CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sokmogitu

pasca kematian Whitney...kisah diva-diva kita pulak

  [Copy link]
Post time 16-2-2012 05:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 16-2-2012 17:46

new boyz nak letak ker???








Kumpulan New Boyz merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Mula bertapak didalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 sehingga kini.

Kumpulan New Boyz merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 05:44 PM | Show all posts
new boyz nak letak ker???
samshik Post at 16/2/2012 05:43 PM



Boboy? Boboy?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:46 PM | Show all posts
Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dengan identiti awal remaja.





Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis,Syuk sebagai pemain bass, Jay sebagai pemain gitar, Lan sebagai pemain gitar kedua dan Along bertindak sebagai pemain drum.Begitulah berikutnya dengan album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen tersendiri. Tempat Syuk diganti oleh Zack yang kekal sehingga kini.


Kumpulan ini bukan sahaja mencetuskan fenomena dalam kalangan remaja di Malaysia,tetapi turut berjaya menembusi pasaran di Singapura,Indonesia dan Brunei sekaligus menjadikan New Boyz antara kumpulan remaja paling popular ketika itu.Malah,penjualan album New Boyz juga sangat memberangsangkan dan mereka berjaya mendapat anugerah platinum bagi album pertama yang berjudul New Boyzyang mana album tersebut telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit.Bukan itu sahaja,mereka turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.Selain ABPBH,New Boyz turut pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik dalam tempoh tersebut.


Sejak album kelima (Bermulanya Satu Evolusi) pada 2004 New Boyz telah bertukar anggota di mana Jay, Lan & Along menarik diri dan digantikan pula dgn Rizz & Ristoe masing-² di bahagian gitar & drum. Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik.Selain mengeluarkan album , New Boyz turut berlakon dalam beberapa buah telemovie terbitan SRC iaitu PULAU INSPIRASI dan MERAUNG .


Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam, kali ini hampir keseluruhan lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Dengan genre muzik pop rock New Boyz lebih matang dari segi pemilihan lagu dan corak persembahan mereka.


Kini New Boyz kembali pada 2007 dengan 1 lagi pembaharuan iaitu Afiez sebagai gitaris baru menggantikan Rizz maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..


Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap di putarkan di corong-corong radio tempatan.


Setelah penghasilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dengan dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga proses penghasilan keseluruhan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri pada tahun 2008. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Pada tahun 2010,lagu Terima Kasih HERO telah menjadi salah satu lagu soundtrack bagi filem KAPOWW!! - Atoi The Kultur Boy yang mana judulnya telah ditukar menjadi Roket Ke Langit,malah terdapat sedikit perubahan lirik dalam lagu tersebut.

Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program reality itu telah menjadi issue dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menafikan dakwaan itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatakan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.


Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dalam pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.

Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.

Antara album yang telah dihasilkan:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:55 PM | Show all posts
ramlah ram .. ala2 samihah siket



Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari di Kesang, Muar Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu. Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'

Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah Ram banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.

Album terbaru Ramlah Ram akan berada di pasaran sekitar March 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dibuat bersama ahli kelab peminatnya RRG dengan pihak FMC. Album kali ini masih mengekalkan konsep Pop agak lebih segar dan mengikut trend masa kini menampilkan Diva Ramlah Ram bekerjasama dengan pencipta-pencipta Muzik Baru (Underground)yang berbakat dengan susunan muzik dibuat oleh barisan kumpulan Indie yang popular.Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah 'Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Berlalu Pergi'.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:56 PM | Show all posts
PencapaianJuara Bintang RTM 1985.



Juara Anugerah Juara Lagu 1988 (Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu).
Juara Persembahan Terbaik [Anugerah Juara Lagu 1988] – Lagu ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu]
Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988
Anugerah Artis Melayu Pertama menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records
Anugerah Album Melayu Pertama ’Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’mencapai hasil jualan tertinggi sepertimana tercatit dalam ‘Book of Record Malaysia’
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1988 untuk Album ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ kerana jualan melebihi 10,000 unit di Singapura sahaja.
Tempat Ketiga Kategori Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu 1989 menerusi lagu Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, ciptaan Dato' Ahmad Nawab dan lirik oleh Juwie
Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989
Pencapaian ‘Double Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Cintaku Hanyut Dilautan Sepi’ kerana jualan melebihi 100,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 280,000 unit
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1990 untuk Album ‘Duri Dalam Cinta ‘ kerana jualan melebihi 50,000 unit. Album tersebut mencatat sejarah jualan di hari pertama sebanyak 60,000 unit & kini melebihi 100,000 unit
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1991 untuk Album ‘Kau Penawar Segala Dukaku’ kerana jualan melebihi 50,000 unit dan kini album tersebut melebihi 100,000 unit
Pencapaian ‘Gold Disc’ pada tahun 1992 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 25,000 unit
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1993 untuk album Di Ambang Pintu Kasih kerana jualan melebihi 50,000 unit
Finalist 'Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)' Anugerah Industri Muzik 1993 menerusi album 'Di Ambang Pintu Kasih'
Finalist lagu 'Di Ambang Pintu Kasih' melalui pertandingan akhir pujaan 10 Nescafe anjuran RTM (1993)
Finalist 'Album Pop Tradisional Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1994 menerusi album 'Dangdut'
Finalist Juara Lagu 1994 kategori Irama Malaysia menerusi lagu ‘Selamat Jalan Romeo’
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album Dangdut kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual melebihi 120,000 unit
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1994 untuk album 'Pasti Hitz' kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
Finalist Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi album ‘Ramlah Ram’
Pemenang Anugerah ‘Golden Voice’ di Vietnam 1996 semasa mewakili Malaysia ke Pesta Lagu Asean (ASEAN Song Festival)
Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1997 menerusi album 'Cinta Di Musim Dangdut'
Pencapaian ‘Single Platinum Disc’ pada tahun 1998 untuk album ‘Dunia Dangdut Super Duet’ kerana mencapai tahap jualan melebihi 50,000 unit
Finalist 'Album Pop Etnik Terbaik' Anugerah Industri Muzik 1998 menerusi album 'Sekeping Cinta Sehampar Janji’
Finalist Anugerah Juara Lagu 1998 kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Zapin Yang Tinggal’ ciptaan Herman Tino
Finalist Anugerah Juara Lagu 22 (2007) kategori Etnik Kreatif menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik Hairul Anuar Harun
Lagu Terbaik, Anugerah Hits Satu anjuran RTM menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
Finalist Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Dirgahayu’ ciptaan Raden Sri dan lirik oleh Hairul Anuar Harun
Finalist Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009 menerusi lagu ‘Ketentuan’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh AD Samad
Anugerah Khas anjuran Media Hiburan 2010
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 05:58 PM | Show all posts
Lagu-lagu popular



