DewaGanaZ posted on 23-3-2004 05:10 PM

PANGKAT ATM/TUDM/TLDM DAN POLIS

ATM...

UNIFORM BIASA

http://www.geocities.com/adc3003/img/atm

DewaGanaZ posted on 23-3-2004 05:11 PM

TLDM / NAVY

http://www.geocities.com/adc3003/img/navy.txt

DewaGanaZ posted on 23-3-2004 05:12 PM

TUDM/RMAF

http://www.geocities.com/adc3003/img/tudm.txt

DewaGanaZ posted on 23-3-2004 05:12 PM

POLIS  (PDRM)

http://www.geocities.com/adc3003/img/polis.txt

DewaGanaZ posted on 25-3-2004 03:02 PM

tambahan sikit

http://army.mod.gov.my/bm/aset/picture/parasml.jpg

posted on 26-3-2004 05:46 PM

Kalau tak silap aku pangkat TUDM yg ada kat atas tu untuk baju istiadat kan, yg lain tu aku tak atau la.

jazim posted on 26-3-2004 06:07 PM

disahkan! mmg utk pakaian istiadat. Kalau utk pakaian no.3, 4 & 5 lain lencananya. Flight Sarjan adalah istilah TUDM bagi pangkat Staf Sarjan. Lambang burung helang mengantikan 1x mahkota atas 3 calit tu. Manakala PW2 TUDM tak gunakan lambang mahkota, sebaliknya burung helang terbang.

[ Last edited by jazim on 22-4-2004 at 05:39 PM ]

DewaGanaZ posted on 27-3-2004 08:41 AM

Originally posted by jazim at 26-3-2004 06:07 PM:
disahkan! mmg utk pakaian istiadat. Kalau utk pakaian no.3, 4 & 5 lain lencananya. Flight Sarjan adalah istilah TUDM bagi pangkat Staf Sarjan. Lambang burung helang mengantikan 1x m ...


OO GITU KE



NANTI AKU EMAIL WEBMASTER LAMAN WEB TUH....

posted on 7-4-2004 09:01 PM

http://www.defence.gov.au/raaf/images/for_site/officer_ranks.jpg

Kalau tak silap ini pangkat yg digunapakai oleh RAF dan kebanyakan tentera udara negara komanwel (RAAF,IAF,PAF.RNZAF), Dulu TUDM gunapakai nama dan sistem calit macam gambar kt atas, lepas tu sistem paku dan mahkota dan nama pangkat juga ditukar macam nama pangkat yg digunapakai TDM cuma ditambah TUDM dibelakang nama, kemudian sistem calit digunapakai semula dan nama pangkat dikekalkan seperti yg ada sekarang.

zaihan posted on 12-4-2004 10:10 PM

halllllooooooooooooooooo hangpa ni dok keja dalam bidang ni ka , semua tau ni

alphawolf posted on 13-4-2004 08:20 AM

Walaupun aku recognise semua pangkat tu....satu je yang aku selalu confuse iaitu taraf jawatan antara services...adakah kapten TUDM taraf dia lagi tinggi dari Kapten TDM? Tolong clarify....

DewaGanaZ posted on 13-4-2004 08:49 AM

Originally posted by zaihan at 12-4-2004 10:10 PM:
halllllooooooooooooooooo hangpa ni dok keja dalam bidang ni ka , semua tau ni


ZAIHAN,

WELKAM

AKU BUKAN ASKAR..TAPI MINAT BEB....YG LELAIN NIH PON SAMA....

UNIFORM BOMBA CAMNE PLAK??

posted on 13-4-2004 08:53 PM

Originally posted by DewaGanaZ at 13/4/04 08:49 AM:



ZAIHAN,

WELKAM

AKU BUKAN ASKAR..TAPI MINAT BEB....YG LELAIN NIH PON SAMA....

UNIFORM BOMBA CAMNE PLAK??

Kalau tak silap Bomba pakai paku ngan crowm gak. Nama pangkat pulak aku tak berapa ingat la lebih kurang cam ni la

Ahli bomba
Ahli bomba kanan
:
:
:
Ketua balai 1
Ketua balai 2
:
:
:
Jusa

Nanti aku refer aku punya note.

