobucket.com/albums/a268/hanis00/DSCN2134.jpg
Fish Finger yangbelum digoreng

Homemade Fish Finger

2 keping fillet ikan - guna Red Snapper Fish/Dory
2 sudu lemon jus
1 sudu lada sulah
Garam secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Telur - utk celup fish finger sahaja
Bread crumb secukupnya

Cara membuatnya

1. Fillet ikan dipotong jejari - ikut suka la nk besar2 pon boleh
2. Gaulkan dengan lada sulah, lemon jus dan garam - biarkan 10 minit
3. Gaulkan dengan tepung Gandum agak2 melekat dekat jejari ikan tadi.
4. Celupkan Fish Finger tadi kedalam telur dan golekkan didalam bread crumbs.
5. Sedia untuk digoreng, sama macam kita goreng nugget tu.
6. Sedap dimakan dengan mayonis
7. Fish finger ni boleh difrozenkan.

NoorMasri Publish time 31-10-2006 03:59 AM


SALMON FISH CAKES-a great source of healthy omega-2 fatty acids and calcium

1 pound kentang= 3 biji kentang bersaiz besar, potong dadu besar-besar( cut into lage chunks)
2 tb sp mayonis
1 can salmon, drained &bones includes- guna salmon dlm tin daa
garam dan black pepper secukup rasa
tepung utk dusting ( dusting dlm b melayu apa ek?)
1 biji telur besar, beaten
2 cawan fine white bread crumbc ( sennang cerita, serbuk roti yg halus)
2 tb sp tepung jagung
1tsp serbuk jintan
1 tsp serbuk ketumbar
minyak utk goreng
lemon wedges to garnish ( optional)

rebus kentang sampai lembut( 20 minit). tapis dan lenyek dgn mayonis.

masukkan salmon termasuk tulangnya kedalam bekas besar, lenyek dgn garfu. masukkan kentang+mayonis yg dah dilenyek tadi. gaul sebati. masukkan juga ketumbar, jintan,tepung jagung, garam dan pepper secukup rasa. gaul sebati, tutup dan simpan dlm peti sejuk sejam.

keluarkan dari peti. bentukkan jadi fish cakes bulat ker, bujur ker dan dust with flour. celup fish cakes tadi ke dalam telur, lepas tu celup ke dlm bread crumbs, pastikan semua permukaan disalutinya.

panaskan minyak dlm kuali.goreng sebelah permukaan 4 minit. balikkan. gorengkan sebelah lagi sampai kaler brown. ( deep fry works better). angkat dan sejat atas paper towel, lepas tu tranfer ke dalam oven ( warm) selama 5 minit. ( nak kasi rangup kot)

garnish with lemon wedges


karang tepek gambo

inilah hasilnya


http://i19.photobucket.com/albums/b151/eyzlyn/farewell027.jpg

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:18 AM

http://i38.photobucket.com/albums/e122/hanieliza10/IkanCelupTepung.jpg

IKAN CELUP TEPUNG

Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur
air secukup nya

ikan ..


minyak yg banyak

SOS CILI
10 tanngkai cili kering
1 ulas bawang putih
2 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b gula
garam
[ semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat]
jika suka boleh sediankan bijan goreng tanpa minyak.

Cara
1. Panasakan minyak.
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker.
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
5. Hidangkan dengan sos cili

http://i54.photobucket.com/albums/g94/zieA/DSC01513.jpg

gambar ehsan zieA

Batter utk goreng ikan

boleh cuba resepi nie ...

3/4 Cawan Air
1/2 Tbsp Gula
1/2 Tsp baking powder
1 Cawan Tepung gancum
tablespoon setiap satu sesame oildan minyak

Campur semua bahan diatas jadi macam batter lepas tu celup dan goreng
Kalau nak omit baking powder pun boleh cuma tak kembung sahaja .

Cawan tu guna measuring cup

ini ada lagi satu resepi saya selalu buat untuk makan dengan lemon sacu atausweet sour sauce.

