CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

KENALI ARTIS BOTOX: BEFORE AND AFTER TREATMENT (BERGAMBAR)

  [Copy link]
Post time 30-6-2006 02:13 PM | Show all posts
lainnya muka kris dayanti before and after
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2006 09:35 PM | Show all posts
kris dayanti memang ngaku dia amik botox. masok buku yang dia tulis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 09:54 PM | Show all posts
Actually Lina kurang faham sikit pasal botox ni,ada sapa2 boleh terangkan pasal suntikan botox ni tak?  Mereka selalu dapat suntikan kat mana?:bgrin:  Ada kata mereka suntik kat pipi or kat bibir kalau nak jd cantik,betul ke?  eeee tak sakit ke:geram:

[ Last edited by  Marlina at 30-6-2006 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by BeyondSight at 30-6-2006 09:35 PM
kris dayanti memang ngaku dia amik botox. masok buku yang dia tulis lagi.

a'a...dia kan mengaku..:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2006 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by Marlina at 30-6-2006 09:54 PM
Actually Lina kurang faham sikit pasal botox ni,ada sapa2 boleh terangkan pasal suntikan botox ni tak?  Mereka selalu dapat suntikan kat mana?:bgrin:  Ada kata mereka suntik kat pipi or kat bibir k ...


SEDIKIT INFO TENTANG BOTOX (For Our Knowledge) KHAS BUAT MARLINA...:ting:

Boleh Doktor terangkan proses botox dan kesannya.

Botox ini bersifat non-surgical. Dari konteks kecantikan, kajian 15 tahun lepas mendapati otot-otot yang berkedut disebabkan overactive muscle boleh dirawat seperti di dahi dan tepi mata, boleh tegangkan kulit di bahagian dagu, leher. Bagi orang yang berpeluh berlebihan botox boleh membantu mengawal peluhnya. Evolusinya untuk sampai ke tahap sekarang panjang. Di Malaysia, kita ketinggalan 10 atau 20 tahun dari negara Barat, Jepun dan Korea. Di Korea sudah ditubuhkan satu institut untuk mengkaji penggunaan botox dari segi kecantikan. Lima tahun lepas, ramai yang tahu boleh gunakan botox disebabkan capaian kepada produk, informasi, YV satelit dan internet misalnya.

Masalah di Malaysia, penggunaan botox banyak ditawarkan oleh salun kecantikan dan kita harus akui di Malaysia, banyak 'rule and regulation' tetapi implantasi tiada.

Sepatutnya, segala jenis bahan yang didaftarkan sebagai ubat-ubatan hanya boleh diberikan oleh doktor bertauliah dan mereka yang diberi kebenaran seperti jururawat tetapi atas arahan doktor.

Tapi botox di Malaysia, pengusaha salun kecantikan pun boleh suntik botox pada pelanggan. Mereka buat secara haram. Ini melanggar peraturan.

Tetapi kebelakangan ini saya lihat kerajaan sudah mula prihatin akan perkara ini. Tapi dalam pada itu, lebih ramai ahli kecantikan ini dari doktor yang menawarkan botox sebab, mereka tidak perlu ikuti kawalan dari segi harga dan juga dari segi kebersihan produk dan keselamatan.

Mereka boleh buat bisnes sesuka hati dengan harga yang lebih rendah. Mereka tidak perlu bayar insurans dan lesen. Orang ramai yang pergi ke salun kecantikan untuk cukur kening misalnya, bila ditawarkan buat botox, dia pun ambil, buat apa susah-susah pergi hospital.

Ada ahli kecantikan ini tidak bertauliah dan tidak dilatih, jadi bagaimana menangani hal ini?

Memang benar. Mereka sekadar tengok doktor buat dan belajar daripada kawan- kawan saja. Jangan fikir tidak ada kesan negatif. Kerana mereka tidak terlatih, kalau suntikan ada masalah, kalau pergi pada otot yang tidak sepatutnya mata boleh jatuh dan bibir senget. Boleh juga berlaku pendarahan dan jangkitan kuman, kerana itu ia mesti dilakukan dalam kaedah steril untuk mengelak HIV dan Hepatitis misalnya. Bagaimana kalau ahli kecantikan itu menggunakan jarum yang sama dan bahan- bahan yang dicemar? Kerana hendakkan harga murah, muka jadi senget sebelah.

