CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153620|Reply: 1111

Amar Asyraf (poyo) dah kawen!

[Copy link]
Post time 4-1-2013 07:23 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pelakon baru Amar Asyraf atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 26 mula dikenali selepas diberi peluang memegang watak utama seterusnya membintangi drama bersiri Setia Hujung Nyawa terbitan Suhan Movies Sdn. Bhd. Drama adaptasi novel Fatin Nabila ini berjumlah 28 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan sejak 24 Disember yang lalu telah menaikkan nama Amar Asyraf di dalam dunia hiburan tanah air.

Kini bakatnya semakin dikenali dan khabarnya drama ini juga telah mengubah penampilannya kepada tampil dengan imej baru - rambut pendek dan lurus berbanding sebelum ini di mana rambutnya panjang dan berkerinting.

"Asalnya saya memang tak nak potong rambut tetapi apabila berjumpa dengan Amy Maziah yang merupakan ‘orang kuat’ dalam pembikinan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, beliau telah mencadangkan supaya saya memotong rambut kerana ingin menampakkan kelainan dalam lakonan dan juga untuk tujuan ‘branding’. Bila semua sudah dijelaskan dengan rela hati saya memotong rambut ini,” katanya ketika ditemui semasa pelancaran sidang media drama ‘Setia Hujung Nyawa’ baru-baru ini.

Dalam Setia Hujung Nyawa, Amar bergandingan bersama dengan pelakon remaja, Nellydia Senrose yang merupakan heroin dan diberi peranan memegang watak sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi. Dalam drama ini mereka digandingkan sebagai suami isteri.

Setia Hujung Nyawa mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Drama Setia Hujung Nyawa arahan Amie Maziah turut membariskan antaranya Nelydia Senrose, Raja Ema, Zila Bakarin, Hilal Azman, Talha Harith, Ryzal Jaafar dan Bea Rameshan.






















hero dan heroin drama yg tgh meletoop kat TV3 skrg ni... sampai aku obses, haha... cita ni mcm Nora Elena skit2.

p/s: Korang suka rambut dia yang kerinting ke atau yg baru ni??? Last edited by skymania on 8-6-2013 10:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2013 07:47 AM | Show all posts
Smlm tonton drama nii...not bad lar kn!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:03 AM | Show all posts
suke rambot dia yang baru!..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:05 AM | Show all posts
muka dan senyuman nya mcm indon yg bkerja dgn company aku..... Last edited by iza.moha on 4-1-2013 08:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:08 AM | Show all posts
dia nie reti berlakon..
aku perasan dia sejak dia belakon cerita aku ingin terbang ke..yang BETO tu jadi Cikgu Pilot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 08:09 AM | Show all posts
haha... indon xindon la. Tapi muka dia ada iras2 Dude Harlino...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2013 08:09 AM | Show all posts
Sorng lg hero lepas AA hahaha i loike kekekekeeke.. Still AA gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:12 AM | Show all posts
ok gak drama ni..cuma masa episod awal2 tu ada miss gak...
so x tau yg ersalina tu pregnant..ni yg nk tgk lg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2013 08:14 AM | Show all posts
aku xmiss pon tgk cita ni... tapi still blurr camne dia leh preggy?... ajaib bukan? lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:16 AM | Show all posts
da pregnent ke....xtau pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:17 AM | Show all posts
dlm citer ni nampak ensem jugek si amar tu....dulu rambut kinting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 08:17 AM | Show all posts
memang dia preggy... tp dalam cita ni xtunjuk pon scene yg dia kena rogol ke apa ke. Kan aku dah blur... apa je la pengarah oii. tapi yg pasti bukan anak si Zain....  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:21 AM | Show all posts
fikrisharif posted on 4-1-2013 08:17 AM
memang dia preggy... tp dalam cita ni xtunjuk pon scene yg dia kena rogol ke apa ke. Kan aku dah blu ...

plak dah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:22 AM | Show all posts
siapa yg rogol dia tu ..kwn si zain tu ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:29 AM | Show all posts
Aah la mamat ni mmg berbakat..berlakon selamba jer..tp x setarap kehenseman Mat Haron ahaks..ada aura gaks mamat nih..sweet sangat..he he Last edited by rosmahisham on 4-1-2013 08:30 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2013 08:31 AM | Show all posts
tak tahu la kena rogol ke terlanjur ke...  mengikut novel anak dlm kandungan tu anak Ikhwan abg Zehra, kan dulu dorang couple..... ala, xkesah nanti dia gugur jgak.... pastu bermulalah tragedi yg menyedihkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2013 08:37 AM | Show all posts
aku tgk muka dia mesti rs nk tergelak.. teringt yg dia berlakon kat astro warna tu.. kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:42 AM | Show all posts
mamat ni dulu jd abang Dania dlm awan dania ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:45 AM | Show all posts
ai suka ammar ni dari dulu lagi...

ai lebih suka rambut kerinting kembang heolssss

suka chemistry heolss dgn sharifah sakinah dlm telemovie janji kita (tv9 -- ada bell, anne ngasri, izara)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 08:49 AM | Show all posts
mmg best citer ni
tak memasal aku marathon dr ep1 kat tonton smlm

amar mmg best! gaya ada cam zul ariffin sikit version muda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.119075 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list