CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59660|Reply: 108

Ngerinya tengok footages eton masa kemalangan dalam nona tadi

[Copy link]
Post time 20-9-2009 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Ada sesapa tengok tak nona tadi...nona aidilfitri yang buat tribute untuk zaiton sameon.kalau sebelum nie kita yang muda2 sebelum zaman eton xtau sgt pasal kemalangan dia...dalam nona tadi siap tunjuk rakaman buletin utama zaiton cedera parah, siap tunjuk van yang rentung dan paling ngeri tengok gambar zaiton yang tengah berbalut and koma darah2 suma...memang ngeri...sapa2 kah kt sini yang ada gambar zaiton masa eksiden??meh laa tepek kat sini gaks...(walaupun aku seriau sgt tgk td)..

p/s: aku perati gambar td, badan eton yang tgh cedera parah diletak atas lantai hospital plak untuk sesi fotografi...correct me if im wrong tp memang ada gambar td....Kak Makh or forumers lain, ada x khazanah gmbr2 tragedi itew???share2 laa kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2009 03:23 PM | Show all posts
tengok juga tadi walau tak menumpu sangat... kesian dia...
aku rasa dia amat tertekan tu.. 'keseorangan, kemalangan ngeri, kejatuhan dari kegemilangan dan terutamanya kehilangan anak yang disayangi..'. kemalangan ngeri itu juga sememang secara automatiknya dia akan menjadi seorang yang pelupa...

aku rasa dia perlu menjalani terapi... perlu ada orang yang benar-benar menyayangi dan sentiasa ada disisi untuk memberi semangat... pendekatan ugama adalah yang paling baik...

Semoga Eton tabah menghadapi kehidupan ini.... masa dia popular aku disekolah rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 07:06 PM | Show all posts
haku tgk dia nie masih nampak ok masa majlis berbuka puasa yg kak pah aini but special utk dia...cuma kena perlu lebih kasih sayang org2 kat keliling dia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 07:23 PM | Show all posts
kesian die kan... org kate die da jd ala2...ye la x sanggup aku nak ckp...tp mcm tu la...mcm gitu2la..korang pahamkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 07:35 PM | Show all posts
ade pasan gak ade citer pasal zaiton sameon kat tv tadi tapi x sedar tgh citer pasal ape sbb busy amik gambar satu pemili

