CariDotMy

Title: Vanida Pengacara Nona 2011 [Print this page]

Author: linnnda    Time: 15-12-2010 02:50 PM
Title: Vanida Pengacara Nona 2011
Teka-teki tentang siapa yang akan mengantikan Maya Karin sebagai pengacara Nona 2011 akhirnya terjawab. Ternyata desas-desus yang mengatakan Vanidah Imran terpilih sebagai penganti adalah benar. Perkara ini diumumkan secara rasmi kepada pihak media dalam satu majlis makan tengahari yang diadakan di Cruise Tasik Putrajaya kelmarin.

Mengulas tentang tanggungjawab terbarunya itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20 ini memberitahu, dia sebenarnya tidak sangka boleh menjadi pengacara Nona. Baginya, apa yang berlaku ini bagaikan satu mimpi yang tidak pernah disangkakan menjadi kenyataan.

"Rasa macam tidak percaya apabila ditawarkan menjadi pengacara Nona ini. Maklumlah tanggungjawabnya bukan mudah. Saya sendiri ragu-ragu sama ada boleh melakukannya atau tidak. Selepas berbincang dengan pihak produksi barulah saya berasa yakin. Saya harap dengan menjadi pengacara Nona ini, penonton di luar sana boleh menerima nilai-nilai positif yang ada pada saya. Saya pun susah hendak janjikan apa-apa, tetapi saya akan cuba lakukan yang terbaik," ulas Vanidah yang mengakui menerima tawaran pada Oktober lepas.

Berkongsi pengalaman mengacarakan Nona musim terbaru itu, Vanida memberitahu pada awalnya dia memang berasa kekok dan terlalu berhati-hati kerana masih tidak dapat membiasakan diri. Namun, masalah itu dapat diatasi selepas beberapa episod dan kini dia sudah mula seronok dengan penggambaran.

"Pada hari pertama penggambaran saya memang tertekan kerana sukar untuk menghafal skrip yang disediakan. Ini kerana bahasa yang digunakan sangat berbeza dengan bahasa yang digunakan untuk skrip lakonan. Saya cuba hafal skrip dengan baik dengan tidak meninggalkan sepatah perkataan pun.

Kalau terlupa, saya akan minta untuk buat rakaman semula. Saya tidak mahu sesuka hati mengubah skrip kerana bagi saya skrip yang disediakan sudah cantik dan teratur. Penat memang penat, tetapi saya puas dapat melakukannya. Sekarang ini saya sudah tidak ada masalah dengan bahasa yang digunakan," ujar Vanidah sambil tersenyum.

Dengan tanggungjawab terbaru itu, timbul pula persoalan bagaimana Vanidah ingin membahagikan masa dengan kerjaya lakonannya. Ini kerana Maya Karin sebelum ini dikatakan menghadapi kesukaran dalam menyusun jadual kerjanya.

Menjawab persoalan ini, Vanidah memberitahu bermula tahun hadapan dia akan mengurangkan aktiviti lakonannya. Bukan hanya kerana tugas pengacaraan itu, tetapi juga kerana dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajarannya di Open University.

"Sebelum terima tugas mengacara ini, saya sebenarnya sudah bercadang untuk mengurangkan aktiviti lakonan saya sebab saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian saya di Open University. Sebab itu selepas selesai pengambaran 'Isabella' tempohari, saya tidak terima sebarang tawaran untuk drama bersiri lagi. Kalau terlampau sibuk nanti, saya bimbang ia boleh menjejaskan pengajian. Saya ini seorang yang mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh tiap-tiap semester kena dapat keputusan cemerlang.

Kiranya 2011 nanti adalah tahun untuk saya tumpukan pada pelajaran dan juga mengacara. Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak akan berlakon langsung. Kalau untuk telemovie, saya masih berminat untuk buat kerana penggambarannya tidak memakan masa yang terlalu lama," jelas Vanida yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem 'Untuk Tiga Hari', di bawah arahan Afdlin Shauki.

Penerbit yakin dengan Vanidah

Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak begitu yakin dengan kebolehan Vanidah Imran untuk mengendalikan Nona musim terbaru, tetapi penerbit program ini, Ifawani Omar percaya dan yakin Vanidah mampu melakukannya.

