CariDotMy

Title: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon [Print this page]

Author: kunang_kunang    Time: 9-2-2010 01:07 AM
Title: Wardina: Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


BESAR tanggungjawab untuk bergelar ikon kerana masyarakat memandang ikon itu merupakan satu ikutan, inspirasi dan semangat yang positif.

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy.

Dalam ‘menghentam’ selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di kalangan mereka yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

"Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,” jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata, tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan oleh Hollywood.

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

"Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Lantaran daripada itu, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

“Matlamat saya menjadi pengacara hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain, bukannya memberikan hiburan yang melalaikan,” beritahunya yang akan tampil dengan dua buah buku tidak lama lagi.

Buku tersebut adalah buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Melayu dan buku panduan ibu bapa untuk mengatasi masalah membesarkan anak-anak yang memfokuskan kepada pemakanan.

Selain sibuk membesarkan anak-anak, Wardina juga membahagikan masanya bagi mengikuti ijazah dalam bidang psikologi.


kredit:   mStar Online

*pergghhhh....berani wardina ni... mesti kontroversi lepas ni!
Author: narif    Time: 9-2-2010 01:09 AM
sokong wardina! skang semua pun nak ala hollywood
Author: UnaHusna    Time: 9-2-2010 01:09 AM
ok ape pendapat die tuh..nothing wrong with her statement..:re: aku setuju je pendapat die tuh..
Author: myralupilato    Time: 9-2-2010 01:10 AM
betul pe...:pompom:
Author: *Orseas_Urusha    Time: 9-2-2010 01:12 AM
Mana2 selebriti pun kita tak perlu jadikan ikon atau idola......kan kita ada Nabi Muhammad..choi jerr kalo aku dengar statement artis yg berbunyi "kami ni artis, dan artis menjadi idola kepada peminat" ish ptuih ptuih
Author: ama17    Time: 9-2-2010 01:13 AM
syabas.....
Author: baby_bro85    Time: 9-2-2010 01:14 AM
mmg bnyk kenyataan bodoh dtg dr artis2 nie..
ulama dan ustazah bnyk diam jer kadang2 sampai tak terkawal plak statment diorg nie..

contoh tadi aku tgk terjah.. pelakon mariani kata dia nak jd hamba pd seni sekalipun dah x muda..

aduhh2 dlm kepala otak aku,kita nie kena jd hamba allah s.w.t bukan hamba seni or lain2..
Author: *Orseas_Urusha    Time: 9-2-2010 01:17 AM
Tapi of coz kenyataan Wardina ni akan menjadi kontroversi kerana kebenarannya
Author: mitsui14    Time: 9-2-2010 01:19 AM
i like wardina biarla kalau orang nak entam pun...tu pandangan jujur mesti sentap pminat2 tok ti
Author: rose_weedy    Time: 9-2-2010 01:21 AM
9# mitsui14



kannn...oppss....hehehe...

go wardina...:pompom:
Author: cmf_lie    Time: 9-2-2010 01:21 AM
Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy

Alamak...besyer....time aku x de kat kb..mesti mcm2 event...tp ade...sunyi sepi...

Tp yg wardina utarakn tue betul gak...nanti adela artis mane2 yg meroyan...kui2
Author: micha    Time: 9-2-2010 01:22 AM
Tapi of coz kenyataan Wardina ni akan menjadi kontroversi kerana kebenarannya
*Orseas_Urusha Post at 9-2-2010 01:17






wardina mmg bijak dr dulu lg........
Author: jingga007    Time: 9-2-2010 01:26 AM
suka dgn statement wardina

tp sure kena hentam :kant:
Author: myralupilato    Time: 9-2-2010 01:27 AM
9# mitsui14

ko ni ai perasan, suka sgt hentam tokti indirectly...pdhl fan tokti xckp pe2 pun...:re:

plizla...jgn nk cari negatif org je...klu ko cari menda negatif je, negatif la ko dpt..sbb menda2 yg indirect ni la yg lead pada gadoh...provoke scra halus namanya...

