IbnuHasyim Publish time 12-5-2004 04:44 PM

Originally posted by Malik Al Hassan at 12-5-2004 01:51 PM:



boleh terangkan pangkat equivalent between ATM & PDRM tak?
Nkau compare ngan TD la senang.kalau ngan navy kang lagi la suma org kompius...

yg aku tau ...ASP = Kapten

itu pun sebab ...

Okler, aku cuba terangkan... sedaya aku ler... kalau silap... mintak maaf.....Dari pangkat LLP atau PTT (Pegawai Tanpa Tauliah) istilah dalam tentera, dalam PDRM dipanggil Pegawai Rendah Polis atau JPO. Ia bermula dari Konstabel hingga ke Sub Inspektor. Dalam PDRM, takde pangkat PW1 atau PWII, jadi, ia kekurangan satu struktur pangkat bagi lain-lain pangkat sebab paling tinggi selepas Sarjan Mejar ialah Sub-Inspektor bagi anggota pangkat rendah.

Yang kau tengok anggota pangkat rendah tabik tu, ialah Sub Inspektor yang memakai satu bintang di bahu penyandangnya, tapi taklah sama dengan pangkat Brigidier Jenaral lak. :bgrin:

Lain-lain lebih kurang sama. Cuma, dalam kategori Inspektor, bermula dari Inspektor Percubaan yang sama cam Leftenan Muda, Leftenan yang sama dengan Inspektor. Tetapi, jawatan Ketua Inspektor yang jugak memakai 3 paku tidaklah sama macam Kapten. Dan perbezaan antara Ketua Inspektor dan ASP ialah collar bagde yang berbeza keduanya.

Selepas itu, aku kira samalah. Sebab struktur pangkat pun sama, mahkota pun sama, yang berbeza antara bunga padi yang digunakan oleh TD atau keris bersilang yang digunakan oleh PDRM, kecuali bunga padi yang digunakan oleh IGP. Begitu jugaklah Deputi Superinten Polis yang memakai satu mahkota yang sama taraf dengan mejar atau Kolonel yang setaraf ngan Asisten Komisioner Polis.

Dalam pekeliling perkhidmatan elaun kerajaan, kedudukan pangkat PDRM dan TD adalah sama, kecuali Panglima Angkatan Tentera adalah pegawai lebih kanan dari Ketua Polis Negara. Manakala Panglima Tentera Darat pula adalah sama dengan Timbalan Ketua Polis Negara.

Kalau aku tidak silap, Panglima Angkatan Tentera adalah pegawai ketiga perkhidmatan awam yang tertinggi selepas Ketua SetiausahaNegara dan Peguam Negara. Ketua Polis Negara berada di kedudukan keempat. Walaupun Ketua Polis Negara dan Panglima ATM berada di bawah KSU Kementerian masing-masing, kedudukan pangkat mereka di kira lebih kanan dari sudut kepentingan kerajaan.

Malik Al Hassan Publish time 12-5-2004 04:52 PM

Originally posted by IbnuHasyim at 2004-5-12 16:44:


Okler, aku cuba terangkan... sedaya aku ler... kalau silap... mintak maaf.....Dari pangkat LLP atau PTT (Pegawai Tanpa Tauliah) istilah dalam tentera, dalam PDRM dipanggil Pegawai Rendah Poli ...


tq...tq...tq...toche..toche...nandri..nandri....mekasssiiiiihhhhhhhh....!!!!

apasal aku tak penah ambik tau hal ni sebelum ni.... buat malu muka aku je.....:nyorok::nyorok::rf::rf:......:lol:lol


:cool::cool::cool:

IbnuHasyim Publish time 13-5-2004 01:44 PM

Originally posted by Malik Al Hassan at 12-5-2004 04:52 PM:



tq...tq...tq...toche..toche...nandri..nandri....mekasssiiiiihhhhhhhh....!!!!

apasal aku tak penah ambik tau hal ni sebelum ni.... buat malu muka aku je.....:nyorok::nyorok::rf::rf:......:l ...


