CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

[Pelbagai] Tips menulis buku,novel,skrip etc

[Copy link]
 Author| Post time 25-10-2016 12:49 AM | Show all posts
MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL

Simposium Penulis Wanita Sarawak 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak
24 Ogos 2013


MENULIS DARI RUMAH :
SUATU KERJAYA PROFESIONAL *
[size=13.524px]Oleh : Nisah Haji Haron **

[size=13.524px]([size=13.524px]www.annyss.blogspot.com[size=13.524px])

[size=13.524px]APABILA saya mengambil keputusan untuk menjadi pengarang sepenuh masa muncul pelbagai reaksi. Apatah lagi, saya telah memilih untuk meninggalkan profesion guaman yang dianggap sesetengah masyarakat sebagai berprestij, menguntungkan dan mempunyai masa depan yang amat menjanjikan. Keputusan untuk menjadi pengarang merupakan suatu pilihan dan saya tidak melakukannya atas dasar terpaksa ataupun mempunyai tanggapan yang negatif terhadap kerjaya sebagai peguam.
[size=13.524px]
[size=13.524px]Saya berani untuk membuat keputusan ini kerana saya sungguh-sungguh percaya bahawa rezeki yang diperoleh ini bukan ditentukan oleh kerjaya yang dimiliki. Rezeki merupakan urusan Tuhan dan sebagai manusia kita boleh memilih dalam memvariasikan kerjaya. Ketika saya bergelar graduan undang-undang juga, saya percaya bahawa kerjaya harus dicipta dan bukannya sekadar menunggu dan mengharapkan kerjaya tertentu supaya nanti boleh memiliki rumah atau kenderaan besar serta dihormati masyarakat.

[size=13.524px]Semua itu boleh datang dalam apa-apa sahaja bentuk kerjaya yang menjadi pilihan. Asalkan tugas itu mendatangkan rezeki yang halal dan tidak menyalahi undang-undang. Oleh hal yang demikian, saya tinggalkan kerja guaman yang telah saya gulati selama lebih kurang lapan tahun kerana saya mencari kepuasan dalam kerjaya.

[size=13.524px]Menjadi pengarang sepenuh masa bukanlah sesuatu yang asing kerana saya telah menulis secara sambilan dan suka-suka sejak di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, saya dapati honorarium menjadi pengarang sambilan telah memberikan pulangan yang boleh dianggap besar sebagai pelajar sekolah. Bayangkan, honorarium menulis cerpen (pada tahun 1990) di dalam majalah Dewan Siswa ialah RM100. Wang tersebut boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan ataupun digunakan untuk membeli sesuatu yang bermanfaat.

[size=13.524px]Fahamilah, bahawa dalam dunia penerbitan, setiap suatu yang diterbitkan di majalah, akhbar ataupun diterbitkan di dalam bentuk buku, pengarangnya akan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu. Bayaran apabila karya diterbitkan di majalah ataupun akhbar dipanggil honorarium; sementara bayaran secara tahunan berdasarkan jumlah jualan buku dipanggil royalti.

[size=13.524px]Sejak daripada hasil penulisan saya yang pertama itu, saya terus menjadi pengarang sambilan dengan hanya menumpukan kepada penulisan cerpen. Saya fikir, jika saya turut menumpu di dalam bidang lain seperti esei dan puisi, pastinya saya dapat menambah wang saku lagi.

[size=13.524px]Untuk menjadi pengarang sepenuh masa, kita harus cuba menjadi pengarang versatil. Ertinya, pengarang yang boleh menulis hampir keseluruhan genre. Tidak mungkin cerpen kita akan dipilih pada setiap bulan ataupun 3 – 4 bulan sekali dalam majalah yang sama. Peluang harus diberikan kepada orang lain juga.
[size=13.524px]Oleh itu, pengarang ada pilihan, iaitu :
  • Menghantar karya kepada majalah atau akhbar lain yang boleh menerbitkan karya berikutnya
  • Menulis bidang yang lain seperti esei, rencana dan artikel, puisi, cerpen, skrip drama dan yang seumpamanya.
[size=13.524px]

[size=13.524px]Dengan cara ini, pengarang akan dapat terus berkarya secara tekal serta dapat menulis secara selang-seli antara pelbagai bidang penulisan yang ada.

