CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[P'LAMAN SBNR]Misteri PENAMPAKKAN Tokong Siam depan Rumah oleh THEFLASH

  [Copy link]
Post time 6-1-2013 08:54 AM | Show all posts
Kakak man sekarang sudah bekerja atau tinggal kat kmpg lg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2013 09:14 AM | Show all posts
saya ada 7 lagi kisah untuk di ceritakan
jadi harap pembaca bersabar. saya akn cuba habiskan hari ini.

cerita kali ini dari kaca mata KAKAK.
mesti korang nak tahu. apa yang kakak rasa.
ape yang die kena.

ini kisah beliau..


nota kaki
*aku merujuk kepada kakak*



Kejadian Cuti sekolah


musim cuti sekolah sudah bermula. jadi rumah aku agak penuh. Abang balik. Man pun balik.
masa tu abang baru dapat baby. baru je 5 bulan cmtu kot usia nya.

Abang tau serba sedikit hal aku cume mak malas nak cerita lebih. malas nak pening2kan abang.
mak aku memg cmtu. taknak susahkan anak2 die..

malam tu abang bawak kami keluar makan di pekan teluk intan
makan KFC.
aku rasa bahagia sangat malam tu.
tanpa aku sedar ada benda yang akan terjadi di rumah....

kami tiba jam 1030 di rumah. Man ketika itu tertido dalam kerete. kenyang mungkin.
sampai di rumah.
aku terus menuju ke toilet. mandi. dan salin baju.siap2 untuk tidor.
semua org agak letih. bapak aku tgk terus masuk ke bilik. begitu juga mak. cuma man je bukak tv.
dah memg habit dia. tak lekang dengan tv ( hehehehehe)

jam 1pagi.
semua org tgh tidor...

tiba tiba. aku terdengar bunyi berdesing di sebelah telinga kiri ku!
sangat kuat!! makin kuat!!!!!!

tiba tiba. aku terasa ade cecair keluar dari telinga kiri ku

DARAH!!
DAPAT AKU LIHAT KERANAN BILIK AKU MEMNG BAPAK SENGAJA PASANG LAMPU TIDUR DI HUJUNG KATIL.

AKU MENGUCAP PANJANG,
KENAPA KELUAR IKUT TELINGA????
TAK SAKIT. TAPI BINGIT SEBAB BUNYI ITU SEMAKIN KUAT
SEAKAN2 BUNYI CENGKERIK
TAPI  BUKAN!

eeeeeeeeeeeeeeee.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

semacam bunyi org memotong besi guna gergaji elektrik!

man tiba meluru ke dalam bilik
(memang aku tak tutup pintu!)

arghhhhhhhhh! aku menjerit!
aku sangkakan jembalang yang menerpa aku!
man terkejut! melihat aku menjerit!!
"akak! man ni! bunyi ap tu!!!"

"kau ni! aku takut ni! tgk ni. telinga akak.! kuar darah."

"ya allah...kenapa ni!? " tanya man

serius. aku tak tau nak menjawab ape. aku sendiri tak tahu kenapa.

kedengaran mak dan bapak dari sebelah bangun

membuka lampu bilik aku dan bertanya benda yang sama...

"man.sini ikut aku." arah bapak

sebaik aku keluar. kelihatan abang dan kakak ipar ( KI) br terpisat2 bangun dari bilik belakang menuju ruang tamu

bapak aku mencari2 serata rumah. di bilik aku. di dapur.di bilik kakak.

"abng cari apa?" tanya mak..

"PELESIT!!" sambung bapak " aku cari belalang hijau!" ini bunyi pelesit!!

makin kuat bunyi bingit itu.
dengan tidak semena2

baby abang ku . Din ( bukan nama sebenarya) tiba2 menangis dari dalam bilik
segera KI menuju ke bilik
makin galak DIn menangis
semacam menangis nya!

macam hendak tercabut anak tekak die menangis!!

"tak penah die macam ni. dah bagi susu dah sebelum tidor" kata KI

abang aku segera mengambil DIn dan mengazankan ke telinga nya

abang aku mungkin merasa pelik. mungkin dia sudah merasakan kehadiran nya..

Din masih lagi menjerit2.

dan aku mula rasa panas yang amat sgt di belakang tengkuk..

ahhhhh. aku mengeluh. sebab panas yang teramat sangat, sperti di letak cerek panas!

man segere menuju ke arah aku!
"akak ok. takpe takpe" getus aku kepada man.