Ehhh... apa lak nak malu, mana ada semua tahu semua perkara... kebanyakan kita tahu perkara dalam bidang kita, lebih beruntung yang tahu perkara dalam bidang orang lain dan paling malang yang tak tahu perkara dalam bidang sendiri.... aku pun kalo orang citer pasal keta kebal ke, meriam ke, jet ke.... ngaga gak... aku tak tahu kecuali keta perisai ngan nuri.... sebab aku dah naik..... :bgrin::bgrin:

Publish time 18-5-2004 03:36 PM

Apa yg aku perati Chief Inspektor ngan ASP sama je(pakai 3 paku) cuma bezanya lencana kat kolar dia lain skit.Topi yg dia pakai pong lain skit la....kalau tak silap la.

BabeYSHa Publish time 22-5-2004 05:23 PM

:clap: kemass!!!!

izatms Publish time 22-5-2004 10:53 PM

alo all....

aku baru kat sini n aku tertarik ngan topik korang nih...actually aku ni pegawai navy. saje je lepak2 kat sini....

aku nak buat tambahan utk pangkat2 dlm TLDM....korang lupa letak peg waran I & II...

aku la ni service kat lumut....anything nak tau pasal navy, tanya aku...at the moment aku buat keja logistik...aku pon baru gak dlm navy ...almost 2 yrs...juz call me izat...

have a nice day...

izatms Publish time 22-5-2004 11:05 PM

tambahan

ok...aku nak tambah skit dr apa yg korang bincang tuh...laksamana armada mmg tak ada...tapi panglima armada ada laa...paling tinggi pon 5 bintang utk agong je...

pasal PAT ngan PTL, PTU & PTD tu pangkat diorang mmg sama....tapi gaji utk PAT lebih skit...tu kire special...that's y kalau PAT dia akan pegang jawatan sampai pencen...kalau tak, takkan dia nak turun pangkat pi jd PTL/PTD/PTU plak....

n lagi satu, mmg la ni diorang nak rotate utk semua cabang ATM..bila nak start aku tak tau lagi....dgr2 dah nak start rotation...tapi mcm biasa laa...the most senior service is TDM...so, diorang ni mcm berat nak lepaskan jawatan PAT kat cabang lain....ura2 ari tu, nak bg PTL jd PAT...tapi tak tau apa crita lagi...

4 ur information, panglima armada akan bertukar 25 mei nih...dato ramlan akan jadi AKS 3 khidmat ganti dgn dato Mohammad nik...dia akan pakai 3 bintang 25hb nih...

ada apa2 lagi korang nak tau pasal navy?? yg service lain tu, aku tau la jugak skit2....n dlm navy ni pelik skit....diorang pentingkan seniority...walaupun sama2 pangkat, tapi kalau sorang tu seniority dia junior dia kena salute senior dia...mcm aku, masuk2 navy terus pakai leftenan...so, yg dah pakai leftenan awal dr aku, aku kena la salute...tu pon depend gak laa...ada stgh org tak berkira sgt, asalkan address diorang 'tuan' udah...

dlm TDM lain skit....walaupun korang dah pakai kapten 5 thn, tapi kalau transfer unit lain n dok kat mess pegawai, korang dikira junior mess....n kalau yg dok kat mess tuh even leftenan pon, dia akan dikira senior mess....

tin Publish time 22-5-2004 11:10 PM

wellcome aboard izat.

hmm, baru dua tahun ni kira Lt. Madya la ye. apsal mintak bahagian logistik? anyway, pendaat dan pengetahuan hang amat dihargai dan dialu-alukan.

jazim Publish time 23-5-2004 05:31 PM

SEBAGAI MOD SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KPD IZAT.....WELCOME ABOARD SIR. SERONOK ADA WARGA TENTERA YG MASUK KE SINI KETIKA KAMI SEMUA AMAT DAHAGAKAN BIMBINGAN DRI ORG MCM TUAN..HEHEHE...:)

YG NI BAB LLP TLDM PULAK. LASKAR KELAS 1 (LK1) (SETARAF DGN LANS KOPERAL) DIPANGGIL 'STAF' OLEH ANGGOTA JUNIOR. KALAU DLM TENTERA DARAT PANGGILAN 'STAF' BIASANYA MERUJUK KPD STAF SARJAN (SETARAF BINTARA KANAN DLM TLDM), STAF NAVY MERUJUK KPD LANS KOPERAL DIA.:)