Kalau ia berlaku nak ambil tindakan ke atas mereka pun susah kerana mereka tidak berdaftar.

Masalah orang kita mereka hendak cantik tetapi tidak mahu orang tahu dia menyuntik botox. Kita tidak bercakap secara terbuka tentang kecantikan. Kadang-kadang ambil botox tetapi kata ambil kolagen. Kita kena tahu, botox digunakan untuk kedutan dinamik bagi overactive muscle manakala kolagen untuk kedutan statik.

Bagaimana botox kosmetik ini bertindak ?

Ia disuntik terus ke otot yang berkaitan, misalnya di dahi. Botox bertindak menahan pemindahan dorongan saraf (nerve impulses) terhadap otot yang disuntik. Ia mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan garis-garis halus itu. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang mengakibatkan fungsinya terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Harga botox RM800-RM3,000 bergantung pada kawasan dan dos yang diperlukan. Kegunaan botox dari segi perubatan lebih banyak sebenarnya berbanding kecantikan. Dari segi perubatan, kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki, salah satu cara rawatan adalah dengan botox tetapi ia perlu diulang-ulang kerana ia tidak kekal. Paling lama botox bertahan enam bulan.

Siapa yang memerlukan botox kosmetik sebenarnya?

Kami hanya tawarkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan, misalnya mereka yang suka berkerut dahi. Dia tidak sedar dia berkerut dahi pun. Botox bukan hanya untuk perempuan tetapi juga lelaki.

Kalau dari sudut perubatan, botox digunakan untuk mereka yang bermata juling atau lazy eye. Ia juga satu rawatan pilihan untuk mereka yang mengalami kekejangan, kanak-ka nak spastik. Tapi kalau tidak ada masalah apa-apa, sekadar hendak mencantikkan wajah, itu terpulang pada individu.

Ada kesan sampingan?

Seperti yang saya kata tadi, ada kesannya. Mata jatuh, sakit kepala, sakit perut, rasa macam selesema dan boleh bawa maut jika dos berlebihan.

Satu ketika dulu, ramai yang memilih suntikan Vitamin C sebagai alternatif kecantikan, adakah ia juga punya kebaikan seperti botox?

Vitamin C tidak ada bukti keberkesanannya dan dos yang digunakan terlalu tinggi dan digunakan untuk rawatan penyakit kurang vitamin C. Antara kesan sampingan penggunaan vitamin C termasuk kerosakan buah pinggang. Daripada ambil suntikan vitamin C, lebih baik minum jus oren atau buah-buahan yang mengandung vitamin C dan buat senaman. Itu 50 ribu kali lebih baik dari ambil suntikan vitamin C.

Ramai orang berpendapat botox adalah keajaiban untuk kelihatan muda.

Siapa kata ia keajaiban? Kalau keajaiban ia datang dari langit itu mungkin keajaiban. Tapi botox adalah kajian saintifik, ia ditemui menerusi kajian demi kajian dan evolusinya sangat panjang untuk sampai ke tahap begini, ia bukan keajaiban. Manusia sudah tahu tentang kehebatan botox sejak 30 tahun lalu.

Berapa lama tempoh untuk satu-satu prosedur suntikan dan biasanya ia membabitkan bahagian tubuh yang mana?

Prosedurnya ringkas tanpa membabitkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 11:16 PM | Show all posts
[img][/img]

krisdayanti cam nita malaysianidol2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2006 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 29-6-2006 01:08 PM
ANITA SARAWAK
before treatment kot...cengkung cam mak lampir gak...hehe
http://www.si ...


pada aku anita sarawak dari zaman dia menghibur kat last vegas muka dia dah menggerunkan. mekap berinci2. dia nak bagi nampak mcm matsaleh sampai blonde kan rambut dia. tp hidung pesek tetap nampak melayu gak
:kerek:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 09:06 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by zamirra at 29-6-2006 01:56 PM



:tq: Thanks jelly_manis...
ni aku tambahkan wajah ROHANA JALIL BEFORE TREATMENT...apa komen korang sumer?