2 biji telur
1/2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan air

Campur semua jadi battercelup ini sesuai untuk ikan yang berisi macam Doryatau Soleala macam kiter makan fish and chip tu

Batter

INGREDIENTS:

vegetable oil for deep frying
1/3 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons vinegar
1/4 teaspoon baking soda
1/3 cup water

PREPARATION:
Mix flour with salt in a small bowl. Mix vinegar with baking soda. Add vinegar mixture and water to the flour mixture; beat until smooth. Dip chicken/fishes pieces into batter; allow excess batter to drip off into the bowl. Fry until golden brown

Nie sebenarnya resepi utk salut nugget....ok lah, rangup jer.... tak tau ler tahan berapa lama kerangupannya....tapi rasanya lama ler jugak maintain rangup tu sebab dari mula suap anak makan sampai habis dia makan still rangup lagik....lama gak tu dlm setengah jam....

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:19 AM


PERGEDIL IKAN
www.hanieliza.tk]

Bahan
500 gm isi ikan tengiiri/parang/kembung
2 biji kentang
1 pokok daun bawang   ]
1 pokok daun sup         ]
3 biji cili hijau                ]cincang halus
1 biji cili merah             ]
1 s/b tepung jagung
garam

telur
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ikan dibersihkan dan dikikiskan isi.
2. Tumbukkan isi ikan sehingga lumat.
3. Gaulkan rata semua bahan kecuali telur dan minyak.
4. Bentukkan adunan bulat dan leper.
5. Celupkan bebola leper kedalam telur.
6. Gorengkan dengan api sederhana sehingga masak.
7. Angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama ciili sos dan sayur salad, timun dan tomato

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:31 AM

http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9452.jpg

Sotong Berserai
Sumber: Koleksi Mingguan Wanita                

Bahan-Bahan:

Bahan A:
500 gm sotong
2 mangkuk santan

10 biji cili api]
5 biji cili merah]
5 ulas bawang merah ] dikisar
3 ulas bawang putih ]
2 sm halia]       

Bahan B:
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
? sudu kecil lada hitam
? biji jus limau nipis
Garam secukup rasa

Cara:
Sotong dibersihkan dan ditoskan airnya. Masukkan sotong dan bahan A yang lain ke dalam periuk. Masak hingga sotong kecut.

Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga mendidih.

Apabila kuahnya hampir kering, masukkan bahan B dan masak lagi hingga mendidih.

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:32 AM

http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9506.jpg

SOTONG PESEMOL
sumber:Rest.Pak Amir

Bahan-bahan :
1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cili merah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua
2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin :
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas
1 helai daun kunyit dihiris nipis
2 camca kecil Gula Jawa
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi
Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat
Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit. Sajikan

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:34 AM

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SotongMasakHitam.jpg

SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahannya
1 kg sotong, dibuang tulang dan dibersihkan jangan dibuang hitamnya
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit serbuk perasa

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
9 bijii lada merah
5 biji cili padi thailand
2 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara-caranya
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yang telah dikisar selama 5 minit.
2.Kemudian masukkan sotong dan reneh atas api selama 20 minit.Masukkan garam dan serbuk perasa.
3.Bila sotong telah masak boleh angkat dan hidangkan.

Nota: Jangan letak garam terlalu banyak, sebab sotong sudah masin rasanya.Sotong ini sedap bila ia berkuah sikit dan rempahnya serata masaknya dengan sotong..

Sotong Masak Hitam

...sotong hidup...kalau besar potong 3 (ambil dakwatnya seberapa yang suka dan asingkan dalam piring kecil...slalunya aku akan bilas benda nie..then...using a fork...pecah2kan dia dalam piring nie..pastu tambah air sikit...tapi...kalau nak masukkan begitu jer ketika menumis bley jugak...tapi kena cepat2 pecahkan dia...kalau tak dia masak dan susah nak pecah - lauk tak jadi hitam kalau dia tak pecah)

40 helai lada kering
2 bawang besar
5 bawang putih
1 inci kunyit
sedikit belacan
2 batang serai dititik
1 keping asam keping