Malik Al Hassan Publish time 24-5-2004 02:05 PM

Originally posted by izatms at 2004-5-22 23:05:
ok...aku nak tambah skit dr apa yg korang bincang tuh...laksamana armada mmg tak ada...tapi panglima armada ada laa...paling tinggi pon 5 bintang utk agong je...

pasal PAT ngan PTL, PTU & PT ...


wellkommen skot...... good to hav u here.... aku mmmg ada kelabu asap sikit ngan Navy ni, kdg2 became embarrasing matter gak kalau tersilap address ke dsb.....:bgrin::bgrin::bgrin:



:cool::cool::cool:

izatms Publish time 24-5-2004 10:14 PM

aku direct entry dari graduate scheme terus pakai leftenan....leftenan madya kalau ada diploma....so, start dari batch aku, kalau degree terus leftenan....seblum nih, kalau degree dari engineering/technical je yg pakai leftenan...kalau supply branch mcm aku mmg leftenan dya...since dato najib announce semua degree pakai leftenan/kapten tu yg terus pakai leftenan...

utk LK1 mmg junior diorang panggil 'staff' ....betol la apa yg si jazim tu bgtau...LK dah start panggil 'leading'....even LK11 pon LM kena panggil 'staff'...

4 ur info, la ni kat lumut base tgh hangat ngan Kejohanan Mini Olimpik...aku involve ngan tennis jekk....ni seminggu tak masuk opis laa..nak taknak, aku mai la malam2....so, kalau sapa2 yg turun lumut, bleh la contact aku nanti...takat masuk2 kapal tu, bleh diatur baaa.....submarine sini takdak lagi aaa...yg ada pon juz utk training jekk..aku sendiri pon tak penah masuk..hehehe...

tin Publish time 24-5-2004 10:40 PM

ooo... itu macam ka?

hang dulu belajaq kat ATMA ka? kalau gitu, mesti ada sayap penerjunan:cak:

Publish time 25-5-2004 01:55 PM

Kalau RAF ada Marshal of the Royal Air Force dan RN ada Fleet Admiral,TUDM dan TLDM macam mana?

massenger Publish time 28-5-2004 03:43 PM

Originally posted by izatms at 22-5-2004 10:53 PM:
alo all....

aku baru kat sini n aku tertarik ngan topik korang nih...actually aku ni pegawai navy. saje je lepak2 kat sini....

aku nak buat tambahan utk pangkat2 dlm TLDM....korang lupa letak ...

selamat datang....(orang awam tak payah panggil tuan kan)....gurau jer...

massenger Publish time 28-5-2004 03:45 PM

bab salute ni aku nak tanya...apa pasal kedudukan tangan antara polis ngan tentera berbeza....antara ketiga2 cabang ATM pulak cara salute sama ker....lastly....apesal kita punya cara salute camtu (history)......cara salute tentera hitler aku rasa unik la....

jazim Publish time 28-5-2004 10:28 PM

Cara tabik ATM dan PDRM diwarisi dari British. Malah kalau kita tengok filem Hindi/Tamil/Hong Kong, cara tabik polis mereka menyamai cara tabik hormat PDRM.

Publish time 31-5-2004 04:35 PM

Dia punya kawat pong sama tengok polis hong kong ngan polis mesia kawat. lebih kurang sama jer.

antaboga Publish time 3-6-2004 03:07 PM

Apa Khabar

Nak tokok tambah sikit.

Bab pangkat PDRM nie.. setahu saya kekanan PDRM dalam bab timbalan ketua polis negeri dan KJSJ aka OCCI adalah dibezakan dgn pangkat. SAC1 dan SAC11 (SAC2). Mereka masing-masing memakai satu bintang dgn keris bersilang.

Kalau kita tgk, negeri2 kecil seperti Melaka, NS, Kelantan, Perlis, T'ganu, masing2 mempunyai KP/Ketua Polis Negeri berpangkat SAC1 dan timbalan SAC11.

jinakji Publish time 3-6-2004 03:21 PM

kabor baik..tenkiu..welkam

dockers Publish time 4-6-2004 03:32 PM

wah so informatif
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: PANGKAT ATM/TUDM/TLDM DAN POLIS


ADVERTISEMENT