CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: runaway_dida

MBC : Shopping King Louie ( Seo In Guk,Yoon Sang Hyun,Nam Ji Hyun,)

[Copy link]
Post time 16-11-2016 05:03 PM | Show all posts
Syik_Gojet replied at 16-11-2016 05:01 PM
dah habis tgk lum..

iols laptop dah arwah.. tak leh hantar review.. huhu..

ep 16 br start sikit uols ahaha
alahai siannye dh arwah... mmg stress la htr review cane kalau xde laptop kan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2016 06:20 PM | Show all posts
hi all! drama dah habis bru nk chek in
nampaknya drama ni kurang femes dkt cari ni, berentap plk dgn drama2 lain pada slot yg sama. tp best sgt drama ni sbb lain dari yg lain...mmg tertunggu2 sejak sblm siar lagi sbb minat seo in guk blakon.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 07:49 PM | Show all posts
Edited by tuna_sandwic at 16-11-2016 08:19 PM

Dah siap aku nye review.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama:  8.5 + 9.5 + 9.5   + 3.5   + 2 = (8.25 /10)

1. Cerita  (8.5/10)
   
Penat melayan genre yang berat seperti saeguk dan thriller? Jom kita hayati kisah ringan ini. Semua cliché yang anda mahukan ada di dalam drama ini.


Pada mulanya tuna tidak yakin untuk menonton cerita ini kerana jalan cerita yang  simple giler serta para pelakonnya bukanlah tuna minat sangat. Boleh tak kalau tuna katakan Seo In guk bukanlah jejaka idaman di dalam drama tontonan tuna? Hahahahahaha… I just don’t like him without any reason.


Yoon Sang Hyun punya pasal la tuna tengok citer ni. I’ve been loving him since Secret Garden dan penampilannya di dalam pelbagai drama lain tidak pernah gagal menarik perhatian tuna.


Sebuah drama ringan, ringkas, all the cliches you want. Kisah cinta orang kaya dan orang miskin, jejaka tampan dengan gadis kampung, gadis kampung digilai ramai jejaka hebat/kaya, hilang ingatan, gedik, love at first sight, semuanya lengkap.


Kang Ji Sung (Louie) cucu orang kaya yang manja hilang ingatan akibat kemalangan yang dirancang tapi berlaku tanpa dirancang. Fuhhhh… macamana tu? Saksikan sendiri dari awal hingga akhir. Jangan miss tau!


Setelah dirompak dan kehilangan wang sewaktu tiba pertama kali di Seoul, Bok Shil ditemukan dengan Mr Cha yang membeli ginsengnya serta menjaga Louie yang hilang ingatan.

Nasib Bok Shil bertuah kerana berjaya mendapat pekerjaan sebagai cleaner di syarikat Mr Cha sehingga akhirnya Bok Shil dilantik sebagai pekerja di department Mr Cha. Cliché kan? Tapi… ahhh.. abaikan saja dulu.


Istimewanya pelbagai plot menarik untuk mengelakkan Louie daripada dijumpai oleh nenek Louie telah digagalkan oleh isteri Mr Baek. Sebenarnya, kemalangan Louie adalah angkara Mr Baek yang sengal dan sering gagal di dalam pelaksanaannya.


Louie seolah-olah ada 9 nyawa gitu. Cliché lagi? Ahahahaha. Usah khuatir kerana anda pasti akan terpikat dengan Mr Baek dan isterinya.


Jo In Sung dengan ibunya pula bertindak sebagai penjaga Bok Shil dan Louie yang pada mulanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan Bok Shil. Namun akhirnya  merekalah yang banyak membantu kelancaran kehidupan Bok Shil dan Louie.


Drama ini diakhiri dengan pertemuan semula Bok Shil dan adiknya Bok Nam yang disangka mati di dalam kemalangan yang melibatkan Louie. And they live happily ever after. Simple sangatttt.


Untuk menghiburkan hati yang lara, pasti drama ini dapat mengubat jiwa anda. Jangan lepaskan drama ini!



2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)

Banyak watak untuk drama ini. Termasuklah watak-watak tambahan yang membantu menceriakan suasana. Di antara watak yang menjadi daya tarikan:

1.   nenek Louie (tagline My Precious pasti membuat anda terbayangkan Smigeol.. dah la ada rupa Smigeol),
2.   pembantu peribadi Louie iaitu Mr Kim (perangai robotnya memang nampak sangat robot),
3.   pembantu nenek Louie (kusangkakan beliau ini jahat sebab berpakat dgn Mr Baek.. meskipun watak biasa tapi ada sesuatu yang menarik),
4.   isteri Mr Baek (anda pasti tak tahan tengok memek muka dan suara bodoh bodoh alang beliau… cute),
5.   Ma Ri anak Mr Baek (gadis cantik ini buat tuna tak lepas mata memandang… watak yg simple tapi suka tengok dia),
6.   In Sung dan ibunya (kedua watak sengal yang banyak buat hal tapi memberi impak besar…)
7.   nenek pencuri yang gagah perkasa (I have full respect for this nenek if she really does all the action)
8.   Abam polis… hensem nye jejaka ini. Ditampilkan seperti model. Watak yang biasa tetapi teknik lakonan serta directing yang bagus berjaya menghasilkan aura pada watak ini.


Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie (Best Actor)
Siapa sangka jejaka tampan ini boleh membawakan watak bodoh alang si Louie yang hilang ingatan. Selalu tengok dia dalam drama berat dan tak berminat langsung nak tengok. Tetapi dalam drama ini, dia beraksi manja, cute macam penguin, dengan mainan mata, gerak bibir, gaya jalan terkedang kedang. Arghhhh… siapa tidak rasa rawan melihat kenaifan Louie yang pandai memujuk. Kalau tuna jadi Bok Shil atau Mr Cha pun pasti kalah dengan pujuk rayunya meskipun banyak tingkah lakunya bukan saja bisa membuat jantung gugur malah muflis beratus kali. Cuma pada beberapa episod akhir, wataknya agak kurang menangkap.

Nam Ji Hyun as Go Bok Shil  
Rasanya tuna tak pernah lagi menonton gadis ini berlakon di dalam mana-mana drama. Penampilan pertama sebagai gadis dari hutan sememangnya menarik perhatian tuna.  Sesuai sangat sebagai gadis kampung. Senyuman beliau memang menarik. No wonder Louie jatuh cinta. Sebab saya pun jatuh cinta dengan senyuman beliau. Terserlah kesabaran melayan kerenah Louie, kenaifan sebagai gadis kampung yang berhijrah ke bandar, kejujuran dan kebaikan budi pekerti beliau.



Yoon Sang Hyun as Mr Cha  
Watak yang dibawakan kali ini tiada sebarang kelainan yang istimewa. YSH nampaknya masih suka menerima watak yang biasa biasa saja. Berbeza dalam drama Gap Dong yang menonjolkan skil lakonan beliau yang versatil. Untuk drama ini, beliau masih diperingkat OK dan hampir sempurna. Tuna terbayang beliau di dalam Ms Temper & Nam Jung Gi. Hampir sama cara pembawakannya. Namun tuna tetap menyukai beliau dari dulu.


Pencalonan:
·         ·        Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie –Pencalonan Best Actor


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)

Genre romantic comedy kali ini ternyata berjaya. Meskipun drama ini biasa biasa saja tetapi director berjaya mengekalkan momentum untuk tuna teruskan menonton dengan aksi over-acting si Louie, In Sung dan emaknya, bini Mr Baek, nenek Louie dan hampir ke semua pelakon tambahan di dalam drama ini.


Skripnya juga agak bagus dan disusun dengan baik bersesuaian dengan jalan cerita. Very simple yet entertaining.

Apa yang memberikan kelainan ialah icon icon cute (maaf le tak reti namanya) yang sering diletak di atas para pelakon selain bunyi latar yang kelakar untuk setiap scene memang buat kita tak kering gusi.


Garapan bromance antara Louie dengan In Sung serta Louie dengan Mr Cha sangat memberi kesan sehingga ia menenggelamkan kisah cinta Louie dan Bok Shil.


Rasanya tak perlu buat kisah cinta Louie dan Bok Shil kerana terasa sedikit awkward berbanding plot friendship antara mereka semua yang lebih kuat.

Namun scene first kiss antara Louie dan Bok Shil di depan kedai buku sangat menarik. Rasanya director memang fokus betul kat part ni. Tak dinafikan, angle dan sentuhan tangan Louie (tiada aksi pelukan) sangat indah untuk ditonton berulang kali.

Aksi-aksi lawak Mr Baek buat jahat tak menjadi adalah paling daebakkk di dalam drama ini. Hahahahaha… kesian kat penjahat nak buat jahat tapi takut, gagal serta digagalkan memanjang.


Abam polis meskipun watak tempelan tapi diberikan kekuatan sebagai daya penarik kepada bini Mr Baek yang terpesona memandang abam polis. Good job director kerana memberikan perhatian tambahan meskipun tidak banyak.


Thumbs up untuk writer dan director yang memberikan kelainan kepada hasil kerja drama ini. Lain dari yg lain di sebalik setiap cliches yang selalunya buat tuna rasa too much.

