CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16520|Reply: 96

"Tailong Watak Paling Jahat" - Rosyam Nor

[Copy link]
Post time 11-9-2013 09:16 AM | Show all posts |Read mode


Aktor tersohor, Rosyam Nor menyatakan wataknya sebagai Tailong dalam filem terbaru terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance, 'KL Gangster 2' merupakan watak paling jahat yang pernah dilakonkan.

"Watak Tailong dalam filem terbaru arahan Syamsul Yusof ini merupakan watak paling jahat pernah saya bawakan berbanding watak jahat sebelum ini di dalam filem 'Lenjan' dan 'Castelo'. Saya diberi peluang untuk memegang peranan yang kena dengan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon yang telah lama terlibat dalam dunia seni. Saya harap filem ini dapat menarik peminat-peminat dari kalangan generasi baru," jelas Rosyam ketika ditemui di tayangan filem 'KL Gangster 2' di TGV One Utama, Damansara pada Isnin.

"Saya andaikan watak Tailong sebagai binatang reptilia. Saya harus ingat bahawa ini bukan sahaja lakonan, tetapi saya harus membuat penonton merasakan benci dengan watak yang saya bawa. Saya mahukan watak ini bukan sahaja jahat dari segi aksi, tetapi perlakuan, perbuatan dan segala-galanya," tutur hero filem 'Castello' ini.

Mengulas mengenai pengalamannya bekerja dengan pengarah muda seperti Syamsul, Rosyam menjelaskan yang dia merasakan pengalaman ini sebagai satu cabaran.

"Apabila saya kerja dengan pengarah muda, saya kena lihat apa yang Syamsul mahukan. Sebagai seorang pelakon, saya perlukan cabaran. Saya harus melihat kepada fizikal saya dan harus kekalkan untuk berlakon dalam filem aksi seperti ini. Saya kena pastikan fizikal saya dalam keadaan bagus untuk bekerja dengan pengarah muda. Saya buat semua babak aksi dalam filem ini, kecuali satu babak," cerita Rosyam lagi.

Rosyam juga menjelaskan yang dia takut dalam membawa peranan ini kerana dia merasakan tanggungjawab ini sebagai sebuah tanggungjawab yang besar. Memandangkan filem sebelum ini telah sukses dan barisan pelakon lain juga telah berjaya membawakan watak masing-masing, Rosyam cuba untuk melakukan kelainan dalam mewarnai watak ini.

Dalam pada masa yang sama, Rosyam menjelaskan yang dia rasa sangat kecewa dengan filem ini yang telah tiris di laman internet sebelum waktu tayangan.

"Saya kini kurang berlakon drama ataupun filem. Saya rasa sangat sedih. Saya ingin orang lihat aksi saya di layar perak. Saya sendiri pun belum melihat filem ini kerana saya mahu melihat filem ini bersama-sama dengan penonton di pawagam. Jadi, saya sangat kecewa dengan hal ini. Kini saya cuma berharap peminat dapat menonton dan menyokong filem ini apabila ditayangkan di pawagam kelak," ujar Rosyam mengakhiri perbualan.


sumber= gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 09:23 AM | Show all posts
mmg best lakonan die..cuma geli part jilat2 ngan jantan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:27 AM | Show all posts
ko buat aku tak sabo tunggu tayangan kat pawagam la maxim...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:29 AM | Show all posts
beldandy posted on 11-9-2013 09:27 AM
ko buat aku tak sabo tunggu tayangan kat pawagam la maxim...

part ending time gado2 tu best gile.. sorg2 je beliau lawan aaron ngan ady bebird
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:29 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:23 AM
mmg best lakonan die..cuma geli part jilat2 ngan jantan

part jilat2 jantan tu yg paling buat aku nk muntah...