...lada, bawang, bawang puteh, kunyit dan belacan diblender...dan tumis...masukkan serai ketika tumis lada...tumis sampai naik minyak...kemudian...masukkan beberapa dakwat itam sotong tadi dan kacau rata2....selepas itu...masukkan sotong dan gaul rata2...slalunya...tak letak air sebab sotong nie..makin dimasak...akan keluar airnya...kalau nak letak pon..sedikit sajer...pastu masukkan asam keping...garam secukup rasa dan serbuk perasa...(optional)...biarkan kuahnya pekat sedikit sebelum diangkat......



http://img.photobucket.com/albums/v313/blackmore/sotong1.jpg


Sotong Masak Hitam Manis [*****doll]

BAHAN - BAHAN:

    * 300 gmsotong hidup
    * 1 batang serai - diketuk
    * 2 sudu makan kicap
    * 1 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia - ditumbuk
    * 2 helai daun limau purut
    * garam dan serbuk perasa secukupnya


CARA MEMBUATNYA:

    * Sotong dibersihkan dan dipotong kecil
    * Basuh dan toskan
    * Pijarkan sedikit minyak dalam periuk
    * Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk bersama kicap dan kacau hingga rata
    * Masukkan air secukupnya
    * Masukkan serai dan daun limau secukupnya
    * Bila mendidih, masukkan sotong, garam serta serbuk perasa
    * Kacau hingga gaul rata
    * Angkat bila mendidih sekali lagi.

[ Last edited byNoorMasri at 1-11-2006 06:39 AM ]

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:36 AM

http://i13.photobucket.com/albums/a268/hanis00/DSCN1965.jpg

Sweet sour sotong

10 ekor sotong- saiz sederhana
masak sekejap atas api utk kecutkan sotong

cili kering blender
bawang putih dengan halia - blender juga
sos cili
sos tomato
bawang besar potong bulat
mix vege - kalau suka, capsicum pon boleh
(jarang letak - nanti budak2 kutip buang)

Cara..

Tumis cili dengan bawang putih halia tu semua sampai naik minyak
masukkan sos cili, sos tomato bawang besaq, mix vege tu semua
Last skali masukkan sotong ngan. Kalau kering sangat tambah air, rasanya tak payah sbb air
sotong tu dh ada.
Siap utk dimakan

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:38 AM

Kari Sotong


Bahan-Bahan:
1 kilo sotong (kalu yg besar lg ok)
1 peket kecil Serbuk Kari Ikan
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
? inci Lengkuas
Sedikit minyak masak
santan

Cara:
Potong sotongberbentuk bulat. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.tumisbahan-bahan yg dikisar.

Setelah bahan tumisan wangi, masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarutkan sedikit dengan air. Masak sehingga minyak pecah dan seleaps itu masukkan santan (sikit jer la...air sotong akan keluar)
masukkan sotong, tomato...siap

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:40 AM

Sotong Itam Becili (suka ati jek kasi nama:p )

Ingredients
450g squid, cleaned. But leave aside the ink sac. My husband bought me a small sized calamaris, ditto lack of ink sac. Should get bigger sized calamaris next time
2 shallots, sliced thin
2 garlic, sliced thin

Ground together with about 4 TB water
2 onion
1/2 tsp belacan
10 cili kering
2 cili merah (I uses cili merah because our cili kering at home is so hot, I dare not use too much, so the color of the sambal would be dark. Ditto the red cillies, which actually works well in my case)

1 large onion, sliced
Salt to taste
1 TB dark soy sauce (due to lack of ink from squid, if there抯 much, just omit this)
1 TB oil

Method
Saute shallots and garlic till frangrant, then add the grounded ingredients. Like usual, saute till the oil separates from the mixture. Then add squid, don抰 add any liquid because squid would give way some liquid whilst cooking. Add the ink sac too, squeezing it to make sure it would mix with the rest of the sauce.