4. Skor muzik (3.5/5)

Background muzik yang biasa saja dan sesuai dengan jalan cerita. Namun tiada yang menyengat. Muzik intro nya menarik dan rancak. Pasti terbayang Louie sekiranya mendengar lagu ini.


1.   MONSTA X - Tiger Moth(부나비) – Pencalonan Lagu Popular  

2.   Produce 101 - Pick Me (Shopping King Louie/Shopaholic Louis OST) 쇼핑왕 루이 – lagu ni buat terbayang-bayang handbag panggil Louie suruh bawa balik





5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)

Drama ini mungkin akan ditonton semula setiap kali rindu dengan gelagat terkedek kedek si Louie.

Comments

Pencalonan= Seo In Guk   Post time 17-11-2016 02:27 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 11:42 PM | Show all posts
Edited by manganini at 16-11-2016 11:50 PM
dramamania replied at 16-11-2016 06:20 PM
hi all! drama dah habis bru nk chek in
nampaknya drama ni kurang femes dkt cari ni, berentap plk ...

maybe sebab drama ni takde A-class actor.. seo in guk takde la popular sangat2, dan nam ji hyun pun kira baru first time pegang watak utama selepas sekian lama jadi child actress.. dgn skrip yg simple dan cliche sapa sangka drama ni sangat menghiburkan dan boleh capai rating 2 digit sehingga mencabar drama2 seslot dgnnya! yeahh!!




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:22 PM | Show all posts
manganini replied at 16-11-2016 11:42 PM
maybe sebab drama ni takde A-class actor.. seo in guk takde la popular sangat2, dan nam ji hyun pu ...

lawak nye mr Cha masa ni
akhirnye iols selamat khatam cite ni

yg pasti cite ni PUR-FEK!! (sebut ala2 louis)



masa scene wedding tu igt kan mula2 louis ngn bok sil yg nak kawen..rupanye assistant kim ngn hong

lawak la tua2 bercinta comel sgt dorang..mak sun woo ni lawa plak bila pakai baju pengantin cc:@wima

btw iols tertanya masa dlm wayang yg BS ngn louis tgk mak dia tu..pastu ada plak tnjuk louis mas kecik nangis nk music box tu iols terpikir sape lak merakam dorang tu..cm dlm drama plak


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:43 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-11-2016 01:22 PM
lawak nye mr Cha masa ni
akhirnye iols selamat khatam cite ni

diorang kan chaebol
mesti ada family photographer or videographer

PURR-FECT! rindu lak kat Louie... kosong rasa jiwaku ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2016 01:51 PM | Show all posts
dramamania replied at 16-11-2016 06:20 PM
hi all! drama dah habis bru nk chek in
nampaknya drama ni kurang femes dkt cari ni, berentap plk ...

dh hbs tgk ke uols cite ni?

jalan cite biasa2 je tp sume watak dlm ni bersahaja n comel n pastiya lawak n sengal2 je belaka


Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 01:52 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 17-11-2016 01:43 PM
diorang kan chaebol
mesti ada family photographer or videographer

btl jugak tu

tp mak bok sil muka mmg sama sgt ngn bok sil kan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 02:03 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-11-2016 01:51 PM
dh hbs tgk ke uols cite ni?

jalan cite biasa2 je tp sume watak dlm ni bersahaja n comel n pasti ...

dah! bila stress tengok drama ni, hilang stress. lps tu gi utube mbcdrama ulang2 cuts yg best

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 02:05 PM | Show all posts
manganini replied at 16-11-2016 11:42 PM
maybe sebab drama ni takde A-class actor.. seo in guk takde la popular sangat2, dan nam ji hyun pu ...

kan, mmg follow drama ni every week. bila tgk rating mkn naik seronok plk
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 02:07 PM | Show all posts
jalan cerita drama ni kalo x tgk, mmg org akan kata cliche.
tp writer ni bijak twist cliche kdrama trope kpd sesuatu yg fresh...
contoh:
watak pak cik jahat & org suruhan <- cliche

dlm kdrama lain org jahat selalu lbh bijak, rancangan diorang mengena & selalu dpt tau info awal2. dlm drama ni plan diorg huru hara pastu info diorg salah pulak tu.

watak anak cucu chaebol <- cliche
biasanya keturunan chaebol dlm kdrama banyak yg sejenis cold, rude, bad boy. lain pula dgn louis/ji sung...dari awal lagi kita nmpk dia seorg yg baik dan manja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-11-2016 01:22 PM
lawak nye mr Cha masa ni
akhirnye iols selamat khatam cite ni


Aah uols...ingat iols je yg rs gitu...
Tp mmg mak dia muda lg kan..baya2 acik miran..tp sbb dorg bwk watak mak2 trus nmpk tua..