"Daripada pemerhatian saya, Vanidah sudah membuktikan dia boleh menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona yang baru. Kredibilitinya sudah dapat saya lihat ketika dia menjalani penggambaran lima episod pertama Nona tempohari. Memang pada mulanya dia nampak terlalu mencuba, tetapi selepas seketika, Vanidah dapat mencari keserasian. Pembawaan karektornya memang memenuhi kriteria yang kita perlukan untuk Nona," jelas Ifawani.

Selain itu, saya juga kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Vanidah. Dia memang mementingkan kesempurnaan. Walaupun kesilapan yang dia lakukan hanya sedikit, tetapi dia sanggup melakukannya sekali lagi, " tambah Ifawani lagi.

Musim terbaru Nona tahun hadapan masih mengekalkan waktu siaran yang sama sama iaitu setiap Ahad, jam 2.00 petang. Penonton bakal disajikan dengan beberapa segmen menarik seperti 'Fesyen', 'Kecantikan', 'Rahsia Lelaki', 'Masakan', 'Koleksi Kegemaran', 'Perkahwinan' dan satu segmen interaktif terbaru, Video Pilihan, yang akan menyiarkan video-video kiriman penonton di rumah.




-dari gua.com-
Author: solstice    Time: 15-12-2010 03:00 PM
diadakan di Cruise Tasik Putrajaya kelmarin ...
linnnda Post at 15-12-2010 14:50



    Tergezut iolsss... ingatkan Cruisekeanu tadi ...heran camne kurusanu leh kuar sok kabar arus perdana
Cian Maya Karin...
Author: uda08_za    Time: 15-12-2010 03:01 PM
Suka kalau V jadi pengacara
Author: loladoilies    Time: 15-12-2010 03:08 PM
kontrak maya karin dgn tv3 dah tamat ke? {:3_84:}
Author: scarlett-jo    Time: 15-12-2010 03:10 PM
okla....tp cmna tiba2 leh pilih dia plak
dia penah ke jd pngacara?
Author: tomet05    Time: 15-12-2010 03:17 PM
cuba lagi mayakaren ..
Author: izzreen    Time: 15-12-2010 03:19 PM
ok sgt!vanida ni educated.sesuai
aku setuju.
mak aku minat btol ngn dia ni
Author: wnazzee    Time: 15-12-2010 03:24 PM
aku pong suker
Author: lana~yana~    Time: 15-12-2010 03:51 PM
kita tengok sama ada Vee  ni boleh mengacara or tak..aku tak pernah tengok dia mengacara lagi..huhuhu
Author: haiku    Time: 15-12-2010 03:52 PM
Pengisian programme yang lebih penting ..
Nona sekarang dah tak sama dengan Nona dulu2

Masa ambil MK pun rating dah turun around 1 to 2 juta je .. Dulu2 lagi tinggi
MK diambil untuk menaikkan rating .. tapi still rating sama je ...
Author: wadiunong    Time: 15-12-2010 04:45 PM
Pengisian programme yang lebih penting ..
Nona sekarang dah tak sama dengan Nona dulu2

Masa ambi ...
haiku Post at 15-12-2010 15:52



betul tu. kandungan program tu lg penting. pengacara perkara ke-2. kalo letak Oprah sbg pengacara yg kebabom pun tp kalo isi program hazabedah..tak ke mana gak Nona tu.
Author: carly_lah    Time: 15-12-2010 04:49 PM
dah bertahun carly x tgk nona nih.... kalu tukar pengacara pun, ttp x dpt menarik carly nak tgk nona....
Author: sriwanis    Time: 15-12-2010 06:11 PM
nona ni lebih kepada life style org kelas atasan jer...dr dulu lagi mmg cam tue..tak nah berubah..dolu2 ader gak episod wanita yang berkerjaya hebat cam tentera ke polis ke..skang dr awal rancangan sampai abes dok tyg org yg high class...

apa objektif nona ni sebenarnya??
hanya tuju tuk satu golongan jer ker..??
dok pomot rawatan tue rawatan ni yg bukan semer org mampu..

bagi kiter pengacara no 2..yg penting isi program tue...