Ramlah RamKau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (Biggest Hit)
Apa Khabarmu Di Sana (Biggest Hit)
Diam-Diam Jatuh Cinta (Bigest Hit)
Penantian tak berakhir (Hit)
Membilang Butir Harapan (Hit)
Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Bigest Hit)
Ku Terbakar Kepanasan Cintamu (Super Hit)
Hati Sepi seorang perempuan (Hit)
Duri Dalam Cinta (Biggest Hit)
Balada Cintamu (Hit)
SAYANG (Hit)
Susah Senang kita Bersama (Super Hit)
Siapa Yang Bersalah (Biggest Hit)
Kau Penawar Segala Dukaku (Hit)
Sabarla Sayang (Hit)
Di Ambang Pintu Kasih (Biggest Hit)
Cinta berderai (Hit)
Madah & Kerenah (Hit)
Rahmat Disebalik Duka (Hit)
Selamat Jalan Romeo (Biggest Hit)
Keangkuhanmu (Biggest Hit)
Sabarmu terlalu tipis (Hit)
Keliru (Hit)
Zapin Yang Tinggal (Biggest Hit)
Maharaja (Super Hit)
Ketentuan (Biggest Hit)
Cinta Gila (Super Hit)
Sesaat Kau Datang (Biggest hit)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 06:32 PM | Show all posts
bhahaahaha first time aku tengok vc ramlah ram dgn sleeq tu
caya lah kak ram
kukulangau Post at 16-2-2012 13:27



    pun pestime tengok & dgr... sedap siot....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 06:34 PM | Show all posts
teringat plak kontravesi..si Ning dulu..apa..membayangkan dirinya bersama dgn 7 org lelaki
lebih kurang gitu..la... teruk dia kena hentam lepas kes tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 06:34 PM | Show all posts
Madonna comeback.
Ramlah Ram comeback.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 06:44 PM | Show all posts
aku nak Amelina buat comeback..rindu sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 07:42 PM | Show all posts
nak nyampuk pasal whitney houston tu, dulu aku ada baca ratu gegeh si Perez Hilton nya blog, dia kata Whitney nya first comeback dia bermula konsert di Malaysia dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:53 PM | Show all posts
sebelum uols merapu psl diva kene miskin,psl slam,uk's,exist dll.ini definition diva yeh

Definition of DIVA

1
a : prima donna 1
b : prima donna 2
2
: a usually glamorous and successful female performer or personality <a fashion diva>; especially : a popular female singer <pop divas>
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 10:20 PM | Show all posts
yes..ada beza primadona,diva,lagenda...skang ni cakap pasal diva..especially pompuan...tp klu nak wat variasi tak salah kan..sekadar mengimbas kembali zaman kegemilangan mereka...

tahun 80an aku rasa ahkak ogy lebih menyerlah baik lakonan atau nyanyian..wpun tak brape sendu sgt..tp kurang dah dgr die nyanyi kan..last lagu die gabung nyanyi lagu apatah yg cite ali syaithoon tue...start dr azura sampai rentak desa..makan masa gak die nak tenggelam..lagu die yg paling aku suke..Kisah Cinta..sayu je...n pilem die selain azura aku suke cite suara kekasih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 03:18 AM | Show all posts
nak nyampuk pasal whitney houston tu, dulu aku ada baca ratu gegeh si Perez Hilton nya blog, dia kat ...
kukukatablog Post at 16/2/2012 07:42 PM



    baguslah masyhur tersohor nama Malaysia di mata dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 03:19 AM | Show all posts
Diva, Divo, Diva-divana...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 04:08 AM | Show all posts
ni macam thread mengenang kisah silam je..kopipes banyak tp takde ulasan analisis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 04:32 AM | Show all posts
ni macam thread mengenang kisah silam je..kopipes banyak tp takde ulasan analisis..
tensic~ Post at 17/2/2012 04:08 AM



    Nak ulasan? Malas baca ler tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply 126# EXLESSIA


   i cant imagine amelina pakai suar dlm jantan............... {:4_502:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:58 AM | Show all posts
Lagu-lagu popular



Ramlah RamKau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (Biggest Hit)
Apa Khabarmu Di ...
samshik Post at 16-2-2012 17:58



    uols lupa Jendela dikamar usang, kasih tak berpinggir,Aduhdu sayang & Dirgahayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:04 AM | Show all posts
uols lupa Jendela dikamar usang, kasih tak berpinggir,Aduhdu sayang & Dirgahayu
tebuanharimau Post at 17-2-2012 09:58



    oo yer kan?? luperr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.092785 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list