CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sokmogitu

pasca kematian Whitney...kisah diva-diva kita pulak

  [Copy link]
Post time 16-2-2012 04:03 PM | Show all posts
pencapaian die membanggakan woo .. esp lagu gerimis mengundang..
samshik Post at 16-2-2012 15:58


gerimis mengundang yg menaikkan nama Slam dulu..sebab tu almost every show zamani dia akan nyanyikan lagu gerimis mengundang,kalau byk2 lagu dia perform,ending shownya ialah lagu gerimis mengundang yg penuh nostalgia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 04:03 PM | Show all posts
pencapaian die membanggakan woo .. esp lagu gerimis mengundang..
samshik Post at 16-2-2012 15:58



     a ah. smpai ditukar lirik ke pelbagai bahasa lagi..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:04 PM | Show all posts
pencapaian die membanggakan woo .. esp lagu gerimis mengundang..
samshik Post at 16-2-2012 15:58


Yes. eh mek i tengah layan lagu ukays Bila diri disayangi kat suria fm. best.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:04 PM | Show all posts
Reply 199# fahima80

aah "kembali merindu" je..ntah la kenapa tak gabung2 jugak walaupun permintaan hangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:04 PM | Show all posts
mekasih mek!!!!! nnt i banjer tix jiwa taiko okeh..
tapibukanaku Post at 16-2-2012 15:51



    harusss!!~
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:06 PM | Show all posts
Ning baizura xde ke? anyway dia kira mampu la bertahan lagi sebab menang AJL melalui 3 Suara
tebuanharimau Post at 16-2-2012 15:48



   Artis jatuh gebeduk.....hilang lama jugakmuncul balik, imej baru lebih sopan.....bantuan vernon..
lama lama bercerai ler plk ngan vernon tue, pakaian pon makin seksi giteww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 04:06 PM | Show all posts
Reply 89# meritokrasi


   
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:07 PM | Show all posts
harusss!!~
samshik Post at 16-2-2012 16:04


alrite bebeh!!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 04:28 PM | Show all posts
Reply  fahima80

aah "kembali merindu" je..ntah la kenapa tak gabung2 jugak walaupun permintaan h ...
doubleA Post at 16-2-2012 16:04



    hehehe...lagu2 dendangan slam mmg "tiada aku jemu" utk mendengarnya. kalaulah "kembali terjalin" kumpulan ni, harus aku beli lagi album diorg..hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:15 PM | Show all posts
nurul..dulu sekarang sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:24 PM | Show all posts
cer kabor .. kowang nak saper .. meh mek gali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:26 PM | Show all posts
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975.




Sejarah awalNing Baizura telah dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika beliau berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.


Ning dan tunangSetelah berusia 32 tahun, Ning akhirnya telah menemui jodohnya iaitu Omar Shariff yang berbangsa Inggeris. Mereka mula bertemu di majlis perkahwinan rakan baik Ning di Bali, Indonesia. Hubungan mereka semakin akrab selepas mengikat tali pertunangan bersama. Mereka telah mengikati pertunangan pada 17 Julai 2007. Pernikahan dua pasangan ini telah berlansung pada 31 Januari 2008.[1]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:27 PM | Show all posts


Di sebalik populariti Ning yang begitu hebat suatu ketika dahulu, beliau juga sering menjadi mangsa kontroversi. Penampilan dan personaliti diri Ning juga sering dikritik oleh ramai pihak termasuklah tokoh-tokoh ahli politik. Pernah suatu ketika dahulu beliau memperkatakan bahawa jika beliau ingin melakukan persetubuhan atau seks, beliau akan melakukan hubungan tersebut bersama dengan lebih dari seorang. Namun begitu, beliau akhirnya menarik balik kata-kata itu dengan meminta maaf kepada khalayak umum.

Ning telah mendedahkan dalam majalah FHM (For Him Magazine) versi Malaysia isu Julai 2000 bahawa dia antara lain lebih menggemari seluar dalam G-string dan sukakan seks di waktu pagi. Selain itu, dia juga berangan-angan melakukan hubungan kelamin dengan lima orang lelaki sekaligus. Pada awalnya, temu ramah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris ini tidak disedari masyarakat umum. Namun, apabila satu akhbar berbahasa Melayu menyiarkan terjemahan temu ramah itu beberapa minggu kemudian, semua pihak mengecam Ning. Ning akhirnya disuruh hadir ke Kementerian Informasi Malaysia manakala pemeriksaan terhadap majalah FHM oleh pihak berkuasa adalah lebih ketat berbanding majalah-majalah lain. [2]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:28 PM | Show all posts