[ Last edited by

posted on 13-4-2004 09:22 PM

Originally posted by alphawolf at 13/4/04 08:20 AM:
Walaupun aku recognise semua pangkat tu....satu je yang aku selalu confuse iaitu taraf jawatan antara services...adakah kapten TUDM taraf dia lagi tinggi dari Kapten TDM? Tolong clarify....

Kapten TUDM sama taraf ngan Kapten TDM tapi Kapten TLDM tarafnya sama ngan Kolonel TUDM dan Kolonel TDM...adakah itu menjawab kekeliruan anda?

harleena posted on 24-4-2004 12:13 AM


Kapten TUDM sama taraf ngan Kapten TDM tapi Kapten TLDM tarafnya sama ngan Kolonel TUDM dan Kolonel TDM...adakah itu menjawab kekeliruan anda?


Setahu saya, Kapten TUDM taraf ngan Kapten TDM tapi Kapten TLDM tarafnya sama ngan Mejar dan bukannya Kolonel..... Kalau tak silap le.

jazim posted on 24-4-2004 11:10 AM

Originally posted by harleena at 2004-4-24 12:13 AM:


Setahu saya, Kapten TUDM taraf ngan Kapten TDM tapi Kapten TLDM tarafnya sama ngan Mejar dan bukannya Kolonel..... Kalau tak silap le.

Kepten TLDM setaraf dgn Kolonel TUDM/TDM dan Penguasa Polis.

posted on 24-4-2004 01:05 PM

Originally posted by

Sweetmama posted on 24-4-2004 02:11 PM

mama kena tabik spring berkali kali kat awak la ganaz..

mama sendiri peant dia ajar, beratus kali ditanya dan dijawab, tapi tetap tak dapat ingat.  Tak minat tu lah.

Usahkan pangkatnya, adakalanya uniform dan lambang-lamabng tu pun, alahai, bila dia minta tolong sediakan..bercinta rasanya...

Malik Al Hassan posted on 26-4-2004 04:43 PM

Originally posted by harleena at 2004-4-24 00:13:


Setahu saya, Kapten TUDM taraf ngan Kapten TDM tapi Kapten TLDM tarafnya sama ngan Mejar dan bukannya Kolonel..... Kalau tak silap le.


Mejar TUDM & TDM sama taraf dgn Leftenan Komander (TLDM)


:cool::cool::cool:

massenger posted on 27-4-2004 08:10 AM

aku nak tanya...katakan pegawai dari TDM yang pangkat rendah dari pangkat pegawai dari TLDM atau sebaliknya...dia kena 'salute' ke.....

Malik Al Hassan posted on 27-4-2004 09:08 AM

Originally posted by massenger at 2004-4-27 08:10:
aku nak tanya...katakan pegawai dari TDM yang pangkat rendah dari pangkat pegawai dari TLDM atau sebaliknya...dia kena 'salute' ke.....


Dalam mana2 perkhidmatan ATM dan PDRM, malah lain2 agensi yg beruniform, adalah menjadi kemestian anggota/pegawai yg berpangkat lebih rendah untuk salute kepada pegawai yg berpangkat lebih tinggi.

Walaupun anggota tersebut dari pasukan elit eg: GGK, PASKAL, PASKAU or UTK  dsb, mereka masih lagi wajib utk memberi salute hormat kepada mana2 pegawai ATM/PDRM walaupun pegawai tersebut hanyalah seorang pegawai sukarela eg: Pegawai WATANIAH.

Kerana salute hormat tersebut bukan menghormati pegawai tesebut sebagai seorang individu, tetapi sebagai  pengiktirafan penghormatan yg diberi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung (selaku Ketua Tertinggi Negara & Panglima Tertinggi -Field Marshall- ATM)kepada pegawai tersebut.

Setiap pegawai ATM/PDRM (kecuali sub-inspektor-kalau tak silap saya)-tak kira unit apa- hanya layak utk menyandang apa2 pangkat hanya setelah mendapat perkenan dan menerima watikah rasmi DYMM SPBYPA dan nama2 pegawai tersebut akan diwartakan didalam warta kerajaan.   

