CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: worldonfire

[Tempatan] Video Ngeseks Disyaki Pemimpin PAS Mustafa Ali Tersebar! (update: Video page18)

 Close [Copy link]
Post time 14-4-2013 12:57 PM | Show all posts
PRU-13: Nik Aziz tidak larat berceramah, tidak sentuh hal Mustafa

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY dan AZIZI MAJID

KULAIJAYA 14 April - Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

Nik Aziz tiba di negeri ini hari ini bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program yang sama mendakwa PRU-13 adalah yang terkotor dan mengaitkan pendedahan rakaman video seks terbaru yang didakwa melibatkan Mustafa sebagai taktik kotor UMNO.

Bagaimanapun, seperti mana kelaziman sikap pemimpin pembangkang, veteran DAP itu juga gagal menyertakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... stafa#ixzz2QPWEiIMW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 12:58 PM | Show all posts
heran aku dgn puak2 ni...kalau dorang yg aibkan org lain takpe plak...lagi bagus kalau dpt aibkan najib n rosmah...kalau keluar video najib dgn tuya mesti bertempik sorak agaknya...tapi bila dah kena batang hidung sendiri mulalah nak dalih sana sini..keluar hadith n ayat quran bagai..abistu korang dok fitnah najib selama ni mcm la tak berdosa..at least najib pnah bersumpah dgn nama Allah tak kenal tuya...betuk ke tak, itu urusan dia dgn Allah...ishhhh hipokrit btol..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 12:58 PM | Show all posts
mr_oscar posted on 14-4-2013 11:40 AM
Booooooooooooooooooo

itu sahaja yang boleh ko jawab kah?

teman lagi suka cara jawapan mereka, nampak sikit berpelajarannya @sayawifenikmie @zamzam @geolimarkisa
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 12:59 PM | Show all posts
cmf_inquisitor posted on 14-4-2013 12:50 AM
Hadi dah solat hajat belum?

Ada dapat apa2 petunjuk x?

mintak tolong Allah tunjukkan cara nak kaber Tuan Haji Stopa.

Mana tau betul2 ada bidio seks nik ajis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:00 PM | Show all posts
ANALISIS PRU-13: Pas perlu bertindak mencari kebenaran

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SELAMA ini Pas dikatakan terpaksa menanggung pelbagai tekanan akibat tingkah laku rakan-rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tetapi sejak beberapa hari ini, Pas berhadapan dengan cabaran cukup besar apabila tersebarnya video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanannya.

Seperti biasa, semua itu dianggap fitnah, tohmahan dan konspirasi, manakala UMNO pula dipersalahkan.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas seharusnya bertindak adil dan bersedia menjalankan siasatan.

Pas hakikatnya sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.

Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.

Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.

Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.

Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.

Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.

Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.

Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.

Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... naran#ixzz2QPX8JD3k
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:00 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-4-2013 12:57 PM
PRU-13: Nik Aziz tidak larat berceramah, tidak sentuh hal Mustafa

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY dan A ...

Lama2 mereput atas kerusi politaiknya tu. PIS ketandusan pemimpin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2013 01:01 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-4-2013 01:00 PM
ANALISIS PRU-13: Pas perlu bertindak mencari kebenaran

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

PIS tak perlu kebenaran. Apa2 pun boleh, ABU. Jahiliyah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:01 PM | Show all posts
Mustafa wajar 'direhatkan'

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 April - Pemimpin dan ahli-ahli Pas di peringkat umbi dijangka membuat desakan secara berterusan kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat pendirian tegas berhubung kedudukan Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dengan rakaman video seks mirip wajah Setiausaha Agung Pas itu.

Malahan mereka juga menegaskan, buat sementara waktu ketika Pas sedang membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah lebih baik, Mustafa digantung atau 'direhatkan' daripada menjalankan tugas-tugas parti.

Golongan itu membuat desakan tersebut kerana berpendapat, majlis syura perlu menyelamatkan imej dan maruah Pas yang kini mula dipersendakan dengan menjalankan siasatan rapi kes berkenaan.

"Langkah itu bukan sahaja boleh meredakan keadaan tetapi juga mampu memberi ketenangan kepada Mustafa untuk memikirkan langkah seterusnya. Ia juga bagi membolehkan Majlis Syura Ulama Pas menjalankan siasatan rapi tanpa menghadapi tekanan dan asakan daripada mana-mana pihak," kata satu sumber dalaman parti itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan bagaimana tercetusnya desas-desus bahawa kepemimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar Mustafa meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, peranan majlis syura ketika ini amat penting kerana penyokong-penyokong Pas di peringkat akar umbi semakin tertekan apabila parti itu yang memperjuangkan Islam dikatakan tidak ada bezanya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Hanya siasatan yang rapi sahaja boleh menentukan sama ada individu dalam video itu Mustafa atau tidak dan ahli Pas berpandangan, siasatan itu juga penting bagi membersihkan nama Mustafa yang dikaitkan dengan kejadian itu," kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata, dalam menunjukkan sikap tegas Pas yang tidak akan berkompromi dengan sebarang perkara berkaitan moral majlis syura tidak boleh mendiamkan diri dan turut mengambil jalan pintas dengan menganggap semua itu fitnah.