[size=13.524px]Walau bagaimanapun, sebelum memulakan tugas sebagai pengarang sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa, kita harus menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. Aspek paling utama di dalam penulisan sama ada penulisan kreatif ataupun bukan kreatif ialah bahasa.

[size=13.524px]Bahasa merupakan alat kepada pengarang seperti mana warna, berus dan kanvas kepada pelukis. Tanpa penguasaan terhadap alat, sesiapa pun tidak mungkin menjadi ahli ataupun mahir di dalam bidangnya.
[size=13.524px]Seorang pengarang merupakan pembaca. Minat membaca haruslah tumbuh subur di dalam diri pengarang dan suka membaca seluas mungkin. Pengarang yang tidak suka membaca samalah seperti penebang pokok yang mempunyai kapak yang tumpul. Orang seperti itu tidak mungkin akan pergi lebih jauh di dalam bidang yang diceburinya.

[size=13.524px]Pengarang dan ulama tersohor Indonesia, HAMKA ataupun nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah ada menggariskan beberapa petua bagi menghasilkan karya yang baik:
  • Jelas dengan tujuan menulis menetapkan pendirian bagi mencapainya
  • Apabila sudah berniat untuk menulis, tulis segera dan usah bertangguh.
  • Membaca buku-buku orang lain supaya dapat memberi kekuatan untuk penulis
  • Sentiasa memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya.
  • Usah tunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna untuk mula menulis. Kesempurnaan akan datang secara berperingkat-peringkat.
  • Penulis mesti melangkaui zaman
  • Semangat yang turun dan naik di dalam penulisan bersifat sementara. Bergantung haraplah kepada Tuhan sebagai punca rezeki dan sumber ilham yang paling utama.
[size=13.524px]

[size=13.524px]Pengarang sepenuh masa dapat bekerja di mana-mana tempat yang dianggap sesuai. Kebanyakan pengarang menggunakan konsep small office home[size=13.524px] office (SOHO) iaitu menggunakan rumah sebagai ruang bekerja.

[size=13.524px]Ada pengarang yang memerlukan bilik khusus, lengkap dengan perpustakaan mini dan capaian internet. Ada juga yang boleh bekerja hanya dengan sebuah komputer atau komputer riba (laptop) di ruang makan, ruang tamu ataupun di mana-mana sudut di dalam rumah. Kelebihan memiliki komputer riba pula, membolehkan pengarang memindahkan tempat menulis pada bila-bila masa yang perlu.

[size=13.524px]Secara peribadi, saya lebih selesa menulis di rumah. Namun, apabila ada keperluan untuk berpergian ke tempat lain, saya boleh membawa laptop dan menulis di hotel tempat saya menginap. Kini kebanyakan hotel sudah memiliki wireless dan memungkin saya untuk terus berhubung melalui internet. Menulis di perpustakaan awam juga amat kondusif sifatnya dengan pendingin hawa dan bahan rujukan di sekeliling.

[size=13.524px]Bayangkan, tanpa terikat dengan apa-apa ruang fizikal, aktiviti mengarang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Kajian turut menunjukkan bahawa SOHO merupakan satu gaya hidup bagi menambahkan pendapatan dan tidak terikat di dalam sistem pejabat yang konvensional. Konsep dan keperluan SOHO berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.

[size=13.524px]Pengarang yang bekerja dengan konsep SOHO juga tidak terikat dengan masa tertentu untuk menulis kerana waktu kerjanya begitu anjal. Pengarang boleh memilih untuk menulis pada waktu seperti sebelum subuh, waktu pagi, waktu petang ataupun dinihari mengikut kesesuaian pengarang.

[size=13.524px]Namun, memiliki masa yang fleksibel atau anjal boleh disalahgunakan oleh pengarang. Oleh yang demikian, pengarang harus mempunyai disiplin diri supaya dapat mengurus waktu dengan baik. Masyarakat juga adakalanya melihat bahawa sesiapa sahaja yang tidak berkerja di dalam pejabat yang konvensional ialah orang yang banyak masa. Pengarang harus bijak berdalih supaya memilih undangan ataupun pelawaan untuk keluar yang boleh mengambil waktu sebenar mengarang.