just my nasihat...
Author: myralupilato    Time: 9-2-2010 01:28 AM
ai setuju apa wardina ckp..she's brilliant...:pompom:
Author: kunang_kunang    Time: 9-2-2010 01:39 AM
Apa yg Wardina kata tu semuanya the truth..nothong but the truth...
Tapi truth hurts...kebenaran itu adakalanya pahit.... so ade la yg sentap n meroyan lps ni... Tu yg akan jd kontroversi tu...
Author: mamarilia    Time: 9-2-2010 01:40 AM
setuju 100% dgn wardina..
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:00 AM
stuju!!!!!!
Author: freshoren    Time: 9-2-2010 02:03 AM
kebenaran itu pahit~
kalo pas ni kontroversi,sah2 la org yg mengkontroversikan itu vodo sombong
Author: tonez    Time: 9-2-2010 02:04 AM
suka tgk wardina dlm sehati sejiwa hari tu.....bagus tul dia nih....
Author: skymania    Time: 9-2-2010 02:04 AM
Post Last Edit by skymania at 9-2-2010 02:06

arus la ramai sentap bureet ngan statement wardina neh...
sentap telow pon ramai gak la nanti...

tp mmg btol apa wardina nih cakap...retis nak di jdkkan icon..cam bagus....icon clubbing..tegul arak..smoking..takngkat khalwat sana sini leh la...
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:04 AM
tp aku musykil satu, adakah selepas ini wardina akn diboikot media sebab kenyataan dia kt ats tu ada yg menghentam media...maklumlah media malaysia ni, terutamanya wrtwn2 hiburan tu x bleh dijentik sikit, mana artis yg menjentik diorang tu mulalah diorang nk boikot
Author: nik2121    Time: 9-2-2010 02:06 AM
arus la ramai sentap bureet ngan statement wardina neh...
sentap telow pon ramai gak la nanti...

tp mmg btol apa wardina nih cakap...wartawan nak di jdkkan icon..cam bagus.icen clubbing. ...
skymania Post at 9-2-2010 02:04



kelu lidah den
Author: tshirt    Time: 9-2-2010 02:09 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen pun dah main sedap mulut pulak nampaknya...
Author: CEO-Return    Time: 9-2-2010 02:13 AM
oohh...buah hati ku wardina...
Author: chicsee    Time: 9-2-2010 02:16 AM
Betul betul betul....bukan artis m'sia aje....mana2 artis tak patut dijadikan idola sebetulnya....tapi biasala kita ni manusia biasa, kenkadang minat melebih2...
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:18 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen p ...
tshirt Post at 9-2-2010 02:09


aku rs x perlu berlapik2 lg dah...perkara ni dah serius dah, tgoklah kes linda-parin tu...skrg ni pon terlalu byk rcgn hiburan yg berbentuk gosip2 murahan ni contohnya melodi,fuhh,terjah,galaksi,hiptv,jgn tdo lg(ni hanya yg kt tv3 n tv9 je), blum dikira tv tv lain, astro lg...bygkan lah mcm mn minda ank2 yg d sekolah rendah n remaja kalo disogok dgn terlalu byk kisah2 artis yg x membentuk minda pon...

ni lah masalah org melayu kalo asyik terlalu nk berlapik...smpai bila?? kena ada individu yg mcm wardina ni yg berani bersuara!!!
Author: jebat_malang    Time: 9-2-2010 02:20 AM
pe nak takut.. BERANI KERANA BENAR...
Author: skymania    Time: 9-2-2010 02:22 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen p ...
tshirt Post at 9-2-2010 02:09


takyah nak berlapik bagai dek non..retis malaysia nih bukan retis sngt bahasa kias2 neh..cakap jeh direct..lamtak la nak sentap bagai pon...
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:22 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen p ...
tshirt Post at 9-2-2010 02:09


x perlulah nk ungkitkan org tu mcm mn dulu...past is past...yg org nk pikir skrg ni yg hr ni punya citer, esok lusa, taun dpn, 10 taun akn dtg mcm mn???
Author: GiDeoN^RoSes    Time: 9-2-2010 02:24 AM
aku rase wardina  tak kesah pun media nak boikot die sbb die lebih utama kan anak2 n family die.

suke sgt wardina n husband dlm program sehati sejiwa
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:28 AM
31# GiDeoN^RoSes

bila? ruginye x tgokk
Author: jingga007    Time: 9-2-2010 02:29 AM
32# kerill


ari rabu lepas rasanya
Author: *Orseas_Urusha    Time: 9-2-2010 02:30 AM
Kalo cakap berlapik sangat ramai pulok yg IQ rendah tak faham
Author: kerill    Time: 9-2-2010 02:32 AM

