CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Jelmaan Jin: Ular, Al-'Awamir, Jinnan

[Copy link]
 Author| Post time 21-1-2014 04:16 PM | Show all posts
burungantu posted on 21-1-2014 01:01 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

terima kasih Tuan mnm77 sebab sudi jemput Uncle ke th ...

Wa 'alaikumu-s-salam wa rahmatu-llahi wa barakatuh

Terima kasih kerana sudi masuk sini dan kongsi ilmu yang bermanfaat...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2014 04:35 PM | Show all posts
hantukiller posted on 21-1-2014 02:43 PM
Assalamualaikum

Wa 'alaikumu-s-salam wa rahmatu-llahi wa barakatuh

Terima kasih kerana tuan hantukiller sudi masuk sini untuk bincang-bincang permasalahan yang menjadi kekeliruan dan keributan ini...

Mula mula kita lihat dulu beberapa makna perkataan dari huraian di atas, sila betulkan jika salah

Al-'Awamir = Ular dalam rumah
Jinnan = Jelmaan jin
Kafir = tidak beriman
Syaitan = golongan manusia dan jin yg jahat
Kufur = degil@engkar
Jin islam = jin yg telah memeluk agama islam
Di Madinah = Diseluruh pelosok madinah tak kira dirumah, digua, dibukit, dikawasan lapang, dimesjid atau disungai asal saja dalam Kota madinah(tanah haram madinah)

Ya, memang bagus kalau kita dapat sepakat tentang istilah-istilah di atas.

1. Al-'Awamir = Ular dalam rumah
-Setuju. Ada maklumat dari hadith di atas.

2. Jinnan = Jelmaan jin
-Setuju

3. Syaitan = golongan manusia dan jin yg jahat
- setuju, tetapi kena ada tambahan:
- setiap yang Syaitan itu kafir
- antara perbuatan Syaitan yang diketahui: ganggu/buat jahat/sesatkan manusia

4. Kafir = tidak beriman
-setuju, tak beriman kepada Allah atau degil/engkar/kufur kepada Allah
-kalimah 'kafir' merupakan kata nama

5. Kufur = degil@engkar
-setuju. Kalimah 'kufur' merupakan kata kerja (perbuatan).
-Perbuatan engkar kepada perintah Allah menjadikan diri sebagai kafir. Contoh Iblis kufur kepada perintah Allah, maka jadilah ia kafir.

6. Jin islam = jin yg telah memeluk agama islam
-setuju
-Jin Islam berserah diri kepada Allah, maka akan ikut perintah Allah.
-Jin kafir atau Syaitan, kufur dan tidak berserah diri kepada Allah

7. Di Madinah = Diseluruh pelosok madinah tak kira dirumah, digua, dibukit, dikawasan lapang, dimesjid atau disungai asal saja dalam Kota madinah(tanah haram madinah)

Yang nombor 7 ni kurang jelas, apa maksud saudara?

Siapakah yg boleh jadi Al-'awamir? tentulah ular itu sendiri, atau kadangkala jin, tetapi kalau jemlaan jin, memanglah takkan dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa, dan takkan mematuk pun!

Al-'Awamir boleh jadi binatang ular, atau jelmaan bentuk ular dari Jin Islam/Jin kafir. Pada pandangan mata manusia, nampak sebagai Ular.

Jika Al-'Awamir itu dari Jin, ia juga boleh patuk dan bunuh manusia sepertimana binatang ular, bila diizinkan oleh Allah.
Bila Jelmaan ini mempunyai ciri-ciri sebagai ular, ia juga boleh dibunuh secara fizikal.

Alamak, ada hal la pulak, bye

Ok... bila sempat boleh sambung...


Last edited by mnm77 on 21-1-2014 04:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 04:37 PM | Show all posts
hantukiller posted on 21-1-2014 02:43 PM
Assalamualaikum

Waalaikumussalam warahmatullah..