KebangkitanZaman kejatuhan Ning bermula ketika di pertengahan 1990-an. Namanya lesap begitu sahaja hingga menyebabkan beliau telah mengundurkan diri buat seketika. Selama beliau menyepikan diri, ramai pihak menyatakan bahawa kemananya Ning menhilangkan diri. Akhirnya, Ning berjaya bangkit semula dalam bidang seni apabila beliau muncul dengan album baru yang merupakan album inggeris kedua beliau iaitu Natural Woman yang ditebitkan sepenuhnya oleh syarikat rakaman di Jepun. Kini, Ning bukan sahaja berjaya menaikkan namanya semula dalam bidang seni, beliau juga berjaya mendidik dua penyanyi popular iaitu Nikki dan Yanie yang merupakan artis di bawah syarikat rakamannya. Baru-baru ini, Ning dan pengurusnya, Vernon kedit telah pun pergi ke London untuk rakaman album Ning di sana. Mereka telah berbincang tentang pemasaran Ning di sana. Setelah berbincang, akhirnya pihak syarikat rakaman di sana bersetuju untuk memasarkan album Ning di beberapa negara Eropah di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 16-2-2012 17:29

n ni antara award die


  • Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Voice Of Asia (VOA) di Kazakhstan.
  • Artis Malaysia pertama menandatangani kontrak dengan Stesen Televisyen Singapura.
  • Pernah menjadi duta untuk beberapa jenama terkenal dan model untuk sesuatu produk. Antaranya seperti Adidas, Guess, Christian Dior, The Charat Club, Formula One, Time, Sony dan banyak lagi.
  • Merupakan artis pertama merasmikan sebuah kelab hiburan terkenal iaitu Hard Rock Cafe di Beijing, China.
  • Telah merangkul empat anugerah di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2005.
  • Artis pertama mengadakan konsert jelajah di Eropah iaitu "Ning Europe Summer Tour 2005".
  • Pernah mengadakan persembahan secara eksklusif yang telah ditonton oleh kerabat diraja Eropah iaitu King Elbert.
  • Pernah merakamkan album di luar negara seperti Jepun(album mana?). Artis lain yang juga pernah merakamkan album di Jepun seperti Datuk Sharifah Aini(album mana sharifah Aini rakam dijepun?), Anita Sarawak(masa bila pulak Anita Sarawak buat rakaman di jepun) dan Sheila Majid.
  • Telah menubuhkan syarikat milik beliau sendiri iaitu Ning Baizura International Sdn Bhd, Ning Baizura Inc Sdn Bhd dan Ning & Associates.
  • Nama tercatat dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Menandatangani Kontrak Dengan Stesen Televisyen Singapura' (2001).
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:31 PM | Show all posts
mek suke jugak ida nerina


Ida Nerina Hussain atau lebih dikenali dengan Ida Nerina (lahir 13 Januari 1964) merupakan pelakon, penerbit dan pengarah filem Malaysia. Beliau yang lahir di Middlesex, England, merupakan anak kepada ahli politik Hajjah Marina Yusoff.

Beliau pernah bekerja dengan beberapa pengarah terbesar dalam industri filem tempatan, termasuk Yasmin Ahmad, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Datuk Yusof Haslam.


Ida Nerina telah berkahwin dengan Sha’arin Mohammed Razali, seorang pemain gitar kumpulan Black Rose. Akan tetapi pada 21 September 2009, beliau bercerai dengan Shahrin apabila semua kaedah untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.[1]

2009 Anugerah Skrin TV3 Pelakon Pembantu Terbaik - Susuk
2005 Festival Filem Malaysia Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Sepet
2003 Anugerah Skrin TV3 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Gerak Khas The Movie 2
2000 Festival Filem Malaysia Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Mimpi Moon
1998 Festival Filem Malaysia Pelakon Wanita Terbaik - Layar Lara
1992 Anugerah Skrin TV3 ,Pelakon Terbaik untuk drama Anak angkat
Pada 2008, Ida menyertai rancangan televisyen realiti bersama Tania Khan Amazing Race Asia Musim 3, di mana mereka tamat di tempat ketiga. Pada 2009, beliau cedera di tulang belakang. Namun kekal aktif dalam bidang hiburan dan seni. [2]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 05:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 16-2-2012 17:34

can i put julia rais here???







Julia Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais adalah seorang pelakon berbangsa Melayu berwajah pan-Asian yang terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.[1]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:35 PM | Show all posts
Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan pertama bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan. Beliau yang mempunyai wajah pan-Asian iaitu wajah kacukan Inggeris dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, Laily Ibrahim adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.[2][3]

Beliau mempunyai seorang kakak, Zalina Rais, abang tiri, Rafizal dan kakak tiri, Fazlyn. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan tali persaudaraan sebagai sepupu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan sepupu tiri kepada pelakon Juliana Ibrahim.[2]



Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari dunia Barat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Inggeris atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.

Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakon iklan di televisyen iaitu salah sebuah produk Unilever, Rejoice. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.[2]

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkeflie M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.[1]

Pada tahun 1991 sewaktu acara Festival Filem Malaysia ke-9 dianjurkan, beliau telah menggondol Anugerah Bintang Harapan melalui watak tambahan yang dipegang beliau dalam filem cereka cinta yang juga memenangi anugerah Filem Terbaik iaitu Hati Bukan Kristal.

Selepas muncul dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya dikhabarkan yang beliau telah disunting oleh seorang kerabat diraja Pahang dan kini beliau menetap bersama suaminya di England dengan beberapa orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. [4]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:39 PM | Show all posts
and kumpulan yang lagu die best2 jugak is EXIST





Kumpulan Exists merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 4 orang yang kesemuanya adalah lelaki. Mencipta nama dalam tahun 90-an dengan lagu Untukmu Ibu.