Author: hepycutey    Time: 9-2-2010 02:38 AM
kalau ade retis yang sentap nanti ternyata kata2 wardina itu kene sedas kat mukenye
skong wardina:pompom:
Author: ra5101    Time: 9-2-2010 02:44 AM
Wardina, ini termasuk kumpulan Raihan, Rabbani dan wardina sendirilah yer... yg tak layak digelar ikon
Author: Mija    Time: 9-2-2010 02:57 AM
Wardina bercakap berlandaskan " berpijak di bumi nyata". Berapa lama nak jadi retis? Semua tu akan hilang satu hari kelak.....
Author: mas999    Time: 9-2-2010 05:31 AM
sokong wardina ..... :pompom:
Author: sup_ekor    Time: 9-2-2010 05:38 AM
Post Last Edit by sup_ekor at 9-2-2010 06:06


Wardina dulupun macam tu gak... tapi akhirnya insaf! Syabas
...









Photo kredit to www.myartis.com
Author: masuco    Time: 9-2-2010 06:17 AM
mesti org kta wardina nk mendabik dada sbb keterampilan dia jauh kpd muslimah berbanding artis  yg lain. syabas la...sbb dia berani keluar statement camtu.
tp! ada la segelintir artis yg mengaku dia adalah "IKON" tp perangai sebenar nan hado...
sape tuh.......................?
Author: seliparburuk    Time: 9-2-2010 06:38 AM
sokong 100% wardina. Memang selebriti msia tak layak digelar ikon. minum arak kat kelab malam jd, berpakaian separuh bogel jd kebiasaan. yg lelaki di tangkap khalwat. perempuan rampas bini org. Dah kahwin dgn ahli poltik pun masih tunjuk imej buruk. sama la juga dgn ahli politik. tak tunjuk hidup berlandaskan Islam pun.
Author: pawangBuaya    Time: 9-2-2010 07:13 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen pun dah main sedap mulut pulak nampaknya...
tshirt Post at 9-2-2010 02:09


mende camni mane perlu berlapik...
ko ni mesti artis artis kan?
padan muke...
orang cakap pada kebenaran ko tak leh terima...
ko kire dulu ke? haha memang otak ketinggalan betul..
memang dasar artis...
Author: sushiqueen    Time: 9-2-2010 07:27 AM
berani kerana benar
Author: ituini    Time: 9-2-2010 08:32 AM
macam cili boh extra.......terasa kepedassssssssannya... tahniah wardina! cuma otak sewel akan berkata "macam la bags sangat wardina" itulah retis yang akan mengambil kesimpulan dari apa yang dina cakap ni.....

memang dah tenat aku nengok industri hiburan, dah kalah hollywood....
Author: GreenHawa    Time: 9-2-2010 08:37 AM
aku setuju dengan wardin.... tp biasalah, akan jd kontroversi sbb org mesia ni susah nak terima benda yang betul2 nyata depan mata... peace!
Author: utarid    Time: 9-2-2010 08:40 AM
dia cakap memang direct aje , korang tengok x sehati sejiwa aku rasa ada bagus  dan ada yg x bagusnya.
yg x bagus dia blh kata gambar family dan husband yg ditayang tersebut hanya pura2 indah ,kalaupun x indah perkahwinan kau , x payah lah cakap direct sgt , nanti mesti org cakap perkhwinan dia ni sebenarnya x bahagia , x ke fitnah namanya.
cover 2 lah sikit. Hati suami kena juga jaga . Tapi overall okey lah , compare dgn artis2 lain yg lagi x semengah.
Author: cheton    Time: 9-2-2010 08:43 AM
pun sokong  100%
Author: kukulangau    Time: 9-2-2010 08:46 AM
aku rs x perlu berlapik2 lg dah...perkara ni dah serius dah, tgoklah kes linda-parin tu...skrg ni pon terlalu byk rcgn hiburan yg berbentuk gosip2 murahan ni contohnya melodi,fuhh,terjah,galaksi,h ...
kerill Post at 9-2-2010 02:18


media nak tiru holiwud tu yang banyak program gossip kat tv/paper
padahal kat holiwud ada berpuloh ribu talented artis
tak cukup tangan nak menggosip
sedangkan kat malaysia ni siti sorang je artis
yang lain??? perangai bagaikan gro asyik kena serbu kat kelab :re:
bukan artis saja
celebriti pun kena cekup samada kat barr or kat hotel bla bla bla
Author: voiletiris    Time: 9-2-2010 08:47 AM
i like wardina biarla kalau orang nak entam pun...tu pandangan jujur mesti sentap pminat2 tok ti
mitsui14 Post at 9-2-2010 01:19





bukan saja peminat tok t yg sentap.peminat mawi pun sentap juga ,yg menedolakan  artis/retis  pun akan sentap