KI meletakkan din di tilam baby di depan tv. sambil abang aku masih mengazan dan membaca ayat suci

bunyi bngit itu makin berterusan.. sedang aku mengeliat ke sana sini kerana panas

MATA AKU TIBA TIBA SE AKAN TIDAK PERCAYA....

KELIHATAN..

SATU SUSUK TUBUH DUDUK DI TEPI KI..

MUKA NYA PUTIH.MATA MERAH DAN MUKA SEDIKIT2 BERDARAH DAN LIDAH NYA HITAM MEMANJANG

( muka makhluk tersebut kata kakak aku macam ini)
kakak aku goggle dan menunjukkan kepada aku . dan aku masih ingt lagi gambar2 nya


http://imgur.com/Sunr2


makhluk itu melihat aku dan melambai2.
seakan2 mahu menyuruh aku dekat dengan nya.

aku hanya mampu terduduk dan melihat perilaku makhluk itu
dia mengellilingi ABANG DAN KI
SAMBIL LIDAH NYA TERJULUR HINGGA KE LANTAI.

SESEKALI DIE MEMANDANG AKU.. MENYERINGAI MENAMPAKKAN TARING NYA,,

AKU SENDRI YANG NAMPAK

MAK MAN DAN BAPAK SIBUK MENCARI BELALANG.
ABG DAN KI MEMG TAK PERASAN

MEMANG AKU TERBUKAK HIJAB MALAM ITU!!

AKU HANYA MEMBACA AYAT TIGA QUL
ITU YANG TERLINTAS DI KEPALA. TANPA HENTI

BENDE ITU MASIH DUDUK DI TEPI ABANG KU
MUNGKIN ITU SEBAB DIN TAK BERHENTI2 MENANGIS.
DAPAT KU LIHAT MATA DIN TERBELIAK KE ATAS.

SERIUS. KALAU ORG DEWASA NAMPAK PN AKAN MENANGIS
SANGAT NGERI MUKA WANITA ITU ( MUNGKIN WANITA.SEBAB IRAS2 WANITA)

"HAAAAAAAAAA! dapat pun!!"

tiba tiba bapak bertempik!
di tangan ada seekor belalalng bersaiz ibu jari!
melekat di tepi langsir !!

BAPAK MEMBACA AYAT KURSI . SESUDAH ITU. DIE MENCABUT KEPALA BELALANG ITU. AKU MENDEKATI BAPAK
MEMANG KELIHATAN ADA SEHELAI RAMBUT DAN SEBUTIR NASI.
BAPAK MENGARAHKAN MAN MENGAMBIL LIGHTER..

aku segera memalingkan diri ke arah abang!
makhluk itu sudah lenyap

dan DIN.
sudah berhenti menangis
tersedu sedan ......

panas di  belakang ku sudah hilang!!

aku lihat dari atas. man dan bapak membakar belalang itu.

dan aku mula mendongak ke langit....

apa yang aku nampak..
kenapa aku boleh melihat....




AKAN BERSAMBUNG









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 09:16 AM | Show all posts
zeed posted on 6-1-2013 08:54 AM
Kakak man sekarang sudah bekerja atau tinggal kat kmpg lg?

KERJA DAH
DAN SUDAH BERKAHWIN
hidup dia takde ape2
alhamdulillah. berjaya dan ada 3 org anak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 09:34 AM | Show all posts
theflash posted on 6-1-2013 09:16 AM
KERJA DAH
DAN SUDAH BERKAHWIN
hidup dia takde ape2

Alhamdulillah...dah sehat sepenuhnya la tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 09:50 AM | Show all posts
Kejadian cuti sekolah ( episod 2)

dari kaca mata kakak



cuti sekolah baru 5hari berlangsung
memang meriah kampung ni.budak2 sekolah berasrama balik
termasuk la adik aku

abang dan KI dah balik ke Pahang.
tinggal kami berempat.
aku rasa sengal2 badan.
kerana malam tadi

sedang aku tidur.
aku rasa badan ini di tindih!!
aku cuba membuka mata.
kelihatan makluk hitam.
seperti BATMAN. tapi dalam versi yang menyeramkan
mata merah menyala. bertanduk
menindih aku
dan kedengaran mantera siam di bacakan di telinga ku
aku cuba mnjerit
tidak tekeluar

penyudahnya.
aku di gigit di pangkal pinggal
memang ada bekas gigitan
macam di gigit oleh manusia.
selepas itu aku tidak sedarkan diri

pagi2 lagi aku mengadu pada mak
mak mengucap panjang.