teringat aku rancangan edisi siasat..pengacara wan kamarudin pnh capai rating 10 juta penonton..sbb ape programnya dekat ngan rakyat pelbagai peringkat ade objektif die tersendiri iaitu mendedahkan kebenaran...

andaikata lepas ni rating nona still cam tue gak..nak salahkan sape plak agaknyer...:re:
Author: addamnor    Time: 15-12-2010 06:53 PM
nona ni lebih kepada life style org kelas atasan jer...dr dulu lagi mmg cam tue..tak nah berubah..do ...
sriwanis Post at 15-12-2010 18:11



   bukan rating sampai juta juta sbb isi kupasan nnya adalah sex di tangga dan datin terlampau ker?

Author: dynaz_zhalia    Time: 15-12-2010 06:58 PM
suka tengok nona time segmen perkahwinan jek.. sebab dapt tengok majlis kahwin yang grand2..
Author: addamnor    Time: 15-12-2010 07:00 PM
bertabah lah kau maya karin... suram jah kau tahun 2010 neh
Author: dynaz_zhalia    Time: 15-12-2010 07:02 PM
Tergezut iolsss... ingatkan Cruisekeanu tadi ...heran camne kurusanu leh kuar sok kabar  ...
solstice Post at 15-12-2010 15:00



    pokcik ni x lepak rumah vee.. lepak umah dafi jek..
Author: BAGERO    Time: 15-12-2010 07:56 PM
SYABAS!!!
Author: solstice    Time: 15-12-2010 08:31 PM
Org TV3 ni ponnn cobalah kreatip sket.
Think out of the box...
Coba korang amik lelaki lak jadi pengacara Nona... x salah kan kan kan..
Mna tau rating naik mencanak2 sbb suri rumah2 (trutama yg gersang) dok pakat cuci mata petang ahad...
Tapi jgnlah amik Acappan

Coba try Azwan Ali
Author: yetta    Time: 15-12-2010 08:47 PM
nona..
ibarat klu tamatkan rancangan ni pun.. dah x de apa2 rasa pun..
ada xde same je..
Author: offwhite    Time: 15-12-2010 09:00 PM
tu lah kan...NONA bynk sgt cite utk golongan kayo....program statik....tp one 4 sure segmen perkahwinan sm nasa & marion ada dlm NONA...watcha....
Author: izumiza    Time: 15-12-2010 09:11 PM
nona ni lebih kepada life style org kelas atasan jer...dr dulu lagi mmg cam tue..tak nah berubah..do ...
sriwanis Post at 15-12-2010 06:11 PM


stuju sgt2!
Author: AnnaMarrytta    Time: 15-12-2010 09:37 PM
suka tengok nona time segmen perkahwinan jek.. sebab dapt tengok majlis kahwin yang grand2..
dynaz_zhalia Post at 15-12-2010 18:58


iolls pun sama u...
Author: AnnaMarrytta    Time: 15-12-2010 09:44 PM
suka tengok nona time segmen perkahwinan jek.. sebab dapt tengok majlis kahwin yang grand2..
dynaz_zhalia Post at 15-12-2010 18:58


iolls pun sama u...
Author: schmashion11    Time: 15-12-2010 09:49 PM
ntahnye..org nkkan pengisian, bukan pasal pengacara.
sian tul bebudak yg blajo mass com,, broadcasting segala.
last2 retis ppular gak yang diambik atas tiket nk naikkan rating.
dr sni dh bleh nampak tahap pemikiran org bidang penyiaran negara kite.
padahal slalu gak bace komen penonton pasal nona.
rata2 nakkan perubahan pengisian, bukan pengacara.
xbace paper ke ape diorang nih?
Author: schmashion11    Time: 15-12-2010 09:54 PM
aku cadangkn tv3 tukor tajuk nona ke datin plak.
baru kena ngan isi.
akuu pon bosan tgk isi berkenaan org kaye jah.
kalau stakat nk tgk lifestyle org kaya kaya neh,
baik aku layan list hollywood millionaires forbes kat cenel e! jah,lagi gempak.
alang2 nk tgk benda yg tak tercapai dek impian kann..
Author: cik_mot    Time: 15-12-2010 10:07 PM
Reply 26# schmashion11