Amalan salute ini lebih utama dalam pekghidmatan ATM dan PDRM, badan2 kerajaan yg beruniform lain eg: JPJ, KASTAM dll saya tak berapa pasti.

may be forumer yg lain lebih maklum...


:cool::cool::cool:

IbnuHasyim posted on 27-4-2004 04:47 PM

Originally posted by Malik Al Hassan at 27-4-2004 09:08 AM:



Dalam mana2 perkhidmatan ATM dan PDRM, malah lain2 agensi yg beruniform, adalah menjadi kemestian anggota/pegawai yg berpangkat lebih rendah untuk salute kepada pegawai yg berpangkat lebih ti ...

Yea, betul sangat la tu. Cuma nak buat sedikit pembetulan tentang pegawai polis. Dalam Polis, hanya pegawai berpangkat Asisten Superintenden Polis (mengikut ejaan asal) sahaja yang mendapat perkenaan dan tauliah dari DYMM Yang Dipertuan Agong. Perlantikan dan pemecatan mereka dimasukkan ke dalam warta kerajaan.

Tidak seperti ATM, pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau Ketua Inspektor, tidak di 'tauliah' seperti mana Leftenan Muda dalam ATM. Dan walaupun mereka Leftenan Muda dalam PALAPES, tetapi jika mereka ditauliah oleh Yang Dipertuan Agong, mereka layak menerima tabik hormat sama seperti anggota tetap. Jika tidak salah, pegawai berpangkat Inspektor hanya dipanggil 'TUAN' mulai Julai 1981 dan sebelum itu mereka dipanggil 'ENCIK'.

Tetapi perlantikan anggota sukarela seperti RELA tidaklah pula perlu diberi hormat, kecuali sesama anggota RELA. Tetapi jika anggota SUKARELWAN itu anggota polis sukarelawan atau askar wataniah, mereka menyandang keistimewaan pangkat yang disandang itu dan layak menerima tabik hormat dari pegawai tetap.

Di kalangan anggota tentera atau polis, LAZIMNYA, anggota polis hanya akan memberi tabik hormat kepada pegawai tentera yang berpangkat MEJAR ke atas dan begitu juga anggota tentera kepada Timbalan Penguasa Polis atau dalam erti kata lain, mereka diberikan hormat hanya kepada yang memakai 'crown' di atas bahu. Tetapi, jika mereka mahu memberikan hormat juga kepada Kapten atau Inspektor, itu tidaklah menjadi kesalahan apa-apa. Dulu, sebelum Dato' Seri Bakri menjadi IGP, anggota polis perlu memberikan tabik hormat walaupun tidak memamai 'peak cap', tetapi sekarang cukup dengan berdiri tegak sahaja.

Cuma, ia dilaksanakan dalam keadaan dan situasi yang memerlukan tabik hormat. Tidaklah diberikan jika dalam perhimpunan ramai atau ketika menjaga lalulintas.

Malik Al Hassan posted on 27-4-2004 06:21 PM

Originally posted by IbnuHasyim at 2004-4-27 16:47:


Yea, betul sangat la tu. Cuma nak buat sedikit pembetulan tentang pegawai polis. Dalam Polis, hanya pegawai berpangkat Asisten Superintenden Polis (mengikut ejaan asal) sahaja yang mendapat per ...


mujur dah ada forumer dikalangan warga PDRM, so dpt juga kita tahu serba sedikit ttg hal ehwal pois dan kepolisian....


TQ  IbnuH :lol

:cool::cool::cool:

massenger posted on 28-4-2004 07:49 AM

TQ bro...untuk menambah pengetahuan

IbnuHasyim posted on 28-4-2004 09:28 AM

Originally posted by massenger at 28-4-2004 07:49 AM:
TQ bro...untuk menambah pengetahuan

Thanks, sama-sama kita belajar tentang ilmu kepolisian dan ketenteraan..... jgn tanya aku pasal pasal jet pejuang ke,... aku pun tak tahu pasal itu!
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: PANGKAT ATM/TUDM/TLDM DAN POLIS