CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30877|Reply: 86

Cerpen Bersiri: Sepetang Di Jakarta (Kemaskini: 27 November 2016)

[Copy link]
Post time 25-10-2016 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dammerung at 27-11-2016 08:39 PM

Sepetang Di Jakarta

Indeks:

Bahagian I.
Bahagian II.
Bahagian III.
Bahagian IV.
Bahagian V.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2016 02:54 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 23-11-2016 10:32 AM

I.

Ketukan di tingkap mengejutkan Ham. Penunggang motorsikal memohon kebenaran untuk menutup cermin sisi supaya dia boleh menyelit di antara ruangan kecil di depannya. Ham memandang ke arah Johan yang sedang memandu dan di anggukkan kepala.
Ham membuka tingkap cermin kereta untuk membetulkan semula cermin sisi yang tertutup. Sebaik cermin diturunkan hingar-bingar kesesakan trafik pagi Jakarta singgah di telinga. Sempat dia melihat perarakan pelbagai jenis kenderaan yang saujana mata memandang menutup setiap inci Jalan Rasuna Said.

Ham mengeluh panjang sambil melonggarkan tali leher. Telefon bimbit dikeluarkan dan dia memeriksa paparan.

"Dah-dah la tu, takdenye Hani nak call" Sindir Johan. Lelaki berkulit cerah dan berbadan besar itu kemudiannya membuka sedikit cermin tingkap lalu menyalakan sebatang rokok.

"Aku check Maps la ngok, tengok berapa lama lagi kita nak sangkut dalam macet ni. Kau punya idea la ni pandai sangat offer pergi sane, dah orang tu offer jumpa kat hotel ko tak nak" Balas Ham yang masih tak puas hati dengan keputusan senior nya itu untuk bertemu klien di pejabat mereka padahal dah ditawar untuk bertemu di ruangan lobi hotel.

Johan tersengih sendirian. Masih banyak Ham perlu belajar dalam hal ehwal pengurusan perniagaan ini. Terutama di Indonesia yang mana setiap tutur kata berlapis-lapis dan setiap lapisan mempunyai makna tersirat.

"Berapa lama dah kau break dengan Hani?" Johan menukar topik perbualan.

"Kenape tetiba tanya pasal Hani ni?" Tanya Ham dengan dahi berkerut.

"Bro, you see the traffic? We have another what? 2-3 hours of crawling? Let's talk about you and Hani. At least takdelah bosan sangat"

"So basically ko enjoy la dengar citer pasal disastrous relationship aku?" Tanya Ham sinis.

"Pretty much. Yeah" Balas Johan sambil ketawa terkekek-kekek.

Benar kata Johan. Menempuh 'macet' kota Jakarta ke Bekasi tidak begitu terasa apabila Ham meluahkan kisah tragedi perpisahan di antara dia dan Hani hampir 6 bulan yang lalu. Ceritanya senang saja, bekas teman wanitanya yang bekerja sebagai pramugari Air Asia diketahui mempunyai skandal dengan juruterbang syarikat penerbangan MAS. Tapi bukan senang untuk melupakan hubungan yang dah terjalin sejak bangku sekolah lagi. Senior dan juga rakan baiknya, Johan amat mengerti dengan kekecewaan yang sedang dilalui Ham. Bercerai dua kali dengan perkahwinan terkini juga di ambang perceraian, Johan tak asing dengan 'putus cinta' walaupun punca utama keruntuhan rumah tangganya adalah disebabkan perangai playboy dan mata keranjangnya itu.

MPV Grand Livina dipandu Johan memasuki perkarangan hospital. Ham mengemaskan tali leher di kolar baju kemeja dan mengambil folder tertera perkataan 'iMinda'. Rumah Sakit Bekasi adalah antara pelanggan yang setia dengan syarikat dimana Ham dan Johan bekerja dan diarahkan oleh syarikat untuk membuat proof-of-concept mengenai produk terbaru kepada pelanggan mereka.

Kedatangan mereka disambut oleh Suster Linda Hasiholan, biarawati Katolik yang juga direktor rumah sakit yang dimiliki oleh konsortium gereja Katolik Indonesia.

