CariDotMy

Title: Kisah seram di UTM [Print this page]

Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:31 PM
Title: Kisah seram di UTM
Hai semua!

sekian lama aku search kat internet
susah betul nak jumpa cerita seram yg jadi kat UTM
padahal banyak je cerita kat sana
so, sape2 yg ada pengalaman or terdengar cerita
tak kesah la UTM KL or Skudai
boleh datang bercerita kat sini
enjoys!

@mrsrezza
@chazey
Author: akies    Time: 23-9-2013 12:36 PM
~ kisah seram UTM skudai ye..memang ada pun..hehehe
Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:37 PM
yang ni cerita yg aku jumpa kat thread lain
dengan izin @chazey n @mrsrezza i tepek balik

chazey bercerita

masa aku kat U dolu pun ada budak pompuan cainis bunuh diri sebab ni.

beliau gantung diri dalam lemari. kasihan rumet yang jumpa itu. harus trauma seumur hidup nampak mayat bergantung dalam lemari bilik dengan lidah terjulur panjang. lepas kes tu, asrama tutup for one sem. then reopened the next sem, tapi dah jadi kolej kediaman lelaki.

@mrsrezza ko ingat tak apa nama blok tu? aku ingat KTC jah. sekarang masih jadi asrama lelaki kah? kawan lelaki aku semangat nak apply tinggal sana bila dengar gossip kata sesapa yang tinggal di blok tu FOC jah. tapi sem depan, bila dibuka semula, kena bayar gak. ceh.
Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:18 PM


Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:37 PM
mrsrezza bercerita

Ktc..blok S bape aku x igt..tp masa kejadian tu aku x masuk utm lg..masa 1st year dgr citer tu dr senior..syukur x dpt ktc..dak2 faculty aku msa 1st year campak kat KTF, time tu ada kes orang minyak ceroboh bilik..kecoh gak sbb yg kena tu dak SPI..

Blok KTC tu dh jadi blok laki n x ramai pon yg duduk..x berani kot..the latest thn 2010 time tu ak dh staun grad, ad kes budak mati bersalin dlm bilik kat K9..setaun gak bilik tu kosong..
Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:18 PM


Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:38 PM
chazey bercerita

masa member mendiang masih kat situ dulu, tiap tahun meka akan lawat blok tu (di hari kematian mendiang) pehtu buat upacara semayang then tinggalkan bunga segala. ada la kot dalam 2 tahun gak meka sempat buat gitu.

antara kes paling heboh dan ngeri masa aku dok situ dulu, adalah kes bunuh di tandas Fakulti Alam Bina. dipercayai mangsa dirogol sebelum dibunuh. ni, lecturer kawan aku (FAB) yang bagitau sindri kat stoden pompuan, soh meka hati2 kalau blaja or datang fakulti sensorang waktu malam sebab masa tu musim exam so ramai la yang lepak kat fakulti atau library untuk study. tapi of course, kes ini disunyapkan jah. btw, kawan aku sindri dirogol oleh binatang yang tidak dikenali masa jalan kaki balik KTHO sensorang tengah malam. so aku percaya kes rogol dan bunuh dalam kawasan U ni, tak mustahil terjadi.

KTF tu, kolej paling angker aku penah stay. sepanjang aku di situ, aku penah stay KTR, Kolej 9 & Kolej 12. penah gak tumpang tido kat kolej2 lain yang aku tak ingat namanya. tapi aku takkan lupa KTF. semua blok yang aku penah stay, suma berhantu hoccay. cis sangat. paling tableh blah masa aku tumpang tido bilik kawan yang dikatakan bilik orang bunuh diri. siap ada tulisan tangan kat dinding; 'sesiapa yang tinggal di bilik ini akan ditimpa bala' katanya. malam tu kena ganggu hantu pompuan rambut panjang cucuk perut aku ngan kuku panjang. dia ingat dia kiut ka main cucuk2 gitu? tapi dalam berhantu2 pon, masa first year selalu ja aku jalan balik sensorang dari KTF (kes tumpang pinjam PC member) pi KTR.

ada gak kes mati bersalin di Kolej 9 ek. aku suka kolej tu. rasa homey, makanan sedap, paling penting hantu kurang. wakaka. masa aku stay situ dulu, kolej tu baru bukak. aku selalu lepak bilik TV angkut PS2 main dari tengah malam sampai ke pagi kalau esoknya tadak kelas.  pehtu blok paling atas tu, tak silap aku, dapat cenel yindon. eh, tapi yang ni aku tak ingat samada Kolej 9 atau Kolej 12.

sekian, nostalgia djaman U.

Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:18 PM


Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:38 PM
mrsrezza bercerita

Panjang nostalgia ko..

Mula2 nk ckp,apa2 kes jenayah kat UTM mmg disimpan rapi dr pengetahuan media, cuma yg kes mati bersalin kat K9 tu terlepas masuk buletin utama sbb time tu tv3 dtg buat liputan kat UTM..


Pasal kes kat toilet FAB tu aku tau gak..mmg situ area gelap..toilet kat blok yg menghala ker PSZ..kalo x silap yg rogol tu indon yg wat construction kat situ..mmg kesian sgt ok..masa kejadian tu aku ada je kat fac ngah busy ngn final projek..ktorang leh x tau pon pasal hal tu..start dr kes tu, pak guard rajin round FAB malam2..then start tahun lps, FAB dikurangkn penggunaan waktu malam..dh x leh guna studio 24jm cam dulu2..kalo nk guna 24jam kena bagi surat permohonan..


Pasal bilik hantu yg ada nota tu x pernah dgr lak..seram gler weh dengar citer ko..yg pasti KRP plg banyak hantu..kawan aku pnh kena masa dia balik pg2 buta dr Fac ke krp..pontianak terbang2 atas kepala dia elok je ikut smpai blok..esoknya terus demam mamat tu..pastu pontianak bertenggek atas mesin basuh..


Kat KTF lak hantu suka main lari2 kat tangga..malam2 kalo nk g toilet kena tabah lah dengar hantu2 ngusik..ak pnh duk K9 n K12/13 so far x de lg jumpa menda2 peliks tuh..


Plg best kat studio aku, member ngn 3g ngn hubby dia..time tu dia sorang kat studio..skali hubby dia nampak ponti kat blakang member aku, bila member aku pusing x de pun ponti tu..