Assalamualaikum


Mula mula kita lihat dulu beberapa makna perkataan dari huraian di atas, sila betulkan jika salah

Al-'Awamir = Ular dalam rumah
Jinnan = Jelmaan jin
Kafir = tidak beriman
Syaitan = golongan manusia dan jin yg jahat
Kufur = degil@engkar
Jin islam = jin yg telah memeluk agama islam
Di Madinah = Diseluruh pelosok madinah tak kira dirumah, digua, dibukit, dikawasan lapang, dimesjid atau disungai asal saja dalam Kota madinah(tanah haram madinah)


Siapakah yg boleh jadi Al-'awamir? tentulah ular itu sendiri, atau kadangkala jin, tetapi kalau jemlaan jin, memanglah takkan dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa, dan takkan mematuk pun!

Alamak, ada hal la pulak, bye




Maaf Tuan,

Merujuk kisah yg diceritakan Abu Said Al Qudri R.A......Sahabat yg meninggal di rumah ketika Perang Khandak tu.....dia nampak ULAR...(dlm rumah..sebabkan Isteri dia lari keluar..pengantin baru ni! )

& apabila sahabat tsbt bunuh ular tu, dia juga terbunuh!


ini buktikan...1. Al Awamir ...BOLEH DILIHAT

                     2. Boleh dibunuh secara fizikal.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 04:43 PM | Show all posts
" BOLEH" dibunuh di sini...bermaksud  " tak mustahil"......sebab....Sahabat Ahli Khandak R.A tersebut telah pun berjaya bunuh ular tersebut secara fizikal (dgn lembing.....sedang lembing tu Rasullullah s.a.w sendiri yg suruh dia bawak! )


& apabila dia terbunuh (pastinya secara yg BUKAN BIASA ...kalau kena patuk...itu biasa!.... )..sebab pelik, maka sahabat minta Rasullullah s.a.w doakan dia dihidupkan semula.


Tapi, Rasullullah s.a.w minta Para Sahabat mendoakan agar Sahabat yg meninggal ni diampunkan dosanya?

& Selanjutnya Rasullullah s.a.w ceritakan kisah Al Awamir!


Boleh tak kalau ikut fahaman Uncle....."Al Awamir" ni dlm kes ni tak dipersalahkan sebab duk dlm rumah tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 04:55 PM | Show all posts
burungantu posted on 21-1-2014 04:43 PM
" BOLEH" dibunuh di sini...bermaksud  " tak mustahil"......sebab....Sahabat Ahli Khandak R.A tersebu ...

Setuju dengan uncle.

Tapi, Rasullullah s.a.w minta Para Sahabat mendoakan agar Sahabat yg meninggal ni diampunkan dosanya?

& Selanjutnya Rasullullah s.a.w ceritakan kisah Al Awamir!

Benar.

Ada bahagian terjemahan yang tertinggal, saya dah edit (masukkan) bahagian yang tertinggal itu.. pasal Rasulullah minta para sahabat mendoakan sahabat yang meninggal dunia itu diampunkan. Terima kasih uncle

فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ ثُمَّ قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maka bersabda (Rasulullah): 'Mohonlah keampunan untuk sahabatmu itu', seterusnya bersabda lagi: Sesungguhnya di kota Madinah ini ada Jinnan  yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) daripada mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari ia tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia, kerana itu adalah Syaitan'

Boleh tak kalau ikut fahaman Uncle....."Al Awamir" ni dlm kes ni tak dipersalahkan sebab duk dlm rumah tu?

Pada kefahaman saya, pada zaman Nabi ada Al-'Awamir yang baru masuk Islam di Madinah, yang masih lagi tinggal dalam rumah manusia dan menjelma dalam waktu-waktu tertentu. Al-'Awamir yang baru peluk Islam ini kena diperintahkan supaya keluar, atau setidak-tidaknya beri izin 3 hari (jika mahu beri izin). Dia akan taat jika ia benar-benar Islam.

Dia tak salah sebab dia baru Islam, mungkin masih jahil, kerana sebelum tu dia belum Islam dan memang menjelma ganggu manusia. Maka sebab itu Rasulullah perintah beri izin tinggal selama 3 hari, atau dengan amaran 3 kali supaya keluar, sebagai pengajaran kepadanya, supaya faham dia tak boleh tinggal dan menjelma dalam rumah manusia. Yang engkar, tentu saja yang bukan Islam.

Boleh ke macam ni uncle?