Mmg x logik ok part tu...sape plak nk rakam budak nangis kan...tp pun biasala drama kan..   
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 03:47 PM | Show all posts
wima replied at 17-11-2016 03:36 PM
Aah uols...ingat iols je yg rs gitu...  
Tp mmg mak dia muda lg kan..baya2 acik miran..tp sbb d ...

hehehe nmpk dia menyerlah sgt pakai wedding gaun mcmtu..

org2 chinese/korea/jepun kalau pakai wedding gaun mmg nmpk lawa je..walaupun x mekap sgt kan

iols pelik sape la skodeng tgk si louis menangis..cara rakam smooth plak tu kan.. bkn mcm curi2 amik or amatuer pny cara amik..

tp pape pn cite ni mmg best..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syik_Gojet at 18-11-2016 12:11 AM
dramamania replied at 17-11-2016 02:07 PM
jalan cerita drama ni kalo x tgk, mmg org akan kata cliche.
tp writer ni bijak twist cliche kdrama  ...


setuju dgn uols 100%..

watak villian paling sengal.. iols x leh lupa mr baek p hospital nak tgk spy dia koma.. dgn pakai baju sempoi.. muka takut2.. tunjuk dompet konon tunjuk badge polis kat nurse.. tangan terketar2 lak tu..

part chebol tu betul.. selalu anak chebol kaya raya, berlagak, rude.. walaupun perangai mcm tu heroin still leh jatuh cinta.. iols naik bosan watak mcm ni.. tp bezanya louie dia memang baik, manja n naif.. cara ngorat boksil pun bukan style romantik.. tak yah bunga 100 kuntum.. cukup 1 kumtum ja.. percintaan dorg nampak pure n innocent..

paling iols suka part insung 1st time tgk mari n mak mari 1st time tgk polis.. dgn rambut terbang, muka bercahaya,lagu latar guna lagu omputih.. tp tah kenapa iols gelak2 gila masa part tu..pandai tul director eksplotasikan babak ni jadi lawak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 17-11-2016 01:22 PM
lawak nye mr Cha masa ni
akhirnye iols selamat khatam cite ni


kan pur-fekk..!!

OT jab.. iols ada layan cete jepun best.. tp cete ni still on going.. faham2 la cete jepun lambat sub.. nanti dah habis iols seru..

cete ni unik n lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 09:07 AM | Show all posts
Syik_Gojet replied at 17-11-2016 11:55 PM
setuju dgn uols 100%..

watak villian paling sengal.. iols x leh lupa mr baek p hospital nak t ...

hahaha mmg sengal pun villain dua ekor tu bnyk sgt scenes yg rasa eh sengalnya korang ni
1st time insung jumpa mari tu adeh...padahal si mari tu nak korek rahsia je awalnya
iols pantang btl dgr nama penuh insung tu...gelak guling2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2016 10:03 AM | Show all posts
Syik_Gojet replied at 17-11-2016 11:55 PM
setuju dgn uols 100%..

watak villian paling sengal.. iols x leh lupa mr baek p hospital nak t ...

betul betul part yg jahat awal2 iols skeptikal bila tgk cite ni..igt ramai nk amik kesempatan kt louis..tp rupanye sume nye baik..termasuk pakcik dia mr baek tu pn  x jahat mana pn..

sbb dia festime buat jahat jd dia hidup x tenteram..risau btl louis igt blk..takut igt masa hr kejadian tu

yg hitman dia tu mmg bongok..sume benda dia buat x jd.. lawak sgt.. lawak kene katuk kepala n accident tu... yg kene bw lari beg ngn haimonim tu pun lawak...

x sesuai btl nk jd jahat


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syik_Gojet at 18-11-2016 11:00 AM
idakamaruddin replied at 18-11-2016 10:03 AM
betul betul part yg jahat awal2 iols skeptikal bila tgk cite ni..igt ramai nk amik kesempatan kt l ...


walaupun hitman tu bongok, dia termasuk dlm senarai org paling dikehendaki polis.. haha..y tak menahan beg dah kena curi.. leh lak minta balik duit baru kat mr baek..x penah ku lihat org jahat mcm ni.. haha

iols sampai sekarang dok cari nama pelakon y jadi polis.. sebab iols jadi mcm mak mari.. tergoda dgn kekacakkan beliau..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:38 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 17-11-2016 01:43 PM
diorang kan chaebol
mesti ada family photographer or videographer

tu laa.. rindu kat louie.. daebak la review tuna.. PURRFECTTT!

btw sape tau, seo in guk ni memang terer speaking ke? dengar sebutan english dia mcm purrfect je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 07:52 AM | Show all posts
Iolss sampai skrg duk ulang2 tgk loiue. Comel sgt!!

Pastu iols rasa muka boksil mcm agnes monica sket la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.657606 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list