[size=13.524px]Hakikatnya, pengarang sendiri mestilah menghormati waktu kerjanya sendiri sebelum mengharapkan (atau menyalahkan) orang di sekelilingnya menghormati dan memahami jadual kerjanya. Terdapat beberapa kaedah untuk mendisiplinkan masa menulis, antaranya :
  • tutup laman sosial (Facebook, Twitter, WhatsApp, dll)
  • semak e-mel pada waktu lain (boleh disiplinkan supaya menyemak e-mel hanya setelah tugas selesai)
  • telefon bimbit diletakkan pada mod senyap. Telefon yang berbunyi menyebabkan kita cenderung untuk menjawab panggilan.
  • pesan pada sahabat-sahabat atau sebarkan hakikat bahawa jika telefon tidak berjawab, tinggalkan SMS (bukannya pesanan suara). Hanya mesej yang benar-benar penting akan dijawab pada waktu itu. Selagi boleh dibalas kemudian, tangguhkan. Tumpu kepada penulisan.
  • Sekiranya perlu menjawab telefon, jawab sambil berdiri. Menjawab sambil duduk akan menyebabkan kita berasa selesa dan akan terus berlama di talian. Mohon kepada pemanggil supaya hadkan waktu perbualan kerana anda ada tarikh akhir (deadline) yang tidak boleh ditangguhkan.
  • Berasa tegas dan cemburu dengan masa sendiri, biarpun orang lain akan mencemuh dengan mengatakan kita sombong, ‘macam bagus’ dan sebagainya. Hakikatnya, setiap jenis seni di dunia ini (menulis juga satu bentuk seni) akan terhasil dengan lebih baik sekiranya ditangani pada setiap hari. Bayangkan: jika kita sedang bekerja di dalam pejabat yang konvensional, pasti tidak ada yang akan marah, malah berasa malu dan akan memohon maaf, jika seseorang itu menelefon pada waktu bekerja.
[size=13.524px]

[size=13.524px]Baca lagi :

[size=13.524px]http://annyss.blogspot.my/2013/08/menulis-dari-rumah-suatu-kerjaya.html




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2016 12:53 AM | Show all posts
Gigit jari bila novel jadi filem dan drama
TERANIAYA atau buta undang-undang? Itu adalah persoalan utama yang perlu diselidiki dalam isu royalti penulis karya asal yang hanya menggigit jari apabila menonton karya adaptasi mereka di televisyen atau layar perak.
Apakah ia berpunca faktor kurang ilmu dalam perundangan sehingga mudah terjebak dengan perjanjian penerbitan berat sebelah atau sememangnya wujud penerbit buku 'lintah darat' yang mengaut keuntungan paling maksimum?
Kebiasaannya, perbalahan mengenai isu royalti hanya akan timbul apabila filem atau drama yang ditayangkan mendapat sambutan luar biasa penonton hingga pecah panggung sehingga penerbit filem mengaut keuntungan jutaan ringgit.
Justeru, apakah 'maruah' sesebuah karya itu hanya dipertahankan apabila membabitkan soal wang ringgit, yang sekali gus menunjukkan mentaliti pengarang masih terkurung dalam mengetahui cara terbaik untuk melindungi hak mereka?
Bagi pengarang yang juga penulis skrip drama televisyen, Mohd Fairuz Mohd Padoli atau lebih dikenali sebagai MF Kencana, royalti yang diberikan kepada pengarang asal agak kurang setimpal, walaupun mereka tidak terbabit sebagai penulis skrip dalam proses adaptasi berkenaan.