Last edited by mnm77 on 21-1-2014 04:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 04:57 PM | Show all posts
Alhamdullillah

Yg ni Uncle nak tanya Tuan mnm77 sendiri juga sesiapa yg mahir lurgah Arab...

Perkataan Al Awamir ni memang kita faham....bermaksud "Ular yg duk dlm rumah" sebab ada takrifan drp Al Hadith...


Dari sudut bahasa Arab...Al Awamir...ni asal drp   AMR   ..dgn "AIN" (bukan dgn Alif...dgn Alif....Amr..."perintah" )

AMR dgn Ain....jadi maksud..." yg tinggal (menetap), ".(inhabited)...


adakah ini membawa maksud......rumah itu memang tempat tinggal dia (si Jin yg berupa ular)  ?
(maka sebab tu dia tak dipersalahkan?)


sesiapa boleh jelaskan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2014 05:31 PM | Show all posts
burungantu posted on 21-1-2014 04:57 PM
Alhamdullillah

Yg ni Uncle nak tanya Tuan mnm77 sendiri juga sesiapa yg mahir lurgah Arab...


Saya rasa unlce lebih mahir lughah bahasa Arab berbanding saya...

Perkataan Al Awamir ni memang kita faham....bermaksud "Ular yg duk dlm rumah" sebab ada takrifan drp Al Hadith...
Ok

Dari sudut bahasa Arab...Al Awamir...ni asal drp AMR ..dgn "AIN" (bukan dgn Alif...dgn Alif....Amr..."perintah" )

AMR dgn Ain....jadi maksud..." yg tinggal (menetap), ".(inhabited)...

Macam 'Umur' (ain mim ra)? Berumur..... menetap dalam jangka masa yang panjang... mungkin kalau ada yang pakar bahasa Arab boleh ulas?

adakah ini membawa maksud......rumah itu memang tempat tinggal dia (si Jin yg berupa ular) ?
(maka sebab tu dia tak dipersalahkan?)

sesiapa boleh jelaskan?

Ni kefahaman saya lah.... Al-'Awamir tu yang kafir sahaja yang berpanjangan menetap di rumah-rumah kediaman manusia. Dan sebab tu mereka diberi nama Al-'Awamir... yang berpanjangan menetap? Memang salah bila mereka menetap dalam rumah kediaman manusia... oleh kerana mereka kafir, mereka tak kisah mereka buat salah.

Namun, pada zaman Nabi, di Madinah, yang kafir dari kalangan Al-'Awamir pun ada yang peluk Islam, berkat dakwah Rasulullah SAW.... jadi kepada yang baru peluk Islam ni kena beri peluang kepada mereka untuk keluar.... sebagai tanda mereka Islam, berserah diri, dan beriman pada Allah dan Rasul.

Bunuh Al-'Awamir yang baru masuk Islam, sama seperti bunuh seorang Muslim, maka menjadi kesalahan. Oleh kerana sahabat muda tersebut tak tahu ular itu merupakan jelmaan Jin yang dah masuk Islam, maka dia tak tanggung dosa membunuh sebab tak sengaja, namun dari kisah ini kita dapat tahu berdosa membunuh Jin Islam, dan sebab itu nabi minta para sahabatnya pohon keampunan kepada sahabat muda tersebut.

Boleh terima tak penjelasan yang macam ni?

WAllahu a'lam








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 06:32 PM | Show all posts
Menarik juga..

Umur--> Awamir --> ular yang tinggal lama dalam rumah

Hayat = hidup berumur (umur)

Hayyat --> hidup-hidup ---> sesuatu yang hidup bergerak-gerak = ular (dalam bahasa Arab)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 06:33 PM | Show all posts
Terima kasih...huraian yg cantik Tuan mnm77


Ini pendapat peribadilah......Uncle berpandangan...Al Awamir bukan sja meliputi yg bersifat Ular.....tapi...ada juga byk jin , yg tak menujukkan sifat fizikal, tapi tinggal lama (spt kata Tuan mnm..."ain mim ra...umur) dlm rumah ...disebut juga Al Awamir...

