CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53365|Reply: 184

Nur Fathia pelakon asal Ombak Rindu???

  [Copy link]
Post time 6-12-2010 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Nur Fathia antara peguam dan pelakonOleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Foto ZAKARIA IDRIS
Solekan ZULFAZLI SUHADI (0196106969)
Busana JEFFRIEY IBRAHIM (0176816131)

Bakat lakonan Nur Fathia boleh dinilai menerusi drama bersiri terbaru di slot Lestary bertajuk Hani mulai Selasa ini pukul 9 malam di TV3.



ANDA pernah menonton iklan satu produk syampu di kaca televisyen tentang seorang wanita bertudung bermain futsal? Anda juga mungkin menonton drama Nur Kasih dan masih mengingati watak Nabila, kawan baik kepada Nur Amina lakonan Tizz Zaqyah?
Inilah orangnya, Nur Fathia Abdul Latif atau mesra dipanggil Nur Fathia. Cantik bukan?
Tetapi jangan cepat salah sangka dengan kehadiran wajah baru ini dalam bidang lakonan tanah air.
Wanita berusia 23 tahun ini bukannya semata-mata mempertaruhkan wajah jelita dan tubuh menarik untuk tatapan penonton.
Biarpun namanya kini semakin berkilau, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu tetap menyimpan cita-cita besar menjadi peguam satu hari nanti.
Sebab itu katanya, dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon filem dan drama berikutan jadual penggambaran yang bertembung dengan rutin kelasnya.
Bagi membuktikan cita-citanya itu, Nur Fathia memberitahu, sebaik tamat pengajian nanti, dia merancang untuk menyambung pengajian dalam Sarjana Undang-Undang (LLB) selama dua tahun lagi.
“Siapa yang tidak sedih dan juga ralat apabila terpaksa menolak tawaran berlakon terutama filem seperti Ombak Rindu? Hendak pula dapat berlakon dengan pelakon lelaki yang saya minati, Aaron Aziz.
“Tetapi hendak buat macam mana, pengajian tetap menjadi keutamaan saya.
“Saya selalu motivasi diri dengan berfikir positif apabila sudah tamat pengajian nanti tahun depan, saya boleh berlakon sepuas-puasnya secara sepenuh masa,” kata pelakon kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini.
Anak sulung daripada empat beradik itu memberitahu, dia mencintai kedua-dua bidang yang diceburi sekarang namun perlu memberi keutamaan dalam bidang pendidikan demi jaminan pada masa depan.
“Betul, tawaran berlakon datang sekali sahaja tetapi saya terpaksa menolak kerana ingin menjadi peguam. Saya hendak menjadi pelakon yang berilmu,” katanya yang juga anak saudara kepada pengacara popular TV9, Farah Deeba.
Sanggup tukar kursus
Nur Fathia memulakan kerjaya seni agak lewat pada usia 19 tahun. Itu pun selepas iklan produk syampu muncul di kaca televisyen sekali gus menarik perhatian ramai produser drama dan filem.
Seperti diduga, bakat wanita tinggi lampai ini dihidu apabila terpilih membintangi drama Nur Kasih sebelum muncul drama seperti Musang Berjanggut, Dea Sofea dan Laila Asyikin, semuanya ditayangkan di TV3.
Bintangnya semakin berkilau apabila memegang watak heroin dalam filem Hijab berpasangan dengan Pierre Andre yang dijangka ditayangkan tidak lama lagi.
Namun gara-gara memburu profesion peguam sebagai impian utama, Nur Fathia kini lebih selesa berlakon iklan yang hanya memerlukan penggambaran sehari.
“Sebelum ini saya memilih kursus Sarjana Muda Komunikasi Massa selama setahun setengah sebelum membuat keputusan menukar kursus Sarjana Muda Undang-Undang.
“Saya mula jatuh cinta dengan kerjaya peguam apabila bekerja sambilan pada cuti semester di firma guaman bapa saudara.
“Dari situ, perasaan minat semakin bercambah memandangkan saya nampak peluang pekerjaan yang cerah untuk bekerja dengan bapa saudara bila tamat pengajian nanti,” petah ceritanya seperti seorang peguam sedang bersidang di mahkamah.
Pencabar Lisa Surihani?
Rata-rata peminat seni mengetahui pelakon popular, Lisa Surihani memiliki Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom.
Justeru, kemunculan Nurfathia pastinya menambah senarai pelakon wanita yang memiliki pendidikan tinggi dalam bidang undang-undang.
Seraya ditanya kepada wanita yang peramah ini apakah dia bakal mencabar kedudukan Lisa Surihani pada masa akan datang. Lama wanita ini terdiam sebelum berkata pelakon cantik manis itu memiliki cara yang tersendiri berbanding dirinya.
“Lisa sudah tamat pengajian sedangkan saya masih lagi belajar. Dari segi lakonan pula, dia sudah jauh ke hadapan dan mencapai standard tinggi apabila sudah bergelar pelakon terbaik di negara ini.
“Kalau hendak bandingkan kami, saya perlu banyak belajar lagi dan berada jauh di belakang Lisa. Saya pernah bertemunya dan dia tidak sombong dan memiliki wajah yang begitu manis,” katanya yang mengagumi lakonan dramatis popular Ellie Suriaty dan Datuk Jalaluddin Hassan.