P/S: antara kenangan aku gak..
Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:19 PM


Author: syue86    Time: 23-9-2013 12:38 PM
chazey bercerita

budak FAB rupanya ko ni. fakulti ko pemes ah. macam2 cerita. zaman aku, antara yang pemes adalah flasher FAB dan senior FAB yang buat cd terlampau di kandang kuda kelab ekuesterian, kalau tak silap.

cerita pasal hantu,

aku rasa hantu paling unik wujud di KTF tu adalah hantu budak kecik ala2 elf dalam cite omputeh tu; siap pakai pakaian serba hijau, topi lonjong, bergigi taring pehtu kenit dan playful. bayangkan time kawan aku cuci kain, elf tu duduk kat tepi dia sambil ketawa2 tengok dia. pehtu dah bosan duduk, dia pi lari2 lak (atas sinki) keliling kawan aku. wakaka. hamjad ponya mahkluk. tapi kawan aku tu rilek je. dah biasa nampak ummah halus katanya.

ada satu blok bekas sepital kat KTF tu. tak ingat K berapa. tapi aku selalu dengar suara lelaki bersembang sambil gelak2 bila dah tengah malam. kawan aku lagi dasat; dia cun so antu lelaki tu nak ngorat kot. ada sekali tu heols berbisik seksi di telinga kawan aku, panggil nama dia, masa dia nak naik tangga balik bilik. kat blok ni gak, ada masa bleh cium bau darah di toilet/kamar mandi.

cik pon, ni biasa. kat mana2 tempat di UTM tu hada. bertenggek atas beranda ganggu orang deting, duduk2 atas pokok, muncul di belakang ko, terbang di atas ko, ikut ko balik bilik - macam2 la.

hantu construction site pon hada; di KTF gak ni. dolu, masa kolej tengah2 KTF dan KTR tu masih dalam pembikinan, bila aku numpang tido bilik kawan yang dekat ngan site tu, sepanjang malam akan dengar bunyi mesin seolah2 keja2 construction sedang dijalankan. memula ingatkan memang betul ada orang gigih buat keja tengah2 malam. tapi bila aku tanya kawan2 aku pehtu meka kata tak dengar hapa pon, maka maklumlah aku akan apekah bunyi yang aku dengar tu.

di KTF juga la, penah lemari dan katil bergegar masa aku nak tido tengah malam. buduh. pehtu, PC tutup sindri dan on balik. sepanjang tertutup tu, tahan hati ja aku dengar bunyi seperti kerusi meja diseret di luar bilik padehal mana hada perabot kat luar bilik tuh. atau masa nak tido, tetiba dengar tapak kaki berjalan di sekeliling ko, pehtu pi kacau2 keyboard PC taip apa tah. tapi mahkluknya tak nampak pun. kawan aku (yang ada third eye itew) kata nenek tua.

sori off topik sangat. takleh kuntrul dari kuar cerita.


Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:17 PM


Author: nunul    Time: 23-9-2013 12:38 PM
nak gak tahu ni..sokmo keroje dlm utm skudai

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 12:57 PM
Cek in dulu..x sempat nak bercerita lg..busy!..
Author: nicuya    Time: 23-9-2013 01:36 PM
kt utmspace xde..sbb sy belajar kt situ..kikikikiki..xnk dgr..
Author: akies    Time: 23-9-2013 01:51 PM
syue86 posted on 23-9-2013 12:37 PM
yang ni cerita yg aku jumpa kat thread lain
dengan izin @chazey n @mrsrezza i tepek balik

tak silap la blok tu S13..dah ingat2 lupa..
mengong nyer budak cina gi bunuh diri dalam bilik..
pilih ler tempat lain..tasik ke..hutan ke..
tak psl2 KTC jd horror..huhuhu
tk psl2 gak aku takut nak stay kat ktc..
asal malam je bile lepak bilik member either tido sane terus or balik kolej8..






Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:05 PM
nunul posted on 23-9-2013 12:38 PM
nak gak tahu ni..sokmo keroje dlm utm skudai

nunul buat maintenance ke utk utm?
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:05 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 12:57 PM
Cek in dulu..x sempat nak bercerita lg..busy!..

ok..tq singgah
nanti mai lagi
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:06 PM
nicuya posted on 23-9-2013 01:36 PM
kt utmspace xde..sbb sy belajar kt situ..kikikikiki..xnk dgr..

hahaha..
utm space baru lagi kan?
tapi ade je fakulti baru yg dah ade 'diorang'
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:07 PM
akies posted on 23-9-2013 01:51 PM
tak silap la blok tu S13..dah ingat2 lupa..
mengong nyer budak cina gi bunuh diri dalam bilik..:c ...

betul S13
aku penah stay bilik kawan
berdepan ngan bilik budak tu
time tu diorg dah tukar bilik tu jadi bilik tv
Author: nunul    Time: 23-9-2013 02:08 PM
syue86 posted on 23-9-2013 02:05 PM
nunul buat maintenance ke utk utm?

taklah...sokmo meeting ngan fakulty.
kamon la citer.x sabo ni.hahah


Author: nicuya    Time: 23-9-2013 02:09 PM
syue86 posted on 23-9-2013 02:06 PM
hahaha..
utm space baru lagi kan?
tapi ade je fakulti baru yg dah ade 'diorang'

noooo......ade xpe tp jgn kaco..haha


Author: nunul    Time: 23-9-2013 02:10 PM
ooo...KTC tu. member bgtau, ada cina frust n suicide.horror la tmpt tu.

CICT tu boleh tahan gak horror.
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:14 PM
nunul posted on 23-9-2013 02:08 PM
taklah...sokmo meeting ngan fakulty.
kamon la citer.x sabo ni.hahah

oooh...
ok nunul
nak cite
tengah copy cite sat
nanti dapat pape info..
topup la ye dalam ni
Author: asher    Time: 23-9-2013 02:14 PM
amoi tu frust pasai apa..boypren ka..study ka..family ka..sampai suicide mcm tu..
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:20 PM
chazey bercerita

kalau aku berdepan dengan hantu tu sekarang, kompem aku kaku ja sambil kuar peluh sejuk. takdanya aku berani sound kalau berdepan bebetul kay. ekceli menda tu muncul masa aku mamai2 tido. memula aku takleh gerak, pehtu nampak la sheol berjalan menghampiri katil aku. aku berusaha nak bergerak, sebab aku takut, disamping aku nak bangun sebab aku ingatkan aku mimpi. tapi dia marah, dia tonyoh jari dia kat perut aku ha. dah la kuku panjang. masa tu aku terus boleh bergerak dan terus bangkit dari katil. aku tengok sekeliling bilik, takda hapa pun. tapi perut aku sakit. tapi takda la bekas ka hapa. just rasa sakit ja. pehtu amik sampai ke subuh memang takleh tido dah.

kawan aku lagi dasat. masa tengah melepak di bilik tu, dia rasa macam ada orang tengok dia dari atas siling. bila dia mendongak; tu diaaaaaa muka sheol terpampang kat kipas siling, meenung kawan aku dengan penuh kemarahan; rambut menggerbang, mata merah, muka hitam buruk. tapi kawan aku buat2 rilek, padahal dalam hati udah baca segala doa yang dia hafal. hahaha. tak lama kemudian, imej tu hilang. tah apa masalah hantu ni tah. apa dia marah sangat aku pun tak tau.

di bilik ni gak, cermin yang diletak atas meja tetiba pecah. buduh ja bilik ni. nasib la sapa2 yang tinggal di bilik ni. memang takkan aman - seolah mengiyakan sumpahan yang tertulis kat dinding bilik tu.   btw ni bukan bilik aku pun, bilik kawan aku - tapi dia jarang tinggal bilik dia. rumet dia pun takmo tido sana (walaupun rumet dia tatau cerita sebenar - fyi rumet ni cainis). kalau dia terpaksa tido kat bilik tu, dia akan ajak aku atau kengkawan lain temankan dia.  

Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:21 PM
chazey bercerita

budak yang bunuh diri kat UTM tu pun parentsnya kata ok je uol. ada kuar cerita pasal mendiang di The Star. tak penah merungut ka meluah soal stress katanya.

kasihan the parents. sebab tak silap aku budak tu anak tunggal or dua orang ja adik beradik gitu? dah la ala2 anak harapan keluarga gitu. last2 pi mati bunuh diri lak.

fyi before dia pi mati tu, dia sempat kemaskan bilik, cuci baju segala, bersenda gurau dengan rumet dia lagi - so memang rumet dia tak syak apa2 katanya. alih2 bila rumet dia balik bilik, dah mati tergantung dalam lemari. sheol genit ja that's why muat2 ja gantung diri dalam lemari tu.

aku speku mendiang dalam tered ini pun lebih kurang ja jalan ceritanya. being a high achiever ni bukan senang uol. jenis orang yang takleh terima kegagalan ni, sekali dah jatuh, memang teruk kesannya pada emosi.

Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:22 PM
mrsrezza bercerita

Nama femes fac aku Fakulti Alam Barzah..haha..


Banyaknye citer hantu ko..best wo..aku jrg duk kolej, 24 jam kat studio pastu slalu kuar jejalan..dak FAB mane reti duk diam2 kn..haha


Terbaru ada ponti berterbangan siang2 hari pon kat blok baru FAB..dh ramai nmpak tp aku x pnah nmpak lg..apa lg cter antu ko ade, klu x nk ot sini kita pm..

Ampun tt n momod jauh sgt ot tp biasalah x ot x up tred..
Last edited by syue86 on 23-9-2013 02:23 PM


Author: akies    Time: 23-9-2013 02:32 PM
asher posted on 23-9-2013 02:14 PM
amoi tu frust pasai apa..boypren ka..study ka..family ka..sampai suicide mcm tu..

huhu..amoi tu frust sbb cpa dia tak tinggi mcm geng2 dia..
menurut kwn2 aku yg dok satu blok dgn budak amoi ni..
kadang2 dia dok study kat tangga..
masa dia ditemui mati tergantung dalam bilik, dia ada tinggalkan satu nota
dalam bahasa cina utk kwn2 dia..
pe dia tulis kami taktaula..tp yang pasti geng2 dia tau..
dan selepas tu roomate dia mohon tukar u
aku rasa la diorg ni anggap suwey la benda2 ni..
baju semua dia tk amik..blah gitu je
masa kejadian bunuh diri tu..aku masih ingat lagi..
kitaorg nak cuti tahun baru cina
tu sebab kitaorg semua mengamuk pesal pe dia pilih bunuh diri kat ctu
balik kg..bunuh diri kan senang !




Author: akies    Time: 23-9-2013 02:42 PM
syue86 posted on 23-9-2013 02:21 PM
chazey bercerita

budak yang bunuh diri kat UTM tu pun parentsnya kata ok je uol. ada kuar cerita  ...

nak betulkan sikit..

budak tu mati bukan dalam almari..tapi tepi almari
cara kematian, dia isi air dalam baldi bawa masuk dalam bilik
kawan aku siap tegur dia nape bawak baldi..tp dia diam je /senyum (dh ingat2 lupa.. )
pastu baldi yang berisi air tu diletakkan dlm almari
konon jadi pemberatla
dia gantungkn diri kt tepi almari
(ada besi panjang..selalu budak pompuan guna utk gantung tudung/hanger baju..etc)
gitu ler..gigih aku cite pasal budak ni




Author: myakayina    Time: 23-9-2013 02:43 PM
citer la lagi..
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:45 PM
akies posted on 23-9-2013 02:32 PM
huhu..amoi tu frust sbb cpa dia tak tinggi mcm geng2 dia..
menurut kwn2 aku yg dok satu blok dgn  ...

betul ape yg ko cerita tu
tiap tahun masa ulang tahun kematian budak tu
kawan2 die datang bawak bunga warna putih ke bilik tv tu
Author: Sagoo    Time: 23-9-2013 02:46 PM
eh utm ke dlu deksyueee?
Author: syue86    Time: 23-9-2013 02:49 PM
akies posted on 23-9-2013 02:42 PM
nak betulkan sikit..

budak tu mati bukan dalam almari..tapi tepi almari


aku tolong copy je cerita chazey ni
tapi yg aku dengar n paham pun macam ape ko cerita
die gantung kat besi tempat bley sangkut tudung n baju tu
tepi almari
skang xde dah almari tu
sebab masa aku 3rd year, satu UTM tukar perabot bilik
KRP kaler oren
KTC kaler biru
KDSE kaler pink Last edited by syue86 on 23-9-2013 04:57 PM


Author: akies    Time: 23-9-2013 02:56 PM
syue86 posted on 23-9-2013 02:49 PM
aku tolong opy je cerita chazey ni
tapi yg aku dengar n paham pun macam ape ko cerita
die gantun ...

tkpe..gigh aku tolong betulkan citer amoi tu

Author: encikobsess    Time: 23-9-2013 03:24 PM

yang kisah perempuan mati beranak tu pon utm kata dia bukan student utm. konon dia just sewa dlm bilik tu. keluar metro kata mcm tu.padahal dia mmg student master tak salah. kawan aku baik dgn dia.
Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 03:52 PM
seram2..
cerita la lagi tt
Author: akies    Time: 23-9-2013 04:02 PM
betul apa tt cakap..kolej ktf antara paling angker..diikuti dengan ktc
ktf ni hostel yang terawal di utm..ktc lak maser tu di hujung utm
(time tu kolej belakang 9,10 belum dibuka lagi..yang ada hanyalah ladang kelapa sawit..)

tak silap time aku study dulu..ktf tk benarkan student duk bilik single..
semua kena ada roomate..
pastu bila malam..suram je..seram siott  

akak aku dulu duk ktf ni..dia ckp ada satu bilik(tktau blok mane)
dikosongkan sbb ada gangguan..
katanya ada student bunuh diri kat kipas siling
sejauh kebenaran tktau ler sebab aku duk kolej lain ...




Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 04:03 PM
ni aku cilok kat blog...aku tefek sbb aku x faham ape yg penulis nk citer..n aku x nmpak pon bayangan menda halus kat picca yg dia tefek..dh ler ni kawasan laluan lepak aku dr zaman berzaman kat fab..

dr wakaf dr.opil tu kat lorong cempedak...(skang dh x der..dikorbankan tuk pembinaaan bangunan baru...lorong cempedak ni byk kenangan kot tuk dak2 fab...kat sinilah aku n kawan2 jolok buah cempedak, buah jambu, panjat pokok rambutan, ada buah nam2...manggis...now rambutan tinggal 2-3 pokok je kot...cempedak banyak terkorban...pokok mentega pon......over lak)


so korang cubalah fahamkan ape yg mamat ni cuba nk citer...aku takot otak aku dh bengap sebab super busy tu yg x leh hadam citer hantu dia...





Entri segarkankan mata lewat pagi ni.
pada mereka2 yang berada dalam kawasan UTM skudai, jangan lupa singgah pokok jambu kat kawasan bukit bersebelahan bangunan baru fkab, berdekatan dengan tangga yg menuju ke bus stand yg kat atas bukit tu. Buah jambu sedang masak ranum. alhamdulillah. pergh sedap!

Tapi pagi ni tak tau la ada lagi ke tak. cuba lah intai2 dulu naa. tapi jangan dah petang-petang. lagi-lagi nak dekat maghrib. Pasai pa? intai2 gambar bawah ni.



zoom kan eh. gambar pertama dan kedua, kat tengah-tengah antara dua gambar yg bercantum. diambil sekitar jam 6.20 pm - 6.45 pm.


saya tak rasa ianya kebetulan. kerana ketika sedang sibuk membedal buah jambu yang masak ranum bawah pokok secara berseorangan, saya sedar saya seperti diperhatikan seseorang disebelah saya. cuma tak nampak siapa.huhu. ya.ya. saya faham. ia cuma makkluk Allah. Mungkin ia bengang saya makan buah dengan cukup banyak sehingga yang tak termakan tu, saya campak, biarkan saya sisa-sisa itu bergelimpangan di bawah pokok. cukup kurang ajar mungkin bagi ia. ops. rosak bahasa

=_=

dibandingkan dengan gambar mode panorama yang lain, semuanya normal seperti dibawah.


   


oh ya. utm skudai memang 'banyak juga'. tapi ta perlu khuatir. kita ada Dia. mintalah perlindungan dari-Nya yg berHak. tapi..

tp mod @Santeira for tacang Last edited by mrsrezza on 23-9-2013 05:08 PM


Author: scorpionkiki    Time: 23-9-2013 04:12 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 04:03 PM
ni aku cilok kat blog...aku tefek sbb aku x faham ape yg penulis nk citer..n aku x nmpak pon bayanga ...

Ada entiti tinggi sebelah pokok tengah pandang di gambar pertama kan... kalau kita compare dgn gambar ke tiga  yg merupakan view yg sama tp ambik dr angle lain tak ada pulak dia....





Author: akies    Time: 23-9-2013 04:14 PM
scorpionkiki posted on 23-9-2013 04:12 PM
Ada entiti tinggi sebelah pokok tengah pandang di gambar pertama kan... kalau kita compare dgn gam ...

cuba ko tolong bulatkan..mata aku ni tk dpt tangkap ler...

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 04:20 PM
scorpionkiki posted on 23-9-2013 04:12 PM
Ada entiti tinggi sebelah pokok tengah pandang di gambar pertama kan... kalau kita compare dgn gam ...

okay da nmpak....masa tgk kat blog x nmpak..yg dah ditefek kat sini nmpak lak..entiti tu nmpak idung n mulut dia..mula2 igt dua lubang tu mata, bila tgk byk kali baru perasan tu idung...serammm

tp masa aku duk lepak ptg2 smpai magrib, kdg2 malam x de plak penah jumpa menda2 pelik ni...pendek kata sepanjang aku kat utm x penah jumpa lagi...tp kawan2 ramai yg jumpa...siap ade yg demam2...aku ade stori pasal kawan aku tp nt aku citer....x ade idea nk karang citer...nt dr citer seram jd citer bosan lak..
Last edited by mrsrezza on 23-9-2013 04:38 PM


Author: syue86    Time: 23-9-2013 04:24 PM
Sagoo posted on 23-9-2013 02:46 PM
eh utm ke dlu deksyueee?

a'ah
utm sanjungan bangsa
Author: syue86    Time: 23-9-2013 04:27 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 03:52 PM
seram2..
cerita la lagi tt

sempat je datang ye..
mari masuk
Author: yancute79    Time: 23-9-2013 04:27 PM
mmg ai kt u dulu dok pikir bljr je kot..xde lgsung dgr psl citer2 uols kt sini..stkt kna tindih time tido tu prnh la..yg plg top pn time ai dulu psl org wat tnda 'cross' kt pntu..or psl si pncopet dr tgkp..gigih pncing wallet or hp yg ltk kt tp tgkp..psl kes angker2 ni x prnh dgr plk..rileks je ai dulu dok gayut kt public phone kul 12-2pg..btw ai prnh dok kt ktf & ktr
Author: syue86    Time: 23-9-2013 04:28 PM
akies posted on 23-9-2013 04:02 PM
betul apa tt cakap..kolej ktf antara paling angker..diikuti dengan ktc
ktf ni hostel yang terawal d ...

akies, dulu hang kolej pe?
aku ingatkan KRP angker
sebab dulu nama die Kolej Pertama
then tukar nama Kolej Meranti
tapi tak berapa angker sangat
Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 04:31 PM
syue86 posted on 23-9-2013 04:27 PM
sempat je datang ye..
mari masuk

opkos la sempat ..
kekawan punya thread uols..
wajib la iols menguntum kat sini

Author: syue86    Time: 23-9-2013 04:32 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 04:03 PM
ni aku cilok kat blog...aku tefek sbb aku x faham ape yg penulis nk citer..n aku x nmpak pon bayanga ...

pergh!
nampak seyhhh
dulu2 selalu cleaner rajin gak sapu buah-buahan di utm
Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 04:42 PM
syue86 posted on 23-9-2013 04:32 PM
pergh!
nampak seyhhh
dulu2 selalu cleaner rajin gak sapu buah-buahan di utm

dulu2 kitorang siap gado ngn cleaner sbb sapu habes rambutan kat depan b05/b02..dah le pokok tu betol2 dekat ngn studio aku..dr corridor dh bleh petik rambutan...

utm kaya pokok buah2an sbb konsep asal pembinaan utm ialah kampung..musim buah2an mmg kenyang makan buah rambutan,pulasan,manggis,durian...


tp paling x sangka tempat aku selalu bermain tulah ade entiti x dikenali...dh le selalu kait n panjat pokok rambutan kat situ sbb rendang..kdg2 duk bergayut kat dahan sambil makan rambutan..