(maksudnya....kata "al awamir" bukan sebab "ular"nya...tapi sebab "tinggalnya"(menetapnya) )



Sedang...Uncle jumpa banyak Hadith hadith yg menyuruh bunuh Ular....& Hadith Abu Said Al kudri R.A ni menyatakan "perintah baru "...utk tak semberono /terus sja ..bunuh ular, tapi perhatikan dulu....takut takut ianya Al Awamir (Jin).....& kalaupun Al Awamir...bunuh juga kalau Al Awamir tu kafir...

& Uncle juga lihat  penekanan pada "bahaya " ular juga ...

Uncle kopi paste satu keterangan yg uncle jumpa di internet...

Alhamdulillah.
There is the Hadith which states that some snakes are jinnand this hadith is authentic.
Dealing with the Hadith you mentioned sister.
Shaikh Salman Al-Auda (H) gave the following explanation:
Answered by the Fatwa Department Research Committee -chaired by Sheikh `Abd al-Wahhab al-Turayrî
Al-Nawawî writes about this hadîth in his commentary onSahîh Muslim, entitled al-Minhaj:
This is a call from the Prophet (peace be upon him) to killthese types of snakes.
Some scholars said the Muslim may kill any snake, except forwhat is found in the houses of Madînah.
Other scholars said the exception is for snakes found inhouses, whether in Madînah or elsewhere. These should not be killed as ageneral rule.
However, the types of snakes mentioned in this hadîth shouldbe killed wherever they are found.
The reason for killing such snakes is as said in the hadîth,they may cause miscarriage. This is because when a woman sees them, she will befrightened and may lose her pregnancy due to the fear.
Al-Nawawî also discusses the question of blindness, Hementions that some people take this literally, that merely looking at the snakecan expose someone to the danger of blindness, while others take it as aconsequence of a snake’s attack. Al-Nawawî writes:
In this regard, there are two sayings for the people ofknowledge; the first was mentioned by al-Khattabî and others that these snakeshave the ability of causing blindness merely by looking at them for aremarkable ability Allah has made in their sights if confronted by the human’ssight. This is supported by the narration of Muslim that these snakes “stealhuman sight". The other saying is that these snakes will threaten thehuman’s sight by stinging or biting.
He finally seems to make a reference to the spitting cobra(a snake he calls al-nazir). The term “spitting cobra” refers to a number ofsnakes of the genus Naja that can project their venom and often aim for theeyes. If its venom reaches the eyes, it can sometimes be fatal for the victim,but it usually causes permanent blindness.
Also, the The Rinkhals cobra (Hemachatus haemachatus), whichdoes not belong to the genus Naja, is closely related and can spit venom. TheRinkhals is one of the most effective venom spitting snakes.
And Allah knows best.
From a Medical Perspective:
"Abortions and deaths in fetuses and infants after amother has been bitten are not unusual. Seneviratne et al reported that nearly30% of the envenomed pregnant mothers had a spontaneous abortion...Dunnihoo etal noted that of 30 reports with some detailed information available, 6spontaneous abortions, 7 fetal deaths, and 1 elective abortion occurred, whichis a 43% fetal wastage occurrence (excluding the elective abortion).

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 11:45 AM | Show all posts
Aku pun pelik lah, sebab banyak pulak hadis yg macam sama tapi tak sama, ada manupulasi



إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
Sesungguhnya di Madinah ada dari golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Al-'Awamir maka hendaklah memberi izin (mengarahkan keluar) sebanyak tiga kali. Jika selepas itu (enggan keluar) bolehlah dibunuhnya kerana ia adalah Syaitan.
(Sahih Muslim)

إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ
Sesungguhnya di Madinah ada jin yang telah menganut agama Islam. Sesiapa dari kamu yang melihat mereka hendaklah memberi izin tiga hari
(Sahih Muslim)


قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌو

“sesungguhnya di Madinah ini (terdapat) jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari.

Jika ternyata kepada kamu selepas itu maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.



