CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Isteri arah Que Haidar berhenti berlakon?

[Copy link]
Post time 12-2-2010 04:38 PM | Show all posts
patotnye Suami arah Linda Jasmine berhenti menari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 04:46 PM | Show all posts
demi rumahtangga .. bagus lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 12:05 AM | Show all posts
Que Haidar Bersara Berlakon Bukan Kerana Gosip Linda Cemburu



Que Haidar bersama isterinya, Linda Jasmine dan anak-anak mereka.

HASRAT pelakon Que Haidar untuk berhenti berlakon bukanlah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.

Sebaliknya, Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri kerana mengutamakan ahli keluarga serta bisnes yang telah dirancangkan.

Katanya, keputusan itu juga tidak bermakna dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia lakonan.

"Isteri saya tidak cemburu. Itu semata-mata adalah gosip liar," katanya kepada MStar Online.

Menurut Que, dia tidak mungkin berhenti sepenuhnya daripada bidang lakonan kerana menganggap dirinya dilahirkan sebagai seorang pelakon.

"Mana mungkin saya lari daripada bidang lakonan. Dan saya bukannya mata duitan apabila berlakon. Saya berlakon kerana minat mendalam saya dalam bidang lakonan," katanya.

Sekiranya mendapat watak yang bagus serta tawaran berlakon yang menarik, Que berkata, dia pastinya akan menimbang sama ada akan membintanginya atau pun tidak.

Mengenai bisnesnya, pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009 ini menjelaskan ia masih dalam perancangan.

Katanya, dia tidak dapat mengulas lanjut kerana takut perancangan bisnesnya tidak menjadi.

Buat masa ini, Que menikmati saat-saat bahagia kehidupan rumah tangganya dengan Linda yang juga guru tari popular.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, sembilan bulan dan Qalif Khan, 10 tahun yang merupakan anda Linda hasil perkahwinan terdahulu.

"Pada 26 haribulan ini, Tengku Ratu akan genap berusia sembilan bulan. Anak kesayangan saya kini pandai merangkak dan tidak banyak kerenah," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 11:09 AM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Isteri larang suami berlakon

2010/07/29

SEGALA apa yang anda cita-citakan sudahpun berada dalam genggaman tetapi cuba dimusnahkan orang lain. Pastinya hakikat ini lebih menyakitkan apabila individu yang cuba merosakkan karier anda itu adalah isteri atau suami sendiri.

Begitulah SS ibaratkan nasib seorang artis lelaki ini. Sejak berkahwin, wajahnya memang jarang menghiasi kaca televisyen. Apakah sahamnya sudah merudum? Maklumlah perkara biasa apabila seseorang artis sudah berkahwin, populariti mereka selalunya akan terjejas. Justeru, ramailah yang membuat tanggapan kononnya artis lelaki ini sudah tidak aktif kerana tidak laku. Pun begitu, lain pula cerita yang SS dengar daripada beberapa orang dalam industri. Kata mereka, artis lelaki ini selalu saja menjadi buruan produser kerana dia memang berbakat besar tetapi setiap kali menghubunginya, si isteri yang akan menjawab panggilan.

Khabarnya, isteri kepada artis lelaki ini 'queen control' (QC). Lebih parah, isterinya juga cemburu buta sehingga tidak membenarkan artis lelaki itu keluar mencari rezeki. Si isteri nampaknya lebih rela melihat sang suami duduk di rumah menjaga anak mereka yang masih kecil.

Pulak, selalunya isteri gelisah kalau suami tidak bekerja. Iyalah, kalau suami tidak bekerja siapa yang akan menjana pendapatan untuk keluarga? Pernah dalam satu majlis, teman SS sendiri melihat mereka bertengkar menggunakan bahasa kesat kerana si isteri cemburu apabila suaminya bermesra dengan teman-teman seindustri.

Bukan itu saja, ada cerita lebih hangat SS dengar, pembabitan mereka dalam satu program realiti tidak lama dulu antara taktik halus yang diaturkan si isteri untuk memastikan suaminya selalu berada depan mata.