##adakah watak maya karin tu asalnye diberi pd fathia?? kalo btul ruginyeee....sesuai sgt dia wtk tu...lebih sesuai dr MK i think...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 02:36 PM | Show all posts
another beauty with brain
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:37 PM | Show all posts
dah ada laa topik neh noks....yg epal2 tu hah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:37 PM | Show all posts
rugi sangat bagi kat MK yang dah kertu tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 02:38 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:39 PM | Show all posts
minat je xpe .. jangan sampai sangkut lak ngan laki orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2010 02:41 PM | Show all posts
minat je xpe .. jangan sampai sangkut lak ngan laki orang
tomet05 Post at 6-12-2010 14:39


nanges...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 02:42 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2010 02:46 PM | Show all posts




lawaa gilerr
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:49 PM | Show all posts
cantiknya dia, saya suka saya suka... hopefully this 'beauty with brain' nih tak terikut2 gaya bimbo2 malaysia berpakaian yer
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:56 PM | Show all posts
lawaa gilerr
kerill Post at 6-12-2010 14:46



   minah mana sebelah dia tuh yang jelir2 lidah bagai? kejisnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:00 PM | Show all posts
ombak rindu tu cerita apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:01 PM | Show all posts
cantikkk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:07 PM | Show all posts
tak sesuai la watak tu dgn MK..bosan je nanti..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:21 PM | Show all posts
Reply 1# kerill


dulu sha terover vote fathia utk watak izzah. siap buat poster lagi
mmg masa bc pancaindera, terkejut dia ckp psl tolak tawaran Ombak Rindu.
Sha rasa, masa tu mst Fathia dpt watak Izzah

Ni poster yg sha buat dulu..





    sayang betul fathia x jd izzah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:31 PM | Show all posts
Reply 16# shachihata33


cntik poster ko ek...tiz ngan parin tu watak pe???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 03:34 PM | Show all posts
Reply 17# Yna@shynee

masa ni excited nak fathia sbg izzah. sanggup habiskan masa buat poster

fahrin tu sha nk buat watak engineer yg minat izzah masa izzah mula2 kerja b4 kerja dgn hariz. kan masa tu hariz cemburu kt jurutera tu, so suruh izzah jd SU dia.

tiz nak buat watak kwn baik izzah yg bertudung tu. Yg ada hbgn kekeluargaan dgn Hariz. x ingt eh, adk beradik tiri ke, sepupu. tp dia yg jd bestfriend izzah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:38 PM | Show all posts
Reply  Yna@shynee

masa ni excited nak fathia sbg izzah. sanggup habiskan masa buat poster
...
shachihata33 Post at 2010/12/6 15:34


ak igt 3 watak je lam buku tu...yg len ak x wpe igt..
tp best lg klu fathia ni yg jd izzah..tp dulu dia lum popular,ramai org x knl...
tp sal dia tolak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 03:38 PM | Show all posts
Reply 17# Yna@shynee

tu poster angan2 schahita jer tu...poster yg btul yg ni...

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:42 PM | Show all posts
Reply 19# Yna@shynee


    dia tolak sbb jadual pengambaran x match dgn jadual kuliah dia. rasanya lah kalau ikut yg sha faham dr pancaindera tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080592 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list