CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadrizman

About budget 2008 - [merged: everyone] - P10

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2007 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by cik_kaer at 7-9-2007 06:05 PM
out of curiousity..mmg kalo takde bonus kire korang tak mo ngundi gomen gitu? seriously?


nak pastikan apa ko cakap ni..
cuba buat election dalam sebulan dua ni
tengok jadik camna
kat situ nanti kang, baru tahu apakah benar curiosity ko atau anganan sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 06:09 PM | Show all posts
Pasal belanjawan (aku lebih suka guna perkataan ni dari bajet), yuran sekolah semua dimansuhkan, semua pelajar dapat buku teks. Bagus ler. Kurang expenses. Tapi yang lebih baik, kalau pelajar miskin dapat uniform sekolah percuma.

Soal bonus kakitangan awam,tiap2 tahun memang akan dapat punya la - tak kira pgood performance ke bad performance ke semua orang dapat samarata according to tangga gaji. Tapi sektor swasta tidak. Kalau yang beruntung, dapat la berbulan2 bonus, mana yang  tak tu, satu habuk pun tarak. Ada jugak tu, ikut performance - kalau bagus dapat la lebih, kalau tak, jangan la nak berangan. So tak tentu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:11 PM | Show all posts

Reply #221 MelahJanda's post

siapa lah kite utk berkata
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by Sofea at 7-9-2007 05:43 PM
Agaknya sebab :-

Hari tu dah bagi increament
-then now bagi free text book for all
-pelupusan yuran persekolahan.


.......so no need bonus lah..


tapi takkan incvreament tu nak

disamakan dengan bonus  ??

-  lagipon increament tu baru berapa bulan  ??     


senangnya paklah tipu rakyat .   
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:13 PM | Show all posts
hmm kontrak staff dapat jadik permanent staff
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:13 PM | Show all posts

Reply #222 duquesne's post

setuju :victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 06:13 PM | Show all posts
nt kalo ada pilihanraya org2 gomen xnk undi gomen..pas2 gomen detect..hbs la kena turun pangkat ler kome2 sume nt...silap hrbln ptg balik increament..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by duquesne at 7-9-2007 06:09 PM
Tapi yang lebih baik, kalau pelajar miskin dapat uniform sekolah percuma.


bukan dapat ke. sepasang sorang kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 06:20 PM | Show all posts

Reply #228 MelahJanda's post

itu uniform utk koku unit beruniform, bagi isi rumah bawah RM 1000. lepas ni tak ada alasan dah tak ada uniform koku unit beruniform setiap hari rabu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:22 PM | Show all posts
ni laporan budget  --- summary -

http://www.treasury.gov.my/blive.html


--------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet 2008 pemurah kepada semua
07-09-2007

KUALA LUMPUR:  Bajet 2008 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianggap bajet yang pemurah kerana menawarkan pelbagai "habuan" kepada semua golongan rakyat Malaysia, daripada kanak-kanak tadika, kakitangan awam dan ahli perniagaan hinggalah kepada warga emas.

Sejumlah RM176.9 bilion yang diperuntukkan bagi Bajet 2008, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2007, disifatkan sebagai antara bajet paling pemurah dengan tumpuan diberi kepada tiga strategi utama  mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Bajet 2008, yang dibentangkan hanya seminggu selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50, turut menangani soal kenaikan kos sara hidup rakyat menerusi penambahan pendapatan boleh guna rakyat.

"Dalam kita menyusun langkah untuk 50 tahun seterusnya, adalah penting untuk kita memanfaatkan sepenuhnya kepelbagaian yang wujud di negara kita untuk terus dibina satu kekuatan agar kita teguh bersatu bergerak mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2008 di Dewan Rakyat di sini.

Bertemakan "Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran", bajet itu juga turut memberikan penekanan penting kepada pembangunan infrastruktur terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Bajet 2008 turut menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif untuk sektor swasta bagi memastikan cukai korporat terus kompetitif.

Untuk menjadikan pentadbiran cukai korporat lebih cekap dan mudah, Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai "single tier", berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2008, di mana keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat, manakala dividen yang diterima dikecualikan daripada cukai.

"Pengurangan dalam cukai korporat (kerajaan dalam Bajet 2007 mengumumkan pengurangan cukai korporat daripada 28 peratus kepada 27 peratus pada 2007, 26 peratus pada 2008 dan 25 peratus pada 2009) dan dengan pengenalan sistem 'single tier', lebih banyak dividen dapat diagihkan kepada pemegang saham," kata Abdullah.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai langkah yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dalam usaha untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi menarik pelaburan swasta.

Untuk menarik modal insan yang berkualiti, terutamanya golongan profesional dan berkemahiran, kerajaan akan menggalak dan memudahkan kemasukan pekerja asing berkemahiran yang akan menambah nilai kepada ekonomi negara.

Untuk ini, Jabatan Imigresen akan memendekkan tempoh memproses permit kerja kepada tujuh hari untuk pekerja berkemahiran berbanding dengan 14 hari sebelum ini.

Jabatan Imigresen juga akan memperkenalkan satu kategori visa baru bagi ahli perniagaan dan profesional asing yang mempunyai tempoh sah lebih panjang, di samping ciri-ciri lain bagi memudahkan proses kemasukan yang akan diperkenalkan dan kesemua langkah itu akan berkuatkuasa 1 Jan 2008, katanya.

Sambil membayangkan pentingnya tadbir urus korporat yang baik, kerajaan akan menubuhkan Lembaga Pengawasan Perakaunan Syarikat Awam di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti bagi mengawas juruaudit syarikat awam ke arah meningkatkan mutu dan kesahihan audit ke atas penyata kewangan syarikat awam.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa, menarik pelaburan dari Timur Tengah, industri takaful, meningkatkan daya saing Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir dan merangsang sektor hartanah.