   setuju2 ... pengisian lebey penting dr pengacara sbnr nye ... lgpon nape asik amik artis je ... mne bakat peserta2 rncngn pengacara dlu tu ... yg nurul shuhada nurul ain menang tu ...
Author: cik.panda    Time: 15-12-2010 10:19 PM
iolss saspek VI ni ala2 kontrol nanti
Author: Nadia90    Time: 15-12-2010 10:26 PM
iols dah bukak benang pasal nih
Author: aniesz    Time: 16-12-2010 03:14 PM
iols rasa vanida nie ok gak bgi le dia cuba dulu..
    .. iols suka teok di blakun.. classs gitu.
Author: sriwanis    Time: 16-12-2010 06:47 PM
dolu2 mak ai minat gak tgk nona nak2 ader segmen gubahan ker kreatif ...skang lansung dh tak tgk...

high kless la sgttt....
Author: CincinKristal    Time: 16-12-2010 08:30 PM
aku slalu layan  NONA time kecik2 dulu jer....ikut mummy aku tgk...tp skang aku tgk cam x best giler...rancangan untuk golongan kaye jer....pastu fesyen tunjuk yg terbukk sane sini....x sesuai
Author: tupaiterbang    Time: 16-12-2010 08:32 PM
nona ni lebih kepada life style org kelas atasan jer...dr dulu lagi mmg cam tue..tak nah berubah..do ...
sriwanis Post at 15-12-2010 18:11



blaime dato seri farid jongos la sapa lagi....
Author: Imel    Time: 16-12-2010 08:37 PM
nona ni bukan sbb pengacara dia but isi dia membosankan....if v ganti maya ...i dnt thk so she's better than maya..jauh
Author: carlis    Time: 17-12-2010 09:48 AM
bila dia da jadi pengacara dptlh naik kn balik rating nana tu..
dia  pon mcm ade aura trsendiri..good luck!!
Author: Syik_Gojet    Time: 17-12-2010 09:59 AM
pengisian nona hanya sesuai tuk Mak Datin jer....
itu pasal rating jatuh sbb Mak Datin kt Msia ni ciput jer...

cuba la buat segment y lebih dekat di hati masyarakat....

tak penah terfikir ker nak buat mcm tu.....

time aku skolah aku selalu tgk nona..dh besar langsung tak tgk..tak berminat....

rasanya tv3 nak kipas Mak2 Datin kot.....
Author: vionna007    Time: 17-12-2010 10:06 AM
betol..betol..betol...aku setuju....pengisian lebih penting dr pengaraca,,,,,klu pengisian hy utk golongan mak2 datin....tak kemana gak rating nyer...yela..mak2 datin ni mana ada masa nak tgk tv....duk sebuk kat club jer.....yg dok tconggok depan tv ni...suri2 rumah..org2 besa mcm kiter ni....patut tb3 ni ubah la sket pengisian tu...biar lebih dekat dgn penonton yg rata2 bukannyer mak2 datin....
Author: devilito    Time: 17-12-2010 10:09 AM
adakah vee juga akan dikutuk sprt maya karin..... kita tunggu.....
Author: mallcop    Time: 17-12-2010 01:41 PM
ntahnye..org nkkan pengisian, bukan pasal pengacara.
sian tul bebudak yg blajo mass com,, broadcast ...
schmashion11 Post at 15-12-2010 21:49


Silap2 komen2 ni pun dorang tak baca! Penat lah menaip!
Author: blackberry90    Time: 17-12-2010 01:49 PM
gambar2 masa majlis memperkenalkan hos rasmi rancangan Nona....




Author: blackberry90    Time: 17-12-2010 01:52 PM
Post Last Edit by blackberry90 at 17-12-2010 13:53