"Bu Nenda, ini temen sekantoran saya, Muhammad" Johan memperkenalkan Ham kepada Suster Linda yang sudah berpuluh kali bertemu dan tidak perlu lagi berformal bagai.

"Ganteng orangnya" Seloroh Suster Linda sambil menyambut salaman Ham yang tersipu-sipu.

Johan dan Suster Linda mesra berbual bertanya khabar sementara Ham hanya tersenyum kekok melihat dua orang itu ngomong bahasa Indo. Seorang gadis datang ke arah mereka.

"Ibu, bapak ruangan rapatnya udah siap, mohon kita kesana" Kata gadis itu dengan sopan.

Di bilik mesyuarat, Ham melakukan pembentangan di hadapan jawatankuasa hospital. Kadang-kadang matanya terarah pada gadis kecil molek yang menjemput mereka di ruangan lobi tadi. Rambutnya lurus paras bahu dan bila dia meletakkan rambut ke belakang telinga, terlihat jelas sisi wajah yang ayu dihiasi solekan minimal.

Ada masa mereka bertentang mata dan senyuman menawan yang dilemparkan hampir-hampir merosakkan pembentangan Ham. Di hujung mesyuarat kelihatan semua berpuas hati dengan sales pitch mereka walaupun mengenali orang-orang Indonesia ini, 'bisa pak' tidak membawa erti apa sekadar menjaga hati tetamu. Tapi tak kisahlah, Ham telah menjalankan tugas yang diamanahkan dan selagi dapat gaji setiap bulan, apa yang terjadi dari pembentangan tadi bukan lagi masalah mereka, sekurang-kurangnya untuk waktu itu.

Apa yang Ham dan Johan tak sabar-sabar hendak buat ialah bergegas ke Soekarno-Hatta untuk penerbangan malam pulang ke Kuala Lumpur. Mereka dah muak dengan kota yang terkenal dengan 'macet' ini.  

Rancangannya adalah ke Jakarta untuk pulangkan kereta sewa dan kemudian mengambil teksi terus ke Terminal 3, Soekarno-Hatta. Boleh lah lelapkan mata sejam dua sementara menunggu pesawat pukul 10 malam nanti. Sebaik sahaja keluar dari pintu, lagu Spice Girl Wannabe kedengaran dari kocek jaket suit Johan.

"Jap bro, side chick gua call" Kata Johan tergesa-gesa mengeluarkan telefon bimbit.
"Hallooo babyy, kenapaaa...apa? sabar, iyaa..bentar-bentar" Johan memberikan isyarat menunggu kepada Ham sementara dia menuju ke hujung bangunan untuk lebih privasi. Dari pertuturan Johan, Ham pasti itu adalah salah seorang dari skandalnya. Tak faham apa menariknya si Johan ni sampai perempuan keliling pinggang dan tak faham juga macam mana Johan mampu menanggung habit kaki perempuannya dengan anak seramai 7 orang. Apa-apa pun lantaklah, bukan masalah dia.

Ham melihat persekitaran hospital. Tak ramai orang, mungkin sebab hospital swasta jadi cuma yang berkemampuan sahaja menerima rawatan disitu. Mungkin juga statusnya sebagai hospital dimiliki golongan Kristian membuatkan ramai orang Indo yang rata-rata beragama Islam ragu-ragu menerima rawatan disana.

"Bro. Emergency!" Lamunan Ham terhenti oleh jerkahan Johan.

Johan berdiri menghadap Ham dengan tangan memegang kedua bahunya. Dia tahu, ini bukan sesuatu yang bagus.

"Okay, bro, aku nak mintak tolong kau sangat-sangat ni" Kata Johan dengan renungan tajam.

"Ha apebende?" Tanya Ham. Siap menerima berita buruk yang akan disampaikan.

"Something wrong with Lily. Aku kena rushing pi Kuningan kejap. Boleh tak ko pi airport dulu?"

"Kepala hotak kauu" Balas Ham bengang. Dia tahu Johan akan bagi berita buruk tapi masih terasa kekecewaannnya.

"Tolong lah bro. Masalah besar ni"

Melihat ketegangan mata Johan, Ham boleh baca betapa terdesaknya kawan baiknya itu. Dengan hati penuh berat, dia membenarkan Johan meninggalkan dia di situ untuk menyelesaikan masalah yang dicipta sendiri. Bagi Ham, Amelia isteri ketiga Johan dah begitu cantik sekali, itupun Johan masih tak puas.