selepas mandi. bapak aku bawak aku ke klinik
doctor mengesahkan ianya seperti gigitan anjing.
sudah. tak pasal2 aku kene suntik rabies.
merasala jugak
bapak aku tak berkata ape.
hanya mengangguk.
"yela kot doctor. anak saya tak sedar time tu. pegi camping"
bapak aku terpaksa menipu. sbab kalu di cerita pada doctor. mana mungkin dia mahu percaya bulat.
dalam perjalan balik.
bapak menyruh aku tidur degan mak.
"biar aku tidur dekat bilik belakang" kata bapak
aku mengiyakan saja.

petang itu.
aku duduk di tangga rumah
sengal2 badan
man sudah keluar jual ayam dengan ali

kelihatan 2 3 org naik moto memakai songkok dan berkain pelikat,
jam sudah 3petang.
kenapa lalu arah sana. padahal masjid arah berlawanan.

"mak. ada kenduri ke hujung tu?"
tanya aku.
padahal aku tahu. itu ari Selasa. bukan cuti umum
tapi mana tahu. org bersunat ke. cuti sekolah

"eh. mana ada. takdapat jemputan apa2 pun. cucu Pak Lan bersunat minggu depan"
segera mak ke depan.mencapai tudung dan keluar menunggu ke simpang rumah..

tiba2 lalu 2 3 org kawan mak
"kenapa ni?"

"ada org meninggaall."

aku lihat dari jauh. dapat aku dgr buah butir nya.kerana kawan mak yang tu memg jenis cakap kuat.
memang speaker mulut dia.

oh. ada org meninggal.
segera mak masuk ke dalam
kawan nya tunggu di depan.

5minit mak keluar
" ko tak payah ikut. tak sihat. tunggu sini tau"

aku mengangguk.

sementara mak takde. aku melihat majalah.menyapu dan sempat memasak dua tiga jenis lauk.

selepas itu. aku ke luar rumah. duduk di buaian...

kedengaran dari jauh...
memang tradisi kampung aku. mengusung jenazah smapi ke simpang depan
baru di letak dalam van jenazah.
dulu time kecik2 aku cukup takut!

org masjid melalui kawasan rumah aku.
aku segera menadah tangan. membaca Fatihah untuk simati.

dalam aku membaca. aku melihat org2 mengusungjenazah. agak ramai. suram. hanya terdengar cakap2.perlahan

selepas aku meraupkan muka ( selepas baca doa)

tiba 2 mata aku tertancap pada salah seorang jemaah yang mengusung...


DIA TIDAK MEMEGANG USUNGAN. TAPI BERJALAN. SERBA PUTIH
TAPI TIDAK KELIHTAN KAKINYA. SEMCAM HILANG....PERLAHAN2 DIA BERJALAN... DIA

BERHENTI DI DEPAN RUMAH AKU!!
BETUL2 DI SIMPANG RUMAH!


SENYUM.

ORANG TUA ITU SENYUM.
AKU MULA RASA MEREMANG BLU ROMA.
ORANG TUA INI BUKAN SEBARANGAN ORG
MANA KAKI NYA?
KENAPA DIA BERJALAN SEPERTI TERBANG!

AKU SEGERA MASUK KEDALAM.!
SEMPAT AKU MELIHAT!
ORANG TUA ITU SUDAH TIADA.
AKU SEGERA MANDI!

SESUDAH ITU.

MAK PUN PULANG DARI MELAWAT ARWAH

"KO KENAL PAK HAMID TAK? YANG ANAK DIA JUNIOR KAU DEKAT UiTM PAHANG TU?"

SAPA MAK selepas melihat aku keluar dari tandas.

"haaaaa. kenal mak.nape?"

"pak hamid tu meninggal. sakit jantung. pagi tadi."

aku lantas menyebut Innalillah....

tiba tiba!!

tengkuk aku terasa seram sejuk!!

YA. AKU KENAL ORANG TUA TADI!
ITULAH PAK HAMID!!

KENAPA AKU BERUPAYA MELIHAT BENDA2 GHAIB!

AKU TAK MAHU!!

apa yang terjadi!??