Credits to mStar


Author: linnnda    Time: 17-12-2010 02:22 PM
lawanya vee, untung rashidi
Author: miss_sepet    Time: 17-12-2010 02:35 PM
canteknya vanida...rashidi pun ensem apa..
Author: Azmanja    Time: 17-12-2010 02:38 PM
Vee ni ada aura dia sendiri tau... nak tgk dia jd pengacara tau depan....
Author: ctsueraya    Time: 17-12-2010 03:52 PM
tak sabar nak tgk vanida
iols lebih suka maya sebagai pelakon
bukan pengacara
vanida mcm sesuai jerk sebab sheols ala2 wanita melayu terakhir gittew
Author: vee_168    Time: 17-12-2010 04:13 PM
suka sgt tgk vanidah imran ni, gorgeous..sweet sgt couple vee n shidee
Author: iniaroonz    Time: 17-12-2010 04:24 PM
sama la juga..tak sabar nak tgk vee mengacara nona....
Author: watever_0607    Time: 17-12-2010 05:17 PM
Teka-teki tentang siapa yang akan mengantikan Maya Karin sebagai pengacara Nona 2011 akhirnya terjaw ...
linnnda Post at 15-12-2010 14:50



    wah...w looking 4ward nk tgk nona..suke tgk vi...
Author: karipap_pink    Time: 17-12-2010 05:27 PM
errrr nape la ahmik si vee ni?dah jadi mcm program drama pulak. sungguh tak elegant..not for this kind of program.
Author: anisanim    Time: 29-12-2010 07:46 PM
lama tak tengok Nona.... ni wajib tonton Nona coz Vanida ada.. hehe...
Author: anisanim    Time: 29-12-2010 07:50 PM
Reply 25# schmashion11


    bila baca comment sch kan, ada benarnye...

i ni kira org2 yg dlm target market penerbit le ye... beriya nk tonton nona  kes ada vanida..hhehehe...
Author: muntahijau    Time: 29-12-2010 09:15 PM
tgk vee acara ask aritu cam x best je..

tp betul la...

nona utk kelas atasan je..

yg tak mampu nganga mulot je tgk

padahal pompuan high class bkn tgk pon nona tuh..
Author: ubieobie    Time: 29-12-2010 09:58 PM
gegeh nak amik pelakon tu sbb nak tarik fans dia ke, amik la yg meletop terus, top 5 populer ke...tgk mcm buhsan je ask arituh..
Author: cik_kiah    Time: 2-1-2011 02:19 PM
boleh la...........
Author: Imel    Time: 2-1-2011 02:21 PM
concept sama je pakai baju gituw and berdiri mcm tu...bagi lah pengacara free style sikit jgn ikut cara tv3 dah bosan tone suara mcm tu
Author: SiMontel    Time: 2-1-2011 02:24 PM
aku rasa kelakar lak tgk Vee...bukan aper..kalo korang tgk..boleh nampak dia baca skrip...too obvious...lirik mata dia hehehee....
Author: tigerads    Time: 2-1-2011 02:25 PM
K a k U !!!!!!

baIk jaDi kaYu.....huhuhuhuhu....

Author: cik_kiah    Time: 2-1-2011 02:31 PM
perasan tak..v cakap sepatah sepatah
Author: mieza386    Time: 2-1-2011 02:31 PM
boring nye vee ni duk cakap kt nona ni...betta maya karin lg ni..huhu dia cakap lambat sgt la.. cube jgn control sgt...
Author: pawana2011    Time: 2-1-2011 02:31 PM
lebih baik maya karin yang mengacara nona nie
Author: meea_dameea    Time: 2-1-2011 02:33 PM
aku rasa tuka bejota2 kali pengacara pon xguna
kalau konsep asek duduk diri jalan..
pakai baju yg xmampoo rakyat jelata beli..
berita2 yg dibagi mmg utk nona2 klas atasan je

nona da jadi nonokkkkkkkkkkkkkkks
Author: epal_ijau    Time: 2-1-2011 02:34 PM
normala samsudin gak yg terbaek pade ak....
Author: tigerads    Time: 2-1-2011 02:35 PM
dah laa lighting x kena...bersilao giler muka VEE....

