CariDotMy

Title: 7 Pokok Yang Paling Berbahaya Di Dunia [Print this page]

Author: anees~nuhara    Time: 15-5-2014 06:07 PM
Title: 7 Pokok Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Pokok merupakan tumbuhan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia terutamanya dalam menghasilkan bekalan oksigen untuk semua kehidupan di Bumi.]Ia juga sering dijadikan penghias landskap di kawasan bandar.Walaubagaimana pun, ada sesetengah pokok boleh memberikan mudarat kepada manusia yang berada berhampiran dengannya..Nak tahu apa pokok-pokok tersebut, jom lihat di bawah:-


1. The Manchineel




Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud "little apple of death". Apa yang menakutkan, buah pokok ini kelihatan sama seakan-akan seperti buah epal. Pokok ini boleh ditemui di sekitar kawasan Hemisphera Barat iaitu di Bahamas, Florida dan sekitar pantai Carribbean. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya ada lah getahnya yang mengandungi bahan phorbol, yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang serius. Manakala, sekiranya pokok ini dibakar, asapnya boleh menyebabkan pedih pada mata dan buta sekiranya terkena pada organ berkenaan. Buahnya pula mengandungi racun berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya dimakan.


2. The Apple Tree


Pada sebilangan orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti epal boleh mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar yang berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal mengandungi bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun.


3. The European Yew




Pokok ini lazim ditemui di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Barat-Utara. Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian. Satu-satunya bahagian pokok ini yang selamat dimakan untuk burung adalah aril merah yang mengelilingi biji benih. Terdapat kes-kes di mana mereka yang ingin membunuh diri akan memakan biji benih pokok ini. Bahan toksik pada tumbuhan terdiri dari bahan yang dikenali sebagai taxanes.


4. The Doll's Eye




The Doll's Eye merupakan tumbuhan ganjil yang mempunyai rupa yang pelik. Tumbuhan ini amat berbahaya kerana mengandungi toksin kardiogenik, yang membawa kesan sedatif ke atas otot jantung. Ia boleh mengakibatkan sakit pada jantung yang selalunya berakhir dengan kematian. Habitat tumbuhan ini adalah dikawasan hutan campuran dan hutan berkayu keras. Ia boleh mencapai ketinggian kira-kira 2 kaki dan 3 kaki diameter. Ia boleh ditemui di kawasan Amerika Utara.


5. The Stinging Tree




Tumbuhan berbahaya ini berasal dari Indonesia dan Queensland di Australia. Ia boleh menyebabkan kematian dengan hanya menyentuh mana-mana bahagian tumbuhan berkenaan. Pokok ini merupakan spesies Dendrocnide. Ia boleh membesar sehingga 131 kaki serta mempunyai bulu-bulu halus pada daunnya yang boleh menyebabkan tindak balas yang teruk pada kulit. Masyarakat asli Australia menggunakan tumbuhan ini untuk membuat garisan dan jaring.


6. The Suicide Tree




Pokok ini mendapat namanya berikutan ramai orang akan memakan buahnya bagi tujuan membunuh diri. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cerbera Odollam dan ia boleh ditemui di India dan kawasan Asia Selatan. Kawasan berpaya merupakan zon prolifik yang sesuai untuk hidupan ini. Bunganya berwarna putih cantik dan buahnya seakan-akan buah mangga apabila matang. Buah-buahan pokok ini mengandungi bahan cerberin iaitu toksin kuat yang menyebabkan gangguan pada rentak jantung dan kematian. Walaubagaimana pun, pokok ini digunakan untuk membuat deodoran dan racun boi-serangga.


7. The Sandbox Tree






The Sandbox Tree merupakan spesies Hura Crepitans dan boleh ditemui di Asia Selatan dan Amerika Utara. Ia mempunyai batang berwarna gelap dan duri-duri tajam. Ia juga boleh mencapai ketinggian 200 kaki manakala daun nya yang bujur boleh mencapai ukuran 2 kaki lebar. Buah-buahnya menggunakan agen cambahan berupa letupan bagi menyebarkan biji benih. Kelajuan biji benih selepas meletup boleh mencapai kelajuan setinggi 70 meter per saat, merupakan sesuatu yang berbahaya pada manusia. Pokok ini turut menghasilkan sap getah yang mempunyai tahap racun yang tinggi.

