CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NorSabariah

Izwan Pilus meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 21-1-2012 11:29 AM | Show all posts
kalau g sepital swasta slalu lambat  kena penyakit kencing tikus ni..kawan aku g sepital colombia masuk sehari pastu dktor kata bolh kuar xde apa demam biasa,malam  dia g chek balik kat sepital putrajaya terus kena tahan coZ dktor saspek kena kencing tikus..smggu lebih kena tahan gak la..tp alhamdulilah dh smbuh

klu korang demam panas,rasa lenguh sendi n cirit birit g la terus sepital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 11:50 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarganya... Moga dicucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 11:53 AM | Show all posts
innalillah.
serius terkejut giler.

takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 11:55 AM | Show all posts
al-fatihah buat arwah.
takziah tuk seluruh ahli keluarganya.
moga tabah hadapi dugaan ni. redha je k...Allah lebih sygkn arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 11:55 AM | Show all posts
mmg rasa die passed away sbb sepsis... but pelik laa young age jrg nk mninggal coz antibody still strong enough.. unless die tuh mmg ada underlying immunocompressive disease... hrp2 ade yg fhm ape aku cube ckp... nk bsangka baik pon.... hmmm ntahla.. moga2 roh dicucuri rahmat ...  AMIN
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 12:13 PM | Show all posts
For a disease like leptospirosis, even if you are really fit and not immunocompromised, you can still die. Late treatment causes banyak complications to kidney and liver and hard to cure.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2012 12:17 PM | Show all posts
For a disease like leptospirosis, even if you are really fit and not immunocompromised, you can stil ...
ricapc Post at 21-1-2012 12:13


any sepsis will do harm other organs la beb... bkn stkt leptospirosis jek..tp mmg konfirm lepto ke? .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 12:29 PM | Show all posts
But lepto, commonly involves these organs.
It doesn't matter, just don't think its necessary to question his immunity.
Cuma public patut tahu, demam tinggi 4 hari tak settle, gi klinik ambil darah.
Agak sedih kalau kita hilang family atau kawan to a penyakit yang ada ubat tapi sebab terlewat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 12:42 PM | Show all posts
But lepto, commonly involves these organs.
It doesn't matter, just don't think its necessary to que ...
ricapc Post at 21-1-2012 12:29



    agreed wif u.... cume trkilas je td ttg imune status tuh.. whatsoever... he's one of talented young singer n host yg patot dhargai laa .... yup, health awareness mmg perlu dlm society....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 01:20 PM | Show all posts
xpernah dgr pun nama dia sblm nie...tertinggal ketapi...muhaha...apa pun, takziah to his family
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 01:35 PM | Show all posts
Published: Sabtu Januari 21, 2012 MYT 12:44:00 PM
Updated: Sabtu Januari 21, 2012 MYT 1:23:37 PM

Pesanan Terakhir Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Izwan Pilus dan Aril sering berkongsi masalah
bersama. Foto UTUSAN


PETALING JAYA: Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.

Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.

"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.

"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘Kau ni bila nak pandai lipat baju’?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.


Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada
Allahyarham Izwan Pilus. Foto ihsan Maya (Matahari)


Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7) oyu berkata, penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.

Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.

"Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada," ujarnya ringkas.



Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.

"Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.

"Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan pada pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.

"Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat," kata Farhan.

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.

"Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini," ujarnya.

Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.

Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album “Erti Kasih” yang memuatkan lagu “Kembali Senyum”, sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama “Full House” dari Korea Selatan.

Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka.




Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 01:58 PM | Show all posts
al-fatihah..meninggal pada hari jumaat..moga arwah di tempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:01 PM | Show all posts
al-fathihah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:03 PM | Show all posts
al-fatihah ....semoga rohnya di cucuri rahmat...dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:17 PM | Show all posts
walaupon izwan ni cam tarap2 sendu tp cam terasa gak la kehilangan die..nape ntah
maxim Post at 20-1-2012 19:39


khenn? ai pun memang terasa kehilangan dia. my fren adalah junior arwah masa stadi kat uum. arwah baik orang nya. penah jumpa in person, suka senyum dan very soft spoken.

malam semalam dengar suria fm. si tyzo announce, memang terkejut. then mood tyzo malam semalam memang sedih dan suara pun sedih. sebab diorang pun kenal each other since masing2 from rtm dulu.


anyway.....semoga arwah ditempatkan di kalangan yg beriman. semoga tenang di sana. al fatihah izwan pilus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:52 PM | Show all posts
kwn aku demam on n off dekat 3 bln...
a week b4 meninggal baru admitted kat Tawakkal
sbb bdn dah lembik n peluh sejuk...
dah critical baru discover kencing tikus...
but too late oredi coz organ sume dah x function..
aku pun rasa sedih sbb nasib dia sama mcm kwn aku...
penyakit ni bkn tak leh cure...
tapi sbb lambat dikesan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 03:01 PM | Show all posts
al-fatihah.. suka  tgh dia kat rtm jadi hos rancangan masak2 menggunakan herba.. lupa pulak nama rancangan tu. semoga roh dia di cucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 03:19 PM | Show all posts
Innaalillah ... takziah utk keluarga Allahyarham Izwan Pilus ... Moga tabah dan sabar dengan dugaan Allah SWT ... daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali ... suka sangat dgn lagu kembali senyum ... klu diamati lirik lagu Kembali Senyum agak menyayat hati ... lirik terakhir : Dan Maafkanku
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 03:24 PM | Show all posts
sedihnya.. menangis baca ucapan peminat2 kat twitter & fb dulu masa dia masuk bintang rtm aku penah gaduh ngan kwn baik sbb nk chop izwan pilus.. masa tu nama dia mmg pemes antara perserta bintang rtm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 03:26 PM | Show all posts
ingat tak arwah berlakon dlm Awan Dania jd kapten aman yg poyo



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069751 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list