Author: scorpionkiki    Time: 23-9-2013 04:42 PM
akies posted on 23-9-2013 04:14 PM
cuba ko tolong bulatkan..mata aku ni tk dpt tangkap ler...

alamak.... tak reti la nak buat. Aku ni mmg lembap dlm hal ni...segalanya berkenaan editing gambar mmg kena mintak orang lain buatkan... maaf yer


Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 04:43 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 04:31 PM
opkos la sempat ..
kekawan punya thread uols..
wajib la iols menguntum kat sini  ...

uols jum turun utm...kita wat team gegel seakers..



malam2 kita jejak antu nak?..start kat fakulti iols dulu..

Author: myakayina    Time: 23-9-2013 04:44 PM
scorpionkiki posted on 23-9-2013 04:12 PM
Ada entiti tinggi sebelah pokok tengah pandang di gambar pertama kan... kalau kita compare dgn gam ...

mana entitinya? aku tak nampak pun?


Author: akies    Time: 23-9-2013 04:49 PM
syue86 posted on 23-9-2013 04:28 PM
akies, dulu hang kolej pe?
aku ingatkan KRP angker
sebab dulu nama die Kolej Pertama

aku? merata aku dok
awal2 dulu ktf..maser mhs
(seminggu je..mase tu tkdepape pun berlaku..selamat aku )
pastu dok ktc..(yang ni banyak citer...even aku pun sekali pernah kena kacau)
kolej 8 (perdana)
pastu duk ktho lak satu sem
then final year kolej 9..heaven!

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 04:52 PM
akies posted on 23-9-2013 04:49 PM
aku? merata aku dok
awal2 dulu ktf..maser mhs
(seminggu je..mase tu tkdepape pun berlaku..selam ...

kolej 9 dulu mmg heaven sbb kolej baru..cafe pon sedap...
kalo teringin nak makan ketam g je kolej 9...tp skang kolej 9 dah sendu...

Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 04:57 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 04:43 PM
uols jum turun utm...kita wat team gegel seakers..

boleh masuk ke uols??
dah la iols ni bukan student sana..
kalau jadi gegel seekers wajib kita invite gegel @syue86 join ni..
tapi iols tunggu dlm kete , uols gi cari antu..
iols takut noks..
elakkan terkucil je nmpk cik pon




Author: wahiza    Time: 23-9-2013 04:58 PM
perghhhhhhh scary jgk...aku bkn student utm... tp pnh lah pg utm sbb abg aku belajar sana.... aku rasa plg2 byk u yang ada usm jer aku xpnh dgn kisah hantu.... ms aku belajar dl pun xde dgr apa2 citer jgk....
Author: akies    Time: 23-9-2013 04:58 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 04:52 PM
kolej 9 dulu mmg heaven sbb kolej baru..cafe pon sedap...
kalo teringin nak makan ketam g je kole ...

hehehhe...mmg betul cafe kolej 9 tu mmg happening..
banyak pilihan..mmg best lepak situ...
oppps terkeluar topik lak  

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:02 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 04:57 PM
boleh masuk ke uols??
dah la iols ni bukan student sana..
kalau jadi gegel seekers wajib k ...

boleh je uols....ramai je kuar masuk utm ni..
meh la dtg ajak tt skali...tp takot tt angkut geng lain lak..
terus x jadi gegel seakers....

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:05 PM
akies posted on 23-9-2013 04:58 PM
hehehhe...mmg betul cafe kolej 9 tu mmg happening..
banyak pilihan..mmg best lepak situ...
oppps ...

tp skang dh sendu...ak dh lama x makan kat cafe2 kat dalam ni...
dh x selera ngn masakan dorang (gler berlagak stat )...
kalo makan kat dlm pon kat mak jah cafe kat alumni jer...

x ot kot sbb berkisar ttg utm lagi..

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:06 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 04:42 PM
dulu2 kitorang siap gado ngn cleaner sbb sapu habes rambutan kat depan b05/b02..dah le pokok tu be ...

dulu aku duduk bolk G17 KRP
memang ada pokok jambu air kat situ
kawan aku siap korbankan cadar UTM
kitorang kasi gegar satu pokok, berjuta buah jambu jatuh
aku siap bawak kuah rojak piau mak aku dari kedah
habis kelas, satu kelas duk menyicah kat blok kitorang
sambil tu kautim dengan abg felo, bagi seplastik dua
sebab kitorang kekdang masak dalam bilik

ot la plakkk
tapi ade cite seram kat blok ni
nanti aku cite

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:09 PM
akies posted on 23-9-2013 04:49 PM
aku? merata aku dok
awal2 dulu ktf..maser mhs
(seminggu je..mase tu tkdepape pun berlaku..selam ...

pergh!
merata seyhhh
aku pencinta KRP
merasa kolej lain if menumpang kawan
macam K9 stay sebab ade kem atlet utm dulu
aku suke set C kafe K9 dengan air die yg macam2 jenis

ok..ot..hahaha
Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:11 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 04:57 PM
boleh masuk ke uols??
dah la iols ni bukan student sana..
kalau jadi gegel seekers wajib k ...

masuk je
aku pun masuk secara haram je sekarang
bley je nak seekers..i loike!
Author: akies    Time: 23-9-2013 05:11 PM
syue86 posted on 23-9-2013 05:06 PM
dulu aku duduk bolk G17 KRP
memang ada pokok jambu air kat situ
kawan aku siap korbankan cadar U ...

ko dok krp yer..so far aku lalu je tgk krp ni..masuk tk pernah lagi..
citer plg legend yang aku pernah dengar tentang psz..
taktau ler kome sume pernah dgr citer tu

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:16 PM
syue86 posted on 23-9-2013 05:06 PM
dulu aku duduk bolk G17 KRP
memang ada pokok jambu air kat situ
kawan aku siap korbankan cadar U ...

aku x pernah duk krp..
dulu masa 2nd yr blakang studio aku.. (blok berdepan ngn fakulti ko)
ada banyak pokok jambu bol..bukak tingkap jer leh kait buah jambu bol...
manis gler kot..bila ade staff kait buah pon dorang akn ketuk tingkap studio kasi sikit..

Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 05:18 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 05:02 PM
boleh je uols....ramai je kuar masuk utm ni..
meh la dtg ajak tt skali...tp takot tt angkut geng  ...

ekekek, terus jadi gaygel seekers kekdahnya

Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 05:18 PM
syue86 posted on 23-9-2013 05:11 PM
masuk je
aku pun masuk secara haram je sekarang
bley je nak seekers..i loike!

amboi. bukan main lagi ea.. heheheh

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:19 PM
akies posted on 23-9-2013 05:11 PM
ko dok krp yer..so far aku lalu je tgk krp ni..masuk tk pernah lagi..
citer plg legend yang aku p ...

cter ape weh?...aku kat dlm psz ni..menikmati wifi free utm...

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:22 PM
wahiza posted on 23-9-2013 04:58 PM
perghhhhhhh scary jgk...aku bkn student utm... tp pnh lah pg utm sbb abg aku belajar sana.... aku ra ...

ade la cerita
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=350731
huhuu
Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:22 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 05:18 PM
ekekek, terus jadi gaygel seekers kekdahnya



ngamuk mak hayem syue nt!


jk laling jum jejalan jpo!

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:23 PM
akies posted on 23-9-2013 05:11 PM
ko dok krp yer..so far aku lalu je tgk krp ni..masuk tk pernah lagi..
citer plg legend yang aku p ...


cerciter pasal PSZ
KRP ade gak cite

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:23 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 05:02 PM
boleh je uols....ramai je kuar masuk utm ni..
meh la dtg ajak tt skali...tp takot tt angkut geng  ...

hoi!
mengutuk aku!
diorang berani hokayyy
hahahaha
Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 05:28 PM
syue86 posted on 23-9-2013 05:23 PM
hoi!
mengutuk aku!
diorang berani hokayyy

baguslah kalo dorang berani...

kalo kepit2 nt aku tiaw jer sorang2!


eh aku x sabor nk dgr citer anto pasal psz ni...

Author: syue86    Time: 23-9-2013 05:33 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 05:28 PM
baguslah kalo dorang berani...

kalo kepit2 nt aku tiaw jer sorang2!

diorang kepit depan jejanz jela!
hahahaha..
aku pun tak sabar tunggu cite PSZ
tempat yg aku pergi 4 tahun 3 kali
Author: akies    Time: 23-9-2013 05:58 PM
hehehe...tak sabor la pulok kome sume ni..
sorry td aku gi surau..solat asar..

ok..cite ni mmg selalu aku dengar ler
paling hot maser musim exam
alkisahnya..dulu kat bawah psz (belah luar ler) ader bilik study..panass..takde aircond
hanya ade kipas je
selalunya kalau psz dh tutup..budak2 yg rajin study,,akan stay kat cni..utk beberapa
jam..sambung study
nak dijadikan cite..budak ni pilih untuk study kat bilik tu ler
mula2 memang penuh orang study kat ctu
lame2 sorang sorang blah..
budak ni tk perasan..khusyuk sgt study...
sampai tk sedar hanya tinggal dia je dan sorang lagi budak..
then budak yang last tu pun blah..dia masih tk perasan

ok..masuk part serammm
aku olah sikit citer bagi nampak menarik  

tetiba..pen dia terjatuh..
budak ni dengan cargas tunduk ke bawah dan nak amik pen
ntah macam mana terperasan meja sebelah tu
tkde kaki
hanya ada susuk tubuh je..

ok..dia duduk dan berpeluh2 dahi macam mana nak blah dari bilik tu
toleh sekelilng..budak lain dh blah
tinggal dia je berdua je ngan 'benda' tu...
dia dapat idea..dan cakap dengan nada rendah
"oklah..aku nak blah ni..dah abiss study"
pastu 'benda' tu cakap balik "dah nak blah ke dah tau"
sambil mengilai....hiiiiiihihihihhhiihihih
budak tu apa lagi terus pecut keluar dan balik hostel



itu ler story mory psl psz..sori ler kalau tk seram











Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 06:04 PM
mrsrezza posted on 23-9-2013 05:22 PM
ngamuk mak hayem syue nt!

hahah... mak hayem syue mana boleh ngamuk..
kan iols ni soulmate dia.. kan @syue86

jpo?? bosan la laling jpo tu..

Author: jarikuku    Time: 23-9-2013 06:11 PM
akies posted on 23-9-2013 05:58 PM
hehehe...tak sabor la pulok kome sume ni..
sorry td aku gi surau..solat asar..

giler xseram...
seram ok.. dah la "benda" tu siap tegur balik..
kalu iols dah pengsan kat situ

Author: mrsrezza    Time: 23-9-2013 08:18 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 06:04 PM
hahah... mak hayem syue mana boleh ngamuk..
kan iols ni soulmate dia..  kan @syue86


Alahai jk laling ni..sejak bla jd minah blur ni..

X kan x fhm kot pasal jpo tu..


Iols seram dgr citer pasal psz..naseb baik iols ni spesis syue masa zmn degree..dlm 4 thn ade la bape kali je jejak kaki ke psz..
Author: mieraweyh    Time: 23-9-2013 08:52 PM
Fuh naseb bek aku study kt utm kl...hostel dekat setapak jaya bukan dlm kampus. Almaklum lah tengah2 KL, manusia yg jadi antu ade lah..

Just ade sekali je aku stay kt hostel psl keja time cuti sem..Kire aku kena stay aras 2..Aras 1 & 3 mmg xde orang. So mmg byk bunyi2 manja yg xdiundang, tapi psl aku letih keja.. Kol 10 da tido. Time matrik & skolah asrama dulu je angker nk mmpus.hohooo..

UTM skudai mybe la byk antu2 ni psl kwsn luas, sunyi & seram. Bile konvo, mak aku ckp..nseb bek aku xdpt kt skudai.hahahha..
Author: mieraweyh    Time: 23-9-2013 08:52 PM
nicuya posted on 23-9-2013 01:36 PM
kt utmspace xde..sbb sy belajar kt situ..kikikikiki..xnk dgr..

stay kt kmpus ke? hohoo..klo kmpus kompem ade seram2 ni..

Author: amirezu    Time: 24-9-2013 02:48 AM
Banyak cerita pasal UTM rupanya. Bila baca ni terkenang zaman belajor dulu pegi melawat kawan2 sematrix yang blaja kat UTM. Aku dulu study UTHM. Boring2, aku ke UTM nak jumpa rumet matrix dulu tapi sampai UTM tak jumpa2, sibuk apa la mamat tu huhu.