Last edited by anees~nuhara on 15-5-2014 06:07 PM


Author: duniaku85    Time: 15-5-2014 06:15 PM
pokok The Suicide Tree mcm pnh jumpa kt mesia..dia mcm buah epal hijau..tp mmg org kata pokok ni beracun
Author: mbhcsf    Time: 15-5-2014 06:21 PM
dolls' eye

= foxgloves ka?

tak sama ye?

Author: sepaileman    Time: 15-5-2014 06:21 PM
buah pokok no 6 tu kalau rumah ada tikus letak la kat area tikus tu duduk...maka pindah la tikus tu
Author: lucky_peace    Time: 15-5-2014 06:32 PM
duniaku85 posted on 15-5-2014 06:15 PM
pokok The Suicide Tree mcm pnh jumpa kt mesia..dia mcm buah epal hijau..tp mmg org kata pokok ni ber ...

aah... ai macam pernah tgk je pokok tu hah..

Author: yipun_78    Time: 15-5-2014 07:03 PM
lucky_peace posted on 15-5-2014 06:32 PM
aah... ai macam pernah tgk je pokok tu hah..



kaka pon rasa mcm pernah nampak pokok cani tp dimana ye
Author: yipun_78    Time: 15-5-2014 07:03 PM
Anees Nuhara cuba carik pokok beracun kat Msia boleh? sebagai panduan kat kita
Author: lucky_peace    Time: 15-5-2014 07:21 PM
yipun_78 posted on 15-5-2014 07:03 PM
kaka pon rasa mcm pernah nampak pokok cani tp dimana ye

kann... buah tu bile kering cam jadi kulit buah pinang.... ai pernah tgk kt atas2 rumput bawah pokok rendah gitu... bunga pokok tu pon cam bunga melur/melati camtu..

Author: wanawina    Time: 15-5-2014 07:41 PM
dulu the suicide tree tu ada depan rumah tok aku. sekarang xde dah rasa. mak aku ckp tu pokok racun tikus.
Author: senahsanasini    Time: 15-5-2014 09:47 PM
Dahsyat betul pepokok ni.
Nasib kt msia xde pokok mcm ni..
Author: hasniey    Time: 15-5-2014 10:05 PM
lucky_peace posted on 15-5-2014 07:21 PM
kann... buah tu bile kering cam jadi kulit buah pinang.... ai pernah tgk kt atas2 rumput bawah pok ...

aah laa
kalo kering dia jd cm pinang, banyak serat kan
ai dulu kalo tgok pokok ni teringin je nak amek ,makan
tp mak marah, ckp beracun

Author: derra    Time: 15-5-2014 10:19 PM
Nice info
Author: mahalnya    Time: 15-5-2014 11:28 PM
mak aiiih mkn biji epal blh bw maut tuh
Author: anees~nuhara    Time: 16-5-2014 08:23 AM
yipun_78 posted on 15-5-2014 07:03 PM
Anees Nuhara cuba carik pokok beracun kat Msia boleh? sebagai panduan kat kita

ahh haaa..i try ye..info ni sume random je nih... kalo kut dlm senarai tu, mgkn ade gak pokok2 yg terselit dr malaysia. cume xtau mn 1

Author: anees~nuhara    Time: 16-5-2014 08:29 AM
mbhcsf posted on 15-5-2014 06:21 PM
dolls' eye

= foxgloves ka?

ni foxgloves. mcm tak same je ngn doll's eye






Author: ais_kosong    Time: 16-5-2014 08:30 AM
cantik lak si yew tu..
Author: biggirlduncry    Time: 16-5-2014 09:15 AM


aaa, patut la org kata tikus takut kat buah ni...
Author: intan_smsb    Time: 16-5-2014 09:44 AM
buah pokok no 6 macam selalu nampak je
Author: kucen_miang    Time: 16-5-2014 10:02 AM

Pada sebilangan orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti epal boleh mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar yang berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal mengandungi bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun.