Exists 1991-1994:-

1.(Mamat) Mohd Ali bin Kamarudin. Penyanyi.
2.(Ajai) Mohd Faizal bin Maas. Keyboard.
3.(Shah) Shah Nizam bin Halim. Gitar utama.
4.(Along) Azrul Nasir. Gitar kedua.
5.(Musa) Musa bin Radhi. Bass.
6.(Ujang) Shahrudin bin Saniman. Dram.

Kemunculan awal Exists bermula pada awal 90-an sekitar tahun 1991-1992. Exists di kala itu dikenali sebagai EXIST yang dianggotai seramai 6 orang ahli. Exist jika dirujuk kamus bermaksud ada/wujud yang mana ingin menjadikan kumpulan muzik yang terus wujud sampai bila-bila.

Ahli-ahli exists pada ketika itu ialah mamat (vokalis,kini bergerak solo), shah (guitar,kini bersama slam), Along (guitar ke-2), musa (bass), Ajai (keyboard,kini penggubah terkenal) dan Ujang (drum).

Pada tahun 1991 mereka telah muncul dengan album pertama mereka yang berjudul EXIST di bawah label Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.

Kesemua ahli kumpulan Exist pada ketika itu berasal dari Johor Bahru dan purata umur mereka 14 hingga 18 tahun. Bakat mereka telah dikesan oleh Jojo's Production. Mereka mempunyai bakat dan kemahiran bermain muzik dan mencipta lagu kerana masing-masing mempunyai latar belakang asas muzik yang kukuh.

Pada album kedua Exist yang berjudul anugerah, Shah telah menarik diri dari kumpulan Exist atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah 5 orang ahli di dalam kumpulan Exist. Namun mereka tetap maju ke depan apabila album ini turut menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG MUSIC telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu itu telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO production tidak memberikan restu untuk Exist keluar dari JOJO production.

Namun akhirnya Exist berjaya menandatangani kontrak dengan BMG MUSIC. Tetapi perpindahan Exist dari JOJO production ke BMG MUSIC telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka Mamat apabila beliau tidak ingin turut serta bersama ahli kumpulan Exist yang lain. Maka dengan itu mereka telah mengiklankan untuk mencari vokalis mereka yang baru. Setelah menguji bakat mereka yang sedia untuk diuji, maka mereka telah tertarik kepada seorang remaja yang bernama Mohd Rohaizad Mohd Lazim ataupun dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertama dengan Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi.

Pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist tidak sia-sia apabila album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana gunung berapi apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak dari itu ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist di persada Muzik tanah air.

Semasa album Jangan Gentar, Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Ini disebabkan wartawan sering kali salah menulis Exist kepada Exists dan ini turut menandakan perubahan Exists ketahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpukan kerjayanya sebagai penggubah dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.

Kini Exists terus maju apabila album mereka ADA dan yang terbaru Seperti Dulu mencatatkan jualan yang membanggakan. Album ADA yang popular dengan lagu Jesnita dan Julia telah melonjakkan kembali nama Exists.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:41 PM | Show all posts
and lagu2 die top .. cuma both mamat n ezad ni tak berjodoh sangat ngan exist.. mamat la sayang .. problem die bermula apabila dituduh merogol budak bawah umur ..dadah n bercarai.. ezad lak banyak kes disiplin..

antara lagu2 best

Dapatkan lirik lagu exists dan banyak lagi di http://www.exists.com.my

1.Untukmu Ibu (Lagu/Lirik: Rahim Othman/Megat Ismail)
2.Jesnita (Lagu/Lirik: Harun Ahmad/Fauziah Hashim)
3.Emily (Lagu/Lirik: Andi Rahman/Roshi Lee)
4.Bukan Lelaki itu
5.Yang Indah Telah Tiada
6.Seperti Dulu (Lagu/Lirik: Musrad & Along Exists/Musrad)
7.Julia (Lagu/Lirik: Along Exists/Loloq)
8.Percayakan Siti (Lagu/Lirik: Along Exists/Loloq)
9.Cinta Bukan Materi
10.Mengintai Dari Tirai Kamar (Lagu/Lirik: Saari Amri)
11.Di Rantai Di Gelangi Rindu (Lagu/Lirik: Eddie Hamid/Rosman)
12.Jangan Gentar (Lagu/lirik: Along Exists/Kristo Bimbo)
13.Larilah Larilah
14.Madah di Pusara (Lagu/Lirik: M. Nasir/Kristo Bimbo)
15.Hanya Kerna Dia
16.Terlerai Janji (Lagu/Lirik: Musa)
17.Alasanmu (Lagu/Lirik: Rahim Othman/Lukhman S)
18.Kembali
19.Usah Tinggal Daku Kekasih
20.Masih Terserlah Ayumu (Lagu/Lirik: Saari Amri)
21.Waktu Kita Jauh
22.Untukmu Ibu
23.Janji Bidadari (Lagu/Lirik : Exists / LY)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064309 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list