CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8676|Reply: 99

Rasuah: - cara hidup di Malaysia kini -

 Close [Copy link]
Post time 7-3-2007 11:16 AM | Show all posts |Read mode
bribery ni macam satu cara hidup yang acceptable
oleh Malaysian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2007 11:58 AM | Show all posts
Filling the wrong pockets

REFLECTING ON THE LAW
BY SHAD SALEEM FARUDI

Anti-bribery provisions are increasingly gaining the attention of international law. In some countries the anti-graft body is invested with constitutional safeguards as to tenure and terms of office.

LIKE the periodic overflow of filth from a septic tank, our society is besmirched now and then with disturbing news of corrupt practices in high places.

Corruption is like a cancer. In every society a large percentage of national expenditure and national resources is swallowed up by corrupt practices.

Citizens who have the desire and the means to give bribes gain an unfair advantage.

Public officials who seek or receive unlawful gratification contribute to the diminishing of respect for the government and loss of faith in its legitimacy.  

Businesses that expend money in giving kickbacks raise prices to recover their expense. A fair amount of money allocated for social welfare projects ends up in the pocket of corrupt officials.  

Corrupt practices can occur in many ways. First, there are various offences by public officials, including bribery and the sale of posts, offices and honours.  

Then there is the granting of public contracts to favoured firms or individuals and the granting of permits, licences, land or franchises in return for monetary reward.  

Second, in politics there may be election fraud.

This may consist of efforts to influence or intimidate the voter or to tamper with the official ballot or election count.

To eliminate these practices, nearly  

all electoral democracies have passed laws that seek to safeguard the integrity and honesty of political campaigns, elections and officials.  

Sadly, the electoral process everywhere remains tainted with bribery and corruption.

A political commentator once described elections as the means for politicians to obtain money from the rich and votes from the poor on the pretext of protecting one from the other!  

A third dimension of corrupt practices that has acquired great significance in the modern global economy is the giving, by trading nations or its corporations, of corrupt payments to foreign officials for the purpose of obtaining or keeping business.  

Anti-bribery provisions are increasingly gaining the attention of international law.

In 1997, thirty-four countries signed the Organisation of Economic Cooperation and Development (OECD) Convention on Combating Bribery of Foreign Public Officials in International Business Transactions.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2007 06:04 PM | Show all posts
what an interesting POV -

---------------------------------------------------------------------------------

Kuasa mendorong rasuah berleluasa
Oleh KASSIM AHMAD

KITA hendak bercakap tentang pemerintahan kita, sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, selama 50 tahun. 50 tahun boleh dikira dua generasi. Adakah kita lulus ujian pemerintahan ini?

Terdapat sebuah cerita yang indah dalam al-Quran tentang pemerintahan. Apabila Tuhan menawarkan pentadbiran alam ini kepada makhluk-makhluk- Nya, makhluk-makhluk lain, kecuali manusia, menolak tawaran itu, kerana takut tidak mampu melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Manusia, sebaliknya, menerimanya, walaupun penerimaan yang berani ini ditempelak sedikit oleh Tuhan. (Lihat Quran, 33: 72).

Cerita kiasan ini mengandungi makna yang mendalam untuk kita. Pentadbiran negara kita, yang kita terima daripada Tuhan, suatu tanggungjawab berat, kerana tugas itu ialah untuk mendirikan sebuah negara yang adil untuk semua rakyat, tidak kira kaum, agama dan jantina. Tuhan Yang Maha Mengetahui mengkritik penerimaan kita sebagai didorong oleh kezaliman dan kejahilan. Kata pepatah Inggeris, kuasa menyebabkan korupsi dan kuasa mutlak menyebabkan korupsi mutlak. Tetapi, malangnya, kita perlu kepada kuasa itu untuk mentadbir negara dan membawa kebaikan kepada bangsa kita.

Kuasa, walaupun berbahaya dan boleh merosakkan, perlu untuk mewujudkan kebaikan di negara kita dan di dunia. Oleh yang demikian, kritikan Tuhan kepada manusia sebagai pemegang amanah atau kuasa dalam ayat itu tidak mutlak. Tuhan tetap membenarkan manusia memegang kuasa. (Sebab itu di zaman ini, kita melihat kepala samseng dan kepala penjenayah Bush berkuasa!) Fungsi kritikan itu sebagai ingatan dan amaran bahawa manusia mesti berhati-hati supaya kuasa ini jangan membawa kepada kerosakan, tetapi sebaliknya hendaklah membawa kebaikan.

Dua sifat yang harus kita elak ialah kezaliman dan kejahilan, yang disebut dalam ayat itu. Dari zaman Tuanku Abdul Rahman (1956-1970) bermula dengan Perikatan (1956-1973) dan selepas itu Barisan Nasional (1973 hingga sekarang), tegak di atas satu dasar pemerintahan yang pragmatik.