[size=0.8em]PENULIS skrip, Mohd Fairuz Mohd Padoli atau dikenali sebagai MF Kencana. - Foto Aziah Azmee


Naikkan royalti, penghargaan setimpal
"Walaupun hanya 10 peratus daripada kandungan novel asal diambil untuk adaptasi sesebuah drama atau filem, idea asal pengarang perlu diberikan penghargaan yang setimpal dengan menaikkan bayaran royalti.
"Umpamanya karya Sekar Ayu Asmara bertajuk Pintu Terlarang diangkat ke layar perak di Indonesia yang hanya lima peratus daripada kandungannya diambil untuk dijadikan plot cerita.
"Justeru, saya berharap bayaran royalti kepada penulis dinaikkan sekurang-kurangnya 20 peratus kerana ia agak memadai dengan keringat yang dikeluarkan untuk menulis terutama novel yang isinya tebal," katanya kepada Sastera BH dalam satu pertemuan di Gombak, baru-baru ini.
Tambah MF Kencana yang juga mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006, penulis juga sepatutnya mengembangkan bakat kepengarangan kepada cabang yang lain terutama penulisan skrip adaptasi novel ke drama dan filem.
"Di negara ini, amat jarang penulis novel yang boleh bertindak sebagai penulis skrip bagi karya mereka sendiri apabila diangkat untuk adaptasi.
Penulis skrip lebih lumayan
"Ia amat merugikan kerana mereka bukan saja dapat menentukan jalan cerita tidak tersasar, bahkan pendapatan penulis skrip juga lebih lumayan daripada royalti penulis asal apabila karyanya diangkat ke layar perak atau drama.
"Sebagai contoh, novelis seperti Sharifah Abu Salem dan Ahadiat Akashah antara pengarang yang menulis sendiri skrip daripada karya asal mereka, sekali gus mendapat kepuasan daripada pengekalan cerita asal dan habuan diterima lebih besar daripada sekadar mengharapkan royalti daripada penerbit yang tidak seberapa," katanya.

[size=0.8em]PENULIS novel dan cerpen, Nisah Haron. - Foto Hazreen Mohamad


Sementara itu, penulis yang juga bekas peguam, Nisah Haron, menyifatkan tahap sedar pengarang dalam melindungi hak mereka sendiri yang masih rendah, sekali gus meminta hal itu diberikan perhatian sewajarnya.
"Asas penerbitan yang perlu diketahui oleh penulis ialah hak sehingga permasalahan utama timbul kerana mereka tidak tahu melindunginya dengan betul.
"Ada yang melihat pemindahan ke filem atau drama saja tetapi ia sebenarnya merangkumi konteks yang lebih luas, iaitu terjemahan ke bahasa lain dan hak untuk pementasan teater serta animasi sehinggalah kepada kebenaran kandungan karya dicetak dalam bentuk lain atau dijadikan barangan cenderamata.
"Disebabkan kurang pengetahuan dalam undang-undang, ada penulis yang hanya menandatangani perjanjian penerbitan tanpa memahami kandungannya terutama bahagian penting seperti hak bagi penterjemahan," katanya yang ditemui Sastera BH di kediamannya di Seremban.
Kos peguam tinggi
Tambahnya, untuk mengupah peguam bagi tujuan khidmat nasihat sememangnya agak sukar dilakukan oleh penulis kerana ia membabitkan kos yang tinggi, tetapi mereka perlu mengambil inisiatif sendiri dengan merujuk penerbit buku dan membuat rundingan secara 'menang-menang' sebelum menandatangani sebarang kontrak perjanjian.
"Ada penulis yang menyalahkan syarikat penerbitan buku apabila jumlah royalti diterima tidak memihak kepada mereka sedangkan hal sedemikian tidak akan berlaku jika mereka mengambil inisiatif sendiri sebelum kontrak ditandatangani.
"Saya sarankan persatuan penulis melantik penasihat undang-undang bagi membela nasib penulis, selain memanfaatkan bahagian hak cipta yang biasanya dimiliki oleh syarikat penerbitan buku besar untuk mendapatkan khidmat rundingan.
"Penulis tidak akan mampu bergerak secara perseorangan, justeru amat diharapkan penerbit buku dapat memainkan peranan dengan memberikan bantuan sewajarnya dalam isu berkaitan penyelewengan karya," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/131743


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 12:55 AM | Show all posts
BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA


PENGENALAN
Sebelum anda menulis sebuah skrip drama, anda tentulah terlebih dahulu perlu mengetahui apakah  itu drama. Anda tentu  pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Apakah yang dimaksudkan dengan  drama dan apakah yang membezakannya daripada teater. Apakah menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DRAMA?
Drama berasal daripada  perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu  aksi yang meniru  atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti  kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah  sebahagian daripada cabang sastera. Selain  elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.
Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan  pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.
SKRIP DRAMA
Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala  dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu,  dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
STAIL DAN PERWATAKAN
Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada  drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.
CIRI-CIRI DRAMA
Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan.
  • Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.
  • Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan.
  • Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.
  • Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.
  • Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh  watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.
  • Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.
  • Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

STRUKTUR DRAMA
Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga  drama moden dan lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.
Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini  demikian  kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”.
Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita.
Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah:
FokusLogik
Perwatakan.
Fokus
Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara  mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan. Yang utama adalah dengan  mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.
Logik
Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu? Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya, perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.
Watak dan Perwatakan
Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah  elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita.  Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama,  iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.
ELEMEN DRAMA
Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:
Tema/Pemikiran
Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh  penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah,  selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.
Plot
Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu.
Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah  tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens  dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar.
Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?”
Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain?
Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.
Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu,  sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut.
Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan  hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu,  seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.
Latar
Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama  penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain.
Babak
Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.
Adegan
Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.
Bahasa
Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu,  bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu,  pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.
Ekonomi, emosi dan keseimbangan
Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor ekenomi. Hai ini demikian  kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang  elemen masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu,  faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu, drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian  kerana sesebuah drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.
Jenis-jenis drama
Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:
  • Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.
  • Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius,  tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.
  • Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.

Format Skrip Drama Pentas
Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang  berikut:
  • Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.
  • Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.
  • Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.
  • Pecahan babak juga perlu.
  • Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu,  ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.
  • Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa skrip yang pernah anda baca.
    Di sini saya sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama “Patah Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.


12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM
Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.
WAHAB (Menyanyi)

     Kiri jalan, kanan pun jalan
     Nona manis endung disayang
     Lateralala lala lala….
     Di tengah-tengah pohon mengkudu
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu.

Ketika ini Inah ikut sama menyanyi
     INAH & WAHAB
     Kirim jangan
     Pesan pun jangan
     Sama-sama
     Menanggung rindu…

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.

INAH:  Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?
WAHAB:  Banyak perkara.
INAH :  Apa yang boleh kutolong?
WAHAB:  Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto
INAH:  Tolong Hashimoto?

Penutup
Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat , banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan suatu penulisan skrip.

http://laman.dbp.gov.my/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 01:03 AM | Show all posts
Insya-Allah bersambung ................
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 07:35 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 24-10-2016 11:55 PM
BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA

menarik ni...tapi kenapa tulisan kecik sangat encik TT?
boleh besarkan sikit...tersepet2 mata saya baca tulisan ni..
saya ni dah la mata empat
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 03:14 PM | Show all posts
kat mana ada bengkel/short course utk penulisan skrip / novel ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2016 07:46 PM | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 03:14 PM
kat mana ada bengkel/short course utk penulisan skrip / novel ye?

Finas : http://www.finas.gov.my/ms/

DBP : http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/

SWAM : https://swammalaysia.wordpress.com/

ASWARA : http://www.aswara.edu.my/

http://www.penulisanskrip.com/

www.zamrimohamad.com


lain-lain boleh Google ....


TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 07:49 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-10-2016 07:35 AM
menarik ni...tapi kenapa tulisan kecik sangat encik TT?
boleh besarkan sikit...tersepet2 mata say ...

boleh copy n paste dlm MIC WORD dan klik bigger



aku pun sama mata empat sekarang ...................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hai hai
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hai hai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2017 06:26 PM | Show all posts
2017 .NANTI FREE AKU SAMBUNG ....SABAU YEA SEMUA !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2017 06:26 PM | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 03:14 PM
kat mana ada bengkel/short course utk penulisan skrip / novel ye?

Cuba whatsapp Zed Zaidi Presiden SENIMAN .........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 09:45 AM | Show all posts
Good morning ALL.