sape ade gambar share la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 07:38 PM | Show all posts
dia memang ada masalah dengan ingatan dia .. mungkin kesan semasa kemalangan tuh ..
gegaran pada otak ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2009 07:48 PM | Show all posts
Penyanyi yg cukup popular suatu ketika dahulu, Zaiton Samion, pernah dibawa ke alam barzakh ketika dia mengalami koma selama lebih sebulan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1990 lalu.
Walaupun pengalaman itu sudah lebih sepuluh tahun berlaku, namun Zaiton masih dapat mengingatinua dengan jelas setiap detik yg dilalui semasa menziarahi alam kubur, khususnya mengalami seksaan neraka.
"Bila mengenangkan pengalaman itu, saya berasa cukup ngeri. Ia benar benar membuatkan saya insaf," kata Zaiton kepada editor VARIASI, Rodly Fadly.
Ikuti pengalaman Zaiton itu.
Zaiton membuka matanya. Dilihatnya disekeliling. Dimana aku? Bisik hati kecilnya. Bilik itu terlalu saing bagi Zaiton. Tidak pernah dia sampai kesitu. Nak kata bumi, dia seolah olah berada diawang awangan. Tubuhnya terasa terlayang layang. Tiada siapa disitu. Sunyi dan bungkam. Dimana semua orang pergi? Dimana ayahnya, emaknya, adik adiknya dan kawan kawannya? Dan dimana anak tunggalnya, Irwan? Pertanyaan itu berasak asak menerjah di dlm fikiran Zaiton.
Di pandangnya sekeliling. Dia cuba mencari cari arah. Di depanya seoalah olah ada jalan tapi tiada berpenghujung. Di kiri kanan jalan itu tiada apa apa. Tiada pokok, tiada rumah dan tiada bangunan. Lapang selapang lapangnya bagai padang jarang padang terkukur.
Ah! Dimana aku ini? Tempat apa ini? Zaiton masih kebingungan. Dia cuba mengingati bagaimana dia sampai ke situ. Seingatnya sebelum itu, dia mengadakan pertunjukan pentas di sebelah utara tanah air. Sambutan cukup hebat. Penonton berasak asak memenuhi ruang pertunjukan utk melihat dia menyanyi.
Ketika dia menyanyikan lagu top hitnya, 'Menaruh Harapan', penonton ghairah bersorak sorak. Melihat itu Zaiton cukup bersemangat. Tubuhnya yg seksi dilenggang lenggokkan mengikut alunan lagunya.
Kemudian?
Zaiton cuba menginggatinya betul betul. Selepas persembahan itu, dia dan budak budak band pergi makan dan seterusnya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki van. Di dalam van itu, Zaiton meriba anaknya, Irwan yg turut sama menemaninya ke pertunjukan tersebut. Lenguh ia meriba, dia menyuruh Irwan duduk di sebelahnya. Dan akhirnya Zaiton tertidur?
Hah?!
Zaiton terperanjat. Dimana Irwan? Di mana aku ini?
Mati?!
Apakah aku sudah mati? Dalam kuburkah aku?
Zaiton menjadi cemas. Dia berlari lari anak, tidak tentu arah tujuannya. Didepan dan kemudia berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu arah tujuannya. Didepan dan kemudian berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu kemana harus dituju.Tiba tiba Zaiton terhenti. Didepannya, dia melihat ramai orang. Bukan seoarang dua, tetapi berpuluh bukan, beratus ratus, tidak juga beribu ribu. Rasanya berjuta juta orang. Suara orang mengerang kesakitan dan bersahut sahutan. Ada yg terpekik terlolong meminta tolong. Yg menangis juga meratap bukan sedikit.Bila Zaiton menghampiri orang orang itu, dia dapt melihat mereka dengan jelas, mereka semua seolah olah berada dalam kawah yg besar, direbus dengan air yg sedang menggelegak. Badan mereka melecur, menampakkan isi mereka yg merah. Eeiii ?. Ngeri Zaiton melihatnya.
Zaiton terpaku melihat suasana itu. Dia cuba menghulurkan tangan menarik narik mereka drpd kawah kawah itu tetapi walaupun nampak dekat tapi tangannya tidak sampai ke arah mereka.Tiba tiba Zaiton merasa bahang yg amat panas di sekelilingnya. Dia mendonggak keatas. Api yg menjulang dengan maraknya disekeliling dirinya. Sekelip mata api itu membaham tubuhnya.
'Tolong! Tolong! Aduh! Sakitnya ..,' Zaiton menjerit sekuat kuat hati sebaik sahaja api itu menjamah tubuhnya. Api itu berwarna kemerah merahan, membakar seluruh tubuh Zaiton dr hujung rambut sampai ke hujung kaki.
"Mak, ayah tolong Eton!" jarit Zaiton
Dia merasakan kesakitan yg amat sangat. Perit dan pedih. Sambil meronta ronta kesakitan, Zaiton menjerit jerit meminta pertolongan namun tiada seseorang pun yg datang membantunya. Api itu terus membakar tubuhnya sehingga menjadi rentung seperti kayu api. Ketika merintih kepedihan dek dibakar api itu Zaiton terdengar satu suara berkata:
"Itulah balasan kepada engkau yg tidak pernah bersembahyang, derhaka kepada ibu bapa, dedah aurat dan melanggar perintah agama."
Zaiton mencari cari siapakan yang berkata kata itu tapi tidak kelihatan. Hanya suaranya yg kedengaran. Dia berasa lega kerana baru terlepas melalui pengalaman yg menyakitkan itu.
Namun sebelum habis keperitan yg dialami akibat dibakar, Zaiton terasa punggungnya ditusuk suatu benda tajam. Walaupun tidak kelihatan apakah bendanya namun Zaiton dapat merasai kepedihan yg amat sangat.
Tusukan diduburnya itu terasa masuk hingga ke dadanya. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata kata. bisa dan ngilu. Sekali lagi Zaiton menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Nama emak dan ayahnya dipanggil berulang ulang kali namun tiada siapa yg muncul.
"Inilah balasan orang berzina!" Sekali lagi Zaiton mendengar suara berkata kata . Zaiton hanya mampu menanggis mendengar kata kata itu.
":Tolonglah jangan seksa saya lagi," rayu Zaiton kemudiannya. Namun rayuan Zaiton itu tidak dipedulikan. Punggungnya terasa disula berulang ulang kali. Setiap kali disula Zaiton meraung menahan kesakitan. Selepa disula, Zaiton menerima azab ketiga. Kali ini tubuhnya dipalu bertalu talu dengan benda kerasa seperti rotan. Hancur lumat tubuhnya dipukul namun rayuan Zaiton agar dihentikan seksaan itu tidak diendahkan.
"Ingat, inilah pembalasan ALLAH kepada mereka yg ingkar akan suruhanNYA dan berbuat dosa semasa didunia. Bertaubatlah dan sedarkan rakan rakan artis kau akan perbuatan mungkar mereka."

