CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sokmogitu

teacher shida live @ tv9 skang

  [Copy link]
Post time 20-3-2011 01:57 AM | Show all posts
pada aku ini bukan isu@masalah thinking out of box ke tidak.. yg org tak suka tu pasal dia perempuan.. kat mana nilai-nilai kesopanan @ lemah lembut seorang perempuan kalau dipaparkan untuk tatapan semua khalayak...

it's ok kalau nak mengajar anak murid kat sekolah tu.. yg depan mata.. bila dah dlm youtube.. nak ajar sapa? kalau kat sekolah boleh tunjuk cara dan kenapa benda tu perlu..

dan tak perlu la nak "ceria" sepanjang masa kalau nak kreatif.. tunjukkan la kematangan atau serius sikit bila kena pd masanya (cth bila Siti interview)..

lepas tu tergedik-gedik depan kamera + berpakaian seperti lelaki.. itu ke ciri wanita muslim..

be matured.. and do right things at the right time.. NOT ALL THE TIME..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 03:44 PM | Show all posts
mcm sangap lebey je cikgu. gi la cari boipren.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 03:53 PM | Show all posts
siries aku geli sial tgk vdeo die
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 341# akhirizmi


   mmg ai stuju.. kecerian ker macam tuh?? aku nak gelak pon tak smpi ati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 03:58 PM | Show all posts
umur dah 39 tp masih single....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 05:23 PM | Show all posts
fikir banyak kali nak anto ank g skolah ngan cikgu gini...... malu r tgk die nyanyi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2011 06:55 PM | Show all posts
aku terhibur layan youtube cikgu shida...
dlm masa yg sama, aku pikir gak, dia tk segan eik wat mcm ni...
wat mimik muka mcm2...
ala2 suku pon ada cikgu shida ni..

apapun, caya lah cikgu shida, kerana youtube ni, cikgu shida jd fofuler....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 06:56 PM | Show all posts
opss, nk tambah sket, masa tgk kat progrm faizal ismail,
nampak gaya cikgu ni selamba jer....
tk de la nk kontrol2 ayumennnnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 07:35 PM | Show all posts
opss, nk tambah sket, masa tgk kat progrm faizal ismail,
nampak gaya cikgu ni selamba jer....:lovel ...
xixin5230 Post at 20-3-2011 18:56



    kenapa masa dgn faizal tu dia boleh hadir? tp dgn DCT dia just .. eh dia rakam kewr atau ber skype tu???   dia buat lintas langsung dgn DCT kah?... ai confuse kenapa dia tidak hadir studio


lagi satu, mana miming dia untuk lagu DCT?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 08:21 PM | Show all posts
makcik siti ni dah tembam, macam di pam2. sejibik mcm sekrah masa gomok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:21 PM | Show all posts
kenapa masa dgn faizal tu dia boleh hadir? tp dgn DCT dia just .. eh dia rakam kewr atau b ...
AuReusium Post at 20-3-2011 19:35



    dia dijemput dtg ke tak?
aku tk tgk program ct tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:22 PM | Show all posts
makcik siti ni dah tembam, macam di pam2. sejibik mcm sekrah masa gomok.
jonlabu Post at 20-3-2011 20:21


dia senang hati..sbb tu bertambah tembam...
tk pon, kalo dia ada ambik pil hormon tuk ngandung, mmg akan terserlah ketembaman...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:09 PM | Show all posts
ramai betul yg gigih back up cikgu ni yer...aku bukan nak condemn tetapi ini pandangan aku la yer..
...
cursebreaker Post at 13-2-2011 18:03


aku ter tgk si shida ni, aku pulak yg rasa malu...dan geli...how i hope kids nowadays tolong laa jangan ikut cikgu mcm ni punya tabiat, terkinja2, dan post video2 merenyeh2..
even kat y.tube pun, kalau klik jek cikgu...nah keluar jek nama dia for a few top list
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:28 PM | Show all posts
Reply 353# courtney_xo


   betul2..malu sggh nengok perangai cikgu sorang nih..syok sendiri..xtau malu..padahal dia tu seorg pendidik
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 11:34 PM | Show all posts
kalau tak sebagai guru, sebagai orng perempuan islam pun dah cukup memalukan

pada aku banyak cara lain nak tunjuk konfiden. Nak ajar English dalam nyanyian ok , tapi tak perlu buat aksi yang macam org kurang siuman dan Menjengkelkan !
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 04:12 PM | Show all posts
Sebagai seorang guru patut menjaga tingkah laku untuk mejadi contoh
yang baik pada anak murid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 04:22 PM | Show all posts
aku heran tv sibuk dok angkat cikgu shida.. takat video ting tong mengarut ntah hapa2 leh dikira talent, terus dia femes.. first video aku tgk leh gelak lagi.. masuk second dan seterusnya, terus aku rasa cikgu ni agak mental..

so sickkk ok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 04:27 PM | Show all posts
tgk kat tv9 nampak lawa gak dia ni..ckp kemain loghatnye
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 12:22 PM | Show all posts
HM dah x de modal........ muka depan lagi ko...


BOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya.

Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.


Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.


“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.


“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.


Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.

“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.


Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

“Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.


“Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.


Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah ‘masak’ dan faham perangai gila-gilanya.


“Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum,” katanya.


Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.


“Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.


“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.


Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.


“Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.


“Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu,” katanya.


Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro baru-baru ini.


Malah, rezekinya juga melimpah ruah apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie selain menjadi pelakon iklan.


“Saya juga ditawarkan menulis di dalam sebuah majalah humor. Walaupun begitu, kerjaya pendidik adalah keutamaan dan sebati dalam jiwa saya.


“Walau dianggap popular sekalipun, saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 12:37 PM | Show all posts
ish ish...sian bebudak sekolah dapat cikgu camni....ada ke bebudak sekolah yg respect ngan cikgu camni..?
dia ni takde la lawak dan menghiburkan pon..irritating and disturbing ade le...tak senonoh cam gitu pon bley angkat jadi artis ke..?senang gila nak jadi artis kat malaysia nih...just buat benda bangang secara constant and the next thing u know is u're an artist...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078711 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list