CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11336|Reply: 65

David Teoh Tsentap dgn tindakan Ahmad Idham..

[Copy link]
Post time 5-4-2012 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Kecewa produser lupa diri
Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2012/04/05

PRODUSER MIG Pictures, David Teo meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang produser menandatangani perjanjian dengan TV3, sekali gus menamatkan kerjasama dengan syarikatnya.Menurutnya, tindakan itu dianggap sebagai sudah lupa diri selepas filem yang dihasilkan oleh pengarah dan produser terbabit dikatakan mendapat keuntungan besar.
“Orang sudah membina jambatan untuk dia, tetapi dia memotong pertalian itu selepas melalui jambatan ini. Ia bagaikan kacang lupakan kulit dan perbuatan itu adalah tidak baik.

“Kenapa selepas dapat duit, baru ia ditinggalkan,” kata David ketika melancarkan dua filem terbaru terbitannya di Petaling Jaya, semalam.

Walaupun tidak disebutkan namanya, kenyataan itu agak jelas merujuk kepada tindakan Ahmad Idham yang menandatangani kerjasama dengan TV3 pada 23 Mac lalu.

Ahmad Idham membuat keputusan itu kerana mendakwa karyanya diciplak dan tiada perlindungan diberikan apabila filemnya disiarkan menerusi Astro First.
“Kenapa selepas kira-kira enam bulan filemnya ditayangkan di Astro First dan mendapat keuntungan, baru dia dengan senang hati mengundurkan diri,” kata David.

Beliau menegaskan, MIG akan terus bekerja dengan Astro First dengan menganggap kewujudan saluran ini adalah peluang terbaik untuk syarikatnya mengetengahkan barisan filem yang diterbitkan.

“Ia sepatutnya dianggap sebagai satu rezeki, bukannya satu promosi untuk menjatuhkan filem keluaran syarikat produksi saya.

“Saya tidak akan terpengaruh dengan tindakan penerbit itu.

Saya akan meneruskan kerjasama dengan Astro First dan terus membenarkan barisan filem terbitan saya disiarkan di saluran itu selepas setiap filem selesai ditayangkan di pawagam.

“Sekarang filem 7 Petala Cinta sedang disiarkan di Astro First,” katanya.

Sementara itu, filem Pada Suatu Cinta Dahulu dan Bro! Nampak Motor Gua? adalah terbitan ke-77 dan 78 syarikat ini. Filem Pada Suatu Cinta Dahulu diarahkan oleh Hashim Rejab, manakala Bro! Nampak Motor Gua? arahan Ajiboy.

Mengulas dua filem terbitannya itu, David berkata, dia tidak akan berhenti untuk terus menerbitkan filem kerana pihaknya mempunyai pengarah berbakat menerusi skim Pengarah Muda selain untuk meneruskan rentak penerbitan filem secara konsisten.

Menurutnya, menerusi penerbitan filem secara aktif juga, beliau bukan saja dapat mengasah bakat pengarah muda, tetapi dapat membantu menggilap lebih ramai pelakon baru yang mempunyai potensi untuk sebaris dengan pelakon popular sekarang.

“Banyak pelakon baru menyertai MIG. Nora Danish juga baru menyertai kami. Kami juga mahu menghasilkan pelakon yang bagus seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil dan Yana Samsudin,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 08:17 AM | Show all posts
apek ni x kisah ke pilem2 die boleh nengok free kat internet...ke die ada sumber lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:30 AM | Show all posts
ape-apelah MIG....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:32 AM | Show all posts
Apek nie mcm shaw brothers...royalti dpt kat dia..hak milik semua dia..pengarah takat bonus je la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:39 AM | Show all posts
Kecoh la apek nie. .suka hati idham la nak wat ape pon. .heran aku!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:40 AM | Show all posts
syabas ahmad idham, memang sepatutnya industri filem melayu dikuasai oleh anak melayu sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2012 08:41 AM | Show all posts
apek yg sentiasa sentap berirama..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:46 AM | Show all posts
wah..apek ni dah pandai berperibahasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 08:53 AM | Show all posts
lantok deme la nak bercakor...... 2-2 nyer produce filem sampoh!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:13 AM | Show all posts
aku ade gak terpikir masa idham bukan main kata astro first tak baguih apa semua..
bukan bos dia ke yg support baik ke astro first ni?

haaa..dah bercakau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:25 AM | Show all posts
aku suka david teo yg banyak mencungkil bakat muda jadi pengarah dan pelakon..despite of filem dia yg tah pa pe..sekurang kurang nye dia tak makan semua untung tu sorang2...siap share lagi...tak mcm produksi lain..untung sorang jer..dapat juta2...tuan punye citer gigih mintak bonus..kesiannn
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:41 AM | Show all posts
filem die yang letak zizan jadi hero tu sangat hancur n memalukan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:45 AM | Show all posts
gado2 plak..... tak kesah la sebab filem2 yg dihasilkan oleh 2 mangkok ni pun filem sampah je.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:52 AM | Show all posts
tak minat ahmad idham sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:01 AM | Show all posts
sentap? bukan ahmad idham ni director kesayangan ker????
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:07 AM | Show all posts
life move on laa

tak kan kn duk bawah ketiak ko sampai mati

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2012 10:09 AM | Show all posts
pantun hazab by David Teo

5,6,7,8, Lisa Surihani & Yusry kasi rapat-rapat, Nanti dapat Baby tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:12 AM | Show all posts
ada logik gak laa apek ni sentap...org dah kasi peluang tetiba dia gi lompat ke rival kompeni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:20 AM | Show all posts
David,usah di kenang kacang tak berkulit yang telah melintasi jambatan itu.. mungkin jambatan itu boleh diletakkan tol supaya bayaran boleh dikenakan kalau kacang tak berkulit itu ingin kembali dan menyambung pertalian yang telah diputuskan..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 10:26 AM | Show all posts
haiyaa uncle lavid...yu nk org keje sama yu sampai mati meh?

so what kalu mad deham tak nk kerjasama dgn astro first....? pesal la apek ni nk sentap....bukannya astro first tu dia punya pon? mad deham sikit tak kacau pasal MIG...kutuk filem MIG ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.099737 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list