"Menggantung sementara Mustafa adalah jalan terbaik, tetapi ia bukan bermaksud beliau bersalah tetapi bagi membolehkan siasatan secara telus dijalankan. Dan kita juga percaya sebagai seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi dan sentiasa tegas mempertahankan kredibiliti Pas dalam pelbagai isu, Mustafa tidak akan membantah jika tindakan itu terpaksa dilakukan," kata sumber itu lagi.

Ditanya apakah reaksi ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi berhubung kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas, sumber itu berkata, mereka benar-benar kecewa dengan reaksi Presiden Pas tersebut.

"Mereka berharap Pas janganlah bersikap seperti pemimpin-pemimpin PKR yang dijangkiti sindrom penafian dan seolah-olah mengambil mudah perkara berkaitan moral, sepatutnya siasatan dijalankan bagi menentukan kebenarannya.

"Isu ini bukan soal kecil tetapi ia melibatkan soal maruah pemimpin dan Pas, oleh itu kalaulah Majlis Syura dan kepimpinan Pas memandang remeh kontroversi ini, kita percaya ahli-ahli di peringkat umbi akan membuat pendirian menolak parti itu dalam pilihan raya umum nanti," kata sumber itu lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... atkan#ixzz2QPXPkcnl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 01:05 PM | Show all posts
sakurahati posted on 14-4-2013 12:58 PM
heran aku dgn puak2 ni...kalau dorang yg aibkan org lain takpe plak...lagi bagus kalau dpt aibkan na ...

Munafik.

Alhamdulillah semasa kita hidup lagi Allah dah tunjukkan kebenaran. Tapi sayang Ostad apa ke nama lobai PIS tu yg dah meninggal tu...tak dpt melihat kebenarannya dan sampai ke hujung nyawanya beliau melihat dgn mata berat sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:06 PM | Show all posts
sakurahati posted on 14-4-2013 12:58 PM
heran aku dgn puak2 ni...kalau dorang yg aibkan org lain takpe plak...lagi bagus kalau dpt aibkan na ...

Sebab tu kita minta mana2 pemimpin yg dikaitkan dgn masalah sexs ka, depan boleh belakang pun boleh utk membuktikan yg mereka tidak bersalah ialah dgn bersumpah laknat...betul atau tidak kita pulangkan pada Allah swt...ni tak...dah lah tak mahu membersihkan diri...ditambah plak dosa lagi kununnya ni semua fitnah dari UMNO....nama je parti islam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:07 PM | Show all posts
kasmela posted on 14-4-2013 01:00 PM
Lama2 mereput atas kerusi politaiknya tu. PIS ketandusan pemimpin.

nak berjalan pun payah, berpapah...macam mana dia nak bekerja utk rakyat?...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:11 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-4-2013 01:07 PM
nak berjalan pun payah, berpapah...macam mana dia nak bekerja utk rakyat?...

Byk gambar dia kita tengok dok tidoq kat mesejid dan makan hirup2 pinggan. Ada la sekali nampak dia berdiri atas pokok balak yg tepi hutan yg dia gondolkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:21 PM | Show all posts
kasmela posted on 14-4-2013 01:11 PM
Byk gambar dia kita tengok dok tidoq kat mesejid dan makan hirup2 pinggan. Ada la sekali nampak di ...

Memang banyak gambar dia..termasuk gambar ini..

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:24 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-4-2013 01:06 PM
Sebab tu kita minta mana2 pemimpin yg dikaitkan dgn masalah sexs ka, depan boleh belakang pun bole ...

betu tu uncle AN..kalau kita di pihak yang benar buat apa nak takut..berani kerana benar..macam mana nanti nak melaksanakan hudud kalau pemimpin pn bersikap berat sebelah..

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:30 PM | Show all posts
sakurahati posted on 14-4-2013 01:24 PM
betu tu uncle AN..kalau kita di pihak yang benar buat apa nak takut..berani kerana benar..macam ma ...

Sakura bangkitkan sumpah Najib...saya bangkitkan pula sumpah laknat Sepol dan sumpah laknat Trio Dtk T..sumpah laknat yg mereka lakukan sudah berbulan2 malah dah bertahun..mereka tak ada pun dilaknat oleh Allah swt...so..disitu kita lihat bahawa mereka dipihak yg benar..krn sebagai manusia tambah2 yg beragama islam..pasti akan takut bersumpah laknat atas dirinya oleh Allah swt sekiranya mereka benar2 buat perkara terkutuk tersebut..takut bersumpah laknat bermakna dia lakukan perkara tersebut.