*sebenarnya, kata IZ. akak memg badan nya lemah. jadi memang die boleh nampak benda2 ghaib. selepas dah elok. dia dah tertutup hijabnya. tapi banyak jugak dia ternampak."



akan bersambung










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 10:43 AM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 06:32 PM
buat buku la macam ni. hahahaha
saya memang rajin menaip .haha sebab rasa cam laju je taip,hahah
...

sham ni fames dgn kisah hantu milo mengorat dia kat opis!!! tapi mama p ulak tak ingat nama penuh id dia...pi cari dalam benang jin suka kat aku....kisah dia menarik dan best, tapi kisah awak, super duper menarikkkk....pendek kata, hampa 2 memang penulis paling menarik kat bod MPS ni...tak caya tanya momod.....beli la tab kat ipad ka, so bley post cerita even on the move....awak dah ramai peminat tegar kat sini, including mama....!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2013 11:11 AM | Show all posts
theflash posted on 6-1-2013 08:42 AM
ha? u would do that? huhu terharunya

sukahati kamu le.hehe tapi ayat macam terrabur je.hehe heh ...

Cerita TT menarik.. sebab banyak insiden spnjg  2 thn tu, thread pasti panjang.. org nak cari pun nanti susah..dan bagi penggemar cerita2 seram (tapi benar) ni pasti nak baca insiden mengikut timeline.. insyaAllah saya akan compile kan kekekeke... nanti bila semua cerita dah siap ..sy post pdf nya :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 11:28 AM | Show all posts
k_a_a posted on 6-1-2013 11:11 AM
Cerita TT menarik.. sebab banyak insiden spnjg  2 thn tu, thread pasti panjang.. org nak cari pun  ...

rajin nye kamu

terima kasih la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2013 11:29 AM | Show all posts
mamaezah posted on 6-1-2013 10:43 AM
sham ni fames dgn kisah hantu milo mengorat dia kat opis!!! tapi mama p ulak tak ingat nama penuh  ...

sham ni fames dgn kisah hantu milo mengorat dia kat opis!!! tapi mama p ulak tak ingat nama penuh id dia...pi cari dalam benang jin suka kat aku....kisah dia menarik dan best, tapi kisah awak, super duper menarikkkk....pendek kata, hampa 2 memang penulis paling menarik kat bod MPS ni...tak caya tanya momod.....beli la tab kat ipad ka, so bley post cerita even on the move....awak dah ramai peminat tegar kat sini, including mama....!!!!



hehehehehe nanti saya cari..

hahaha tnggu rebat rm200 nanti beli.hahaha
tp saya ni tak berapa hnfon dan gajet2 best ni. hahahahahha


terima ksh sebab sudi baca


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 11:53 AM | Show all posts
kisah Kakak di ganggu.

nota kaki--kisah ini di ceritakan semula oleh kakak kepada penulis.
"aku" di dalam cerita ini adalah kakak
penulis menceritakan kisah ini dalam bentuk cerita.


jam hampir 2 pagi.
aku takleh tidor. mata mengantuk
tapi bila mata di pejam. macam2 bende yang menyeramkan keluar di dalam kepala.
aku memang penat. sudah beberapa hari tak ttidor.
lapar. tapi tak lalu makan
badan aku sungguh penat.

aku bangun, menghela nafas. cuba untuk berdiiri.walaupun pening2.
aku berjalan ke luar bilik. untuk mengambil angin.
kipas bilik aku sudah rosak. angkara di sepak oleh aku ketika di rasuk
aku nasihatkan bapak. jangan beli lagi. tunggu aku ok.
sebab sudah 2x kipas di tukar.

aku duduk di sofa ruang tamu. rasa selesa.mungkin beralih tempat.
aku tidak membuka lampu.hanya lampu tangga sebagai cahaya yang masuk ke ruang tamu.

aku cuba mencari remote tv. entah mana man letak.
aku membatalkan niat untuk menonton tv. lgpun. aku taknak mengejutkan parent aku.

aku baring.

cuba melelapkan mata.

titt....titttttt....tittttt..

titisan air. jatuh tepat ke pipi kanan ku.!
aku masih memejamkan mata. takut untuk buka.serius. aku rasa titisan air itu pekat.. dan berbau hanyir.
( tiba2 aku teringat kisah Man. man penah kena macam ini. di kencing dari atas!!!)

hampir 1 minit aku di timpa dengan titisan air tersebut
dengan lafaz takbir di mulut..
aku buka mata!!!!!!!!!!

NAMUN...TIADA ADA APA PUN MELEKAT DI SILING RUMAH..
SEDIKIT LEGA. AKU SEGERA MERABA PIPI AKU. TIADA CECAIR PUN!

AKU MENGALIHKAN BADAN AKU KE KIRI. MENGDAP TV!!

HAAAAAAAAAAAA!
AKU MENJERIT KECIL!!
KELIHATAN DI SEBELAH AKU SELAMA INI
LEMBAGA BERWAJAH PUTIH!!!
MEMERHATIKAN AKU! DENGAN MATA YANG MERAH DAN TERJEGIL!!