Nak pakai yg mana, suka hatilah ye, al maklum hadis ni pun tak de sapa yg pelihara


Cuma aku tetap pakai yg akhir tu, sebabnya ialah jin islam takkan jadi Al-'awamir, golongan jin yg menyerupa(jinnan)  ular  dan binatang binatang lain biasanya golongan jin kelas bawahan terutama orb(dewa). dan kadangkala dari golongan kedua dari bawah yg dikenal sebagai ghost(hantu-hantu)... kalau mereka dah menyerupa nih, kat mana pun mereka ikut rupa tu juga. Tapi tetap takkan dapat dilihat oleh MATAKASAR MANUSIA.

Syaitan jin dalam tubuh manusia(dari kedua dua  golongan jin bawahan) kadangkala banyak juga dalam bentuk ular nih. Dah dia suka nak rupa macam tu, ye biarlah



Tapi tak pernah pulak ada syaitan jin dalam bentuk ular nih, yg begitu banyak jumlahnya dalam tubuh manusia atau dalam rumah manusia di Malaysia mematuk manusia dan bisanya meracuni tubuh manusia sehingga membunuh.

Kalau ada pun yg mematuk, ialah ular sebenar dalam rumah (Al-Awamir), yg didalam tubuh ular tersebut pun boleh jadi ada jin yg menguasainya(jin boleh menumpang dalam tubuh binatang jugaak)


Semua jin yg berada di alam manusia, tak kira dalam tubuh manusia, dalam tubuh binatang peliharaan manusia, dalam rumah manusia atau apapun keberadaannya dalam lingkungan manusia, dipanggil syaitan, sebab tiada lain tujuannya selain untuk menyesatkan manusia tersebut. Walaupun Agamanya islam, dan masih dengan rupanya yg asal(bertanduk) tapi jika keberadaannya dalam lingkungan manusia, tetap ianya syaitan kerana menyesatkan juga.

Jin islam atau jin bukan islam yg baik(bukan syaitan) tidak akan berada dalam lingkungan manusia pun.


Manusia islam yg jahat, membunuh, minum arak, merogol dan sebagainya pun dipanggil syaitan, tetapi tidak jadi kafir selagi masih beriman pada Allah dan rukun islam lainnya.

Kesimpulannya, syaitan pun ada yg islam tak kira ianya jin atau manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 12:29 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-1-2014 11:45 AM
Aku pun pelik lah, sebab banyak pulak hadis yg macam sama tapi tak sama, ada manupulasi

Bukan ada manipulasi, kena faham kenapa hadith tu, ada pengecualian sebab-sebab tertentu yang dijelaskan menerusi hadith penuh dan hadith-hadith lain yang berkaitan. Bila AMBIK SEKERAT saja, tu yang salah faham!

Nak pakai yg mana, suka hatilah ye, al maklum hadis ni pun tak de sapa yg pelihara

Ni lah masalahnya, bila tak faham hadith, ambik jalan mudah, TOLAK hadith dengan alasan tak de sapa pelihara. Macam ANTI-HADITH la pulak

Kesimpulannya, syaitan pun ada yg islam tak kira ianya jin atau manusia

Kalau dah tolak hadith kata tak de sapa pelihara, JANGAN AMBIL HADITH SEKERAT lalu kata ada Syaitan yang Islam.

Ni Al-Quran yang DIPELIHARA, kata Syaitan tu sangat KUFUR kepada Tuhannya. Iblis tu kafir. Kalau nak kata Syaitan tu ada yang Islam dan beriman, sila buktikan dari Al-Quran, jika kamu dah tolak hadith

كَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا
Dan adalah syaitan itu terhadap Tuhannya sangat kufur (Al-Isra, 27)

Surah Al-Baqarah
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan yang kafir. (34)

وَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Dan Kami berfirman: "wahai Adam tinggallah kamu dan isterimu dalam syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. (35)

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَـٰنُ عَنۡہَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ‌ۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬
Lalu kedua-duanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan". (36)

Sila buktikan dari Al-Quran, jika kamu benar, bahawa Syaitan itu ada yang Islam menurut dakwaan kamu!

Last edited by mnm77 on 22-1-2014 12:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:36 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-1-2014 12:29 PM
Bukan ada manipulasi, kena faham kenapa hadith tu, ada pengecualian sebab-sebab tertentu yang dije ...

Sungguh benar segala ayat Allah tersebut.


