CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xAthenax

All about Nora Danish....27 ;) we love ND mucho mucho

 Close [Copy link]
Post time 23-11-2014 12:27 AM | Show all posts
Kepada siketetjuling n her karatz. Tak yah la nak insecure bagai hokey ;) i tepek artikel 14 feb 2009. Masa ni nora dlm pantang. Tabah dan kental si cantik nora danish.


February 14, 2009


Saya Tak Akan Rujuk![size=1.3em]
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
Apa yang berlaku antara dia dan Rizal bukan masalah saya. Saya tidak mahu terlibat langsung. Kenapa mesti kaitkan saya? – Nora
SUNGGUHPUN artis comel, Nora Danish, 27, telah sah bercerai dengan suaminya Rizal Ashram Ramli setelah Nora selamat melahirkan bayi sulungnya, Putera Rayqal pada 7 Januari lalu, kisah mereka nampaknya tidak tamat di situ saja.
Sebaliknya, bekas suami isteri ini tetap menjadi buruan pihak media apabila ada ura-ura kononnya mereka bakal rujuk semula setelah kelahiran Putera Rayqal.
Kemudian, bekas suami Nora pula menarik perhatian media apabila dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang artis sensasi dan dikatakan pernah bercuti bersama. Kononnya juga hubungan bekas suami Nora dan artis berkenaan bukan lagi satu ‘gosip’ yang kurang berasas memandangkan mereka dikatakan bakal ke jinjang pelamin tidak lama lagi.
Sejauh mana kebenaran cerita tersebut, hanya waktu yang boleh tentukan. Mungkin pada pandangan orang ramai, Nora merupakan mangsa yang paling hebat menerima kesan daripada kontroversi tersebut. Apatah lagi dalam tempoh berpantang, dia masih lagi dikaitkan dengan kisah cinta bekas suaminya dan juga artis panas itu. Peritnya dugaan, hanya boleh dikongsikan bersama Yang Maha Esa.
Bagaimanapun telahan orang ramai silap, Nora tidak minta dikasihani atau simpati orang ramai akan nasibnya. Ternyata jiwa wanitanya tabah dan masih kental meskipun dihimpit dengan seribu satu dugaan yang tidak pernah dijangka.
Malah, ketika Kosmo! menemubual dengannya baru-baru ini, Nora tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda tertekan atau sengsara dengan semua kejadian serta kontroversi tersebut.
Dia masih lagi Nora yang dulu, ceria dan bersahaja, serta mampu menjawab soalan demi soalan dengan cukup tenang.
Walaupun begitu, maafkan kami kerana tidak berjaya ‘memujuk’ Nora untuk memotret gambarnya bersama putera tersayang. Ini kerana Nora memberitahu dia belum bersedia untuk muncul dalam keadaan diri masih dalam proses berpantang.
“Saya janji, selepas kesihatan sudah okey, kita akan ambil gambar baru,” katanya dalam bahasa paling sopan menandakan ketinggian darjatnya sebagai seorang
wanita berketurunan baik-baik.
Ikuti perbualan antara Nora dan Kosmo!

NORA tidak pernah berdendam dengan sesiapa termasuk yang dianggap sebagai ‘perosak’ rumah tangganya.


WAJAH manis Nora ketika Putera Rayqal masih dalam kandungan.