Author: kukulangau    Time: 9-2-2010 08:47 AM
http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs262.ash1/18944_249080333413_520953413_3181786_4202709_n.jpg
kerill Post at 9-2-2010 02:32


macam kikin henry golding pulak pose wardina time ni
Author: kukulangau    Time: 9-2-2010 08:50 AM
anyway aku salute wardina keluarkan statement begini
biar kasi panas pada artis2 dan wartawan sengal yang suka tanya soalan joyah kepochi tak berapa empuk tu jadi malu sikit
takpe kalau media nak boikot wardina pun
dia bukannya pemes sangat anyway so berbaloi lah apa dgn yang dia cakap
Author: zafran_iman    Time: 9-2-2010 08:52 AM
setuju 100% dengan Wardina:pompom:
Author: toknek    Time: 9-2-2010 08:54 AM
aku suka dgn wardina....bagussssss.............
Author: hsafiza    Time: 9-2-2010 08:55 AM
berkata lah benar walau kebenaran itu pahit.....
jangan takut klu betul....
artis malaysia gah pada nama tapi apa pun xdak
Author: ituini    Time: 9-2-2010 08:58 AM
dia cakap memang direct aje , korang tengok x sehati sejiwa aku rasa ada bagus  dan ada yg x bagusnya.
yg x bagus dia blh kata gambar family dan husband yg ditayang tersebut hanya pura2 indah ,kalaup ...
utarid Post at 9-2-2010 08:40


aku tgk sehati sejiwa, memang best! apa benda ko merepek meraban ni. tak denya fitnah....dia kata HAKIKAT PERKAHWINAN TAK SEMUANYA INDAH.
Author: kukulangau    Time: 9-2-2010 08:58 AM
sebab bila korang kaji dari apa yang wardina sound compared to the kejayaan artis2 kita
memang patut pun
sapa yang betul2 berjaya?
berapa kerat yang berusaha bagai nak rak untuk mengekalkan kejayaan??
(kejayaan maksudnye dalam bidang seni bukan kumpul merc or bungalow or shoplot)
dan berapa ramai yang nama sentiasa dibibir kerana isu isu yang tak kena mengena dengan karier mereka??
(tangkap khalwat, sosial gilerr, takde lesen, hisap dadah, jual narkotik, bergaduh, saman menyaman, skandal seks, gambar telanjang etc etc)
Author: c_apple    Time: 9-2-2010 09:20 AM
btol je ape wardina ckp tu
tayah nk berlapik bagai..retis ni klo berlapik pn sensitip jugak..trase jugak..sentap jugk
pastu media lak takleh jentik sket..mula la nk boikot bagai..typical media kt msia..
then hal2 dia yg lpas tu gasakla..atleast ada gak la dia blaja nk berubah wpon plan2..
dr tak berubah lgsg tu??
pasni sape2 yg hentam wardina tu mmg la bodo sombong..sbb ssh nk lwn statement ni..
terpakse ckp kebenaran wpon pahit..
bravo wardina~~
Author: haqimi2869    Time: 9-2-2010 09:21 AM
sokong dan suka dgn kenyataan wardina ni.Kalau tak sedar gak tak tau la depa ni
Author: noreen    Time: 9-2-2010 09:38 AM
biar kenyataan ni kontroversi..biar artis2 ni blh fikir sikit...apa yg wardina ckp tu btl...
Author: sekuntum_nm    Time: 9-2-2010 09:42 AM
kalau ikut blog dia..
dia seorg yg berpandangan jauh dan ada ilmu
Author: muun    Time: 9-2-2010 09:46 AM
well .... gud job fren ~~
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 09:51 AM
wardina cakap tu betul...tapi rasanya kena berlapik sikit kot

ni kan isu sensitif, komen pun hendaknya dengan cara yang berhemah

dulu dia pun apa kurangnya? just kerna dia dah hinsap

komen p ...
tshirt Post at 9-2-2010 02:09


mangkuk, nilah masalah org malaysia.