Blog ,Diari dan FB

Blog dan FB boleh dijadikan wahana menulis.Begitu juga diari.

Tulis diari,buat Blog dan FB dan jadikan ia tulisan setiap hari,kumpulkan dan jadikan MANUSKRIP .

Aku sendiri mempunyai lebih 200 blog dan dari penulisan blog ia boleh dijadikan sebuah manuskrip dan akhirnya BUKU .

Paling mudah ialah Youtube.

Kumpulkan pelbagai video Youtube dalam blog ,tonton dan buat ringkasan penulisan.

Youtube mempunyai jutaan video yang bagus utk dijadikan rujukan.Syahirah main drum dan menjadi drummer terkenal wlupn masih sekolah rendah melalui Youtube.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 09:50 AM | Show all posts
KEGAWATAN EKONOMI ,APAKAH JENIS BUKU LARIS ?

Kegawatan ekonomi sesebuah negara sebabkan penduduk mencari sumber wang sama ada pekerjaan atau perniagaan.Wlupun ekonomi sesebuah negara gawat,buku yang baik dan  amat dikehendaki pembaca boleh menjadi laris.

Begitulah pakaian bundle.Ketika ekonomi merudum,ia menjadi laris lantaran harga murah dan kurang kemampuan.

Tak semestinya pabila ekonomi jatuh,industri buku juga jatuh .

Buku yang boleh ditulis ialah :

1.Jenis pekerjaan yg memberi gaji.

2.Jenis bisnes kecil modal kecil.

3.Tips bekerja luar negara.

4.Tips jimat wang.

5.Bisnes online.

6.Kesihatan baik tanpa belanja banyak wang.

dan sebagainya .




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 09:59 AM | Show all posts
MENTALITI NEGATIF :

"Aku sekolah rendah je ."

"Aku tiada Ijazah ,master,PHD"

"Ibu bapa aku bukan penulis"

"Menulis susah......"

"Kalau kena tipu?"

dan mcm2 lg ayat2 manusia negatif .

Sejak aku hidup,ribuan manusia yg aku kenal dan tidak kenal memangil aku BODOH,BANGANG dll perkataan negatif terutama sekali dalam Forum Cari ,namun sebodoh aku pun dah tulis 10 buah buku .

Mereka yang hanya tahu mengherdik dan mencaci tidak memberikan apa2 kesan pun .Malah mereka tidak mampu menulis wlupun SEBUAH BUKU .

Kita perlu ubah mentaliti negatif .

Menjadi penulis bukan berdasarkan pendidikan ,rupa,usia,keturunan,bangsa,agama dan apa sahaja.Apa yg penting ialah MINAT .

Aku beri ilmu free di sini sbb aku akan mati dan tulisan aku akan hidup sehinggalah kiamat jika Forum Cari masih bayau duit server .

Aku izinkan kopipes ,masuk dlm blog,FB,whatsapp dll namun jangan lupa kredit kpd PENULIS ASAL .Itulah adab .

Jangan jadi manusia sampah byk plagiat tulisan aku di blog,FB dll tp tak bg kredit penulis asal .

2017 amat sibuk.Dua anak aku ,seorang PT3 dan UPSR.

Aku juga perlu mengajar percuma 50 murid Tahun 6 seminggu sekali (result mereka D,E ) Bahasa Inggeris .

Aku mahu bantu mrk percuma sbb mrk dr golongan miskin dan berpendapatan rendah.

50 proposal bisnes ,setiap satu 500 muka surat perlu disiapkan.

Menjelajah dlm n luar negara urusan bisnes dll .

Sbg ayah,suami.terlampau byk kerja nmn aku gagahkan diri juga tulis thread ni bila free.

Insya-Allah umur pnjg,sihat,aku sambung lg ..........


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 04:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2017 05:04 AM | Show all posts
Mengapa drama Melayu MEMBOSANKAN ?




Jika membandingkan drama Korea ,amat jauh sekali .



Antara punca drama Melayu membosankan ialah SKRIP YANG LONGGAR,LEMAH,SKEPTIKAL,PLOT LEMAH DLL .