Dah tu..nak buat ujian poligraf pun takut...lepas tu nak bersihkan diri tuduh plak tu kerja UMNO..mereka ni percaya pada tuhan dan hari pembalasan ke tidak?..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 14-4-2013 01:07 PM
nak berjalan pun payah, berpapah...macam mana dia nak bekerja utk rakyat?...

Sebab itu saya sebagai pengundi atas pagar tidak akan mengundi calon yg kertu dan uzur.
kaau menang nanti buang duit rakyat jah kejap kah mati nak kena buat pengundian lokal lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 01:48 PM | Show all posts
hidup mati kerana PAS..

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:50 PM | Show all posts
Video seks ada kaitan Anwarinas?

KUALA LUMPUR 13 April - Penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkemungkinan besar didalangi puak Anwarinas yang sememangnya mahu menamatkan karier politik beliau.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendakwa, bahawa puak ini telah menyimpan rahsia hitam peribadi Mustafa kira-kira setahun lamanya dan menantikan masa sesuai untuk menjatuhkan beliau daripada terus memimpin Pas.

Berikut adalah kenyataan penuh dakwaan Khairul Anuar mengaitkan konspirasi puak Anwarinas untuk menjatuhkan Mustafa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini:

1. Nampaknya sekarang sudah terbongkar rahsia hitam peribadi Mustafa yang telah disimpan oleh puak Anwarinas hampir setahun lamanya. Baharulah kita faham bagaimana selama ini puak Anwarinas boleh peras ugut Mustafa. Beliau sepatutnya buat laporan polis tentang perkara ini lebih awal lagi jikalau tidak bersalah.

2. Sekarang nampak peluang beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Putrajaya terbang ikut tingkap. Waktu perbuatan puak Anwarinas ini memang tepat. Kita difahamkan bahawa dari awal lagi Mustafa bakal jadi calon bagi Parlimen Putrajaya tetapi nyata beliau kena checkmate oleh puak Anwarinas.

3. Kita hendak tanya apakah tindakan yang bakal diambil oleh Mustafa. Beliau ada dua pilihan iaitu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas ataupun salahkan UMNO. Jikalau Mustafa mahu salahkan UMNO, maka beliau kena terlebih dahulu buat laporan polis serta angkat sumpah di masjid.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rinas#ixzz2QPjWcu9J
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:53 PM | Show all posts
Oh Oh Oh..ni lah kot finding Hadi dari solat hajatnya tu..

Video seks: Hadi nafi Mustafa terlibat, hanya lakonan

Oleh FARHANA JONI

SAMARAHAN 14 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus menafikan penglibatan Mustafa Ali dengan rakaman video seks yang kini tersebar di internet sebaliknya mendakwa ia hanyalah lakonan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Abdul Hadi turut mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu sudah uzur sehinggakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunaikan solat secara duduk.

Justeru beliau berkata, mereka yang menghasilkan rakaman tersebut sepatutnya

"menggunakan pelakon yang lebih muda" dan bukannya seperti yang dipaparkan dalam rakaman tersebut. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... konan#ixzz2QPkIA35c
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 01:57 PM | Show all posts
Nasib Mustafa

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SELEPAS apa yang terjadi kepada beberapa pemimpin PKR berkaitan skandal video seks, ia menimpa pula pemimpin Pas. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dikaitkan dengan adegan video seks yang tersebar panas dalam Internet.

Ahli-ahli Pas gempar. Berlegar desas-desus yang kuat bahawa ia adalah angkara parti dalam pakatan pembangkang. Mustafa melalui peguamnya menafikan pembabitan beliau tetapi rakyat Malaysia termasuk ahli Pas yang menontonnya, boleh menilai siapa orang dalam video itu.

Awang berpendapat, penjelasan Mustafa berhubung isu itu tidak cukup menyakinkan lalu membuka lebih banyak tanda tanya.

Beliau sepatutnya tampil dengan kenyataan bersama hujah lebih kukuh dalam penafiannya. Atau setidak-tidaknya menyatakan kesanggupan untuk menjalani ujian bercakap bohong, jika pun tidak mahu bersumpah laknat di masjid.

Memandangkan Pas merupakan parti berlabel Islam dan tidak sama dengan PKR maka parti itu perlu mengambil keputusan tepat dan dilihat lebih bertanggungjawab.

Adalah lebih wajar untuk Pas menjalankan siasatan dan mengarahkan Mustafa bercuti sementara daripada tugasnya. Itu salah satu pendekatan bagi meredakan keadaan.

Kini, kepimpinan Pas menghadapi tekanan akar umbi mahu Mustafa meletakkan jawatan demi menjaga maruah parti, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 pada 5 Mei ini.

Dalam pada itu, Awang percaya Majlis Syura akan bertindak. Jika badan tertinggi Pas itu menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri kerana isu moral dan biseksual, pertimbangan yang sama juga boleh diguna pakai ke atas Mustafa.

Jika tidak, apa bezanya antara PKR dan Pas. Lagi pun, Awang percaya Mustafa bukan seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... stafa#ixzz2QPlKAlFa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.496248 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list