SEMUA NAK BERLAPIK!

BERLAPIK! BERLAPIK!BERLAPIK! tak paham aku!

apa yang Wardina ckp tu dah cukup berlapik dah aku rasa. yang ko nak ckp balik pasal her past kenapa?

dia sendiri ckp yang dia baiki diri...ko tak nampak ke skang camne die?
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 09:55 AM
media nak tiru holiwud tu yang banyak program gossip kat tv/paper
padahal kat holiwud ada berpuloh ribu talented artis
tak cukup tangan nak menggosip
sedangkan kat malaysia ni siti sorang je artis
yang lain??? perangai bagaikan gro asyik kena serbu kat kelab :re:
bukan artis saja
celebriti pun kena cekup samada kat barr or kat hotel bla bla bla
kukulangau Post at 9-2-2010 08:46


motif siti sorg je artis?

tak paham dgn statement ko neh.
Author: WeAiNe    Time: 9-2-2010 09:58 AM
Nampak sangat hipo dunia artis ni, kalu statement yg baik2 n indah2, dipuja2 org tu....cit...go Dina go....
Author: afheyz    Time: 9-2-2010 09:59 AM
mangkuk, nilah masalah org malaysia.

SEMUA NAK BERLAPIK!

BERLAPIK! BERLAPIK!BERLAPIK! tak paham aku!

apa yang Wardina ckp tu dah cukup berlapik dah aku rasa. yang ko nak ckp balik pasal ...
idolfan Post at 9-2-2010 09:51


yup aku setuju dgn ko...
let bygone be bygone...
dan yang paling penting...

aku setuju pe yg wardina cakap..
akhirnya ada gak selebriti malaysia yang berani bercakap perkara nie secara terbuka...


Author: tigerads    Time: 9-2-2010 10:02 AM
kebenaran itu pahit bagi orang2 yang jahil..
Author: masuco    Time: 9-2-2010 10:08 AM
mangkuk, nilah masalah org malaysia.

SEMUA NAK BERLAPIK!

BERLAPIK! BERLAPIK!BERLAPIK! tak paham aku!

apa yang Wardina ckp tu dah cukup berlapik dah aku rasa. yang ko nak ckp balik pasal ...
idolfan Post at 9-2-2010 09:51


ko orang mana noks?
Author: szairmz    Time: 9-2-2010 10:09 AM
much awaited statement, especially from someone who has gone through the reformation herself.
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:10 AM
wardina dulu pon banyak kesah sensasi before kawen.....
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:11 AM
mak ku pon penah terkujat nengok dia pakai tube je posing2 ngan KRU bile mak aku dapat tau ayah dia soerg pendakwah..

neeway ape yg dia cakap tuh betol... tp salah sbb main pukul abis..... berlagak.... aku nengok dai mengacara WHI pon bukan best sgt,,,
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 10:14 AM
ko orang mana noks?
masuco Post at 9-2-2010 10:08


maksud aku, tulah masalah kebanyakkan org malaysia, especially melayu.

semuanya nak berlapik, ckp kena baik baik, takleh direct. kena jaga hati kekdahnye!, paham?

menjawab soklan ko, aku org malaysia.
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 10:15 AM
mak ku pon penah terkujat nengok dia pakai tube je posing2 ngan KRU bile mak aku dapat tau ayah dia soerg pendakwah..

neeway ape yg dia cakap tuh betol... tp salah sbb main pukul abis..... berlagak ...
True-X Post at 9-2-2010 10:11


ape yg salah? ape yg berlagak?

ko tak suke tgk dia, tak bermakna dia tak bagus. kalau fasha sandha sendiri pun berubah dlm masa 4-5 tahun lepas ni, aku respek jugak, biarpun camne kisah die bfore this. yang perlu nak mengungkit kenape?
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:18 AM
73# idolfan

..... beb takkan fasha ngan siti je kene kutuk... wardina pon patut kene skali skala...

no offense to wardina... dis is iklas nyahhhhh... call a spade a spade..
Author: ituini    Time: 9-2-2010 10:19 AM
mak ku pon penah terkujat nengok dia pakai tube je posing2 ngan KRU bile mak aku dapat tau ayah dia soerg pendakwah..