AKU KAGET. LEMAH SEMANGAT. MANA NAK LARI? AKU MASIH BERBARING! DIA DI TEPI! AKU!!!
AKU MERASAKAN JANTUNG AKU BERDEGUP LAJU! HINGGAKAN BELAKANG TELINGA AKU BERDENYUT!

BENDA ITU MEMERHATIKAN AKU. MENGGERAAKN LIDAHNYA ...TERUS MENERPA KE MUKA AKU......
DAN..BENDA ITU BERDIRI.. DAN..TERUS MENERPA AKU!!!!!!!!!!!!



*seterusnya. kakak di rasuk*






INI CERITA DARI KACA MATA PENULIS PULA


arghhhhhhhhhhhhhhhhh1 terdengar jeritan! aku yang dari tadi tidak boleh tidur. terus bangun terus keluar!!

aku cuba melihat dalam samar2 gelap.
kelihatan kakak sudah di rasuk!!!!!!!

di sebelahnya ada 2 lembaga yang penah aku jumpa!!
kelihatan KAKAK SEDANG MENCANGKUNG!

SAMBIL RAMBUTNYA YANG PANJANG. KAKAK MENGANGGUK2 KEPALA NYA KIRI DAN KANAN
DAN BERCAKAP SIAM!
MANTERA SIAM.!

BAPAK TIBA DI SEBELAH AKU. MAK pula terus mengambil buluh dari atas almari!

makhluk itu semacam marah bila bapak membaca ayat2 suci .
( sememangya. bapak dan mak juga tidak boleh tidur malam itu. aku hairan sebab keadaan bapak semacam segar bugar)

2 lembaga setan itu memandang aku dan bapak.
tiba tiba

" KAU AKAN MATI.... KAU AKAN MENDERITA...... AKU BETUL BETUL BENCIKAN KETURUNAN KAU....."

benda itu bersuara! TETAPI DARI MULUT KAKAK!
YANG PASTI ITU BUKAN SUARANYA
GARAU DAN KASAR. DAN KELIHATAN SERAK.

BAPAK HANYA DIAM. MENERUSKAN BACAAN.
AKU SUDAH NAIK SERAM.
TIBA2 BENDA ITU BERSUARA. LAGI..

" AKU BUNUH ANAK KAU........ KAU TUNGGU "!

SEJURUS ITU KEDUA2 LEMBAGA ITU MENGILAI! DENGAN KUAT!!
DAN KAKAK?

TIBA MENGGELEPAR DI ATAS LANTAI!!
MENJERIT!!!
MERONTA!!!!

BAPAK TERUS MELEMPARKAN BULUH KE ARAH 2 LEMBAGA TERSEBUT!

ZASSSSSS! HILANG!
TAPI KAKAK MASIH HISTERIA!!
MENJERIT!!
MERONTA!!
AKU SEGERA MENDAPATKAN AKAK!
"mengucap kak"

akak tetap menjerit2. matanya terjegil! melihat aku! dengan penuh marah!!

bapak pula aku lihat ke dapur.
kemudian bapak datang

sbiji lada hitam di tangan bapak.
bapak membaca ayat suci. lalu di tekan di ibu jari kakak!
makin kuat kakak menjerit!!
dan tiba tiba! kakak mengggigiit bahu kiri aku!!
sememangnya aku terkejut!!

tindakan reflek aku.?
aku tertumbuk badan kakak! tepat ke perut!!
tapi. tangan aku yang sakit. badan kakak keras! macam batu!!!
ibu pula menghulurkan bapak dengan air yasssin!!
segera bapak menjirus badan kakak!
kakak menggelepar!!!

dan diam.


keadaan sunyi.......

kedengaran dari jauh. bunyi mantera siam.


baapak terus meluru ke tingkap mengadap laman rumah!!

" hoi!! sini la kau!"

jerit bapak.!

aku masih memangku kakak

kata bapak

di laman rumah. ada lelaki berkepala anjing.dan 2 lembaga itu. berdiri terpacak di laman rumah.

selepas bapak memekik. benda itu makin lama hilang.. naik ke atas...



aku memangku kakak ke bilik. malam itu aku tidur di lantai bilik kakak.

tersedar dari tidur. sebab kakak kejutkan aku

" eh. kenapa tidur sini" takde bilik ke" hehehe" kakak ketawa

aku bingung.. tapi aku masih mamai.
jadi aku beralih ke katil kakak.
sebab kakak sudah mahu bangun
aku di tinggalkan dalam bilik.
pagi itu, jam 9am. semasa kami bersarapan keluarga.

