CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33427|Reply: 174

[Updated] Sarimah nak tunang Sabtu ni!!! Yeay!! update pg 7, #160

[Copy link]
Post time 19-3-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku slalu gak layan mix fm ni sbb pagi2 ada sarimah.. hehe
Tapi minggu2 sudah ni, partner morning show sarimah, si the rod ni dah cabar dia suh cari partner.. sekali sarimah betul2 bawak g konti. Ingtkan mat salleh sbb nama dia 'Jamie' rupa2nya melayu da... dgr2 nama betul dia Tunku Nadzimuddin.. Boleh x sape2 confirmkan dia ni??



Latest from mstar

Sarimah Ibrahim Pertama Kali Bercinta Dengan Jejaka Melayu
Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 11:06 AM
s Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
feride@thestar.com.my

Sarimah Ibrahim
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA:
Penyanyi Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu yang baru dikenalinya sejak tiga bulan lalu.

Sarimah, 36, berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta.

"Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu bernama Tunku Nadzimuddin Tunku  Mudzaffar.

"Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sarimah, keikhlasan Najimmudin membuatkan Sarimah terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama.

Sementara itu, Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaitu Desperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.

Kempen itu dianjurkan sendiri oleh Rod sebelum mengetahui bahawa Sarimah sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.

"Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya.

"Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod emngambil perkara itu begitu serius.

"Sehinggakan, seramai 10 lelaki penyertai kempen itu, hanya tiga saja dipilih. Bagaimanapun saya terpaksa menjelaskan kepada ketiga-tiga lelaki tersebut yang sebenarnya saya sudah mempunyai pasangan sendiri. Walaupun sedikit kesal, mujurlah mereka memahami," ujarnya

Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul You On My Mind. Lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Simon J Bailey. Last edited by tepisket.. on 24-9-2014 06:20 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dgr Sarimah punyer celoteh dlm mix fm ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:08 AM | Show all posts
Tunku Nazimuddin ni kerabat NS, anak pada Tunku Dara Naquiyah.  Pernah ada kes pukul TMJ beberapa tahun yang lepas. Pernah ada thread tu kat Board Kenamaan

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:10 AM | Show all posts
Article nya

http://www.mstar.com.my/berita/b ... ua-keluarga-diraja/


Perang Besar Dua Keluarga Diraja
Diterbitkan: Khamis, 17 September 2009 12:00 AM
AU YEONG HOW Oleh: AU YEONG HOW
editor@mstar.com.my
  
KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 09:10 AM | Show all posts
skun posted on 19-3-2014 09:08 AM
Tunku Nazimuddin ni kerabat NS, anak pada Tunku Dara Naquiyah.  Pernah ada kes pukul TMJ beberapa ta ...

Bujang trang tang2 ke guane? Al maklumlah jaman skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:11 AM | Show all posts
woowwww sarimah looking so hot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 09:11 AM | Show all posts
bf org besar saje kan retis nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:18 AM | Show all posts
tepisket.. posted on 19-3-2014 09:10 AM
Bujang trang tang2 ke guane? Al maklumlah jaman skrg ni..

duda la kot hehehe masa lepas gaduh tu dia dah kahwin. Sekarang tak tau la pulak..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 09:20 AM | Show all posts
gosip murahan sgt.. tak kan la p keje terang2an nk bwk bf masuk konti kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:29 AM | Show all posts
caplimau posted on 19-3-2014 09:20 AM
gosip murahan sgt.. tak kan la p keje terang2an nk bwk bf masuk konti kot..

mwehehehehe... itulah yg ai pikir
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:32 AM | Show all posts
bukan yang mix.fm ni buat semata for fun je ke? just to get Sarimah to go on a date. Kan sapa yang nak masuk kena hantar borang penyertaan.. dah berbulan2 dah buat benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:34 AM | Show all posts
hensemnya..mcm dot dot dot...lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:34 AM | Show all posts
cantik sarimah
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:36 AM | Show all posts
tadi diorang buat compatibility test kan. kelakar. sanggup lambat2 masuk parking semata2 nak dengan Jamie jawab betul ke tak sebab bila dah masuk parking nanti takde line radio
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:38 AM | Show all posts
aduhai....

tak dengar mix fm jangan le tuduh bukan2.... uhuk uhuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:44 AM | Show all posts
woww... beratnye kes diorang gaduh sampai acu2 pistol... gangster btol TMJ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 09:46 AM | Show all posts
lululun posted on 19-3-2014 09:38 AM
aduhai....

tak dengar mix fm jangan le tuduh bukan2.... uhuk uhuk

kenapa noks, iolls salah orang ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:51 AM | Show all posts
xknlah...dia kan nk mat sallehje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 09:53 AM | Show all posts
skun posted on 19-3-2014 09:46 AM
kenapa noks, iolls salah orang ye?

Rasanya dia maksudkan sapa y x dgr mix fm x tau sal citer sarimah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:58 AM | Show all posts
oleh kerna dia bergaduh dngn so midget,aku automatically restui dua orang nih kapel..amin semoga kawin cepat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.859245 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list