neeway ape yg dia cakap tuh betol... tp salah sbb main pukul abis..... berlagak ...
True-X Post at 9-2-2010 10:11


WELL DONE! AKU MENUNGGU STATEMENT NAN HADO BEGINI DARI ORANG MELAYU YANG BUSUK HATI!!!!! AT LAST ADA SATU, ADA LAGI? Tolonglah....... itu je ke yang ko dapat? sian! kau tunujk kat dia tapi sembilan jari lagi tunujk balik pada diri sendiri....
Author: gogo    Time: 9-2-2010 10:19 AM
agree with wardina
Author: ituini    Time: 9-2-2010 10:20 AM
so typical, ungkit balik kisah silam dia...thats all you can do!!!! Bodoh tul!
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:21 AM
dis is entertainment.. wardina nak salahkan gossip laa kontrobesi bagai... ape dia tak hengat dia pon penuh gossip dulu...?..... sbb gossip laa kampung gossip kt porem ni idup...
Author: nzaujah    Time: 9-2-2010 10:21 AM
mak ku pon penah terkujat nengok dia pakai tube je posing2 ngan KRU bile mak aku dapat tau ayah dia soerg pendakwah..

neeway ape yg dia cakap tuh betol... tp salah sbb main pukul abis..... berlagak ...
True-X Post at 9-2-2010 10:11


zaman jahiliah wardina.. I think most of us pun ada zaman jahiliah gak.. tapi, yang penting kemahuan kita untuk berubah kearah kebaikan. perbaiki kesilapan.  aku rasa kalau suruh wardina demo balik apa yg dia buat dulu-dulu, mesti  dia tak nak dan tak sanggup.. ..

well, jom move forward..
Author: nia_salina    Time: 9-2-2010 10:22 AM
i sokong her.pe dia cakap tuh betul .artis malaysia ni pun byk nye propa!
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:23 AM
so typical, ungkit balik kisah silam dia...thats all you can do!!!! Bodoh tul!
ituini Post at 9-2-2010 10:20


at least i put on it.... yg bodoh....  posting " bodoh".. dats it... soo shallow...
Author: wickedcat    Time: 9-2-2010 10:24 AM
bagus statement dia ni.......setujuk ngan wardina:pompom::pompom:
Author: ituini    Time: 9-2-2010 10:24 AM
and u panggil i cetek and shallow? you will be...................?
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:25 AM
yeah yeah yeah... zaman jahiliah.... i dont mean la nak ngungkit.. tp sbb care dia cakap camlaa dia tak penah ade gossip.. dia ni sesuci lebaran gitewww... motifff???:re:
Author: nzaujah    Time: 9-2-2010 10:26 AM
78# True-X

tu kan dia kata, dia cuba perbaiki diri...

aku bukan fanatik wardina.. just, aku setuju dgn apa yg dia cakap.. tu je.. perkara baik, apa salah kita sokong..
Author: Herlina    Time: 9-2-2010 10:27 AM
77# ituini

Entahnya..padahal Wardina sendiri cakap manusia ni x de yg sempurna.. tp usaha perbaiki diri tu mesti ada. Dia sendiri pun cuba perbaiki diri, kan?

Kdg2.. x kira artis.. peminat mereka pn akan terasa pedas bila seseorg artis mengeluarkan pendapat yg berani.. walaupun pendapat tsbt ada kebenarannya. Ni la org yg x nak muhasabah diri... pas tu dok ungkit citer lama si org yg kuarkan kenyataan tu..

Bg aku..ini sekadar pandangan Wardina.. tegas ke.. pedas atau kasar x berlapik ke.. terpulang la pada penerimaan masing2. Kalo rasa nk ikut pendapat positif dia.. ikut.. kalo rasa x nak ikut.. x perlu ikut.. x perlu nak nafikan kebenaran disebalik kata2 dia tu.
Author: TandooriPayat    Time: 9-2-2010 10:27 AM
aku x sabar nak tunggu kenyataan balas artis2 yg terasa...