Tambah mengejutkan SS, pengumuman untuk bersara yang pernah dibuat artis lelaki itu juga disebabkan desakan si isteri, bukan datang dari hatinya yang utuh mencintai bidang seni. Ish! entah apalah yang dia hendak cemburu sangat. Hendak kata tidak cantik, dia meletup hingga membuat ramai mata lelaki berpaling padanya. Sepatutnya artis lelaki itu yang takut isterinya yang cantik itu keluar bekerja tetapi ini terbalik.

Gara-gara sikap isteri juga, SS dimaklumkan artis ini sudah lama tidak pulang ke kampung halamannya. Kasihanlah keluarga sebelah artis itu rindu bermain dengan anak mereka yang comel. Entahlah, memang dari dulu lagi SS dengar perkahwinan mereka tidak begitu direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:43 AM | Show all posts
ape lah nasib ko que...dapt bini queen control...hhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 11:46 AM | Show all posts
sbb tu la irg kate kalau nak cari pasangan,cari la yg sekufu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2010 11:55 AM | Show all posts
tak lama laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 12:10 PM | Show all posts
sian Que, dapat bini QC....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 02:26 PM | Show all posts
kene la tu nama dia Que..dpt bini Queen control...mmg konsep Q gituu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 01:01 PM | Show all posts
Nekad bersara
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/11/11


Que Haidar mahu tumpu kelas lakonan, perniagaan demi keluarga

APABILA pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009, Que Haidar, memaklumkan hasratnya untuk berhenti berlakon, ramai di kalangan peminat dan penggiat filem yang berasakan betapa ‘persaraannya’ itu satu kerugian besar pada dunia perfileman negara.
Que dilihat antara bintang muda yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia lakonan tempatan, kerana bakat hebat yang ada dalam dirinya. Daripada filem Rock hingga Lagenda Budak Setan, dia sentiasa memberikan persembahan terbaik apabila beraksi di layar lebar, mahupun drama TV. Daripada usahanya itu, pelakon lelaki berusia 31 tahun ini selayaknya digelar sebagai anak wayang sejati.
Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam dan pelakon Rosyam Nor pernah melahirkan rasa terkilan apabila pelakon berbakat besar dan pada usia semuda Que menyuarakan hasrat mengundurkan diri dari dunia lakonan.

Mereka berasakan, masih banyak peluang hebat yang mampu digapai pelakon lelaki ini sekiranya dia terus aktif sebagai bintang filem.

Namun, Que mempunyai perancangannya tersendiri untuk masa depan lebih baik, buat dirinya dan keluarga. Bukan menganggap lakonan tidak memberikan rezeki, tetapi dia melihat keutamaan diri sudah berubah sejak mendirikan rumah tangga dan kini mempunyai anak.

“Jika dulu, saya berlakon untuk kepuasan dan diri saya seorang, tetapi kini tidak lagi boleh berfikiran sedemikian. Saya sudah ada keluarga yang perlu diberikan perhatian. Saya harus bekerja lebih keras untuk memastikan keperluan mereka ditunaikan.
“Berlakon ada pasang surutnya. Sewaktu kita popular, mungkin tawaran berlakon tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana setelah kita kurang masyhur? Jadi, saya memerlukan pelan sokongan bagi menjamin masa depan lebih baik untuk diri dan keluarga,” katanya.

Mengaku sedang merangka perniagaan yang tiada kena- mengena dengan dunia seni, bagaimanapun Que enggan mendedahkan dulu bentuk bidang yang diceburinya. Perniagaan yang pada awalnya ingin dilakukan itu juga menarik minat si isteri, Linda Jasmine, untuk terbabit sama.

Ketika ini, Que turut menumpukan perhatian kepada pengurusan Studio Linda Jasmine, selain mengendalikan beberapa kelas lakonan yang diadakan di studio terbabit, serta beberapa lokasi lain.