Ham hanya mampu mengeluh melihat Grand Livina melintas di hadapannya dan meninggalkan perkarangan hospital. Dia melabuhkan punggung di kerusi tempat ruangan menunggu. Telefon bimbit dikeluarkan dan dibuka aplikasi gambar.

Foto-foto bersama Hani masih banyak tersimpan. Jari menyapu lapisan kaca telepon bimbit, melihat satu-persatu foto-foto kemesraan dia dan bekas teman wanita. Tanpa diminta, minda memainkan semula kejadian 6 bulan lepas.

Sikap Hani berubah selepas pulang bercuti di Phuket. Kalau sebelum itu semua perkara nak bagitahu Ham, setiap kebahagiaan tak kisahlah samada dengan Ham ataupun rakan-rakan akan diabadikan di sosial media, tapi semenjak pulang awal Januari kelmarin, Hani dah berubah. Bila ditanya bagaimana percutian, cuma dijawab 'Okay je'. Sebelum ini Hani akan cerita dengan panjang lebar pengalamannya, tapi kali ini cuma 'Okay je'

'Okay je?' Itu sudah cukup untuk mencetus penggera 'something-not-right-somewhere' di otaknya tapi Ham memilih untuk tak mengendahkannya. Dia percaya dengan Hani, teman wanitanya sejak berumur 18 tahun.

Dicepatkan masa beberapa minggu kemudian. Rakan-rakan Ham telah di unfriend oleh Hani tanpa sebab di Facebook. Ham yang tidak memiliki apa-apa akaun sosial media dihubungi bertalu-talu oleh rakan-rakan bertanya apa masalah mereka berdua. Setahu Ham, semua okay aja di antara dia dan Hani. Cuma kebelakangan itu, mereka dah kurang interaksi tapi itu pun disebabkan tuntutan kerja.

Hinggalah pada satu hari, Hani tak dapat dihubungi sama sekali. Ham cuba telefon adik Hani, rakan-rakan Hani dan juga ibu teman wanitanya itu tapi semua tak tahu dimana Hani berada. Malah di tuduh Ham overreacted. Ham sudah bertahun dengan Hani, kenal sangat perangainya dan sesuatu seperti ini is not her at all.

Kelebihan menggunakan telefon bimbit yang sama model membolehkan Ham menggunakan aplikasi Friend Finders untuk mengesan lokasi Hani. Sebenarnya boleh sahaja dia menggunakan aplikasi tersebut lebih awal tapi kerana dah berjanji untuk menghormati privasi masing-masing dan selagi percaya antara satu sama lain, tidak perlu sibuk nak periksa dimana mereka berada. Sudah tentulah, kecuali kecemasan.

"And this is emergency!" Kata Ham sendirian sambil mengaktifkan aplikasi Friend Finder.

Aplikasi menunjukkan Hani berada di Bangsar dan bila diperincikan peta, Hani berada di sebuah kondominium.

"Rumah siape pulak ni?" Tanya Ham pelik. Dia cuba menelefon lagi, masih tidak diangkat.

Ham ambil keputusan untuk mengambil time-off dari kerja dan pergi menyiasat tentang Hani. Dia tersangat risaukan teman wanitanya hingga memercik di tubuh dan dahi walaupun pendingin kereta di set ke maksimum. Berbekalkan skill seorang Business Development Manager, dengan mudah dia menipu pengawal keselamatan Nepal untuk masuk ke kompleks kondominium tersebut.

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak Hani hanya berbikini terbaring di kerusi malas tepi kolam renang. Nafas Ham turun naik seolah diserang asma. Nafas ditarik dalam-dalam untuk menenangkan jantung yang dah macam nak terkeluar dari dada. Di dail semula nombor Hani. Deringan demi deringan kedengaran di corong telefon. Matanya fokus ke arah Hani.

Dari jauh dia melihat Hani yang berkaca mata hitam, mengambil telefon bimbit dan meletakkan semula di meja kecil sebelahnya. Deringan berterusan. Belum sempat otaknya memproses kenapa Hani bertindak sedemikian, apa terjadi seterusnya membuatkan Ham hampir pengsan.

