CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 19-12-2021 08:38 PM | Show all posts
1) ganjil
Sungguh GANJIL sikapnya terhadap kawan baiknya sendiri.

2) gemilang
Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur GEMILANG.

3) girang
Kanak kanak bermain sambil ketawa keGIRANGan.

4) goreng
Di kala hujan sedapnya kalau dapat makan pisang GORENG cicah cili kicap.

5) gunung
Niat dihati hendak mendaki GUNUNG Kinabalu tapi belum berkesempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 10:36 AM | Show all posts
1. Ganjil
Bacalah ayat Kursi dalam kiraan ganjil seperti 3, 7 dan seterusnya kerana ianya lebih afdhal.

2. Gemilang
Lagu Gemilang dendangan Ella sangat sedap didengar.

3. Girang
Semasa keputusan SPM 2020 diumumkan di sekolah, Ayuni dan Diana bersorak kegirangan apabila kedua-duanya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

4. Goreng
Sudah lama tidak menjamah hidangan cempedak goreng.

5. Gunung
Gunung Tahan di Pahang merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2021 11:53 AM | Show all posts
holaaaaa...

keyword hari ni

1) hantaran

2) herdik

3) hiasan

4) hospital

5) hutang


** 1 keyword 1 ayat

** KEYWORD valid sebelum NAY UP KEYWORD BARU









** lupa nak up hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:01 PM | Show all posts

1.  Adat berbalas hantaran tunang ini dianggap sebagai simbolik bagi mengukuhkan lagi hubungan yang sedang terjalin antara pasangan yang bertunang
2.  Isteri Tebalkan Muka Malu kena herdik suami depan orang ramai
3.  Penggunaan warna-warna banyak diaplikasikan dengan penggunaan cat untuk hiasan dalaman
4.  Hospital Melaka merupakan sebuah hospital yang dibiayai oleh kerajaan yang terletak di Melaka
5.  Ramai yang beranggapan hutang sesama manusia sahaja wajib dibayar tapi hutang kepada Allah juga perlu ditunaikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:13 PM | Show all posts
1) hantaran
Azniza menyediakan tujuh dulang hantaran semasa majlis pertunangannya.

2) herdik
Kalau marah sekalipun janganlah herdik pekerja sewaktu pelanggan tengah ramai.

3) hiasan
Ghani membeli empat ekor ikan hiasan sebagai hobi barunya.

4) hospital
Di kawasan hospital kemudahan tempat letak kereta sangat terhad.

5) hutang
Dira membeli sofa baru secara hutang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:56 PM | Show all posts
1) hantaranHantaran bola silang tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol

2) herdik
Herdik pengunjung kedai tanpa usul periksa menyebabkan pelanggan lari

3) hiasan
Hiasan dalam rumah artis menjadi sumber inspirasi menghias rumah baru

4) hospital
Mangsa kemalangan ngeri di lebuhraya telah dihantar ke hospital

5) hutang

Hutang negara telah meningkat dengan kenaikkan kadar insflasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2021 04:05 PM | Show all posts
1) hantaran
HANTARAN bola yang dibuat oleh Ronaldo mendapat pujian ramai.

2) herdik
" Kau memang tak guna" HERDIK Awang kepada anaknya.

3) hiasan
Saya amat kagum dengan HIASAN dalaman yang dibuat oleh kawan baik saya.

4) hospital
Ramai yang berpusu pusu menuju ke HOSPITAL berdekatan untuk mendapatkan rawatan akibat cirit birit.

5) hutang
Setiap dari kita wajib melunaskan HUTANG kerana ia adalah tuntutan agama Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 04:45 PM | Show all posts
1. Hantaran
Hantaran perkahwinan pada masa ini sangatlah tinggi.

2. Herdik
Video Pak Mat mengherdik pekerjanya di hadapan pelanggan telah tular.

3. Hiasan
Mizi sering menyanyikan lagu Hiasan dendangan kumpulan Olan setiap kali karaoke.

4. Hospital
Hospital Sungai Buluh dijadikan hospital khas untuk merawat pesakit Covid 19.

5. Hutang
Emak selalu berpesan kepada aku supaya jangan berhutang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 05:01 PM | Show all posts

1) hantaran
Hantaran bola lintang dari Syafiq Ahmad tidak ditangkap kemas oleh pemain naturalisasi, Paula.

2) herdik
"Boleh tak kau buat kerja ini betul-betul?" herdik En Shah kepada pekerjanya.

3) hiasan
Hiasan di pusat membeli belah sewaktu musim perayaan mengindahkan lagi pemandangan.

4) hospital
Hospital menjadi tempat paling sibuk semasa musim pandemik.

5) hutang
Hutang antara perkara yang paling sukar dibayar oleh peminjamnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:45 PM | Show all posts
1) hantaran
Kebanyakkan pasangan bakal pengantin memilih hantaran perkahwinan bertemakan bunga

2) herdik
Pelajar nakal itu di hendik oleh guru disiplin apabila didapati ponteng kelas.