Ok. Duk baca2 tadi teringat cerita 2 pupu aku yang blaja kat UTM sekitar tahun 2000. Masa tu dia ada band, jadi selalulah melalak dalam bilik. Tak ingat kolej mana. Yang aku ingat kolej tu asalnya kolej pompuan. Mungkin korang tau kot.

Ada satu hari tu macam biasa 2 pupu aku nak melalak dengan band dia. So diorang masuk satu bilik ni yang memang takde orang duduk. Diorang tau nape bilik tu kosong tapi diorang bukannya percaya sangat. So diorang jamminglah dalam bilik tu sambil rekod pakai kaset. Dah habis jamming, diorang dengar balik kaset yang diiorang rekod tadi. Tengah duk dengar tu tetiba ada bunyi suara pompuan mengilai/menangis (lupa dah) camtu lah. Diorang ingat bunyi dari luar, tapi bila rewind and play balik memang bunyi tu dalam kaset yang diorang rakam. Apa lagi, terus keluar biliklah eheh.
Author: nicuya    Time: 24-9-2013 09:45 AM
mieraweyh posted on 23-9-2013 08:52 PM
stay kt kmpus ke? hohoo..klo kmpus kompem ade seram2 ni..

utm space xde kampus la sayang...stau sy la...sbb klass die weekend je ntok bdak partime...sooo xde! n mintak2 xde la...hehehe


Author: syahoney    Time: 24-9-2013 10:13 AM
ada pulak yg bukak cerita UTM kat sini ek....hehehe
mls nak taip panjang ni bagi teaser la dulu ek.....kalau korang nak tau rasanya rumah tetamu kat skudai nun ada sefamily jin yang duduk..tu je la buat masa ni sebab malas nak taip nanti sambung ~
Author: Rafina    Time: 24-9-2013 10:23 AM
kat bangunan baru jalan ke senai tu, yg ada PRZS, fakulti sains baru, kat stadium, kolam renang tak kurang hebatnya jugak horror...
Author: aziz79    Time: 24-9-2013 10:42 AM
hmm.. saya dulu kat FSKSM lama.. atas sungai tu..
takde pulak dengar cerita cerita seram camnie
Author: Von    Time: 24-9-2013 10:53 AM
aku dulu pun UTM..penah dok Meranti masa tahun 1..pastu tukar dok Kolej 6@kolej Tunku Canselor dari tahun 2 sampai tahun 5 (S11, S12, S13 & S18 ka S19)...so far ok..alhamdulillah x penah la dengar or kena apa2....except tingkap kena ketuk bertalu2 masa final year kat S11 (bilik sorang)... rindunya UTM....
Author: akies    Time: 24-9-2013 11:11 AM
aziz79 posted on 24-9-2013 10:42 AM
hmm.. saya dulu kat FSKSM lama.. atas sungai tu..
takde pulak dengar cerita cerita seram camnie

same la fakulti..awak ni senior kut!
pastu pindah building baru N28..
kakadang lalu situ..dapatla tengok aligator berenang2 atas sungai tu..


Last edited by akies on 24-9-2013 11:13 AM


Author: akies    Time: 24-9-2013 11:13 AM
Von posted on 24-9-2013 10:53 AM
aku dulu pun UTM..penah dok Meranti masa tahun 1..pastu tukar dok Kolej 6@kolej Tunku Canselor dari  ...

hehe..alhamdulillah kalau tk pernah kena
sebab bukan semua orang kena kacau..
insan2 terpilih je..

Author: aziz79    Time: 24-9-2013 11:26 AM
akies posted on 24-9-2013 11:11 AM
same la fakulti..awak ni senior kut!
pastu pindah building baru N28..
kakadang lalu situ..d ...

nasib baik tak jumpa putera katak kat sungai tu

btw, saya grad tahun 2002.
duk kat Kolej Siswa Desa Skudai.


Author: petitemumy    Time: 24-9-2013 12:34 PM
saya pun budak FAB.. hihi ada citer seram kat studio... jap lagi saya citer..skang bz skit
Author: bomoh_siam    Time: 24-9-2013 01:41 PM
KTR Grad 2004. FSKSM. sapa penah dengaq cerita pasal balai cerap?
jumpak oink oink tu biasa la. tapi jumpak makhluk lain ponah?
Author: mrsrezza    Time: 24-9-2013 02:41 PM
bomoh_siam posted on 24-9-2013 01:41 PM
KTR Grad 2004. FSKSM. sapa penah dengaq cerita pasal balai cerap?
jumpak oink oink tu biasa la. ta ...

balai cerap cite ape?...selalu naik kul 10/11 malam saje hirup udara segar n tengok lampu!..

Author: mrsrezza    Time: 24-9-2013 02:44 PM
petitemumy posted on 24-9-2013 12:34 PM
saya pun budak FAB.. hihi ada citer seram kat studio... jap lagi saya citer..skang bz skit

studio mane?..

dengar citer kat b11 pon studio dak qs ade gak gangguan2...
kalo studio dar archi,landskap,planning tu dh biasa ngn menda2 ni..
Author: Von    Time: 24-9-2013 02:55 PM
aku pun selalu ja pi balai cerap dulu....best...pagi2 hirup udara segarrr..

Author: petitemumy    Time: 24-9-2013 03:01 PM
ok..saya budak FAB, dulu masa baru 1st year...
dapat studio yang kat blok first sekali..
blok yg berdepan dgn wakaf singgora tuh...
budak2 FAB mesti tahu kan kan wakaf tuh..

saya studio 1..tingkat atas sekali (level 3)...
bilik studio pertama sekali, kira dekat dengan tangga& toilet..
kira kalau naik tangga pusing kiri jumpa toilet (ujung bangunan) ,
pusing kanan jumpa pintu nak masuk studio...
...ok bayangkan sepanjang-panjang bangunan tuh.... semua studio...
dibahagikan dengan divider2 disusun berbentuk square saja...so ada dlm 8 studio dlm tuh..
lepas tuh jumpa tangga, lepas tuh jumpa satu studio lagi, studio nih abang2 kakak2 6th year yang guna...
bayangkan panjangnyer yer..

kalau buka pintu nak masuk studio tuh..akan jumpa satu koridor panjang..untuk laluan pelajar lebar dlm 1.5m...

so satu malam tengah2 nak buat keje kat studio... dlm pukul 11mlm - 2pagi  saya tak ingat pukul berapa,
tiba lampu semua terpadam.. gelap gelita...

pastu sunyi  sekejap , diikuti dengan bunyi riuh budak2 menjerit dari studio 8 ujung sana.....
saya dengar dorg ckp mcm "menda lompat... lompat.."

lepas tuh riuh makin dekat.. studio no7, 6, 5, 4, 3,2 ...
kami tunggu jelah kan apa pulak lah yang dorg nampak ni kan...

tiba2 dalam gelap tuh saya nampak ada menda berbungkus...
warna putih..melompat...dekat koridor sepanjang studio kami...
depan mata saya..jarak dlm 2 meter jer..mcm pocong..

kitorang pun terus terdiam... menda tuh melompat.-lompat...
straight terus keluar ke pintu dan hilang di tangga...
budak2 yang kejar menda tuh ckp menda tuh hilang...
berani gila dorang kejar..saya pun tak tahu sapa yg kejar...sbb gelap sgt...


so sampai skrg jadi misteri..tak tahu betul ker yg lompat tuh pocong or..
abang2 6th year yg nakal2 tuh nak takutkan kami...

wallahualam..


