DidiAndFren Publish time 5-5-2024 12:17 PM

Nurul Shuhada lapor polis, mahu dedah dalang fitnah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sshauada23_1714546973.jpg Shuhada bersama dua anaknya.





Kuala Lumpur: "Itu fitnah yang berat. Individu (pemilik akaun palsu) itu mendakwa saya jual diri untuk hidup senang macam sekarang," kata bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada ketika diminta mengulas penyebaran pelbagai fitnah tentang dirinya di media sosial.

Kata Nurul Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, fitnah yang dilemparkan itu juga mencalar maruah dan martabatnya sebagai wanita dan ibu kepada dua anaknya.

"Saya berasa sangat terhina bila individu (akaun palsu) terbabit juga mendakwa saya goda suami orang.

"Saya sendiri pernah rasa bagaimana sakitnya bila suami disondol wanita lain. Tidak mungkin saya nak buat perkara sama kepada orang lain pula?

"Saya juga ada hajat besar untuk minta kepada Allah SWT dan saya takut hendak menipu atau buat perkara yang salah kerana bimbang nanti doa tidak dikabulkan," katanya kepada Harian Metro.

Mengenai fitnah lagi, kata Nurul Shuhada, dia sudahpun membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada 29 April lalu selepas mendapat nasihat dari peguam.

"Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk dedahkan dalang di sebalik penyebaran fitnah berkenaan," katanya.

Kata Nurul Shuhada lagi, dia juga percaya individu yang menjadi dalang penyebaran fitnah terhadapnya di media sosial adalah orang yang kenal rapat dengannya.

"Individu terbabit seperti tahu semua tentang saya. Kalau tiada kaitan bagaimana dia tahu maklumat terperinci seolah-olah dia mengetahui pergerakan saya?

"Selama ini, saya hidup tenang sahaja dan kenapa sekarang ada yang nak ganggu pula. Justeru, lebih baik saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan," katanya.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Bagaimanapun, pada 22 Februari tahun lalu Hafidz dilaporkan, melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing, sebelum Nurul Shuhada memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 28 Februari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Humairah, 7 dan Umar, 4 tahun.

rosevelvet Publish time 5-5-2024 12:29 PM

Calling2 @matjerk. Knp ni... I dah lm x masuk yestana shelop. Xdan nk kejor. Mengah

slyfynx Publish time 5-5-2024 12:53 PM

Kata Nurul Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, fitnah yang dilemparkan itu juga mencalar maruah dan martabatnya sebagai wanita dan ibu kepada dua anaknya.

Wartawan sekarang mmg main buat ayat je ke? Ape beza Nurul Shuhada dgn Nurul Shuhada Mat Shukri?
Buat la ayat ... atau nama penuhnya ... ke, hape ke.
Ayat camni sesuai kalau nama pena
Man Bai atau Abdul Rahman bin Osman.
Tp still aku nk jg letak atau nama penuhnya.
Or terbalikkan, Abdul Rahman bin Osman atau lebih dikenali sebagai Man Bai.

Ok, habis merempan pasal bahasa. Penulis artikel skrg mmg dah x kisah isu bahasa.

Glass_shoes Publish time 5-5-2024 12:55 PM

kalau yg komen pemburu munafik tu rasa xde pulak cakap jual diri..Bkn main dia spin ye @asfaz..Bak kata sorang forumer ada ke yg selera check in dgn dia:sweat3:

noor2 Publish time 5-5-2024 12:59 PM

Nitizen@ org luar ke?...atau org yg kena mengena dlm hidup dia?

fair_iza Publish time 5-5-2024 01:06 PM

Xde pn dgr gosip dia jual diri? Rsnya saban hr aku berumah tangga kt medsoc?

sukacactus Publish time 5-5-2024 01:10 PM

Alah kalau org baca gosip ni pun dah tau sekadar gosip, sapa nak caya kalau gitu je orgnya

_blackbird Publish time 5-5-2024 01:11 PM

mana receipt komen hencapan jual diri tu??? no receipt kami tak purcayaaaa... aku tak purcayaaaaaa

anarina Publish time 5-5-2024 01:12 PM

Sapo la lawyer enabler minah ni sajm pun tak habeh2

LaskarHijayu Publish time 5-5-2024 01:20 PM

fair_iza replied at 5-5-2024 01:06 PM
Xde pn dgr gosip dia jual diri? Rsnya saban hr aku berumah tangga kt medsoc?

Sendiri reka2 kot hahahahaha...

lightheaded67 Publish time 5-5-2024 01:23 PM

sukacactus replied at 5-5-2024 01:10 PM
Alah kalau org baca gosip ni pun dah tau sekadar gosip, sapa nak caya kalau gitu je orgnya

{:gif_cry:}

missHaidiD Publish time 5-5-2024 01:27 PM

Ada ke yg selera dgn engko ngai

Ke ko syok sndiri ni. Konon pojaan ramai

asfaz Publish time 5-5-2024 01:31 PM

Sambungan. Tpi dia dah delete ,tapi pantassss lagi achik forum kutip bukti:lol:

yondu Publish time 5-5-2024 01:32 PM

sape jela selera dgn org cam ngko ni. dgn braces nampak macam tak terjaga, dalam gambar nampak macam ada bau badan hamis ayam, perangai kg.com tak hilang. da la menyeringai je 24jam.. iolss yg tengok jarang2 ni pun rasa nak puih puihhhh

asfaz Publish time 5-5-2024 01:39 PM

Goodluckdontcry Publish time 5-5-2024 01:41 PM

Ni lg satu...muka dahla rs bila tgk je, terus rs nk bg penampo...ko ingt ko cantik sgt...kalau rupa huduh, tp perangai bagus..xdela org keji...tp kalau rupa, mulut/tgn, perangai serupa cikB...mmg blh buat org yg xde hati pun rs sakit hati...mcm mana???? So sila halimunankan diri ko yg busuk bak kata noh rain...'awak BUSUK'.... Harktuihh

emera Publish time 5-5-2024 01:45 PM

Putar alam?

tulip-rain Publish time 5-5-2024 01:49 PM

Shu shu shu shu shu shu shu...rimas.
Yg ni xde kaitan dgn exlaki dia kan, kenape bukak thread sini. Dia bukan retis.

lightheaded67 Publish time 5-5-2024 01:52 PM

Edited by lightheaded67 at 5-5-2024 01:54 PM

asfaz replied at 5-5-2024 01:39 PM


ater kome pon,suka no ngusik dia
kt tt pon dia dh rajin drop komen ngabo bab serai dia

mojarean_X Publish time 5-5-2024 01:54 PM

Dari ko sibuk saman menyaman lapor skmm bagai baiklah ko unblock aku blk
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Nurul Shuhada lapor polis, mahu dedah dalang fitnah


ADVERTISEMENT