Seorang lelaki mat salleh dengan hanya memakai Speedo, mendekati Hani dan kedua mereka terus bercumbuan tanpa segan-silu.

Fikiran berkecamuk. Ham menutup mata cuba bertenang. Sebaik dia membuka mata, di arahkan kamera telefon bimbit fokus ke arah Hani yang sedang rakus menyedut bibir lelaki mat salleh itu. Foto diambil dan Ham segera beredar.

Dalam kereta, dia menghantar foto tersebut ke Hani dengan mesej 'explain this'.

Mesejnya tidak berbalas sehingga malam itu. Teks Hani berbunyi;

'It is what it is. Things changed. People changed. I changed. You changed. Lets be adult and moved on. Call me a bitch I don't care coz I deserved better. Bye'

Ham tidak menangis semasa arwah ibunya meninggal dunia dan tak menangis juga sewaktu menurunkan jenazah ibu ke dalam liang lahad tiga tahun lalu. Tapi malam itu air matanya bercucuran. Tersendu-sendu dengan bahu turun naik. Ham sendiri tak boleh nak jelaskan kenapa dia begitu terpukul sekali dengan tindakan Hani.

Pada mulanya dia berniat meninggalkan mesej berskala novel tapi setelah berfikir sedalam-dalamnya, dia hanya membalas dengan 'Bye'. Ham tak tidur semalaman.

Kes putus Ham dan Hani tak tunggu lama untuk sampai ke pengetahuan rakan-rakan mereka. Seperti biasa, puak akan terbentuk, satu memihak pada Hani dan satu lagi pada Ham. Rakan-rakan memberitahu bahawa mat salleh itu adalah juruterbang MAS yang dikenali semasa percutian di Phuket.

Tidak mengapalah, shit happens kata Ham. Luaran, Ham memperlihatkan seperti dia dah menerima kenyataan walaupun hakikatnya dia terseksa di dalam. Setiap malam dia masih melihat foto-foto kenangan bersama Hani di telefon bimbit dengan linangan air mata.

'Men do cry' Kata Ham untuk justifikasi tangisan patah hati yang tengah dilaluinya ketika itu.

'Men do cry' Tekaknya terasa perit.

"Bapak Muhammad?"

Ham terkejut dan menoleh ke arah suara yang menegurnya. Gadis bersama Suster Linda sebentar tadi kini berdiri di sebelahnya.

"Yes, yea hi" Kata Ham terkocoh-kocoh berdiri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Gadis yang hanya berketinggian paras bahu Ham ketawa kecil melihat gelagat Ham dan menyambut salaman.

Bertambah lagi ketawa gadis Indo itu apabila Ham beria-ria salam dengan tangan turun naik.

"Bisa saya ambil tangan kembali?" Tanya gadis itu dengan nada bergurau.

"Oh ya ya..sorry, maaf, maaf" Ham melepaskan tangan gadis disusuli menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Bapak lagi nungguin apa disini?"

"Uhmm...it's a long story...cik, miss.."

"Widya" Kata gadis itu dengan senyuman yang sama dilemparkan semasa pembentangan Ham tadi.

"Widya.." Balas Ham.

"Iya, nama saya Widya"

"Ooooohh...saya Muhammad"

"Iya satu tahu" Balas Widya lagi.

Ham menerangkan kenapa dia masih disitu dengan bahasa Indo bercampur Inggeris sebaik mungkin.

"Ohh gitu" Kata Widya selepas mendengar penjelasan Ham. Dari getar suaranya mungkin juga sedang menahan ketawa mendengar rojak bahasa Indonesia yang disampaikan.

"Bahasa Indo saye tak berapa bagus but yeah that's the whole story"

"Well okay. So you're enjoying Jakarta so far?" Tanya Widya.

"Uhmm...yea...enjoy" Jawab Ham tidak yakin.

Widya ketawa lagi.

"No, you're not" Kata Widya sarkastik.

Ham mengeluh.