Tetapi perlu di ingat, tidak ada satu pun perkataan Allah tersebut mengatakan 'SETIAP@SEMUA SYAITAN HANYA YG KAFIR'  atau 'SESUNGGUHNYA SETIAP YG BERIMAN TAKKAN MENJADI SYAITAN',


TAK ADA!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 12:37 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-1-2014 11:45 AM
Manusia islam yg jahat, membunuh, minum arak, merogol dan sebagainya pun dipanggil syaitan, tetapi tidak jadi kafir selagi masih beriman pada Allah dan rukun islam lainnya.

Salah tu, orang Islam yang jahat TAK BOLEH dipanggil Syaitan.... kalau nak kata ada perangai macam Syaitan, mungkin boleh

Syaitan tu yang kafir dan buat jahat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 12:39 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-1-2014 12:36 PM

Sungguh benar segala ayat Allah tersebut.


Tetapi perlu di ingat, tidak ada satu pun perkataan Allah tersebut mengatakan 'SETIAP@SEMUA SYAITAN HANYA YG KAFIR'  atau 'SESUNGGUHNYA SETIAP YG BERIMAN TAKKAN MENJADI SYAITAN',


TAK ADA!!!!!!!!!!!!!

ADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

كَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا
Dan adalah syaitan itu terhadap Tuhannya sangat kufur (Al-Isra, 27)

Kufur kepada Tuhan jadi KAFIR. Iblis kufur kepada Allah, jadilah ia KAFIR. Adakah kamu juga tolak ayat Al-Quran setelah tolak hadith?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:47 PM | Show all posts
أنه دخل على أبي سعيد الخدري فيبيته قال فوجدته يصلي فجلست أنتظره حتى يقضي صلاته فسمعت تحريكا في عراجين فيناحية البيت فالتفت فإذا حية فوثبت لأقتلها فأشار إلي أن اجلس فجلست فلما انصرفأشار إلى بيت في الدار فقال أترى هذا البيت فقلت نعم قال كان فيه فتى منا حديث عهدبعرس قال فخرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى الخندق فكان ذلك الفتىيستأذن رسول الله صلى الله عليه وسلم بأنصاف النهار فيرجع إلى أهله فاستأذنه يومافقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم خذ عليك سلاحك فإني أخشى عليك قريظة فأخذالرجل سلاحه ثم رجع فإذا امرأته بين البابين قائمة فأهوى إليها الرمح ليطعنها بهوأصابته غيرة فقالت له اكفف عليك رمحك وادخل البيت حتى تنظر ما الذي أخرجني فدخلفإذا بحية عظيمة منطوية على الفراش فأهوى إليها بالرمح فانتظمها به ثم خرج فركزهفي الدار فاضطربت عليه فما يدرى أيهما كان أسرع موتا الحية أم الفتى قال فجئنا إلىرسول الله صلى الله عليه وسلم فذكرنا ذلك له وقلنا ادع الله يحييه لنا فقالاستغفروا لصاحبكم ثم قال إن بالمدينة جنا قد أسلموا فإذا رأيتم منهم شيئا فآذنوهثلاثة أيام فإن بدا لكم بعد ذلك فاقتلوه فإنما هو شيطان

Huraiannya:

Abu Saib pergi menziarahi Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ’anh, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Abu Saib tiba, Abu Sa’id al-Khudri sedang bersolat. Mahu tidak mahu, Abu Saib terpaksa menunggu sehingga Abu Sa’id al-Khudri r.a selesai  mengerjakan solat.

Semasa sedang menunggu itu, Abu Saib mendengar sesuatu yang bergerak dalam timbunan pelepah tamar, yang terletak di satu penjuru rumah Abu Sa’id al-Khudri. Abu Saib yang segera menoleh ke arah timbunan pelepah tamar itu terkejut, bila mendapati bunyi pergerakan itu rupa-rupanya datang dari seekor ular! Apalagi, Abu Saib segera menerpa ke arah ular itu untuk membunuhnya. Namun, sebelum sempat beliau berbuat demikian, Abu Sa’id al-Khudri r.a segera memberikan isyarat kepada beliau supaya duduk dan membiarkan saja ular tersebut. Akur dengan isyarat itu, Abu Saib duduk dan membatalkan niatnya untuk membunuh ular tersebut.