Untuk terus mendorong kemajuan sektor pertanian, Abdullah berkata beberapa sumber pertumbuhan baru dalam sektor pertanian telah dikenal pasti untuk dimajukan, seperti projek perintis pemprosesan minyak kelapa dara, pengkormersialan produk nira nipah dan penternakan baka kambing Boer.

Dalam usaha terus menggalakkan kerjasama antara syarikat bioteknologi dan universiti tempatan, syarikat berstatus Bionexus dibenar menggunakan makmal dan kemudahan penyelidikan di pusat-pusat universiti tempatan.

Dalam usaha memperhebatkan lagi promosi MSC Malaysia di persada antarabangsa, Abdullah berkata kerajaan akan menganjurkan Minggu ICT Dunia di Kuala Lumpur pada Mei 2008.

Katanya pelbagai langkah akan diambil untuk menambah lagi daya tarikan Cyberjaya sebagai Bandar Siber Utama yang dapat terus menarik syarikat teknologi bertaraf dunia.

Menyedari bahawa syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mungkin menghadapi kesukaran aliran tunai pada peringkat awal penubuhan, Perdana Menteri berkata kerajaan mencadangkan syarikat PKS diberi fleksibiliti membayar cukai pada akhir tahun kewangan dan bukan secara ansuran bulanan, dan kelonggaran itu adalah untuk tempoh dua tahun mulai tarikh syarikat memulakan operasi.

Beralih kepada strategi kedua bajet, Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan yuran tahunan sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan pinjaman buku teks percuma kepada semua pelajar sekolah manakala yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia juga akan dimansuhkan. Tahun lepas, kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

"Dengan ini (skim buku teks percuma), 5.7 juta pelajar akan menerima manfaat berbanding 4.5 juta pelajar pada masa ini. Dengan langkah-langkah ini, pendidikan di negara ini adalah seratus peratus percuma," katanya yang disambut dengan tepukan meja yang gemuruh oleh anggota Dewan.

Abdullah berkata untuk memastikan bahawa setiap pelajar mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum beruniform, kerajaan akan memberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah.

Menyedari pentingnya peranan guru, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan, kenaikan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari dan menyediakan elaun sebanyak RM60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

"Guru-guru yang telah bersara, dengan pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas, masih berupaya menyumbang kepada bidang pendidikan. Untuk ini, guru-guru pesara akan diambil untuk berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih," kata Abdullah.

Bagi memantapkan pengajian tinggi, sebanyak RM12 bilion diperuntukkan bagi bagi melaksanakan pelbagai projek dan program, termasuk meningkatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di empat buah universiti penyelidikan dan meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang tahun 2010.

Peruntukan itu juga akan digunakan untuk menaik taraf sertai memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan dan untuk menjenamakan semula kolej komuniti.

"Kerajaan akan meningkatkan jumlah pelajar ijazah pertama yang ditaja oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000 pelajar setahun mulai 2008," kata Abdullah.

Katanya kerajaan juga sedar bahawa kos sara hidup pelajar telah meningkat dan oleh yang demikian, kerajaan akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, sebanyak antara 23 peratus sehingga 84 peratus.

Kadar baru ini, berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007, akan memberi manfaat kepada lebih 90,000 pelajar dan kerajaan juga akan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa September 2007.

Kerajaan telah pun meningkatkan elaun sara hidup pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan pada 2006.

Abdullah turut mengumumkan bahawa skop Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan diperluaskan bagi memberi kelonggaran kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan kepada kakitangan dan bagi tujuan ini, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 akan dipinda.

Dalam usaha untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas yuran pengajian diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah.

Perdana Menteri berkata untuk mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan, kadar pembayaran royalti kepada penyelidik ditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20 peratus kepada institut penyelidikan


[ Last edited by  dexa at 7-9-2007 06:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:23 PM | Show all posts
terukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:23 PM | Show all posts
macamana ngan pembangunan wilayah ekonomi singapura utara?
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 7-9-2007 06:25 PM | Show all posts
bertenang2...thn depan rega minyak ngan tol naik plak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by keptenmarbel at 7-9-2007 06:25 PM
bertenang2...thn depan rega minyak ngan tol naik plak...


kalo ni plak naik..harus sakit jantung sume org:mad2:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:31 PM | Show all posts
tak patut betol .  atleast sikit ponn bagi laa .  

tapi percaya gak last2 dapat jugak .

-  tapi kena la rayu2 dulu .
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:36 PM | Show all posts
takper..nnt cuepacs tolong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 06:38 PM | Show all posts
eh...dulu bukan ada cuepecs ngatal kata tahun ni tak payah bonus sebab dah naik gaji.... ke aku salah dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:38 PM | Show all posts
rasanya klu dalam buletin tv mlm nanti..
ada x kakitangan awam akan cakap bajet 2008 adalah yg terbaik setakat ini...
terima kasih pak bedolah vivavivavi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 7-9-2007 06:31 PM
tak patut betol .  atleast sikit ponn bagi laa .  

tapi percaya gak last2 dapat jugak .

-  tapi kena la rayu2 dulu .



ada harapan ker nk dpt bonus tu???
mcm xder jerrrr...sll kalau ada, siang2 dah announce masa budget...ni langsung xsebut pun!hampeh!:@ :mad2: :mad2: :mad2:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 06:41 PM | Show all posts

Reply #172 kabukiman's post

yg ni aku setuju...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.083961 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list