Last edited by petitemumy on 24-9-2013 03:06 PM


Author: akies    Time: 24-9-2013 03:21 PM
balai cerap pun kisah ke?
selalu gi waktu pagi/petang je..
kuase nak lepak sane mlm2..banyak org dating

rindduuuu utm..
Author: amirezu    Time: 24-9-2013 03:22 PM
petitemumy posted on 24-9-2013 03:01 PM
ok..saya budak FAB, dulu masa baru 1st year...
dapat studio yang kat blok first sekali..
blok yg  ...

2 meter? fuh, dekat betul tu.

Author: akies    Time: 24-9-2013 03:23 PM
petitemumy posted on 24-9-2013 03:01 PM
ok..saya budak FAB, dulu masa baru 1st year...
dapat studio yang kat blok first sekali..
blok yg  ...

cik pocong...huhuhu..kalau aku la ader kat ctu..
tido aje kat studio..takut nk balik

Author: petitemumy    Time: 24-9-2013 04:05 PM
akies posted on 24-9-2013 03:23 PM
cik pocong...huhuhu..kalau aku la ader kat ctu..
tido aje kat studio..takut nk balik

saya nih jenis tak suka lepak studio.. saya suka buat kerja kat bilik...
alhamdulillah..so far kat kolej yang saya dududk selama 2 tahun KRP..xde apa2 kejadian pelik yg berlaku..

cuma, ada satu pagi tuh kami bangun terkejut bila banyak tompokon tahi manusia...
kat tengah2 koridor bilik ke bilik air tuh... yg peliknyer tahi tuh tidak bersepah, tapi cantik jer tompokon dia..
setompok, setompok dlm 3 tompok ...start dari tengah koridor (depan bilik tengah ke hujung koridor menuju ke bilik air..)

mmg tak mcm pelajar yg berak.. dgr diorg sembang macam angkara ilmu hitam, ada kan kepercayaan diorang kalau pecah masuk sesuatu kawasan, diorang kena tinggalkan sisa (berak) supaya nanti susuah utk dikesan..

itupun tak tahu kebenarannyer..


Author: petitemumy    Time: 24-9-2013 04:24 PM
Ada lagi satu...sementara saya masih ingat lah, coursemate saya budak FAB jugek lah...dia nih free hair..
Dia ni mcm ada masalah dengan bf dia..tp bf dia kat Kl lah..asiklah call gaduh lah apalah..pernah lah dia sakit kejap, balik rumah berubat.. pastu di ok nanti dia ada problem balik.. tak tahulah pasal apa..

satu hari waktu maghrib dia nih baru lepas nangis2 tak tahu pasal apa..baru lepas gaduh dgn BF dia agaknyer... tetiba dia nih mcm jadi kena sampuk gituh...dia kata nak pergi taman U jalan kaki .. hahah jauh bapak tuh.... dia tuh mana lah pernah gi taman u jalan kaki... tetiba beria2 nak pergi taman U mangrib2 nih..kan..bila kitorg tak bagi dia nih.. marah2 racau2 gituh.. mcm kena sampuk...

rupanya dia nih baru lepas balik dari manantah jalan sorang2 kat kawasan kolej tuh... so kitorg call bapak dia..suh datang amik dialah.. dia masam jer... jeling jer..
Finanaly dia balik KL lah.. huh.. sib baik tak jadi apa2...

Author: bomoh_siam    Time: 24-9-2013 05:15 PM
dengaq cerita kat balai cerap tu ada entiti dok kacau kapel yang dok ngongket dalam semak.  baguih jugak entiti tu. mencegak kemaksiatan. tak tau la yg kacau tu entiti atau mat sodeng.
Author: syue86    Time: 24-9-2013 05:18 PM
akies posted on 23-9-2013 05:58 PM
hehehe...tak sabor la pulok kome sume ni..
sorry td aku gi surau..solat asar..

aku benci hantu maktu yg suke tegur menegur ni
diam2 sudah laaaaa...
tapi cite ni aku penah dengar
ade gak terjadi kat library u lain
namun, utm ade aras underground kan?
tu menambah keseraman

eh, kan ade kes budak kena bunuh afte balik/baru nak g PSZ
tapi silent case la..
macam bese
Author: syue86    Time: 24-9-2013 05:19 PM
jarikuku posted on 23-9-2013 06:04 PM
hahah... mak hayem syue mana boleh ngamuk..
kan iols ni soulmate dia..  kan @syue86

sampai ke sini nak bersoulmate ngan aku
choy!i layan jejaka je ok
hahaha...

jpo ade hantu tak?
hahaha
Author: syue86    Time: 24-9-2013 05:22 PM
mieraweyh posted on 23-9-2013 08:52 PM
Fuh naseb bek aku study kt utm kl...hostel dekat setapak jaya bukan dlm kampus. Almaklum lah tengah2 ...

setapak jaya?
yg tinggi berapa tingkat tu ke?
penah duduk situ 2 kali
bukan ade kes budak jatuh ke situ?

skudai dah lama la..
bangunan pun bersejarah
dewan a.k.a DSI tu pun pernah terbakar secara tiba2
Author: syue86    Time: 24-9-2013 05:23 PM
amirezu posted on 24-9-2013 02:48 AM
Banyak cerita pasal UTM rupanya. Bila baca ni terkenang zaman belajor dulu pegi melawat kawan2 semat ...

amirezu, bley tak selidik kolej pe die duduk
tq ek..huhu..
Author: jarikuku    Time: 24-9-2013 05:24 PM
syue86 posted on 24-9-2013 05:19 PM
sampai ke sini nak bersoulmate ngan aku
choy!i layan jejaka je ok
hahaha...

Sampai hati tau xnak bersoulmate Ngan iols..  
Xpe la.. Kat mana Ada uols, iols tetap follow





Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4