Malang pengantin baru (sambungan dari hadith)
Setelah ular itu beredar, Abu Sa’id al-Khudri r.a menunjukkan dengan jarinya ke arah sebuah rumah yang berdekatan, sambil berkata kepada Abu Saib, “engkau nampak rumah itu?”. “Ya, saya Nampak”, ujar Abu Saib.
“Sebelum ini, rumah itu didiami oleh seorang pemuda yang baru berkahwin”, kata Abu Sa’id al-Khudri memulakan ceritanya tentang kisah pemuda tersebut.

Cerita ini bermula apabila pemuda tersebut turut serta dalam perang Khandak yang dipimpin Rasulullah s.a.w, bersama-sama  dengan Abu Sa’id al-Khudri dan para sahabat yang lain. “Ketika kami semua berada di medan perang Khandak, pemuda tadi meminta izin Rasulullah s.a.w untuk pulang ke rumahnya sekejap, ketika separuh hari sudah berlalu. Setelah diizinkan, dia pun pulang menemui isteri yang baru sahaja dikahwininya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri.

Cerita ini mula menuju ke kemuncaknya apabila suatu hari, pemuda tadi sekali lagi meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Maklumlah, beliau baru sahaja berkahwin dan dalam masih dalam tempoh ‘bulan madu’. Rasulullah s.a.w yang memahami situasi pemuda ini, tidak keberatan membenarkannya pulang, meskipun umat Islam ketika itu berada di medan perang.
Tapi, kali ini, Rasulullah seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas si pemuda.
Tidak seperti sebelum ini, iaitu semasa si pemuda meminta izin untuk pulang pada kali pertama, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya, “bawalah sekali senjata mu kerana aku bimbang Bani Quraizah (salah satu puak Yahudi) mengancam keselamatanmu”.

Sebaik sahaja mengambil senjatanya seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w, si pemuda terus beredar pulang bagi menemui isteri yang dirinduinya. Sebaik tiba di rumahnya, si pemuda tiba-tiba diresapi kemarahan yang meluap-meluap, sehingga mengacukan lembing ke arah isterinya, seolah-olah mahu menikamnya. Kebetulan, semasa dia tiba di rumahnya, dia melihat isterinya berdiri di pintu rumah. Oleh kerana isterinya itu baru sahaja dikahwini, dan tiada sebab untuknya berdiri di pintu rumah, sementelahan pula dia tiada di rumah kerana berjuang di medan perang, si pemuda merasa sangat cemburu. Dengan sebab itulah dia mengacukan lembingnya ke arah isterinya.

“Sabar bang, simpanlah dulu lembing abang itu!”, rayu si isteri. “Marilah masuk ke dalam dulu, biar abang tengok sendiri apa yang menyebabkan saya keluar”, pujuk si isteri. Si pemuda terus masuk ke dalam rumah dan beliau terkejut bila melihat seekor ular yang sangat besar, yang sedang berlingkar di atas katil!

Dendam ular (jelmaan Jin)
Tanpa berfikir panjang, si pemuda terus menikam ular tersebut. Tikamannya menyebabkan ular mengelepar sambil menyerang dan menerkam si pemuda. Kesudahannya, si pemuda dan ular yang ditikamnya, mati.
“Tidak diketahui siapa yang mati terlebih dahulu, si pemuda atau pun ular yang ditikamnya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri r.a lagi.

Peristiwa tragis yang menimpa si pemuda pengantin baru itu, menimbulkan persoalan dan misteri, disamping rasa simpati di kalangan para sahabat. Bagi menyingkap tabir misteri yang menyelubungi kematiannya, para sahabat pergi menemui Rasulullah s.a.w bagi menceritakan apa yang berlaku. “Berdoalah kepada Allah, wahai Rasulullah semoga Allah menghidupkannya kembali”, rayu para sahabat kepada Nabi s.a.w kerana begitu menyayangi si pemuda dan bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya dan juga isterinya.

Nabi Muhammad s.a.w tidak memenuhi permintaan para sahabat, sebaliknya meminta mereka memohon ampun bagi si pemuda.