KETABAHAN Nora mendepani masalah rumah tangga membuatkan banyak orang jatuh kasih kepadanya.
Bagaimana dengan keadaan Nora dan anak sekarang?
Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik, dapat melihat anak di depan mata, saya rasa seronok sangat. Memang penat sedikit sebab terpaksa berjaga malam, tetapi saya bertuah kerana dibantu ibu dan kakak-kakak yang sentiasa menemani. Mereka ada di sisi saat saya memerlukan.
Rasa sepi?
Tidaklah, saya tidak berseorangan, saya ada kakak-kakak dan emak serta kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Jadi saya tidak pernah sepi, tambahan sekarang hidup saya lebih terisi dengan adanya anak yang sentiasa buat saya tersenyum.
Bagaimana hubungan Nora dengan keluarga bekas mertua?
Kami masih baik seperti biasa. Malah semasa saya bersalin, ibu dan ibu mertua ada sekali dalam bilik bersalin, mereka juga sering melawat Nora. Adik ipar dan keluarga lainpun semua baik.
Ada desas-desus yang mengatakan Nora dan bekas suami, mahu berbaik semula kerana anak. Betul ke?
Mana ada, saya tidak akan rujuk balik! Itu hanya spekulasi yang timbul kerana cerita daripada sebuah akhbar. Orang mungkin salah faham kerana tajuknya Nora bakal rujuk? Sebenarnya tak ada apa-apa. Saya tidak akan rujuk balik. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang.
Baru-baru ini, heboh tentang cerita hubungan intim bekas suami Nora dengan seorang artis, malah dikatakan siap pergi bercuti bersama. Betul ke mereka akan berkahwin?
Kalau boleh saya tidak mahu sebut atau sentuh langsung pasal dia. Kami sudah tiada apa-apa hubungan, kami baik hanya kerana anak, itu saja. Selepas ini dia hendak kahwin atau apa saja yang dia buat, tiada kaitan dengan saya lagi. Saya harap semua pihak akan faham.
Apa perasaan Nora, walaupun telah bercerai masih lagi dikaitkan dengan kisah cinta bekas suami, malah artis itu sendiri turut mengheret nama Nora?
Saya nak cakap, jangan sesekali dia (artis) kaitkan atau sebut nama saya lagi. Apa yang berlaku antara dia dan Rizal bukan masalah saya lagi. Saya tidak mahu terlibat langsung. Kenapa mesti kaitkan saya? Di antara saya dan Rizal, kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Jadi tolong berhenti kaitkan saya dengan kisah mereka berdua.
Dalam keadaan masih berpantang, timbul pula isu-isu merimaskan seperti ini, adakah Nora tertekan?
Tertekan? Saya pelik kenapa saya mesti tertekan? Sebenarnya saya langsung tidak tertekan. Menerima kehadiran seorang anak, adalah sesuatu yang membahagiakan. Saya bahagia dengan anak dan hidup saya sekarang ini. Sedikit pun tidak tertekan. Sekarang ini semua sudah terjawab, jadi orang boleh fikir sendirilah apa sebenarnya yang berlaku sebelum ini.
Selepas ini, bagaimana dengan kehidupan Nora?
Saya jalani kehidupan macam biasa. Bercerai bukanlah pengakhiran hidup, banyak lagi benda yang hendak saya lakukan. Lagi pun saya sudah mempunyai anak, dan dia telah membakar semangat saya untuk menjadi lebih kuat. Selepas habis pantang, saya akan kembali bekerja dan berlakon seperti biasa.
Bila mula bekerja?
Mungkin dalam bulan April baru saya mula kerja. Saya ada tempoh lagi dua minggu untuk berpantang dan selepas itu berusaha untuk mengurangkan berat badan. Saya tidak mahu tinggalkan anak yang masih kecil, tunggulah dia berusia tiga atau empat bulan, baru saya rasa lega untuk bekerja. Tambahan sekarang ini berat badan saya bertambah dari 45 kilogram ke 49 kilogram, jadi ada beberapa kilogram lagi saya nak turunkan sebelum benar-benar bersedia bekerja semula.
Buat sebarang senaman untuk dapatkan berat badan yang ideal?
Buat masa ini saya masih lagi dalam pantang dan tidak boleh buat apa-apa termasuklah sebarang senaman. Mungkin penat sebab tidak cukup tidur membuatkan badan saya turun dengan sendirinya. Kalau tidak saya akan memikirkan jalan lain untuk dapatkan semula berat badan ideal saya.
Kosmo






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 12:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
yinfenglee posted on 22-11-2014 11:38 PM
Aku saja suka nak kutuk nora ....
apa masalahnya ...?

kau saja je kutuk nd sbb KAU JELES kan..kau jeles serba serbi tentang nd..kalau boleh,kau nak nd mati supaya hati kau puas kan..takde org saje2 nak kutuk kalo x sbb jeles..kau kena ingat ye,karats nd bukan saje2 kutuk fs mcm kau saje2 kutuk2 nd,karats nd benci pangai lahanat fs mcaras LAKI ORG yg kini dh pun mjadi laki dia..benci sbb tgamak sorg wanita meruntuhkan masjid org semata2 utk kepuasan nafsu dia...benci sbb dia sentiasa menunjuk kpd semua org bahawa dialah mangsa keadaan,.yg lain2 aku malas nak taip sbb kau sendiri dh tau kan kenapa org bencikan dia.haruslah kau tau sbb kau sentiasa memantau,meneropong apa yg kmi bualkan d sini..prrffffff
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 01:19 AM | Show all posts
Cantik2 nya pic nora........persis bak BIDADARi ...!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 01:28 AM | Show all posts
Sedih pulak. Kesian pulak bila baca cerita lama tu. Tamolah cite sedih. Cerita happy2 jah k. Dia dah move on. Kita pun tumpang happy. Dia sendiri cakap hati dia dulu apa terbenam kat dasar ocean, now dah ada orang selamatkan tarik balik ke shore. Syukurlah.

