CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

Pekin & Uqasha Belum Btunang, Cuma Merisik Sajo! Pekin Syok Sendiri![PG:9]

[Copy link]
Post time 23-7-2013 01:32 AM | Show all posts
Yer ker nih?

Latest post from Uqasha elok je gambo dorang berdua..siap caption My Everything..

Drama sgt la letting go nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 01:40 AM | Show all posts
ni jwpn uqasha

Uqasha Senrose Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim

Timbul desas-desus yang mendakwa pasangan Uqasha Senrosa dan Pekin Ibrahim telah putus cinta.Semua ini gara-gara sebuah gambar yang mengandungi ‘qoutes’ yang bertajuk ‘Letting Him Go’ yang dimuat naik di laman Instagram milik Uqasha dan status yang dimuatnaik di laman Twitter Uqasha yang berbunyi ‘Mental Breakdown’.

Dikhabarkan juga hubungan pasangan ini berakhir gara-gara sikap Pekin sendiri yang tidak serius dalam perhubungan mereka. GUA menghubungi Uqasha sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung gosip ini.

“Hubungan saya dan Pekin sama seperti dahulu. Kami baik-baik sahaja dan hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Saya dan Pekin tiada apa-apa masalah. Saya saja mahu memuatnaik gambar yang mengandungi ‘qoutes’ tersebut. Cerita mengenai Pekin yang ‘memasang perempuan’ keliling pinggang dan tidak serius dalam perhubungan juga adalah tidak betul,” tutur Uqasha lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

“Mengenai status Twitter saya pula, biasalah, hari-hari saya menghadapi pelbagai perkara, sibuk dengan penggambaran, lagi-lagi sekarang ini kita semua sedang menjalani ibadah puasa, jadi kadang-kadang saya penat dan tertekan. Perkara itu tiada kena mengena dengan hubungan kami. Spekulasi yang dibuat tidak benar,” ulas kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini lagi.

Ketika diminta mengulas apakah perasannya apabila cerita sebegini menimpa dirinya, Uqasha hanya menganggap perkara ini cuma perkara kecil sahaja.

“Perkara ini bukannya betul, jadi saya tak anggap perkara ini sebagai masalah besar. Biarlah apa orang mahu cakap, asalkan saya tahu perkara yang sebenar,” jelas pelakon filem ‘Paku Pontianak’ ini.

Dalam perkembangan terbaru, aktres manis ini tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa di bulan Ramadan. Uqasha kini sedang giat menjalani pengambaran drama berjudul ‘ Ratu Syahadah’ untuk siaran RTM dan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri istimewa sempena Ramadan arahan Rashid Sibirbertajuk ‘Tok Abah’ yang disiarkan di saluran Astro Oasis.

Gadis manis ini bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mereka sekeluarga berangkat pulang menyambut kemeriahan Syawal di kampung halaman mereka di Kelantan Darul Naim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 01:43 AM | Show all posts
hanezana posted on 23-7-2013 01:40 AM
ni jwpn uqasha

Uqasha Senrose Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim

Thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:46 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 23-7-2013 01:43 AM
Thanks...

welkem

xtau la kot2 tu jwpn coverina je kn

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 01:46 AM | Show all posts
Pekin Nafi Putus Cinta, Sudah Bertunang Dan Bakal Kahwini Uqasha Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2013: Gosip putus cinta antara aktor Pekin Ibrahim dengan kekasihnya Uqasha Senrose telah dinafikan oleh aktor itu sendiri, sebaliknya Pekin berkata mereka masih bersama tanpa ada sebarang masalah.

Pekin Ibrahim berkata status laman sosial Twiiter dan Instagram milik Uqasha Sensrose yang mengundang tanda tanya itu bukan ditujukan kepadanya, malah dia turut ada bersama ketika kekasihnya menulis caption tersebut.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana gossip ini boleh disebarkan, sedangkan hubungan saya dan Uqasha baik sahaja. Malah saya akan mengambilnya di lokasi pengambaran nanti untuk keluar makan bersama.

"Sebenarnya sejak akhir-akhir ni status dia nampak sedih tu kerana dia ada mengadu yang dia terlalu penat. Jadi dia telah berhadapan dengan mental breakdown disebabkan jadual pengambaran yang penuh dan ketat.

"Saya yakin dia tak tujukan kepada saya, malah status dan puisi yang dimuat naik itu dikongsikan bersama saya sebelum dia post di Instagram," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pekin diminta mengulas mengenai gossip putus cinta yang ditulis dalam sebuah artikel oleh Murai Batu hari ini.

Menurut pelakon Bunohan itu lagi, mana mungkin hubungan mereka boleh berantakan sedangkan mereka baru sahaja mengikat ikatan pertunangan pada 6 Julai lalu. Malah, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk menyatukan mereka dalam tempoh setahun lagi iaitu dijangkan tahun hadapan.

"Saya dan keluarga sudah pun merisik dan meminang Uqasha pada awal bulan ini. Alhamdulilah, kami mengikat tali pertunangan paling lama setahun dan InsyaAllah tidak lebih dari jangka masa itu. Namun kedua-dua belah pihak belum tetapkan tarikh untuk kami bernikah.

"Jika hendal diikutkan, kalau boleh esok juga saya mahu berkahwin dengannya tetapi kerana memikirkan dia masih baru dan sedang meningkat naik dalam bidang lakonan, saya berikan dia masa untuk kecapi impiannya dahulu," luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru, Pekin baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Tujuh dan bakal memulakan penggambaran untuk telemovie Sayang Su pada 27 Julai ini.


http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=15306&c=1&s=1


Last edited by RatuDunia94 on 23-7-2013 11:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 01:59 AM | Show all posts
ermm...tak tau nak kata apa...just wait and see another cinta agong kekdahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2013 03:15 AM | Show all posts
nafi selagi daya..............
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 03:28 AM | Show all posts
dulu betul ke minah ni yg comolot ngan nabil?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 04:12 AM | Show all posts
pekin kutip bekas bosia mat rempit nabil..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 04:34 AM | Show all posts
big boss mungkin berkata : i've told you so
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:39 AM | Show all posts
cicicumel posted on 23-7-2013 03:28 AM
dulu betul ke minah ni yg comolot ngan nabil?

btol....dia la

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:44 AM | Show all posts
cantek uqasha ni..kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:55 AM | Show all posts
retis ni suka sgt announce benda2 yg x konpem...cuba dendiam sudah...biar btl2 tiba masa nya tu..announce la smpi lebam...
pekin ni playboy ek...x sangka plak..sbb xde ciri2 playboy pon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:56 AM | Show all posts
aku ingat si pekin nie dh kawin... aisey konfius dgn zizan nin
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:54 AM | Show all posts
nan hado...lntak la korg..xmnyumbang ape2 pon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:00 AM | Show all posts
bp umur pekin ngan senrose ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2013 09:15 AM | Show all posts
semoga berjaya hubungan korg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:15 AM | Show all posts
Pekin nie ker yang dengan ayu rodoh dulu tue
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:17 AM | Show all posts
meteorspeed posted on 23-7-2013 09:15 AM
Pekin nie ker yang dengan ayu rodoh dulu tue

ya..ex AR

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:24 AM | Show all posts
pekin ni gf mesti nak lawa.. dulu ayu raudhah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088675 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list