"Yes, I don't enjoy it. I'm sorry to say this Widya but your city suck" Ham memberikan jawapan jujur. Bukan niatnya nak angkuh atau apa tapi sudah sifat azalinya yang suka berterus-terang dan ada masa tidak boleh dikawal. Malangnya 'ada masa tidak boleh dikawal' itu terjadi ketika dia berhadapan dengan gadis comel genit dengan senyuman yang menawan.

"Fair enough" Balas Widya pendek.

Ham tersenyum paksa. Dalam hati dia menyumpah diri sendiri.

"You know what Bapak Muhammad.."

"Ham, panggil Ham aja"

"Okay...Ham..saya bisa tolong urusin taksi ke bandara"

"Oh okay..terima kasih..." Balas Ham perlahan.

Walaupun dia tak mengharap apa-apa, jauh disudut hati dia kecewa. Kecewa dengan kegagalan dirinya untuk menyambut kemesraan Widya terhadapnya. Kemungkinan besar juga Widya hanya seorang yang baik hati tapi walau apa pun, situasi ini mungkin pemangkin kepada sesuatu yang tak diduga. Seperti kata orang, 'things happened for a reason' dan Allah telah memberikan platform untuknya mengorak apa akan terjadi seterusnya. Panahan logikaliti memberitahu Ham bahawa dia terlebih fikir akan pertemuan ini. This is just a short meeting that doesn't mean anything, she just being nice and you should moved on, get on a taxi to the airport. Satu lagi panahan emosi membangkang pendapat tersebut. Kalau begitu, kenapa tidak orang lain saja yang menegur Ham sebentar tadi. Otak dan jiwa berperang dalam diri Ham. Dia mahu sahaja menjerit sekuat hati menyuruh dua ekor itu diam, tapi dia tak boleh kerana tak mahu dianggap gila oleh Widya, dan...

"Ham?" Tanya Widya.

"Kamu mikirin apaaa?" Suara lembut Widya begitu menenangkan ibarat Valium di dalam pembuluh darah.

"Tak..takde apa-apa..iya pasal taksi ke airport, bandara yes"

"Ohya...either that..atau kamu mau ikut saya ke Jakarta untuk makan siang?"

Tersentak Ham mendengarnya. Ditanya Widya sekali lagi.

"Iyaa..kalau kamu mau, I can show you the best food in town, at least not everything about my city is suck" Jelas Widya dalam bahasa Inggeris bersadur telor Indonesia pekat.

"If you have the time of course. Saya gamau kamu ketinggalan pesawat"

Ham melihat jam tangan. Pukul 2 petang. Agak berisiko tapi...

"Gimana?" Tanya Widya lagi.

"Ya, of course, kita ke Jakarta aja" Balas Ham dengan senyum lebar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 02:55 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 30-10-2016 12:50 PM

Di edit untuk menjadikan setiap entry satu post
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 03:01 PM | Show all posts
Nota penulis:

Setelah lama meninggalkan board ini (entry terakhir siri "7 Hari") aku kembali semula untuk memeriahkan board.

Mungkin ada yang kenal aku dari board Misteri, Paranormal & Sakti dimana aku aktif disitu. Dihujung tahun 2016 ini aku berniat untuk start balik disini.

Cerita kali ni lebih kurang cerita 7 Hari. Formula lebih kurang sama tapi tengoklah sambutan macam mana. Kalau ramai aku teruskan, kalau tak aku akan habiskan juga tetapi rushed ending lah sebab for the sake of ending the story...well, rushed ending (seperti apa yang aku buat dengan 7 Hari) lebih baik dari tiada ending langsung.

So aku anggaplah cerita aku ni seperti siri TV pilot pitching tengok rating macam mana. Kalau pilot siri dapat sambutan, studio signed untuk full season. Kalau poor rating, kira tak pick up lah kekdahnya.