Akibat kurangnya penulis skrip ,maka jalan cerita hampir sama,hanya pelakon dan nama watak sahaja berbeza.

Lihat sahaja drama WINTER SONATA yg diterbitkan tahun 2002 sehingga kini masih ditonton jutaan manusia dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia .

Korea mampu hasilkan drama dan filem bermutu kerana mempunyai pelbagai lapisan penulis dalam pelbagai gnere.

Industri penulisan skrip di Malaysia seakan dimonopoli geng2 tertentu dan tidak dikembangbiakkan.Malah kdgkala bayaran yuran menulis skrip  melampau sebabkan ramai tak berminat menulis skrip drama dan filem.

Belum lagi masalah plagiat .

Sepatutnya pihak penerbit drama,stesyen TV menggalakkan penulisan skrip drama dan filem ,iklan,dokumentari secara besar-besaran agar lebih banyak bahan dapat dihasilkan .


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 05:12 AM | Show all posts
Seorang penulis skrip pernah menulis dalam blognya .

Dia menghantar skrip drama ke sebuah stesyen TV dan ditolak.

Beberapa bulan kemudian dia menonton TV dan terperanjat melihat drama yg sebiji spt skrip yang ditulisnya .

Hanya nama watak sahaja diubah.

Masalah plagiat berlaku apabila penulis TIDAK TERKENAL ,sikap penerbit drama  dan stesyen TV yg mementingkan diri dan tamak .

Di Amerika bayaran sebuah skrip drama  ialah USD100,000 hingga 500,000 ,manakala skrip filem boleh mencecah USD5 juta .

Seorang penulis drama Tv Amerika pada tahun 1947 dibayar USD100,000 (nilainya USD1.1 juta pada 2016 ) .Pada tahun 40 an lagi ,penerbit TV telah membayau harga mahal kepada penulis .

Industri penulisan skrip di Malaysia takkan berubah jika pihak tertentu tidak peka dan terus pekak .

Amerika sebuah negara maju dan kaya amat mengambil berat penulisan skrip hatta iklan sekalipun .

Kita perlu malu dgn mereka .Apalah guna melaungkan Islam Hadhari nmn Islamnya entah ke mana ................






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 05:20 AM | Show all posts
Masalah drama sampah dibincangkan meluas dalam FB,Whatsapp ,Instagram ,blog dll namun tiada penambahbaikan.

Ketika drama dan filem Korea telah menjelajah dunia,kita masih dengan isu Datok Datin ,cinta 3 segi dll .

Mmg menyedihkan menonton drama Melayu yg majoriti TIDAK BERKUALITI dan membosankan.

Kini setiap Selasa dan Rabu jam 8.15 malam,aku dan famili terpaku di depan TV menonton drama terbaru Korea.





Drama yang penuh saspen dan menarik.Sb aku semakin tua dlm usia 40an,anak2 banyak mengingatkan aku episod sebelumnya.Maklumlah seminggu dua hari sahaja,sampai minggu depan episod baru,aku pun dah lupa ....

Drama Melayu bukan sahaja tidak menarik dr segi cerita dan plot,malah menonton episod pertama,penonton sudah menjangka apa yg akan berlaku pada episod akhir .

Penonton zaman IT amat bijak menilai dan tahu memilih apa yg perlu ditonton.

Astro sahaja ada ratusan channel,begitu juga TV dunia yg boleh ditonton dlm internet 24 jam .

Penulisan skrip perlu dikembangkan dengan menarik puluhan ribu penulis baru,bukan hanya sekitar geng-geng sampah sahaja .


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 05:27 AM | Show all posts
Aku menonton drama sejak kanak-kanak.Paling aku ingat drama Oshin dr Jepun .Pulang sekoalah agama petang ,aku terus di depan TV.

Drama ini mendapat liputan pelusuk dunia kerna byk mesej dan pengajaran yg disampaikan .

Lihat sahaja drama seperti Lost ,ia meledak seluruh dunia .

Drama yg baik datangnya dr skrip yg baik,begitulah sebaliknya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.065343 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list