"mak. malam tadi kakak mimpi pelik lagi mak. kakak duduk dekat depan. lepas bla bla bla bla"

aku mendengar buah butir yang di luah kakak
ternayata KEJADIAN DARI MALAM TADI

KAKAK FIKIR DIA BERMIMIPI

TIDAK BAGI KAMI BERTIGA.

"LAIN TIDOR BACA AYAT KURSI 7 KALI" pesan bapak sambil menjeling ke arah aku

aku hanya mengiyakan.

kesian kakak.
dia fikir dia bermimpi.
siap cakap

"siap gigit bahu adik !"

aku gelak.
menahan sakit. memang sakit pagi itu. berbekas.
sampai skrg ada parut itu di bahu kiri ku.



akan bersambung
insya allah








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 01:17 PM | Show all posts
boookmark! tak terkejor aku ngan cter flash ni..

dahla ko pakai gambar clown, tiap kali nak singgah sini rasa dupdap.. dupdap!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 01:19 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 6-1-2013 01:17 PM
boookmark! tak terkejor aku ngan cter flash ni..

dahla ko pakai gambar clown, tiap kali nak singg ...

tgu nanti ada cerita dalam bentuk PDF

hehehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 02:50 PM | Show all posts
kejadian cuti sekolah ( episod 3)

nota kaki- cerita ini dari mata kepala kakak. di cerita kan semula. hanya menokok tambah ayat2 untuk sedap di baca.
kejadian yang berlaku.memang benar2 terjadi.



buat pertama kali.
aku ( kakak) tinggal sorg dri di rumah
emak dan bapak pergi ke ipoh. urusan bisnes bapak.
dan Man. kuar meniaga
aku meyakinkan mereka.
bahawa. aku akan ok.
takkan ada apa2 yang berlaku.

aku yakin. aku akan ok
selepas magrib . aku segera membuka laptop.dan smbung kan ke speaker.
aku pasang surah yassin. dengan nada yang kuat.
memag terasa tenang.
aku rasa rileks.
jam 930malam
aku makan nasi dan lauk yg di masak mak pagi tadi.aku cuma panaskan.
sambil makan. rumah aku di sirami dengan surah yassin
rasa best. tenang sahaja

selesai makan. aku membaca majalah.
hendak sahaja aku membaca yassin dan sembahyang tetapi aku datang bulan.

jam 11malam.
aku mulai rasa mengantuk. sebelum itu aku ada kol Man
katanya dia nak pulang awal. tgh bulan.orang kurang. katanya
sedang aku membelek2 majalah.

TUUUUUUUUUUUUP!!
gelap!
SATU RUMAH BERGELAP
DAN SERTA MERTA BACAAN YASSIN HILANG!!
AKU PANDANG KELUAR! GELAP!DAN CUBA MELIHAT KE ARAH KIRI.
MEMANG GELAP!

SAH! KAMPUNG AKU BLACK OUT!!!!!
MUJUR BAPAK AKU MEMASANG LAMPU EMERGENCY .BILA BLACKOUT. TERPASANG
TAPI HANYA ADA DUA. SATU DI DAPUR. DAN DI DEPAN TV. NAMUN . AKU STILL TERABA2. GELAP!

JANTUNG AKU MULA BEDEGUP PANTAS.
TIBA TIBA ANGIN MENDERU MASUK KE DALAM RUMAH......SEJUK..BERCAMPUR PANAS....
AKU MULA RASA TAKUT... AKU RASA HENDAK JE MENYOROK BAWAK KATIL.

KEDENGARAN BUNYI KERETA DARI ARAH HUJUNG KAMPUNG..

SREEEEEEEEEEEEET! TERDENGAR BUNYI TAYAR DI DEPAN RUMAH!!

MAN!!!! MAN DAH BALIK!!!!!!!

KELIHATAN MAN TURUN DARI KERETA. MEMATIKAN ENJIN TAPI TIDAK LAMPU!

"KAK!! KAK!!!!!!!!!!!!" JERIT MAN!

AKU SAHUT DAN MEMELUK ADIKKU

"OK TAK? BLACK OUT TADI.! TERUS BALIK! RISAU!"

aku mennagis . mungkin takut. ngeri pun ada. sekeurang2 ada adik aku

man menenangkan aku.