Last edited by reeny on 11-9-2013 09:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:29 AM | Show all posts
Cheh!.. ingatkan dia refer Tailung dlm kungfu Panda 1 dulu tu. ngeh3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 09:31 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:23 AM
mmg best lakonan die..cuma geli part jilat2 ngan jantan

ko dah tgk eh
kan dia kata mmg saja nak bg org nyampah
so dah berjaya lah sbb ko geli hahaha
tp dia neh sama mcm pejal husin kalo berlakon jahat wat org nyampah betui
mcm dlm lenjan dulu geram betul aku ngk nya saiko gila
salah satu faktor sebab dorang neh bukan kategori jambu punya muka
jd kalo dah jadi jahat memang menjadi sungguh lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:32 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:29 AM
part ending time gado2 tu best gile.. sorg2 je beliau lawan aaron ngan ady bebir ...

last week masa kat umah adik aku depa duk tgk citer tu kat lappy..donlod torrent katanya
tp aku lak even kaki donlod mcm tak minat lak nk tgk bila jd kes gini...
so aku sanggup tunggu...tgk trailer pun dah rasa laju giler nafas..apatah lagi menonton full film kan?
tailong ni watak baru eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 09:33 AM | Show all posts
Suchi posted on 11-9-2013 09:31 AM
ko dah tgk eh
kan dia kata mmg saja nak bg org nyampah
so dah berjaya lah sbb ko geli hahaha

tu la..watak camni sesuai la..xyah la nak jadik "Danish"..lagik la nak muntah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:34 AM | Show all posts
Xterkesan dhati pn tgk watak dia jd jht... Jht mmg jht tp xde la myampah  sgt ngn watak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:34 AM | Show all posts
beldandy posted on 11-9-2013 09:32 AM
last week masa kat umah adik aku depa duk tgk citer tu kat lappy..donlod torrent katanya
tp aku l ...

haah tailong watak baru..tp sbb ni pre-kuel kan, kira cam watak sebelum KLG1 la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:35 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:23 AM
mmg best lakonan die..cuma geli part jilat2 ngan jantan

ehh ada ek..scene y mana ek?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:35 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:34 AM
haah tailong watak baru..tp sbb ni pre-kuel kan, kira cam watak sebelum KLG1 la

dia ni kira bapak segala gengster ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:37 AM | Show all posts
tak sabar nak gi tengok kat pawagam
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:38 AM | Show all posts
beldandy posted on 11-9-2013 09:35 AM
dia ni kira bapak segala gengster ke hapa?

yela..sblom King naik die ni la kira pegang KL tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:40 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:33 AM
tu la..watak camni sesuai la..xyah la nak jadik "Danish"..lagik la nak muntah

hahahahah dia pun dh lama dak tak jadi danish
last aku tgk ada drama dia ngan nad zainal kat astro box office
dia jadi lelaki bujang terlajak aka bujang tua yg kawen ngan ank gadis abis spm
tp oklah takdelah nama dia danish ke apa
dan dia jadi tua lah hahhaa

aku leh terima kalo dia taknak jadi pakcik2 atau watak datuk n tan sri bagai dlm drama or pilem
tp jadi hero/antagonis yg dah otai oklah mcm hero2 kat oliwod nun semua kertu belaka.
kira nk jadi lead ke hero ke boleh asalkan bukan jd budak belasan tahun baru grad ke apa,awak tu dah nak bercucu pun walo umur masih muda blm 50 pun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 09:42 AM | Show all posts
maxim posted on 11-9-2013 09:29 AM
part ending time gado2 tu best gile.. sorg2 je beliau lawan aaron ngan ady bebir ...

so sapa menang?
jangan bitau iols yang aron kayu jati tu lak yg menang


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:44 AM | Show all posts
Suchi posted on 11-9-2013 09:42 AM
so sapa menang?
jangan bitau iols yang aron kayu jati tu lak yg menang

dah nama pn hero..mesti la die yg menang
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 09:58 AM | Show all posts
tak apa aku tunggu torrent aje hahaha jahat !
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bikin prekuel pasal tailong jilat pulak lah...
sayang watak padam gitu je...

lagi best sidekick dia johan..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194462 Replies : 4509
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5221 Replies : 51
Barang Berharga
InezkhalidiBarang Berharga
Views : 12431 Replies : 51
Gais please doakan gaisss
multinickyGais please doakan gaisss
Views : 9588 Replies : 68
MERSING OMNIBUS KISAH BENAR
5-zaLMERSING OMNIBUS KISAH BENAR
Views : 6606 Replies : 34
Kisah 2 minggu lagi...bhgn 2
Eric.n9Kisah 2 minggu lagi...bhgn 2
Views : 3127 Replies : 13
Epic Cat Meme !
Keledek.kepamEpic Cat Meme !
Views : 13953 Replies : 67
Cara Berhenti Merokok
imransulaimanCara Berhenti Merokok
Views : 6374 Replies : 28
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6790 Replies : 42
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5582 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.270412 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list