Ia mengambilkira sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan hak ketuanan Melayu dan hak para imigran dari kawasan-kawasan kebudayaan China dan India yang menjadi penduduk tetap negara ini yang kebanyakannya masuk dengan kolonialisme Inggeris di Malaya dan Kalimantan Utara (dulunya Kesultanan Melayu Brunei).

Dari dasar pragmatik inilah lahir sistem demokrasi beraja berparlimen yang kita lihat hari ini. Sistem demokrasi berparlimen ini kita ambil dari Inggeris. Kita juga turut mengambil sistem ekonomi 損asaran bebas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 07:09 AM | Show all posts
Apakah cara terbaik menyelesaikan masalah rasuah di negara ini.

Susah hendak cari kerana ia banyak terutama pegawai tinggi yang beragama Islam. Mereka sepatutnya mengetahui bahawa rasuah itu satu perbuatan yang dikeji. Semua agama bencikannya kerana ia akan menindas golongan lemah.

Kebanyakan yang terbabit dan dituduh ialah orang beragama Islam. Sekarang ini walaupun pendidikan agama diterapkan sejak kecil tetapi gejala itu semakin banyak. Itu sangat menyedihkan. Kesedaran agama penting.

Tohmahan palsu juga dikutuk. Rakyat seharusnya mempunyai kesedaran jika mahu menuduh seseorang pastikan bukti mencukupi untuk mengelakkan imej tercemar. Senario sekarang ini ialah orang lebih suka mencari duit yang banyak tanpa memikirkan buruk atau baik.

Pendidikan penting. Semua perlu dididik kerana jangan beranggapan apabila mempunyai kuasa boleh buat apa saja yang disukai. Itu salah. Jika ada kuasa perlu melalui undang-undang jangan salah anggap kuasa mereka besar.

Pengawasan juga penting. Apabila seseorang melakukan kesalahan kita boleh kesan awal dan cepat. Jika tidak ada pengawasan kesalahan itu akan berlaku berulang-ulang.

Ketatkan dan kemaskan lagi penguatkuasaan. Ada juga yang apabila mahu melakukan penguatkuasaan, dalam kepala hanya ingat rasuah. Penguatkuasaan harus ditingkatkan daripada semua sudut supaya ia jika tidak dapat menghapus gejala rasuah sekurang-kurangnya ia dapat dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:19 AM | Show all posts
money talks louder lol
Reply

Use magic Report

hanif50 This user has been deleted
Post time 11-3-2007 12:00 PM | Show all posts
rasuah ni terjadi sebab orang malaysia sekarang ni kebanyakannya hipokrit dan tak percaya
ngan tuhan,tu yang jadi rasuah tu.contoh macam pegawai tinggi kerajaan le.bila berucap
kata kita mesti cekap,amanah ,mementingkan perkhidmatan dan tidak ada double standard.
tapi tu masa berucap je.sebaliknya diaorang le yang mementingkan diri sendiri,rasuah dan
guna kuasa untuk kepentingan diri.sama cam menteri gak masa berucap je baik,tapi bila
pelaksanaan utamakan kepentingan diri dulu baru negara.habis camner nak banteras rasuah.
cakap tak serupa bikin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2007 12:07 PM | Show all posts
no wonder lah ramai yg tak respek pada polis m'sia ni....
even mat rempit sekali pun......
heee.... hee.... hee....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 12:24 PM | Show all posts
Heh benda ni dua2 salah...baik menerima atau memberi. Kalaupun polis (biasanya polis la) tu hint2 aje tak semestinya kita wajib bagi. Tapi ye lah, kalau banding setakat suap RM50 dengan saman RM300....yang memberi pun lupa dia ADA SAHAM DOSA!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2007 02:19 PM | Show all posts
yup!  tak ada pemberi maka tak adalah penerima.

Rasuah ni bahaya.  History has proven that kejatuhan tamadun banyak berlaku kerana rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 02:42 PM | Show all posts
depa pakai hadis tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima tu yang pakat bagi tu

   oooooooooppppppppssssss  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 04:07 PM | Show all posts
hmmmm...namakan saja menda tu politik wang..
abih crita masalah rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:16 AM | Show all posts
kita ubah slogan... AMALKAN RASUAH DLM KEHIDUPAN, PASTI
BAHAGIA DAN CERIA......
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by zorrozz at 12-3-2007 10:16 AM
kita ubah slogan... AMALKAN RASUAH DLM KEHIDUPAN, PASTI
BAHAGIA DAN CERIA......