aku rasa krew nona pun mogok kott.....
Author: santubung    Time: 2-1-2011 02:35 PM
BOHSANnya Vee
very the kaku
Author: normatsue    Time: 2-1-2011 03:00 PM
byk sgt pause n terlalu berhati2........menjadikan nona semakin buhsannn huhuhhhhhh
Author: dazzledazzle    Time: 2-1-2011 03:23 PM
membosankan..... lambat yer laa aku nak tunggu dier ckp.....
Author: menjad    Time: 2-1-2011 03:27 PM
samer jer pun ...duduk bangun...jalan tu jer lah
Author: moyanggirl    Time: 2-1-2011 03:34 PM
boring...kaku...errkk...x best la!
Author: rosmahisham    Time: 2-1-2011 03:38 PM
Okla i suka gak V ni...tapi i nak balik Datin Seri Normala Samsuddin voley?
Author: zila_hakimie    Time: 2-1-2011 03:49 PM
dia tarik nafas, buleh dgr woo..
hadehla
Author: mijot    Time: 2-1-2011 03:55 PM
vee lagi kaku drpd maya...
dengar sgt dia tarik napas, cakap sepatah-sepatah sampai penat nak tggu bila dia abes cakap
Author: zafran_iman    Time: 2-1-2011 03:58 PM
lagi best maya karin mengacara.....
Author: hart_attack    Time: 2-1-2011 04:06 PM
skema la vee ni.... sori ye pd peminat vee....
agakya bulan ni turun lagi rating nona....
Author: wangi08    Time: 2-1-2011 04:09 PM
skema la vee ni.... sori ye pd peminat vee....
agakya bulan ni turun lagi rating nona....
hart_attack Post at 2-1-2011 16:06


..mungkin untuk minggu ni rating tinggi sbb ramai yg nak tengok style vee n pembaharuan nona..
tapi...
minggu depan harus... jatuh dalam gaung.....
Author: zamna    Time: 2-1-2011 04:22 PM
perasan tak..v cakap sepatah sepatah
cik_kiah Post at 2-1-2011 14:31


aku pon perasaan menda ni gak
dh mcm budak masuk pertandingan bercerita dah kekdahnye...
Author: zamna    Time: 2-1-2011 04:25 PM
boring nye vee ni duk cakap kt nona ni...betta maya karin lg ni..huhu dia cakap lambat sgt la.. cube ...
mieza386 Post at 2-1-2011 14:31


betul tu...bkn karatz MK tp MK lg better dr vee
Author: nuralisa    Time: 2-1-2011 04:25 PM
K a k U !!!!!!

baIk jaDi kaYu.....huhuhuhuhu....
tigerads Post at 2-1-2011 14:25


betul... kayu pun x kaku cam veee...  
Author: zamna    Time: 2-1-2011 04:27 PM
normala samsudin gak yg terbaek pade ak....
epal_ijau Post at 2-1-2011 14:34


setuju!!
aku dulu pon sbb utama tgk nona sbb kak mala..terpesona aku tgk gaya penyampaian kak mala.
kak mala mmg the best!
Author: mizz_aurora    Time: 2-1-2011 04:29 PM
aku suke fiza sab jahan tu jd pengacara, nampak santai n xkaku
maya karin n vee sgt kaku! xbest!
Author: bijirin    Time: 2-1-2011 04:36 PM
betul2...... mmg kaku....
Author: epal_ijau    Time: 2-1-2011 04:36 PM
aku suke fiza sab jahan tu jd pengacara, nampak santai n xkaku
maya karin n vee sgt kaku! xbest!
mizz_aurora Post at 2-1-2011 16:29


yezza.. ak pon suke fiza nih.. lancar je bercakap.. so kesimpulannye x yah le nak amik pelakon2 ni jd pengacara.. popular mmg popular tp klau x pandai mengacara jahanam gak rancangan tu..
Author: tigerads    Time: 2-1-2011 04:40 PM
dah xnak buat contest cari pengacara nona ker???

utk sementara baik la gunapakai pengacara lama buat penampilan istimewa bekas pengacara nona...lagi bagus...
Author: Dicota8    Time: 2-1-2011 04:47 PM
dah le cakap sepatah2, pastu sengih memanjang mcm KERANG BUSUK!!!!! budak tadika bercerita pun lagi best lah.....
Author: Dicota8    Time: 2-1-2011 04:52 PM
time dia tarik nafas, obvious bunyik nafas dia....ada asthma ke si vanida ni?
Author: joey_mcintrye    Time: 2-1-2011 05:05 PM
Kembalikan Datin Seri Normala Samsudin sebagai pengacara NONA
Author: Hasmuniah    Time: 2-1-2011 05:10 PM
vee cam nervous jer.. tu yg cakap sepatah2 je.. kita tengok mgu dpn caner..
klu sama gak, mmg tido la aku jawapnyer.. tersangat la boring...
Author: jingga007    Time: 2-1-2011 05:42 PM
dah lama tak tgk nona
ai suka tgk nona part org kahwin tu jah
Author: mawarputih2612    Time: 2-1-2011 05:46 PM
dh la pengacara tak best, pengisian pun ntah pape.
Author: hart_attack    Time: 2-1-2011 05:50 PM
..mungkin untuk minggu ni rating tinggi sbb ramai yg nak tengok style vee n pembaharuan nona..
...
wangi08 Post at 2-1-2011 16:09