Kata kata itu mengakhiri seksaan ke atas Zaiton. Tidak lama selepas itu dia tersedar drpd koma dan mendapati kedua ibu bapanya berada disisi. Barulah dia tahu rupanya dia berada di hospital.
Pengalaman bertandang ke alam barzakh dan menyaksikan seksaan di neraka benar benar meninggalkan kesan mendalam kepada diri Zaiton.
"Saya mengakui banyak berbuat dosa sebelum kejadian itu. Saya melawan cakap emak dan ayah sendiri, mengabaikan sembahyang dan banyak lagi kemaksiatan yg saya lakukan. Mungkin itulah balasan yg saya terima.
"Begitupun saya bersyukur kerana ALLAH masih memberi kesempatan utk saya bertaubat dan kembali ke pangklal jalan. Saya dah insaf dan taubat," kata Zaiton berulang kali. Zaiton berharap rakan rakan artisnya mengambil iktibar drpd pengalamannya ini.
"Menyanyi itu tak salah tapi janganlah membuat perkara perkara yg tak elok seperti mendedahkan aurat dan sebagainya,: katanya.
Menurut Zaiton, sebagai melaksanakan tanggungjawabnya, dia bercadang merakamkan lagu lagu berunsur nasihat jika diberi kesempatan oleh syarikat rakaman.
"Saya tak mahu menyanyi lagu-lagu yg mengkhayalkan lagi. Kalau boleh, saya mahu berdakwah melalui lagu," kata Zaiton




url artikel: http://grenbara. bravejournal. com/entry/ 18407


aku tatau betul ke tak..
wallahualam...



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 07:50 PM | Show all posts
aku tak jupe gambar..


sesapa ada tulung tepek..interesting thread
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2009 08:09 PM | Show all posts
Aku pun taktau macam mana kisah kak eton ni yang sebenar2nya... sebab masa zaman dia top dulu, aku kecik lagi... tapi bila tengok nona tadi, rasa kesian laa walau macam mana buruk pun perangai dia dulu2... yang akan ingat beriye2 dia nafikan dia tak gila, kesian aku tengok... dah la accident sampai efek otak, anak tunggal dia meninggal, mak dia yang jaga masa dia sakit, tapi lepas tu mak dia pulak meninggal kan? seingat aku la, aku tengok skip2 jer rancangan tu tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 08:14 PM | Show all posts
ting tong dah kan die..sian.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 08:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 08:23 PM | Show all posts
td adik sedara aku pon dok layan tgk zaiton sameon kt tv kt umah org...pastue bler orang cakap nk simpan duit raya...sbb nie mmg era dorang ..terus sumer berpaling
sungguh kenal ya bebudak tue ngan zaiton sameon
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 08:42 PM | Show all posts
aku tak tengok, tp masih ingat lagi siaran berita kat RTM1, dulu TV1... waktu tu aku masih skolah rendah lagi.. mmg ngeri la tengok keta yg remuk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 08:46 PM | Show all posts
smga artis2 len amik iktibar atas crita kak eton ni...ngeri la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 09:36 PM | Show all posts
buat apa la nak ingat cerita dh 2 dekad yg lampau...

benda yg lepas biarla lepas, takyah diingat2

masa depan yg perlu kita tgk...

nasib eton perlu dijaga, bukan nya nak bincang balik kemalangan 2 dekad yg lampau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 11:02 PM | Show all posts
go eton eton enot !!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2009 11:48 PM | Show all posts
dier skang da pakai tudung ke lum eh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2009 11:51 PM | Show all posts
die dulu Datin Zaiton Sameon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2009 01:07 AM | Show all posts
aku rasa dah sampai masa eton nie di bawak jumpa ustaz2 or pak2 imam... Last edited by scrocth on 7-11-2012 03:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2009 01:19 AM | Show all posts
die lum tutup aurat sepenuhnye aku rasa. kesian mmg la kesian, tapi kalau betul artikel pasal die nampak bende2 balasan maksiat dan dosa masa koma dulu, kenapelaaa belum tutup aurat bebetul kekdahnye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.066295 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list