"jom kite keluar nak. tak payah duk rumah" pelawa man.
"jom!" terus aku bersetuju!

kami naik ke atas. kerana aku nak bersiap ala kadar dan mengambil beg duit. mati karang takda ic. kene tahan polis. dah lain ceritanya

5minit kami di atas rumah.

sebaik sahaja aku siap. Man sudah bersedia di depan pintu.hendak turun ke bawah..


tiba tiba kami di sapa....
suara dari arah dapur

"NAK KE MANA ......................."

suara garau.dan besar bass nya.....



aku dan man saling berpandangan!
aku lihat man sudah menelan air liur nya.dan aku?
sudah terbau. asap kemenyan dan loceng....


terdengar bunyi benda jatuh dari atas . DAMMMMMMMMMM!!
dengan tiba tiba.,
kelihatan...
makhluk lembaga itu .. merangkak2 perlahan2 menaiki anak tangga dapur..

aku terduduk.. lemah lutut aku rasa ketka itu.dan man. hanya bersandar di daun pintu.masing2 terpaku.
walau gelap. tapi masih aku dapat lihat kelibatnya....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!!!!

makhluk itu tiba2 menghangtuk kan kepala ke lantai!!
( lantai kayu. jadi kuat bunyinya. dan kami terasa getarannya)
berkali2 benda itu menhempaskan kepala ke lantai kayu!
sambil mulutnya membaca mantera siam!!

dan buat pertama kali..

kami berdua melihat sami berkepala anjing di dalam rumah.....
muncul dengan tiba2....dari arah dapur. dan duduk bersila di atas makhluk itu.
( makhluk i dalam posisi merangkak)

Man sudah kedengaran membaca ayat kursi.
dan aku
rasa pedih sangat di hujung kaki.rasa di siat!!

"akakkkkkkkkkkkkkkkkk!!" man tiba 2 bertempik sampi tangan nya menunjuukan sesuatu!!!

YA ALLAH> rupanya.

kaki aku sedang di jilat oleh makhluk yang serupa dagn yang merangkak itu!!!!

TERASA SANGAT PANAS DAN PEDIH!!! SEMACAM DIA MENGIGIT!!!
AKU MERASA SAKIT..! LEMAH BADAN AKU!!
MAKHLUK ITU MAKIN LAJU MENGHISAP DAN MEIGIGIT IBU JARI AKU!
* PENGSAN*


ini apa yang saya nampak malam itu.( penulis aka MAN )

ah sudah! akak dah pengsan.tapi matanya terbeliak. melihat aku!

aku menjerit meminta tolong!!
sungguh . aku malam itu terpaku kaki ku.semacam tk bileh bergerak.
aku cuba untuk bergerak.

tiba tiba!! aku rasa kaki aku di tarik dengan kuat!!!
dammm!! aku tersembam.. dan jatuh .dan tertiarap di lantai bawah.
aaaaaarghh. aku mengerang kesakitan. jatuh tangga. dan aku rasa. tangan aku terseliuh. rasa pedih2

kelihatan. makhluk itu perlahan2 menuruni tangga. menuju ke aku.

aku cuba mengesot. untuk memegang tiang. untuk berdiiri. argggggh

tiba tiba. makhluk itu secara tiba2 melompat dan menindih badan aku!!!!

" sial! apa ko nak!!" jerit aku.!

aku sesungguhnya tidak sanggup melihat muka mahluk itu.
betul2 berda di hadapan muka aku!
dapat aku rasakan
ulat2 dan air liur nya meleleh ke muka aku!!

dan lidahnya. megelilingi muka aku..sesekali menyentuh dagu aku!!

tangan dan kaki aku di pegang!!

dan tiba2 sami berkepala anjing itu duduk di hujung kepala aku.
bau busuk. seperti bangkai!!

aku melihatnya sami itu secara upside down.
di tangan nya. seperti tengkorak yang di pacak lilin di atasnya.
aku rasa .ya ianya tengkorak.
keadaan agak suram dan kelam
tapi aku cube melihat!

kedengaran mantera bomoh siam itu makin kuat dan tidak semena2 sami itu seakan2 bersilat di hujung kepala aku!


cenggg cenggg cenggg cenggg/ bunyi loceng!!!!!

dan makhluk itu terus menerus menindih aku
di situ sampai satu tahap
aku hanya berserah pada yang ESA

aku tak mampu nak buat apa2.

aku hanya memejam kan mata keran tak sanggup untuk melihat.
aku takut dan tak mampu berbuat apa!!!

zzzzzzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssssssss!!!!!!!!!!

tercacak keris di kepala makhluk yang menindih aku!!!
aku terkejut.!!! aku terdengar bunyi seperti besi jatuh. aku bukak mata. sebilah keris terpacak di kepala makhluk yang menindih aku.
dan seraya aku merasakan aku sudah boleh mengerakkan kaki dan tangan!!! teerus aku mengesot ke kanan dan meniarap.
dari jauh.. aku lihat. kelihatan seperti IMAM ZAIN dan beberapa orang..........

aku tak mampu untuk berjaga malam itu....aku pengsan...akhirnya...