3) hiasan
Barang kemas seperti emas dan permata menjadi hiasan para wanita.

4) hospital
Kadar kemasukkan pesakit covid di hospital semakin menurun selepas peningkatan kadar vaksin.

5) hutang

Malaysia mengalami beban hutang negara yang tinggi kesan akibat pandemik Covid19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis pertunangan hantaran berupa manisan simbolik tempoh pertunangan berdarah manis.

Emak mengherdik kakak kerana kebencian terlampau pada anak sulungnya itu.

Hiasan daripada emas menjadi pilihan wanita zaman sekarang.

Hospital mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menangani jumlah pesakit yang memerlukan rawatan.

Hutang budi dibawa mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 10:27 PM | Show all posts
HANTARAN
harga barang hantaran sekarang sangat tinggi

HERDIK
elakkan mengherdik pekerja dihadapan pelanggan

HIASAN
hiasan diperlaminan telah hilang dicuri orang

HOSPITAL
deposit bayaran dihospital swasta sangat mahal

HUTANG
jgn lupa bayar hutang bank,pesan ayah kepada saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2021 09:04 AM | Show all posts
holaaaaaaa.....

keyword hari ini

1) Ikatan

2) Ilmu

3) Imbas

4) Individu

5) Isteri


**  1 keyword 1 ayat

** KEYWORD valid sebelum NAY UP YANG BARU
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:21 AM | Show all posts
1) Ikatan
Makan bersama-sama satu keluarga dapat menguatkan ikatan kekeluargaan

2) Ilmu
Perkataan ilmu hisab sudah lama digantikan dengan  matematik.

3) Imbas
Imbas suhu badan suatu kemestian sekarang ini.

4) Individu
Setiap individu mempunyai tanggungjawab masing-masing.

5) Isteri
Pakcik Aziz mempunyai dua orang isteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:38 AM | Show all posts
1) IkatanTerlerai ikatan pernikahan bila suami telah melafazkan talak.

2) Ilmu
Menuntut ilmu adalah tanggungjawab kita untuk menjadi insan yang berguna.

3) Imbas
Sekali imbas rupa adik ada iras artis terkenal

4) Individu
Individu yang menyebarkan berita palsu perlu dibawa ke muka pengadilan

5) Isteri

Tanggungjawab isteri pada keluarga terlalu besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 09:56 AM | Show all posts
1. Ikatan
Ikatan yang terlerai kini bersatu kembali.

2. Ilmu
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

3. Imbas
Kenangan 15 tahun lalu terimbas kembali apabila aku terpandang wajah gadis itu.

4. Individu
Lapan individu terperangkap dalam kereta wira yang dirempuh treler dalam kejadian malam tadi.

5. Isteri
Terlalu besar pengorbanan setiap isteri yang bekerja dan tinggal berjauhan dengan suami.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 10:42 AM | Show all posts
IKATAN
zakat lambang ikatan sesama insan

ILMU
ilmu sngat perlu untuk masa akan datang

IMBAS
saya suka mengimbas kembali detik2 yg terlah berlalu

INDIVIDU
individu yg belum divaksin,tidak dibenarkan berada disini

ISTERI
saya cuba untuk menjadi seorg isteri yg baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 01:49 PM | Show all posts
1) Ikatan
Barangan yang dibawa jatuh ke tanah kerana ikatan talinya tidak kuat.

2) Ilmu
Ilmu yang dipelajari akan lebih bermanfaat jika dikongsi dengan orang lain.

3) Imbas
Sekali imbas, kelihatan kelibat si pencuri yang berlari keluar ikut pintu belakang kedai itu.

4) Individu
Saya bukanlah individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

5) Isteri
Alhamdulillah saya telah selamat menjadi isterinya selepas setahun berkenalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 02:55 PM | Show all posts
1) Ikatan
Ikatan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci, usahlah menodainya dengan kecurangan.

2) Ilmu
Ilmu akhirat perlulah dikejar untuk keselamatan kita jua.

3) Imbas
"Tolong imbas kod My Sejahtera ya", ujar petugas masjid kepada Rita.

4) Individu
Masih ada lagi individu yang mementingkan diri meskipun telah ditimpa musibah.

5) Isteri
Isteri Dr Hanafi telah membongkarkan kisah kecurangannya terhadap keluarga mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 03:53 PM | Show all posts
IKATAN
Ikatan adik beradik ibarat air dicincang takkan putus

ILMU
Kakak pergi ke majlis ilmu yang berlangsung di Masjid Putrajaya.

IMBAS
Adik nampak imbasan bayang-bayang putih di sebalik pintu

INDIVIDU
Abang mendapat tempat pertama dalam pertandingan Catur Individu

ISTERI
Hargailah isteri sebaik-baiknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.204784 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list