“Jika dilihat kepada pelakon berjaya yang lain, mereka mempunyai sokongan. Contohnya Rosyam. Dia berlakon dan turut menerbitkan drama mahupun program televisyen. Farid (Farid Kamil) pula boleh mengarah dan menulis skrip, begitu juga Zul Huzaimi. Pierre Andre juga menulis skrip dan mengarah, selain bergelar pelakon. Saya pula hanya berlakon semata-mata.

“Saya pernah ditawarkan mengarahkan filem, tetapi saya tolak. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara yang ‘cuba’ mengarah dan akhirnya menjadi sampah. Saya ialah seorang pelakon,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Begitupun, katanya, ‘persaraannya’ daripada lakonan bukanlah bersifat mutlak. Dia tidak menolak kemungkinan kembali beraksi di depan kamera sekiranya tiba-tiba ditawarkan watak yang benar-benar menarik, serta datang kepadanya pada waktu yang sesuai.

“Jika masih ada produser yang sudi memanggil saya berlakon, dan tawarkan pula watak yang betul-betul menarik minat saya, sudah tentu saya akan melakukan pertimbangan sewajarnya. Saya tidak berkata yang saya akan berhenti berlakon untuk selama-lamanya.

“Saya tidak terkilan dengan keputusan yang dibuat, cuma suatu hari nanti mungkin saya akan rindu untuk berlakon semula.

“Semua orang tahu, sejak kecil saya berangan ingin menjadi seorang pelakon. Kini saya berjaya menunaikan impian itu. Cuma saya sedar, berlakon di Malaysia bukanlah seperti berlakon di Hollywood. Kita tidak dapat menjadi kaya dengan hanya berlakon, di sini,” katanya.

Kata Que, industri perfileman negara sedikit pun tidak akan terjejas dengan ketiadaannya kerana masih ramai pelakon berbakat, sama ada baru ataupun lama, yang mampu melaksanakan tugas mereka.


Profil

# Nama sebenar Que Haidar ialah Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar.

# Dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

# Menceburi bidang lakonan sekitar 2005. Filem pertama yang dibintanginya ialah KL Menjerit 1 arahan Bade Azmi. Que juga pelakon untuk filem Rock, Zombie Kampung Pisang, Castello, Maut, Syaitan, Haru Biru, Duhai Si Pari Pari dan Papadom.

# Sepanjang pembabitannya, Que pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem ke 19.

# Bekas pelajar Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) ini juga pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak dua kali iaitu pada 2008 dan 2009.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2010 01:02 PM | Show all posts
he he he

nak join bisnes gelang ngan AC ker? hiks~
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 01:31 PM | Show all posts
Que seorang pelakon yang sangat berbakat....
Sayang kalau bersara terlalu awal....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 02:20 PM | Show all posts
isteria ARAH que haidr berhenti berlakon?:re: ni dh terbalik plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 02:26 PM | Show all posts
ala sayangnya...aku minat Q ni blakon...menjadi giler
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 02:35 PM | Show all posts
u'ols dh ada ke gambar2 majlis hari jadi anak que ni?? i'ols ada tp tk reti nk tepek...ada sapa2 leh tlg....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 03:16 PM | Show all posts
nak berenti.. berenti je lah!! yang kecoh kat paper sampai berbulan2 pehal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2010 03:22 PM | Show all posts
kalau dia berlakon lg, mesti dia berlakon dalam estet kan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 03:51 PM | Show all posts
patotnye Suami arah Linda Jasmine berhenti menari
lovekakashi Post at 12-2-2010 16:38



dan berhenti seksi2, ni asik2 nak tayang buah2an dia  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 11:42 PM | Show all posts
sayangnyer...dhlah minat dengan lakonan que.ape2 watak pun blh bawa.sayang betullah.hish,linda ni pun,jgnla camni.jgn risau,que tetap setia kat linda yg cun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 11:47 PM | Show all posts
queen control.....................sikit masa lgi bercerai pulokkkkkkkkkkkk que haidar terlalu hensem utk kahwin dgn linda jasmin.....linda jasmin mmg garang dan bagai monyet sumbang....que...i kesal u tersilap pilih...tp I tunggu u....I iklas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.075050 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list