Kisah ini di ceritakan oleh Imam Zain pada bapak aku.


"si maarof ni nampak. ada org rosakkan fius box kampung kita ni . dekat jambatan tu ha. org TNB pun cakap.ada org saja sabotaj." IZ bercakap

rupanya. malam itu. kotak fius box kampung aku sengaja di cabut2 fius2nya ( aku kurang arif bab2 elektrilk yg aku tau. memg org saja nak blackoutkan kampung tu)

"selamat aku datang. sebab aku tak sedap ati... kamu tahu ape dia nak buat pada kamu malam tadi MAn??" tanya IZ

aku geleng. tengkuk aku berasa lenguh.dan pedih..

"bomoh siam ni. dorang ada yang memuja pakai mayat yang di gali... semalam itu. dia nak tarik roh kamu. memag ikut dari segi agama kita. benda itu mustahil. tapi sihir ini dah lama ada kt muka bumi. dari zaman Nabi lagi. dia nak tarik roh kamu dan nak buatkan kamu macam si kakak"

aku dengar tak dengar kata IZ. sebab aku menahan kesakitan. tangan aku bengkak.

" Mat. orang ni org kita jugak Mat.. aku rasa. mulai malam ini. aku tidor dkt bilik bawah tu dgn budak2 ni. tak leh di biar ni Mat."

bapak mengangguk dan menjawab " kalu itu yg terbaik Zain. aku dah tak larat mende ni mengacau. penat"

sedang kami bersembang. kelihatan anak Pak Manan , Zubir baru pulang dari GiatMara.membawa motor dan memalingkan muka ke arah rumah aku.....

lazim nya. dia kalau bawak motor.memg macam pelesit. takdelak slow macam tu..
aku tba2 bercakap sndri dalam hati.

dengan tiba tiba. IZ bangun dan menjengah ke tingkap...
melihat perlakuan ZUbir...

"Astaghfirullahalazimmmm........"
dengan tiba2 IZ beristighfar.

aku mula rasa sesuatu..
dan Bapak. melihat muka aku. Muka penuh dengan tanda tanya


akan bersambung




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 03:06 PM | Show all posts
nampaknye weekend ni org ramai kua kot hahaa
takpe aku dah tulis banyk tu
nanti korg baca la

malam krg mesti tak de org
sebab tgk juara lagu kannnnnnnnnn! hahaha

esok aku sambung.

ingat. kalau rasa seram pandang belakag slow2..jangan laju2...dan alwis palingkan kepala ke arah kanan.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:11 PM | Show all posts
ak suke bace kisah ko..
cepat2 sambung xsabo da ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:30 PM | Show all posts
wei sambung je la wei....aku ada ni....
setia membaca kisah ko dari pagi lagi....
plisssss....habiskan je la kisah ko tu ptg ni jgk...
aku yg baca, aku plak rasa berdebar tahap gaban....
kalau org lain kuar ke, tgk juara lagu ke...
diaorg punya pasal laaa


aku ni...aku ni masih lagi setia ok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2013 03:52 PM | Show all posts
miss_sue1203 posted on 6-1-2013 03:30 PM
wei sambung je la wei....aku ada ni....
setia membaca kisah ko dari pagi lagi....
plisssss....habi ...

yela hahaha


aku cuba habiskan baik lah sabar. nak menaip


belanja aku KFC leh tak? hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:53 PM | Show all posts
alahaiiiii..sambung la plak...sabar menanti sambungan kisah seram [:-((]

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 03:53 PM | Show all posts
princesslulu posted on 6-1-2013 03:11 PM
ak suke bace kisah ko..
cepat2 sambung xsabo da ni

ada org yg membaca rupanaya hahahaha

haha nak smbung la ni

nak menaip jap;pp


sila belanaja saya KFC.hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 04:15 PM | Show all posts
Bestnya TT, sampai akak rasa akak dlm kejadian tt nih!!! siap bole imagine!!! seram siot!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.082463 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list