So, yeah..enjoy, I think
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 06:23 PM | Show all posts
dammerung replied at 25-10-2016 03:01 PM
Nota penulis:

Setelah lama meninggalkan board ini (entry terakhir siri "7 Hari") aku kembali semu ...

nice... menarik cerita ni... tak kisahlah lamapun asalkan ada penamatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 26-10-2016 11:12 AM

Wah! Welcome back damm

Baca citer ni..mcm baca novel english

Apakah kisah kecewa dgn hani tu adaptasi dri kisah sendiri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2016 01:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-10-2016 12:10 PM
Wah! Welcome back damm

Baca citer ni..mcm baca novel english

lebih kurang la

kalau ada part detail lain macam je tu, iya lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 01:05 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 25-10-2016 06:23 PM
nice... menarik cerita ni... tak kisahlah lamapun asalkan ada penamatnya...

yes, semoga sempat sampai ke penamat. Mesti tensen baca cerita tergantung ye tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 02:19 PM | Show all posts
dammerung replied at 26-10-2016 01:05 PM
yes, semoga sempat sampai ke penamat. Mesti tensen baca cerita tergantung ye tak

haruslah sampai penamatnya TT... biar lambat asal selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 26-10-2016 12:04 PM
lebih kurang la

kalau ada part detail lain macam je tu, iya lah

Haaaa...patutlah dah deactivate fb
Hahaha..kepochi plak..
Nanti sambung ya...jgn pulak 7 tahun akan datang..
Ingatkan dh join bod ni, dah lupa nk update kt MPS...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 09:23 AM | Show all posts
Damm..mokcun suka ceghita hangpa..
Bunga bukan sekuntum..
Ham dah jumpa widya...moga boleh jadi pengganti hani

Damm....tak nak karang ceghita seram ka? Selain ipo, rasanya damm penulis ceghita seram yg mokcun suka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Menariknya  cerita ni!

Jarang masuk forum...sekali ada citer best
Bila nak sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm..belum ada update..
Ingatkan boleh baca sambungan sambil tengok panorama pantai

@ipes2

Bila nak mari lagi kat pantai ni? Pantai ni sebelah pantai sri tujuh je...best, belakang mrsm je

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 05:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-10-2016 05:50 PM
Emm..belum ada update..
Ingatkan boleh baca sambungan sambil tengok panorama pantai  

tau..penah makan kat restoran tu..
thn lepas dijemput bg talk kat mrsm tumpat.. tgk dekat je dgn pantai!
masa abg bawak gi panati ni, mkn mkn, dia kata nmpk tak lampu lampu tu..tu la mrsm..
best dan tenang rasa kehidupan
abg sy mmg suka bawka sy gi pantai bila sy cuti

eh apa nama pantai dekat mrsm ni ek?
bukan sebahagian pantai tujuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 28-10-2016 04:59 PM
tau..penah makan kat restoran tu..
thn lepas dijemput bg talk kat mrsm tumpat.. tgk dekat je dgn  ...

Dah jawab kat pantun...
Jawab jugak psl kisah katak puru

Sorry dam...off topic kat thread ko ni..
Tak nak sambung dah ke?..huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 10:23 PM | Show all posts
dammerung replied at 25-10-2016 03:01 PM
Nota penulis:

Setelah lama meninggalkan board ini (entry terakhir siri "7 Hari") aku kembali semu ...

Sambung je la wlpun rating ciput..Menarik citer ni..


Sanggup je tggu..yg 7 thun tu lgikan ditunggu...
Tmat jua akhirnya...
..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa ..tatau pulak dam memang penulis..
no wonder thred mps tu cantik susunan bahasa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 05:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-10-2016 08:00 PM
Dah jawab kat pantun...
Jawab jugak psl kisah katak puru  

hi hi nanti kena marah kat TT
sibabik nampaknya Ipo kamceng dgn TT dari dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ipo at 29-10-2016 06:00 PM
ipes2 replied at 29-10-2016 04:05 PM
hi hi nanti kena marah kat TT
sibabik nampaknya Ipo kamceng dgn TT dari dulu


Adeh....kamceng ke??
Damm hanya mampu sengih jah doc...
Ni belanja lagi gambar pantai...hari ni datang lagi bawa anak buah...


Thread ni dah jadi thread borak dah..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2016 07:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-10-2016 06:59 PM
Adeh....kamceng ke??  
Damm hanya mampu sengih jah doc...
Ni belanja lagi gambar pantai...ha ...

Tenagn dan aman. Ni pantai Geting jugak ke?
Mcm sy kata dulu, abg sy suka bawa saya kepanati kalau sy balik cuti..
entah ngapa..
seronok petang petang..angin bayu, makan colek tepi pnatai

...harap takde katak puru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.179992 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list