Let it cook down for 15 minutes. Add salt and soy sauce at this point. Continue simmering. If the sauce is too runny, just add about 1 TB cornflour slurry to the dish, stirring to thicken. Cook for a few more minutes, then take off heat. At this point, add sliced onion. Serve with rice, or even with bread to soak up the sauce. And don抰 forget to add some salt, to adjust the seasoning

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:41 AM

Sotong Masak Pedas
Sumber: Buku Pandai Memasak

Bahan-Bahan:
300 g sotong (potong ikut suka)
1 sudu teh kicap pekat
? sudu teh gula
1? cawan air
5 biji ubi kentang
2 biji cili merah (dibelah 4)
3 biji bawang besar (dihiris kasar)      

Bahan giling:
1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis
? cawan air

Maklang letak skit belacan dan asam keping

Cara:
Sotong dibersihkan kemudian gaulkan dengan bahan giling. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kuning, kemudian masukkan sotong. Bila telah mendidih masukkan ubi kentang, kicap, gula, cili merah, serta garam. Tambahkan 11/2 cawan air. Masak hingga empuk barulah diangkat.

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:42 AM

http://i38.photobucket.com/albums/e122/hanieliza10/RndngSotong.jpg

RENDANG SOTONG

Bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya . Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.


http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9888.jpg

Rendang sotong basah

BHN KISAR
cili kering
udang kering
bawang putih
bawang merah
halia
lengkuas
serai

santan
kerisek
daun kunyit-hiris
asam keping
gula merah (bulat)

Cara macam biasa masak rendang tu...wokeyyy:pmuka:

[ Last edited byNoorMasri at 1-11-2006 06:44 AM ]

NoorMasri Publish time 1-11-2006 06:43 AM


Kerabu Sotong

Bahan - bahannya:
5 ekor sotong basah
2 sudu makan chilli paste/beberapa tangkai cili api/merah
5 ulas bawang merah
2 batang serai
bberapa helai daun limau purut atau daun ketumbar
5 biji limau nipis/lemon
2 paket kecil suhoon - direndam
sos ikan(nam plah)
gula secukup rasa

cara-cara membuatnya:
sotong dihiris dan di rebus celur sebentar.Toskan.
bawang merah,serai,cili merah(kalau guna cili merahlah) dan daun limau purut/ketumbar dihiris halus.
didalam satu mangkuk campurkan sos ikan sedikit2, gula dan jus limau.kalau gunakan chilli paste masukkan sekali.Rasa sos ini biar cukup masam, manis & masinnya.Sos ini boleh disediakan lebih awal dan simpan dlm peti sejuk.
Celurkan juga suhoon yg telah direndam air, toskan.
Dalam satu mangkuk lain satukan bahan2 yg telah dihiris tadi bersama sotong & suhoon yg telah dicelur.
Tuangkan sos tadi sedikit2 dan gaul rata.Tambahlah sos mengikut kesesuaian rasa anda.Jika kurang masam tambah jus limau,jika kurang manis tambah gula dan jika kurang masin tambah sos ikan(namplah).Kalau ada buah tomato kat dlm fridge tu boleh juga dihiris sebagai hiasan.

Hidangan ini sesuai dimakan dgn nasi tak kiralah lunch atau dinner.Kalau bulan puasa anak2 club mmg looking forward nak makan kerabu kata org pembuka selera.Selamat mencuba!!
http://img.photobucket.com/albums/v645/intertime/Mama%20Picture/DSC_0006SmallCopy.jpg
http://img.photobucket.com/albums/v645/intertime/Mama%20Picture/DSC_0007SmallCopy.jpg

Kerabu Sotong

Bahan - bahannya:
3 ekor sotong basah (kerat bulat2)
beberapa tangkai cili api/merah ( potong kecik2)
1 ulas bawang putih (diketuk/tumbuk)
2ulas bawang merah (mayang)
1 biji tomato ( cincang)
1 btang kacang panjang (hiris kecik2)
2 batang serai (di hiris nipis2)
beberapa biji limau nipis ( perah ambil jus)
daun ketumbar/daun limau purut (mayang halus2)
sos ikan(nam plah) secukup rasa
gula secukup rasa


cara-cara membuatnya:
sotong di rebus celur sebentar.Toskan
gaulkan semua sekali ....rasa masam manis masin ..boleh di hidangkan....bagus utk org yng nak berdiet.

fuuuhhh sedap ..ratah saja pun sedap...

[ Last edited byNoorMasri at 1-11-2006 06:48 AM ]
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8
View full version: [kompilasi] MAKANAN LAUT


ADVERTISEMENT