CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23870|Reply: 146

Yasmin Hani Jelas Isu Lukisan Di Perut

[Copy link]
Post time 19-9-2013 10:17 AM | Show all posts |Read mode


Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya,” ujar pelakon serta pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kontroversi miliknya yang kini menjadi bualan hangat di laman-laman blog tempatan.

Gambar yang menampakkan bahagian perut Hani yang kini sedang hamil 32 minggu itu mendapat kecaman serta kritikan teruk daripada peminat, di mana rata-rata mereka mempersoalkan mengenai tindakan pelakon filem ‘Duyung’ itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,” jelas Hani kepada GUA.

Bagi saya, dah jadi macam satu viral masyarakat kita sekarang ini asyik berfikiran negatif saja. Tak penat ke mereka ini asyik nak buka aib orang lain saja. Kalau mereka baik, hati suci murni, kenapa mereka nak sebarkan perkara ini dan aibkan saya. Mana letaknya hati suci mereka itu.

Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan?  Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini,” luah Yasmin lagi.

“Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja,” ujar isteri kepada Sha’arin Razali ini lagi.

“Tidak dinafikan suami saya terkejut dengan isu ini namun dia banyak tenangkan saya. Dia cakap jangan layan orang yang berfikiran negatif ini dan biar mereka dengan dosa mereka. Asalkan kita tak buat orang sudah. Apapun, siapa yang buka aib saya, harap mereka tahu dan sedar apa yang mereka dah buat pada wanita mengandung. Mereka dah aibkan saya dan Allah akan balas balik perbuatan mereka.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Hani turut berkongsi yang mereka kini dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah program mengenai kehamilannya di mana ia akan diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi milik Sha’arin iaitu Blublack Productions Sdn Bhd.



sumber= gua.com.my
Last edited by miawpink on 19-9-2013 10:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:19 AM | Show all posts
pastu meroyan bila tersebar??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:21 AM | Show all posts
jap dia memang sebarkan gambar ker   disebarkan oleh pihak x bertanggungjawab ?
x de pekdah tull
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:23 AM | Show all posts
outcast posted on 19-9-2013 10:21 AM
jap dia memang sebarkan gambar ker   disebarkan oleh pihak x bertanggungjawab ?
x de pekdah tull

kalo sempat, ri tu kat sini ada benang pasal ni
maxim da katup
n gambo tu mang dari instgram
tapi bukan dari instgram yasmin hani
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:23 AM | Show all posts
origin gambar ni hari tu ambik mana?
IG yasmin sendiri kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:23 AM | Show all posts
she said it was for her private collection, therefore she should have kept them private ... no?
ramai je kengkawan sy wat mcm ni and they remain private except for frens. siap pesan kat photographer not to use them for their ads or promos.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2013 10:24 AM | Show all posts
ellZack posted on 19-9-2013 10:23 AM
origin gambar ni hari tu ambik mana?
IG yasmin sendiri kah?

bukan dari instgram yasmin hani
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:25 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-9-2013 10:23 AM
kalo sempat, ri tu kat sini ada benang pasal ni
maxim da katup
n gambo tu mang dari instgram

owh ... patut aku skodeng yasmin hani  IG x da gambar tuh
mungkin sheolls bergambar tp utk personal  collection
patut ketuk kepala  sapa yg sebarkan
sbb iollls x rasa sheolls  berani pakai tube jer
kalo daphne tuh iye lah ..
kesian YH , mungkin bkn niat sheolls nk sebarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:25 AM | Show all posts
masa anak saudara tgkap gmbr tu, bgla warning jgn memandai upload...adoyaiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:25 AM | Show all posts
mana pic tu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:26 AM | Show all posts
apa maksud dia 'koleksi peribadi' tu..? meaning dia dan hubby nya sahaja yg ada gambar2 tersebut but somebody has invaded her privacy dan menyebarkan nya? atau...dia sendiri yg share gambar2 tu dng kengkawan nya yg mana akhirnya tersebar luas or what..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:26 AM | Show all posts
outcast posted on 19-9-2013 10:25 AM
owh ... patut aku skodeng yasmin hani  IG x da gambar tuh
mungkin sheolls bergambar tp utk pers ...

tu la pasal
puas belek ig yasmin x jumpa pun gambo tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:26 AM | Show all posts
akal artis mudah d baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:28 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-9-2013 10:26 AM
tu la pasal
puas belek ig yasmin x jumpa pun gambo tu

hehehhe ... len kali pesan ngan anak sedara
tp anak sedara pun x jaga air muka mak sedara
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:29 AM | Show all posts
lain kali bgtau la orang yg ambil photoshoot atau yang terlibat dilokasi tu.. boleh tengok perot i, tapi take picture and upload to insta is HARAM ok !  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:31 AM | Show all posts
Alaaa..perut dia...dia punya suka lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:31 AM | Show all posts
miawpink posted on 19-9-2013 10:24 AM
bukan dari instgram yasmin hani

patut la dia marah.
cant blame her though sebab bukan dia yg upload kat IG dia sendiri..
cuma salah dia, dia nak make it private, dia tak remind orang lain yg tau pasal photoshoot tu untuk make it private.
nasib la nak..kata selebriti..
bertabahlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:31 AM | Show all posts
outcast posted on 19-9-2013 10:28 AM
hehehhe ... len kali pesan ngan anak sedara
tp anak sedara pun x jaga air muka mak sedara :shak ...

kita x tau anak sedara dia yang upload gambo tu kat ig atau orang lain
yang tau bukan yasmin hani

mungkin orang yang upload gambar tu x dpt msg dr yasmin yg ni gmbr private
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:31 AM | Show all posts
pegi luku paler sapa yg sebar.... tp patotnyer luku paler diri sendirik jerlah Yasmin oiii...
jadahnyer dok nk lukis2 kt perut tu.... pakai baju pon mcm takmo pakai jer...pppffftttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:33 AM | Show all posts
now..da nampak pencerobohan privacy...
habehlahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086692 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list