CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14616|Reply: 100

Oh my ganu lbh kelakar dr oh my english

[Copy link]
Post time 14-11-2013 02:15 PM | Show all posts |Read mode

'Oh My Ganu' Lebih Lucu Dari 'Oh My English'
Oleh KEMALIA OTHMAN


Zain Saidin mengekalkan wataknya sebagai Mr. Middleton dalam Oh My ganu.

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English! dihasilkan, sebuah telefilem khas iaitu Oh My Ganu pula diterbitkan bagi memenuhi tuntutan orang ramai yang menyukai drama itu.
Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My Ganu adalah kesinambungan daripada episod kemuncak Oh My English! musim kedua dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia drama tersebut.
"Oh My English! yang disiarkan menerusi Astro TVIQ iaitu komedi pendidikan musim kedua ini berjaya menarik perhatian dengan tontonan seramai 5.2 juta penonton televisyen, 11.6 juta tontonan di YouTube, 525,000 peminat di Facebook serta menguasai tangga teratas Twitter.
“Manakala Oh My Ganu pula menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baharu yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Razak," katanya pada sidang media pratonton telefilem itu di Signiture, The Garden, di sini, Rabu.

Salah satu adegan dalam drama Oh My English yang mendapat sambutan ramai.

Tambahnya, telefilem ini dihasilkan dengan kualiti penggambaran yang tinggi setaraf penerbitan filem.
Karya yang diterbitkan dengan kerjasama Red Communication ini turut mendapat sentuhan daripada pengarah fotografi, Haris Sue Abdullah, penata muzik, Mohsin Othman dan pengarah Umi Salwana Omar.
"Saya pasti telefilem ini bakal memberi impak berbeza kerana mengabung kan komedi dan kandungan ilmiah dan setaraf kualiti filem di pawagam dan sesuai dengan semua peringkat usia," katanya.

Tiz Zaqyah

Selain Zizan Razak dan Izzue Islam, Oh My Ganu turut dibintangi oleh pelakon asal drama Oh My English!seperti Zain Saidin, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Harun Salim Bachik dan Syafie Naswip.
Oh My Ganu yang berlatar belakang sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman.
Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.
Telefilem Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2013 02:16 PM | Show all posts
X sabar nk tgk mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:20 PM | Show all posts
ade jgk zizan nk mnyelit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:27 PM | Show all posts
kenapa mesti zizan?
takdak orang lain ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:29 PM | Show all posts
zizang kan orang ganu kita...
haruslah dia ada..
landmark ganu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:31 PM | Show all posts
Sebab zizan org teganu kot, sebab tu pilih dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 02:33 PM | Show all posts
wah..x sabarnya nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:35 PM | Show all posts
zizan pon zizan lah. tak kan nk amek faizal lihaklah pulak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 02:35 PM | Show all posts
aku suka la tgk drama2 loghat negeri ni.seronok
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:36 PM | Show all posts
mesti best nih...heheheeh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:38 PM | Show all posts
aku suka je zizan belakon lagi2 watak dak ganu kan..dari mengacara AF yg ntahpape tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:45 PM | Show all posts
Cantiknyaaaa Tizzzz.....................

         
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:50 PM | Show all posts
tiz cantik giler dalam iklan nescafe terbaru tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:52 PM | Show all posts
oklah amik zizang..dari diambilnya SALIM IKLIM
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:01 PM | Show all posts
tak sabar  
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 03:14 PM | Show all posts
asik asik zizang xleh ka boh mamat ganu len
emo sat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 03:28 PM | Show all posts
x sabar nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best je mcm syok je cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 04:47 PM | Show all posts
lagi bes ke nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 05:29 PM | Show all posts
jangang lupe saksikang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070312 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list