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:01 PM | Show all posts

Reply #13 Acong's post

Amanah sudah menjadi hamba kepada Rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:11 PM | Show all posts
Kalau kita perasan dari kecil sudah ada rasuah nie... Contohnya kalau ibubapa suruh ke kedai, kalau tak diberi upah, jangan harap nak bergerak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:21 PM | Show all posts
Dunia zaman skarang, org respek kita sbb duit. Ko pakai selekeh mana pun, tapi dalam bank berkepuk2 duit, confirm org akan terkejar2 nak jadi saudara ko. Sampaikan nak pergi haji pun, siap ada org2 yg dapat layanan first class, high class, premium class.... padahal pakai ihram tu sama jer putih semua. Seb baik lah dalam Islam kita kena kapan pakai kain putih. Standard jer semua. Tapi tak taulah kalau ada request nak pakai kain sutera ker, satin ker, organza ker....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 10:29 PM | Show all posts

Reply #15 highcastle's post

Upah tak apa.
Tetapi satu kita nak ingatkan. kalau ada jurujual menahan sesiapa untuk mempromosi produk untuk dijual.  Tanya si jurujual samaada die sanggup bayar RM100.00 setiap tiga minit kalau kamu mendengar promosinya.
Kalau die tak sanggup.Katakan saja , selamat tinggal.
Ini bukan korupsi, tetapi atas dasar konsep, 'Masa itu emas,do not settle for less.'
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 13-3-2007 10:21 PM
Dunia zaman skarang, org respek kita sbb duit. Ko pakai selekeh manapun, tapi dalam bank berkepuk2 duit, confirm org akan terkejar2 nakjadi saudara ko. Sampaikan nak pergi haji pun, siap ada org2 yg dapatlayanan first class, high class, premium class.... padahal pakai ihramtu sama jer putih semua. Seb baik lah dalam Islam kita kena kapan pakaikain putih. Standard jer semua. Tapi tak taulah kalau ada request nakpakai kain sutera ker, satin ker, organza ker....


Kau nie membuatkan aku teringat2kan dengan dialog P.Ramlee lah (DO RE ME)...

P.Ramlee : "Minah pesan pak kalau dia mati nak dikapankan dengan kain songket

[ Last edited by  highcastle at 13-3-2007 10:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 12:06 AM | Show all posts
Malaysia dinilai semakin banyak rasuah
13-03-2007
Oleh ROYCE CHEAH  

PETALING JAYA:  Ekonomi negara dianggap oleh ahli-ahli perniagaan luar negara sebagai semakin "banyak unsur rasuah" tahun ini berbanding tanggapan tahun lepas, menurut satu tinjauan.





Tinjauan tersebut yang diadakan setiap tahun oleh firma Political and Economic Risk Consultancy (PERC), yang berpangkalan di Hong Kong, diumumkan hari ini.

Ia mengumpul pandangan 1,476 eksekutif perniagaan berasal luar negara di 13 negara di rantau ini pada Januari dan Februari.

Malaysia berada di tangga ketujuh dianggap banyak rasuah dengan mata 6.25 paling korup dalam pemeringkatan mata 0 (paling tidak korup) dan 10 (paling korup).

Sewaktu dihubungi di Hong Kong, pengarah urusan PERC Robert Broadfoot berkata kedudukan Malaysia menurun sedikit berbanding indeks 2006 apabila mengutip mata 6.13 tetapi lebih baik jika dilihat indeks 2005 (6.80 mata).

"Indeks tanggapan rasuah ini kami telah jalankan sejak 20 tahun, walaupun tanggapan dengan realiti adalah dua perkara berlainan, tetapi dalam soal rasuah, ia menjadi sangat penting," katanya.

"Syarikat-syarikat selalu membuat keputusan pelaburan mereka berdasarkan tanggapan, bukan kenyataan sebenar. Jika sesebuah syarikat melihat situasi di sesebuah negara itu sukar, ia mungkin tidak akan melabur," katanya.

Menurut Broadfoot, mereka yang ditinjau pandangan dalam indeks ini termasuklah pengurus-pengurus syarikat dan bank multinasional.

Dalam indeks tahun ini, Filipina dianggap ekonomi yang paling korup dengan mata 9.40, diikuti Thailand dan Indonesia, kedua-duanya 8.03.

Kedudukan Malaysia ini membimbangkan presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon Navaratnam walaupun beliau sedar indeks tanggapan tidaklah sempurna.

"Bagaimanapun tinjauan ini petunjuk terbaik bagaimana orang berfikir dan menilai rasuah di sesebuah negara," katanya.

"Saya tidak akan mengabaikan tinjauan ini sebagai tanggapan semata-mata kerana tanggapan yang konsisten mencerminkan kenyataan sebenar," tambahnya.

[ Last edited by  dexa at 14-3-2007 12:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 01:14 AM | Show all posts
alah.. rasuah tu umno yg punya trademark.. jangan la yg lain sebuk2 nak rebut title tu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074115 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list