tak tahu la nak cakap...
siyes,mmg tak best....
Author: lee_sakura    Time: 2-1-2011 05:52 PM
nona dah xbest selepas zaman normala samsudin
Author: olaklempit    Time: 2-1-2011 06:30 PM
memang tak minat vee, berlakon ke apa ke, rasa macam tak natural je.
nona tadi jeling-jeling juga nak tengok camne dia jadi hos. kaku je nampak.
lebih suka Fiza yang sebelum Maya Karin tu. Taklah lawa sangat tapi at least educated dan ada style sendiri.
Author: mimifa    Time: 2-1-2011 06:38 PM
NONA TADI YG BEST SEGMEN RESEPI RENDANG BETIK TU JE YG LAIN HAMPES...
Author: HannahMontana    Time: 2-1-2011 07:32 PM
Post Last Edit by HannahMontana at 2-1-2011 19:43

Sebolehnya aku x berkenan pengacara skema jadi pengacara...tp NONA selalu ketengahkan pengacara yg skema sambil hujung jari kanan pegang hujung jari kiri sambil jalan2 kemudian berckp sambil gerak2 bahu ala2 body language mcm ituuuuuu... Mungkin pihak produksi fikir NONA harus tampil elegan ,ada gaya dan standard high class mcm tu???? Sebab jemputan nona selalunya VVIP....VIP...........VANIDA hehehhehe....host nye... , Aku  selalu fikir kalaulah NONA dgn paparan perihal wanita yg lebih bersifat sejagat tanpa kasta , dengan  paparan fakta yg org lain boleh faham , cth kalau diutarakan kehidupan para VVIP ,perkahwinan semenggah VVIP jadi org2 awam nganga saja tengok rasa mcm x berbaloi buang masa tonton nona...Aku suka kalau nona jadi gedung rujuk wanita tp rasa lambat lg ataupun sampai mati nona mmg mcm itu sajalah.....apa benar aku mengomel ala2 wardena retis x layak dijadikan icon,ada ko ingat Tuhan ?
Author: awek_amir    Time: 2-1-2011 07:36 PM
kenapa la tv3 ni nak sangat amek artis jd pengacara? kalau betul2 best takpe gak
Author: pinkzara    Time: 2-1-2011 08:13 PM
tah..asik2 ambik retis.

fiza punya suara sedap.
skrg fiza jd pengacara whi..pandai dia control ranc..dan pandai wat lawak..x sangka plk.
suka la fiza..
Author: rosepetal    Time: 2-1-2011 08:19 PM
aku rasa kepala2 dlm produksi nona tu yg kena terminate... kalo dah org2 tu jugak yg terbitkan nona, tukar lah pengacara seribu kali pun... semua ke laut mati peginya... takkan ader pembaruannya
Author: ladyxez    Time: 2-1-2011 08:24 PM
semenjak Nona ambk artis tak sudi nk tengok,  ni Vanida LANGSUNG tak de rasa nak temgokkkk.  sori mori peminat Vanidah erkkk
Author: ladygaga    Time: 2-1-2011 08:26 PM
bosan gile tgk nona vee jadik host... nona dah tak macam nona dah bila vee jadik host...
Author: dausmohd    Time: 2-1-2011 08:32 PM
Sorry tapi Maya karin more better dari vanida imran....vanida sangat kaku dan entah nampak macam xsesuai langsungggggg....grrrrr!
Author: belacanmasin    Time: 2-1-2011 08:39 PM
mmg very dissapointing!!!!! MK is so much better than V. But i like Fiza more




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4