TT sila pastikan fakta anda benar.  Biji epal mengandungi vitamin B17.
Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji Aprikot, badam , biji apple, biji anggur,  biji buah-buahn dan kekacang. Berdasarkan buku "World Wihout Cancer". tulisan G. Edwar Griffin, Biji Aprikot mentah mengadungi kadar kepekatan B17 yang tinggi berbanding biji-biji buah yang lain.Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.Selain itu Vitamin B17akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel kanser secaralangsung. Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalan B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser ( sel kanser sahaja yang mempunyai enzim Beta Glucosidase). Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapatenzim Beta Glucosidase (enzim yang boleh membebaskan cyanide). B17 hanya bertindak pada sel yang tidak normal dalam badan manusia seperti sel kanser. Maka sebab itulah B17 tidak bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah. Dengan itu, ia membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung serta diabetis.


Sources of Vitamin B17
Vitamin B17 is found in highest quantity in bitter almonds. This vitamin is usually found in seeds and pits of fruits. These parts of the fruit are usually not consumed by human beings. It is also found in high quantities in beans and nuts. Following is a list of sources of vitamin B17.

Fruits
Blackberry
Choke cherry
Currant
Cranberry
Elderberry
Gooseberry
Mulberry
Raspberry
Seeds
Apple seeds
Apricot seeds
Cherry seeds
Flax seeds
Nectarine seeds
Pear seeds
Peach seeds
Plum seeds
Squash seeds
Beans
Black beans
Fava beans
Garbanzo beans
Green peas
Kidney beans
Lima beans
Lentils
Moong
Nuts
Bitter almonds
Cashews
Macadamia nuts
Miscellaneous
Alfalfa sprouts
Acacia
Bamboo shoots
Fuschia plant
Milkweed
Sorghum
Watercress
Whole grains
Yams
Among the list of foods containing B17 mentioned above, all the seeds, bitter almonds, blackberry, alfalfa, fava beans, etc. contain highest amounts of vitamin B 17.Apart from its claimed use in treatment or natural prevention of cancer, there are several other health benefits associated with this vitamin. It is believed to help in lowering high blood pressure or hypertension. Secondly, it is also believed to have a positive effect on the immune system. Vitamin B17 helps in strengthening the immune system. On the other hand, it is also beneficial in improving one's overall health and maintaining it. However, it is not recommended or used on a large-scale because of the potential toxicity associated with it. The metabolism of amygdalin in the human body produces hydrogen cyanide; which is a fatal product. Therefore, one should remember that oral administration of Laetrile can be lethal and hence, it should be avoided. Use of Laetrile orally, in the form of medication or supplements is banned and should be avoided under any conditions. The only way to have vitamin B17 is through the natural sources. As there are numerous sources of this vitamin, it can be easily obtained and consumed naturally.


Author: Artemesiaa    Time: 16-5-2014 10:45 AM
Info berguna
Author: merahsilver2U    Time: 16-5-2014 11:08 AM
yipun_78 posted on 15-5-2014 07:03 PM
kaka pon rasa mcm pernah nampak pokok cani tp dimana ye

kat tepi2 jln dbkl byk tanam...
buat halau cik ti elok tu...
Author: justchu    Time: 16-5-2014 11:58 AM
kucen_miang posted on 16-5-2014 10:02 AM
TT sila pastikan fakta anda benar.  Biji epal mengandungi vitamin B17. Vitamin B17 adalah pena ...

hah tu lah, i baru nk tanye dgn TT
pasal dulu cikgu ada bgtau, nak makan epal, makan dgn biji2nya
sbb khasiatnye plg byk dlm bijik
tetiba TT kata blh mati
risau gak i, byk gak bijik epal dah i kunyah