cayalah wardina
Author: sekunyut    Time: 9-2-2010 10:29 AM
100% agree....tahniah Wardina kerana berani bersuara...
Author: akudiadanbeliau    Time: 9-2-2010 10:30 AM
ermm bagus kenyataan wardina,,point yg tepat..istilah "IKON" bkn lah pd artis even wardina pun.."IKON" yg plg tepat utk kita adalah Rasulullah
Author: masuco    Time: 9-2-2010 10:31 AM
maksud aku, tulah masalah kebanyakkan org malaysia, especially melayu.

semuanya nak berlapik, ckp kena baik baik, takleh direct. kena jaga hati kekdahnye!, paham?

menjawab soklan ko, aku org ...
idolfan Post at 9-2-2010 10:14


ooo org malaysia aka melayusia. paham, paham & paham{:2_77:}
Author: go_kart    Time: 9-2-2010 10:31 AM
agreed.........
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:32 AM
83# ituini

.. mintak maaf nyer wat ko tersinggung......  i dont mean to nak panggil ko shallow.. but since u call me stupid aku pon tersentap gak laaa hehhehe

neeway aku lebey ske berposting ngan poremner yg bg input.. rather tahn terus panggil org "bodoww" dan x de point lansung

thanks neeway for ur respon..

bye..
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 10:33 AM
yeah yeah yeah... zaman jahiliah.... i dont mean la nak ngungkit.. tp sbb care dia cakap camlaa dia tak penah ade gossip.. dia ni sesuci lebaran gitewww... motifff???:re:
True-X Post at 9-2-2010 10:25


abis ko nak seorg NABI ke yang ckp camtu pada zaman ni?

SEMUA org pernah ade zaman hitam. SEMUA? paham ?

so, bila dia pernah ada zaman jahiliah die, jadi dia tak awajar nak menegur?

bukankan kesilapan itu satu pengalaman? omg.
Author: ituini    Time: 9-2-2010 10:33 AM
yeah yeah yeah... zaman jahiliah.... i dont mean la nak ngungkit.. tp sbb care dia cakap camlaa dia tak penah ade gossip.. dia ni sesuci lebaran gitewww... motifff???:re:
True-X Post at 9-2-2010 10:25


true x, aku rasa dia tak ada pun niat gitu, itu interpretasi engkau yang mcm ada maslah dgn dia.... kalau dia kata gini "i dulu mana ada gossip, gossip pun sikit je" yes itu menunujuk.... tak dak...berani dan benar.....walaupun aku tau dia rasa kenyataan dia akan menimbulkan kontroversi.... i dont think she cares kot?
Author: gekgucekgi    Time: 9-2-2010 10:34 AM
:pompom:go che yah go:pompom:
Author: True-X    Time: 9-2-2010 10:35 AM
Post Last Edit by True-X at 9-2-2010 10:36

yeahh yeahh...mmg semua org kene cakap berlapik... sampaikan aku kritik wardina pon dah kene BODOH k... soo kene lahh kritik wardina berlapik kekdahnyerrr:re:... rasenyer tadelah aku hentam wardina tuh bodow bagai kann,,, X LEH DIRECTTTTTTTT....


psssttt...tp cakap wardina direct x pe
Author: yana79    Time: 9-2-2010 10:36 AM
Suka ngan wardina nihh...bijak bercakap...ader point...
Author: idolfan    Time: 9-2-2010 10:36 AM
yeahh yeahh...mmg semua org kene cakap berlapik... sampaikan aku kritik wardina pon dah kene BODOH k... soo kene lahh kritik wardina berlapik kekdahnyerrr:re:... rasenyer tadelah aku hentam wardina tu ...
True-X Post at 9-2-2010 10:35


memang ko tak ckp bodoh kat wardina. tapi cara fire back at her sgt low.

come on, jgn nak letakkan diri ko sbb mangsa dalam keadaan ni. you asked for it.  
Author: xixin5230    Time: 9-2-2010 10:39 AM
wah..ramai ler artis2 yg bengang dgn dia pas ni...
Author: kucingcomel    Time: 9-2-2010 10:42 AM
Bagus la org yg menegur tu ialah org yg suatu ketika dulu juga pernah jadi cam artis2 yg ditegur ni. Wardina dah melalui zaman hanyut tu & now dah berubah & merasai nikmatnya. So sememangnya dialah org yg sepatutnya mengajak & selamatkan artis2 ni ..  takkan la ostad atau kumpulan nasyid yg nak tegur.. itu dah biasa sgt..




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4