mattzzx Publish time 6-5-2024 03:56 PM

Yu Qi gembira mudah atasi Anthony

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PIALA_THOMAS_2024_1714977522.jpg
PEMAIN China menjulang trofi Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia 3-1 di final. FOTO BERNAMA

Chengdu: China menepati ramalan apabila merangkul gelaran ke-11 dengan menewaskan juara 14 kali, Indonesia 3-1 pada perlawanan akhir Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, malam tadi.

Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.

Pemain perseorangan lelaki kedua dunia, Shi Yu Qi menyumbang mata pertama apabila menewaskan Anthony Sinisuka Ginting 21-17 dan 21-6.

Pada sidang media selepas perlawanan, Yu Qi mengakui tidak menyangka dapat memenangi perlawanan dengan kelebihan besar ketika berdepan Ginting pada perlawanan pembukaan.


"Set pertama sangat mencabar dan saya tidak bermain dengan baik seperti yang diharapkan.

"Bagaimanapun, sorakan penyokong dan dorongan daripada rakan sepasukan telah meningkatkan keyakinan selepas menang set pertama itu," katanya.

Kemudian beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang menyumbang mata kedua buat Chia apabila mengatasi juara Seluruh England 2024, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-18, 17-21, 21-17.

Bagaimanapun, Indonesia mengurangkan defisit mata apabila Jonatan Christie mengatasi pemenang pingat emas Sukan Asia 2022, Li Shi Feng dalam pertarungan sengit 21-16, 15-21, 21-17 untuk menghidupkan semula harapan untuk Indonesia.

Malangnya, beregu kedua Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana terlepas peluang mengikat kedudukan apabila tewas 11-21, 15-21 kepada pasangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Dalam pada itu, Bagas yang kecewa tidak dapat memenangi perlawanan keempat berikrar untuk kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang.
https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2024/05/1087394/yu-qi-gembira-mudah-atasi-anthony
Pages: [1]
View full version: Yu Qi gembira mudah atasi Anthony


ADVERTISEMENT