Author: nicuya    Time: 16-5-2014 12:03 PM
haah la....yg mcm buah epal n pinang tuh sy penah nk cuba makan sbb nmpk sedap..tp tgk mcm xde binatang mkn pon...so x jd...
Author: prettyuglybabe    Time: 16-5-2014 12:36 PM
bestnya kalu dapat tanam pokok epal sebatang dua kat rumah.. cantik je buah dia luruh
Author: asher    Time: 16-5-2014 04:00 PM
bahaya sungguh pokok2 nie..kalo tersentuh pn bleh mati..
Author: ultrakasino    Time: 16-5-2014 10:29 PM
Kat Malaysia pokok rengas, bahaya gak.
Author: magpie5672    Time: 16-5-2014 10:58 PM
Masa kecik2, saya  selalu ikut arwah ngah pegi umah die sebb die yang mengasuh kite bile mak pegi kerja. Setiap hari die datang umah sbbnak masak kat arwah tok yah plus jaga saya. Bile petang ikut die balik umah die n kena jalan kaki ikut jalan kampung. Setiap kali lalu kat sungai nampak satu pokok buah dia sebijik buah aple tapi kecik sikit saiz die. Bila masak merah menyala mcm apel washington. Saya nanes2 nak buah tu sbb  ada yang terjuntai boleh dicapai tangan orang dewasa.  Ngah ckp tak leh makan racun. Mula2 tak percayA, tapi bila dah besar sikit n dah faham, saya dH tak mintK2 lagi buah tu bila lalu kat situ.
Buah apa ek, sapa2 tau dak?
Author: sekngucing    Time: 17-5-2014 01:21 AM
the suicide tree tubnyak ditanam majlis perbandaran kota bharu tahun 1990an
aku pun ambik buat main
bapak aku kata dia beracun, tikus makan pun mati katanya
Author: hainina    Time: 19-5-2014 09:14 AM
No 6 byk jd hiasan tepi jln.... kalu kat tganu kawasan gong badak......

No 5 yg daun berbulu tu mcm penah main masa kt langkawi... bl ssentuh daun tu jari jd mcm merah2 bdarah.. kwn kata getahnya yg wat nampak kulit kita mcm ada  darah tu... tp mgkin x sama kot
Author: Mark_Wong    Time: 19-5-2014 12:59 PM
Nice infor, thanks for the sharing.
Author: exclusive_vvip    Time: 19-5-2014 04:54 PM
buah nombor 6 tu, namanya buah pongpong/pompong kan?...ingat2 lupa namanya...
Author: razman_el    Time: 19-5-2014 05:26 PM
Kalau tak silap di tepi tasik Titiwangsa banyak banyak pokok no. 6 tu
Author: hanna88    Time: 19-5-2014 06:02 PM
cantek the european yew tu..mcm lampu..
Author: dubuk    Time: 20-5-2014 12:11 AM
aku suka kunyah biji anggur, biji epal tak pernah

semua pokok hebat hebat
Author: alahai    Time: 20-5-2014 12:38 AM


pokok/ buah ni org kedah panggil pong-pong....negeri lain taktau panggil apa...
Author: alphawolf    Time: 20-5-2014 07:47 AM
dalam kebanyakan pokok kat atas tu, buah atau bijinya yang beracun, bukan pokoknya
Author: richard303    Time: 20-5-2014 09:14 AM

banyak kt tmpat kita pokok no 6 dan 7





ak biasa kna cucuk duri pokok btg duri ni.... errrrr
Author: nebulagazer    Time: 20-5-2014 09:17 AM
Aku nk pokok racun tikus tu..adehla..duk bunyi luar umah ni tensen dgr
Author: hyeed    Time: 28-6-2014 09:27 PM
yipun_78 posted on 15-5-2014 07:03 PM
Anees Nuhara cuba carik pokok beracun kat Msia boleh? sebagai panduan kat kita

kat pantai morib ade bnyk pokok tu...kecik2 dulu aku slalu je main2 buah tu...sbb die mcm epal...heheh

Author: scrooby    Time: 28-6-2014 10:49 PM
biggirlduncry posted on 16-5-2014 09:15 AM
aaa, patut la org kata tikus takut kat buah ni...

macam pernah nampak buah ni

Author: afie_m    Time: 4-7-2014 03:35 PM
oooooooooo gitu citanya...bahaya gak ya pokok2 ni




Welcome to CariDotMy (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4