:lol muka before mcm makcik mana ja hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2006 09:43 AM | Show all posts


dia lupa nak pakai makeup tebal masa ni kot...muka cam baru bangun tido je...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 09:44 AM | Show all posts

Reply #203 Marlina's post

aku penah tgk proses dia kat tv. nampak pon mcm sakit bila jarum tu dicucuk ke muka. taktau la ada bius ke tak. sbb jarum tu ditusuk sampai ke dlm tuuuu baru ditekan jarum utk kuarkan ubat. aku tgk akt tv pon nampak mengerikan :
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 09:51 AM | Show all posts

Reply #203 Marlina's post

Setahu aku botox tu setakat mengurangkan kedut jer. Kalau dah muka berubah e.g dagu jadi panjang, pipi makin bulat, bentuk mata/bibir jadi  lain, tu bukan botox, tu dah kira plastic surgery atau suntikan collagen...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 09:57 AM | Show all posts
(SHARING KNOWLEDGES)


BEFORE                                                                                                   AFTER

Klik kat sini utk rujukan lebih lanjut...
http://www.locateadoc.com/galler ... lery/GalleryID/2098
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by pelicano at 1-7-2006 09:51 AM
Setahu aku botox tu setakat mengurangkan kedut jer. Kalau dah muka berubah e.g dagu jadi panjang, pipi makin bulat, bentuk mata/bibir jadi  lain, tu bukan botox, tu dah kira plastic surgery atau su ...


Prosedurnya ringkas tanpa membabitkan pembedahan dan mengambil masa 15 hingga 20 minit tapi ia mesti dibuat oleh doktor bertauliah. Biasanya di tepi mata, antara dua kening, dahi, kening dan ada juga memilih botox untuk membentuk dagu dan mengubah bentuk senyum.

Ramai juga yg ambil buat suntikan Vit C dan Collagen kat muka...tapi ia lebih kepada nak cerahkan wajah serta menghaluskan kulit muka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 11:16 AM | Show all posts
seksi camelia tp nasi lmk cikit sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by SeaMaster83 at 29-6-2006 01:06 PM



setahu aku,mana2 hospital pun takkan dedahkan ape yg patient diorg wat kat spital.:hmm:
ko ni mereka cipta cerita ke ape...


aah sokong seamaster
diorg xder hak nk dedahkan
lgpon tuh artis/ct
kang kantoi doc bukak citer
artis xnak gi lg
rugi la klinik dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 11:34 AM | Show all posts
tapi ada gak doktot doktot yang suka bergossip cam doktot kat opis kakak aku. doktot tu dgn bangganya cakap artis itu artis ini datang klinik dia buat injection. maybe for him tis a marketing strategy so that people would be more interested and convinced to come to his clinic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by pelicano at 1-7-2006 09:51 AM
Setahu aku botox tu setakat mengurangkan kedut jer. Kalau dah muka berubah e.g dagu jadi panjang, pipi makin bulat, bentuk mata/bibir jadi  lain, tu bukan botox, tu dah kira plastic surgery atau su ...


Mmm so far, dari ape yg aku perati (dari pics kt cni..) mostly yg amik botox ni, obvious sgt. Kesan dia obvious sgt, compare dgn mereka2 yg takat pakai teknik solekan. Yg paling obvious, DAGU. Nmpk ke depan skit. Ke ni side effect dia? Mmm.. :hmm:

Ape pn, mnakutkan (long term nye effect..). Mesti ada kn? :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by zamirra at 30-6-2006 08:43 PM


dia lupa nak pakai makeup tebal masa ni kot...muka cam baru bangun tido je...heheh


mcm orang gaji je ropanya kat sini hah...baju plak nampak cheap cheap je gaya kehkeh jahatnye mulut gwe.....

reminds me of this pic plak...


[ Last edited by  sharingan86 at 1-7-2006 01:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 02:20 PM | Show all posts
kris dayanti putih giloo...she needs to get some tan.....mcm mayat aku tgk putih2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by sharingan86 at 1-7-2006 02:15 PM


mcm orang gaji je ropanya kat sini hah...baju plak nampak cheap cheap je gaya kehkeh jahatnye mulut gwe.....

reminds me of this pic plak...

...



:lol:lol:lol

lawok :siok:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.201794 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list