Tepek gambar2 lagi. Leh munchkin tengok tengok.
Tepek gambar makan dialukan sangat. Nak tengok gambar gambar terbaru k. Takmo cerita sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:16 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 22-11-2014 05:30 AM
cikguu

amboi jauh datang melawat


Dia orang mmg kembar. Cho tu idung mancung sikit. Kebanggaan PS & TS. Syok kan dpt kembar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 03:17 AM | Show all posts
Imel88 posted on 22-11-2014 03:19 AM
berseri2 muka TS masa ni


Mesti ada benda lucu yang orang keliling ckp ~ jarang tengok TS senyum lebor mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:20 AM | Show all posts
Imel88 posted on 22-11-2014 03:22 AM
very the classy children anak2 cho ni


Harap lagi dua tahun Cho menambah sorang lagi. Tiga orang anak mmg cantik dah.

Min pulaharap dia dpt kembar sepasang.

Harap Azura dpt baby boy. Tentu Ramlle nak anak lelaki.

Meriah lah keluarga PS & TS dgn sambut cucu, cukur jambul. Lepas tu majlis khatam Quran dan berkhatan.

Tapi yang sedih : ~ kemungkinan TS or PS tak sempat tengok cucu/cicit sulung kesayangan mereka naik pelamin.







Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:25 AM | Show all posts
bambimo posted on 22-11-2014 03:00 AM
Best2 ada anak pompuan..mesti mommies semua main dressup tukar2 baju cm anak patung barbie


First baby girl mmg mcm tu .. masuk no 2 no 3 dah berpijak di bumi kembali. Baju hok no.1 semua pas kat no. 2 and 3. Silap silap no.2 kena pakai baju sepesen dgn no.1 (kengkunun anak kembar) <--- kisah benar yang aii tengok dlm board ibubapa (thread gambar anak anak forumers)

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:35 AM | Show all posts
telracs posted on 22-11-2014 06:29 AM
ok... sesapa sila penuhkan tred ini dengan gambar dan cerita nora semula...
saya minta maaf pada se ...


i dont have prob with the piccas sebab some of it tak pernah tengok. Yang aii notice fistly ~ kulit dia. Dulu agak gerhana la ni dah cerah. Kenapa dia tak jadi DUTA product barang pemutih tu ya? Adakah dia tak nak orang tau yang dia guna product pemutihan kulit? barangkali lah

Lepas tengok gambar mereka berpaktor ~ dgn JJ yg bermata kuyu dan layu otak aiii ni mula nak berperasangka yang takbaik jer. Nak wat guane doh kea

Tetiba terrrrringat kat si polan yang berpaktor di pagi buta berembun bagai di kedai mamak ~  ada hati tu nak mengata Nora sedangkan diri sendiri  pun gelenyar garit wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:38 AM | Show all posts


Adik & Abang. Kesayangan kedua belah keluarga prominent.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:39 AM | Show all posts
Sepupu Qal ~ Gunung dgn Intan Semata.

Kasihnya seorang abang kpd adiknya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:43 AM | Show all posts


Puteriiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
pagi semua...moga2 apa yg dihajati akan tcapai hari ni,esok dan selamanya.. Last edited by stars83 on 23-11-2014 06:55 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 07:00 AM | Show all posts
fizamn posted on 22-11-2014 10:49 PM
Eeeee apsal letak picca FS... Dah ler pic semua mcm dalam 999 utk ops khalwat n maksiat.. Ewwwwww... ...

hahaha this statement is funny

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:15 AM | Show all posts
stars83 posted on 23-11-2014 01:04 AM
kau saja je kutuk nd sbb KAU JELES kan..kau jeles serba serbi tentang nd..kalau boleh,kau nak nd m ...

Well said.. gud

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
stars83 posted on 23-11-2014 01:04 AM
kau saja je kutuk nd sbb KAU JELES kan..kau jeles serba serbi tentang nd..kalau boleh,kau nak nd m ...

Well said....tepek ni every time langaus meracau kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Blues posted on 22-11-2014 11:20 PM
Siketetjuling ngan jejai masa kapel bukan main posing  melekatnyerr. Takder reti malu sunggohhh. J ...

Kalau utk public pun fs sanggup melekap lekap, baju nampak ketiak n ketet
Imagine kalau private
Gambar tak senonoh pun ' we love fs page'
        So fans dia sama je dgn dia tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.268741 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list