CARI-MAMS Publish time 3-2-2016 03:18 PM

Apa Yang Bagus Sangat Marula Oil Sampai Sis Berebut-rebut!

Edited by CARI-MAMS at 3-2-2016 03:22 PM

Oleh Adib ZA

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201602/03/150816kssgt4zaqtogmzzz.jpg
(Sumber foto: Instagram)


Sejak kebelakangan ini, produk berasaskan marula oil semakin mendapat tempat di kalangan wanita.


Misalnya produk rambut daripada pelakon Anzalna, yang dipanggil Anzel Hair sangat laku 'keras' di kalangan pengguna.


Jadi, apa yang bagus sangat dengan marula oil ini? Tahukah anda minyak marula datangnya daripada buah marula, sejenis buah yang berasal dari Afrika.


--->Kelebihannya, ia mampu melembapkan kulit dan rambut tanpa menyekat liang roma. Marula oil juga kaya dengan asid lemak yang mirip dengan minyak semula jadi pada permukaan kulit manusia.


----> Dari segi kandungannya, tinggi antioksidan, vitamin C, vitamin E dan flavonoids. Memetik laman Yahoo, marula oil mengandungi antioksidan 60 peratus lebih tinggi daripada argan dan juga biji anggur!


-----> Kandungan vitamin C dan E pula melindungi kulit dan rambut daripada pancaran cahaya matahari dan juga pencemaran.


http://www.voilahairsalon.com/uploads/2/1/3/2/21325060/7040809.jpg?711



(Sumber foto: Carian google)




Oleh itu, secara amnya untuk kecantikan rambut, marula oil berfungsi seperti berikut:


1. Melindungi


Rambut sering terdedah dengan cahaya UV dan juga penggunaan pelurus rambut. Minyak ini mampu menutup rambut daripada kerosakan kerana ia sangat kaya dengan antioksidan dan juga mineral.


2. Melembap


Dari hujung rambut hingga ke akarnya, minyak ini mampu melembapkan dan mengembalikan kelembutan pada rambut, juga kerana kaya dengan mineral dan antioksidan.


3. Mudah menyerap


Marula oil adalah minyak yang dikategorikan sebagai 'nonoily' kerana sangat mudah menyerap ke dalam kulit dan rambut. Ia mengelakkan rambut kusut, kejung dan juga mengerbang. - CARI Infonet



http://sg4.clozette.it/cimg/f_jpg,w_540,c_fitm/img/Naturals%202.jpg
(Sumber foto: Carian google)

azie5zoe Publish time 3-2-2016 03:28 PM

dah rupanya mcm buah langsat..btw..tq for info

CARI-MAMS Publish time 3-2-2016 03:30 PM

azie5zoe: dah rupanya mcm buah langsat..btw..tq for info

kan rupanya mcm langsat...yum yum..heheh

matchstick Publish time 3-2-2016 06:32 PM

i beli dkt iherbs marula oil brand acure..dh 2 kali beli. mmg bagos utk kulit.sapu kt muka mlm2. tp kena tahan bau dia pelik sikit. skrg stop jap pakai sbb ada skincare lain. kt rambut x berani nk sapu kot rambut bau kepam.
mcm 1st botol dulu mula2 pakai rasa besa2 je, pastu stop lama gak. ingt xnk beli dh sbb x pakai. pastu bila sambung balik pakai smpi abes botol tu, best pulak. tu yg beli lg. anyway mmg x rugi lah beli minyak ni.

alieyrina Publish time 3-2-2016 06:40 PM

Baru 1st time dgr..ritu duk argan oil org sebut2..

kumen2 Publish time 4-2-2016 10:45 AM

ini minyakk mesti busuk

otomatic_prince Publish time 4-2-2016 12:01 PM

kat watson ada,,

C3cakKempes Publish time 4-2-2016 12:56 PM

Sis berebut-rebut jantan korang je

misscendol Publish time 4-2-2016 04:21 PM

Iols rasekan marula oil ni sesuai dipakai kat tempat sejuk which boleh moisturekan kulit keribg akibat winter. Kalau pakai kat msia siang2 mau x oily gler muka. So pkai malam je la

CARI-MAMS Publish time 4-2-2016 06:02 PM

misscendol: Iols rasekan marula oil ni sesuai dipakai kat tempat sejuk which boleh moisturekan kulit keribg akibat winter. Kalau pakai kat msia siang2 mau x oily  ...

tp ia asal dari aprika..jadi, mungkin sesuai tmpt panas jua? haha

crunchez Publish time 5-2-2016 07:32 PM

marula oil nama cam alluring. boleh jadi pengganti argan oil la ni :lol:
olive oil dan coconut oil tetap dihati iols :lol:

evlinne Publish time 9-2-2016 05:08 PM

crunchez replied at 5-2-2016 07:32 PM
marula oil nama cam alluring. boleh jadi pengganti argan oil la ni
olive oil dan coconut oil...

Hi. Uols pernah try sapu minyak olive or coconut kat rambut tak? :D

chinta89 Publish time 10-2-2016 12:09 PM

mula2 meletup.laku keras. lama2 sejuk beku.frozen.

itulah bisnes di mesia. masa up mmg lajuuuu bdesup lama2 ade produk lain, yg laku keras laku panas bdesup2 tu dh dilupakan{:mlwarmbed:}

want2bhappy Publish time 11-2-2016 05:16 PM

KAT MANA NAK BELI MARULA OIL NI?

swayne Publish time 16-2-2016 11:38 AM

tapi Anzalna punya rambut memang lawa. Hitam berkilat, beralun alun gituuu.

epis Publish time 16-2-2016 05:49 PM

misscendol replied at 4-2-2016 04:21 PM
Iols rasekan marula oil ni sesuai dipakai kat tempat sejuk which boleh moisturekan kulit keribg akib ...

tapi argan oil ok, bile pakai mmg tak berminyak muka, jadi moist... saya pon pelik camne minyak tu cam hilang bile sapu, terasa macam diabsord... tapi tula argan oil mahal.... huhu...

Orix Publish time 16-2-2016 10:06 PM

epis replied at 16-2-2016 05:49 PM
tapi argan oil ok, bile pakai mmg tak berminyak muka, jadi moist... saya pon pelik camne minyak tu ...

kan? iols pn suka argan oil tenyeh kt muka... pkai brand ap? iols pkai secret leaf.. psni igt nk try brand josie maran

epis Publish time 16-2-2016 10:11 PM

Orix replied at 16-2-2016 10:06 PM
kan? iols pn suka argan oil tenyeh kt muka... pkai brand ap? iols pkai secret leaf.. psni igt nk t ...

Lupe dah brand ape.. pernah beli sekali je sebab mahal... tapi mmg bez pakai.. x berminyak langsung muka...

lil_honey Publish time 22-2-2016 01:34 PM

anzalna rambut lawa bukan sebab selalu pakai marula oil ni pun..
dia selalu buat treatment..yang kos nye lebih tinggi dari marula oil tu...

minahmanja Publish time 22-2-2016 03:22 PM

Orix replied at 16-2-2016 10:06 PM
kan? iols pn suka argan oil tenyeh kt muka... pkai brand ap? iols pkai secret leaf.. psni igt nk t ...

iols pun dlu pakai argan brans secret leaf gak... mmg bagus, kulit tk kering, pakai waktu mlm nk tido, bgn tido rase mcm supple je kulit...
Pages: [1] 2
View full version: Apa Yang Bagus Sangat Marula Oil Sampai Sis Berebut-rebut!


ADVERTISEMENT