CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21786|Reply: 106

Kisah Sufi Diliwat Bapa Tiri Tidak Jejaskannya Dalam AF 2015

[Copy link]
Post time 10-8-2015 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 10-8-2015 04:00 PM

Kisah Sufi Diliwat Bapa Tiri Tidak Jejaskannya Dalam AF 2015

SHAH ALAM: Isu salah seorang peserta Akademi Fantasia 2015 iaitu Sufi yang pernah mendedahkan kisah didera secara seksual oleh bapa tirinya tidak akan menjejaskan kedudukan dia dalam program tersebut.

Pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim berkata, selagi Sufi mampu memberi persembahan yang baik dan menarik tumpuan peminat untuk kekal dalam program tersebut, pelajar berkenaan akan berjaya tanpa melibatkan isu-isu peribadi.

"Saya tak tahu tentang masalah peribadinya (Sufi) yang sedang berbangkit tetapi saya lihat nilai pada bakat yang ingin ditunjukkannya.

"Saya percaya setiap peserta mempunyai masalah personaliti dan peribadi. Bagi saya kita kena tahu ada masanya cerita-cerita peribadi bukan semuanya enak didengar. Artis profesional pun sama.








"Tetapi saya percaya, kalau persembahan nyanyian bagus, mereka boleh berjaya. Apa yang saya boleh katakan, biar peminat yang membuat keputusan (sama ada mahu kekalkan Sufi atau tidak)," katanya kepada mStar Online.

Edry ditemui pada Konsert Penentuan AF 2015 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Rancangan itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Pada Mac lalu, Sufi yang merupakan peserta AF 2015 dari Singapura membuat pengakuan peribadi dengan media di negara itu pernah diliwat bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah.

Pendedahan itu dilakukan selepas penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Arif yang juga pengurusnya.

Edry Abdul Halim


























Bagaimanpaun Muhammad Arif, 30, dalam mStar Online pada 20 Mei lalu mendakwa bekas  anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah.

Sementara itu, Edry berkata, walaupun dia mengambil sikap tidak mengendahkan isu tersebut, dia berharap perkara itu tidak menjejaskan AF 2015.

Edry berkata, dia yakin, peserta AF pada kali ini mempunyai bakat yang luar biasa dan persembahan mereka dilihat lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya.

"Walaupun pertama kali membuat persembahan pentas, para pelajar menunjukkan prestasi seperti sudah berada pada minggu ke lapan.

"Saya lihat antara yang cemerlang termasuklah Sufi, Syamel dan Bila. Semua pelajar perlu menunjukkan persembahan yang terbaik kerana saingan mereka cukup hebat.

"Mungkin dalam 99 peratus pihak pengajar boleh bantu mereka. Satu peratus lagi mereka perlu bijak menarik perhatian penonton suka dengan mereka," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 03:58 PM | Show all posts
motip...perlu ke jaja cerita ni nak naik kan rating pelajar?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:02 PM | Show all posts
bla bla bla..drama biasa tiap tahun..citer hal personal nak naikkan rating..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:05 PM | Show all posts
kalau da lgbtq main pungkoq, xyah main isu diliwat..cakap je rela
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:06 PM | Show all posts


muka heshe dah macam mona fandey
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:06 PM | Show all posts
itu aje modal AF..

hal peribadi nak naikkan rating..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 04:08 PM | Show all posts
x malunya gtaw the whole world...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:08 PM | Show all posts
baik2 aku tatau jadi tau lak,.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 04:08 PM | Show all posts
mcm iras muka taupik batisah pn ade sufi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:10 PM | Show all posts
tahi semua nih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:13 PM | Show all posts
owhh.. die ke anak tiri yg digembar gemburkan dulu... motip naik balik cerita ni buat ape... dari aku yg tak tau trus jadi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:15 PM | Show all posts
loh…dia cite kat umum ke?…kalau dia cite…betapa budusnyala…buka aib sdri...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:17 PM | Show all posts
erkkkk.. perlu ke dedahkan??? motif?? nak faymes express??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:17 PM | Show all posts
pdhal org xkesah pon pasal tu

kalo tau pon masing2 senyap jer

tp org dlm af sendiri yg kecoh2

cheap

af da x relevan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2015 04:19 PM | Show all posts
potsshine replied at 10-8-2015 04:15 PM
loh…dia cite kat umum ke?…kalau dia cite…betapa budusnyala…buka aib sdri...

if im not mistaken, die siap buat pc k

Penyanyi Singapura dakwa Arif Dollah paksa lakukan seks oral ketika berusia 13 tahun
Sufie (foto) berkata, Arif sebelum ini pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut.





KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura, Sufie Rashid mendakwa pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus Tegar, Ariff Dollah.

Sufie berkata, Arif sebelum ini pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut.

“Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu.

“Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif.

“Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya,” luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat.

Menurut Sufie lagi, kejadian yang menimpa Tegar mebuatkan dia terpanggil untuk membuat pengakuan berani itu.

“Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri!

“Arif sudah melampau…Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki  itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata penyanyi berusia 24 tahun itu, dia tidak terkejut dengan kenyataan dibuat Arif kepada media kerana lelaki itu bijak memanipulasi fakta.

“Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat.
“Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual.

“Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya hari ini kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa,” ujarnya kesal.

Sufie ditemui ketika majlis sidang media sejurus selepas tamat persembahan Muzikal Nusantara di Istana Budaya.



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:20 PM | Show all posts
perlu kee nak bgtau seluruh alam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 04:22 PM | Show all posts
AF dan drama berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:23 PM | Show all posts
bila kita tutup aib org. Allah tutup aib kita.
tapi zaman sekarang, kalau boleh semua nak hebah...
ohh!! dunia nak kiamat.
bertaubatlah ...selagi ada masa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:26 PM | Show all posts
ooooo sekaum dgn sefol bohari
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi ayah tiri dia umo 30 thn..11 thn lalu maknanya ayah tiri dia liwat dia masa muda remaja lagi umo 19 taun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.176211 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list