“Pohonlah ampun dari Allah untuk sahabat kamu itu”, sabda Baginda kepada mereka semua. Merungkai misteri kematian si pemuda, Nabi s.a.w bersabda, “sesungguhnya di Madinah ini (terdapat) jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari.

Jika ternyata kepada kamu selepas itu  maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:52 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-1-2014 12:39 PM
ADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

كَانَ ٱل&#1 ...
كَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا
Dan adalah syaitan itu terhadap Tuhannya sangat kufur (Al-Isra, 27)

Kufur kepada Tuhan jadi KAFIR. Iblis kufur kepada Allah, jadilah ia KAFIR. Adakah kamu juga tolak ayat Al-Quran setelah tolak hadith?
aku KATA perkataan SETIAP@SEMUA SYAITAN

Iblis memanglah kafir, tapi kafirnya Iblis tidak sama dengan kafirnya manusia. Malah ramai jin dan manusia kufur tapi tidak kafir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2014 12:52 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-1-2014 11:45 AM
Aku pun pelik lah, sebab banyak pulak hadis yg macam sama tapi tak sama, ada manupulasi



  Simple je Tuan.....

Uncle bagi Formula ....


      SETIAP YG SYAITAN ITU MESTILAH KAFIR
             TAPI BUKAN SEMUA YG KAFIR ITU  SYAITAN.



( betul tak Tuan mnm77     )


spt....

SETIAP KUCING ITU MESTIAH BINATANG
     TAPI BUKAN SEMUA BINATANG ITU KUCING







Setiap Rasul Alaissalam adalah NABI
    Tapi bukan semua Nabi Itu RASUL.
..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:57 PM | Show all posts
Dia ni macamnilah.....

kalau kita buat sekil



      Waliyullah<-------------insan/Jin-----"haiwan"--------> Syaitan




"haiwan" - maknawi










SYAITAN.....yg terburuk   (hujung terburuk )


Hujung terbaik.....tak boleh jadi "MALAIKAT "...sebabmalaikat "tiada nafsu" & bukan yg terbaik....

Kalau ikutkan yg terbak munkin "AL INSAN AL KAMIL ".....tapi...itu pun...tak tercapai...Al INSAN ALKAMIL hanyalah seorg iaitu Rasullullah Muhammad s.a.w




perkara ni dah disebut Tuan Dzul dlm tajuk evolusi    @Dzulqarnain


Last edited by burungantu on 22-1-2014 01:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 01:06 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-1-2014 12:37 PM
Salah tu, orang Islam yang jahat TAK BOLEH dipanggil Syaitan.... kalau nak kata ada perangai macam ...
Salah tu, orang Islam yang jahat TAK BOLEH dipanggil Syaitan.... kalau nak kata ada perangai macam Syaitan, mungkin boleh

Syaitan tu yang kafir dan buat jahat.
Kalau orang islam sanggup menjadi pengebom berani mati membunuh orang tidak berdosa, menjadi pemfitnah atau apapun perbuatan jahat, mereka dipanggil syaitan, bukan perangai syaitan. Syaitan jin tak bunuh jin, syaitan jin tak fitnah jin, syaitan jin TAK jadi pengebom berani mati kepada jin lainnya. Tapi syaitan jin akan terus terusan kacau manusia supaya manusia terus terusan bercakaran, sesat, sakit dan sebagainya.


Setiap nabi aku jadikan musuh musuh dari syaitan syaitan manusia dan jin
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 01:15 PM | Show all posts
burungantu posted on 22-1-2014 12:52 PM
Simple je Tuan.....

Uncle bagi Formula ....
  Simple je Tuan.....

Uncle bagi Formula ....


      SETIAP YG SYAITAN ITU MESTILAH KAFIR
             TAPI BUKAN SEMUA YG KAFIR ITU  SYAITAN.


( betul tak Tuan mnm77     )


spt....

SETIAP KUCING ITU MESTIAH BINATANG
     TAPI BUKAN SEMUA BINATANG ITU KUCING







Setiap Rasul Alaissalam adalah NABI
    Tapi bukan semua Nabi Itu RASUL...
Kat mana tuan dapat bukti setiap syaitan itu kafir? boleh bagi sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073629 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list