CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[SBS] It's Okay It's Love [CARI 2014 K Drama Awards: Best Actor - Jo In Sung]

[Copy link]
 Author| Post time 12-11-2014 10:48 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 12-11-2014 10:22 PM
sudah tentu nak anta review... tapi bukan arini
tengah menaip
kalau tgh mlm nanti idea sudah mar ...

ok take your time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 11:38 PM | Show all posts
@dauswq iols dah review.. tenkiusss


Rating Keseluruhan Drama: 9 + 9 + 6.5 + 4 + 4 = (8.125/10)

1. Cerita  (9 /10)
   
  •      Drama ini tampak ringkas dan ringan namun sebenarnya ia sebuah naskhah yang agak berat dan memerlukan konsentrasi untuk memahami apa yang ingin di sampaikan. Dengan persembahan jalan cerita serta pelakon yang menyampaikannya, drama ini berjaya mengikat saya  untuk meneruskan mengikuti sehingga episod akhir. Sebuah karya agak berat yang berjaya memudahkan saya  untuk memahami terma-terma dan situasi medikal dengan baik.
  •        Ji Hae Soo: Seorang doktor psikiatri yang turut mempunyai masalah tersendiri. Masih dalam peringkat memulakan karier dan sangat mementingkan pesakit serta pelatih psikiatri yang berada di bawah seliaannya.
  •       Jang Jae Yeol: Seorang penulis novel serta DJ radio terkenal. Wataknya sangat bersahaja melindungi derita yang pernah dilalui semasa kecil. Mempunyai seorang abang yang dituduh membunuh dan dipenjarakan.
  •        Dr Jo & Soo Kwang: Dr Joseorang pakar psikiatri yang telahpun mempunyai klinik sendiri dan sangat mengambil berat dengan ahli rumah yang tinggal bersamanya terutama Soo Kwang. SK mempunyai masalah psikiatri dan sedang cuba mengatasinya melalui rawatan bersama Dr Jo.
  •        Han Kang Woo: Watak rakan imaginasi JJY yang sangat merimaskan. Asyik nak menempel je.


2.Keberkesanan Lakonan (9/10)


Menariknya drama ini diisi dengan para pelakon yang sangat mantap. Selain Hero dan heroin, pelakon sampingan terutamanya Jang Jae Bom (abang Jae Yeol), Han Kang Woo (rakan imaginasi JJY), pembantu peribadi JJY dan emak JJY. Hampir ke semua watak yang ditampilkan memberikan persembahan yang menarik dan tersendiri. Watak-watak tersebut tidak terlindung/overshadow daripada kehebatan Hero dan Heroin cerita ini. Sekecil-kecil watak seperti para pesakit dan pelatih di hospital turut memberikan impak kuat untuk cerita ini.


Saya teruja untukmengikuti drama ini pada mulanya hanya kerana Lee Kwang Soo serta Sung Dong Il. Meskipun Gong Hyo Jin seorang aktres hebat, entah mengapa saya kurang berminat dengan dia. Namun begitu, saya tetap memberikan tabik hormat buat GHJ kerana kekal berjaya membawakan watak sebagai seorang psikiatris yang turut mempunyai masalah psikologi.


Gong Hyo Jin (Ji Hae Soo): PencalonanPelakon Wanita Terbaik
  •   GHJ sememangnya sangat berbakat. Berikan apa saja watak, dia berjayamemberikan persembahan yang hebat. Kerunsingannya terhadap JJY serta pesakitlain dapat dirasai. Kasih sayangnya terhadap ayah yang lumpuh/strok  turut membuat hati terharu. GHJ tidak perlumenonjolkan air mata untuk sesebuah scene, tetapi kebersahajaannya berjayamembawa saya menyelami sikap seorang doktor yang penuh dengan kasih sayangmeskipun hati dirundung kekecewaan dek bencikan sikap ibu sendiri menjalinhubungan dengan orang lain.



Jang Jae Yeol (Jo InSung): Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik
  • Saya jarang mengikuti cerita yang dilakonkan oleh JIS. Iniadalah pertama kali melihat lakonan beliau secara penuh dan saya kurang bias berbanding terhadap SDI dan LKS. Lakonan yang sangat bersahaja. Meskipun pada episod pertama dia berjaya menyorokkan identiti Han Kang Woo sebagai rakan imaginasi, namun saya berjaya mengenalpasti bahawa watak HKW tidak wujud dalam realiti. Agak sukar sebenarnya untuk mempamerkan watak yang derita di dalam dan positif di luar. Itulah yang berjaya diberikan oleh JJY. Agak sukar menerima kenyataan pertama kali mengetahui JJY sebenarnya ada masalah kerana kasih sayang yang ditonjolkan terhadap JHS sangat dalam. In real life, kalau saya jadi JHS pun, saya sebolehnya ingin menolak realiti/tidak mahu percaya tentang penyakit JJY.


Sung Dong Il (Dr Jo):
  • Saya mengikuti cerita ini kerana Sung Dong Il dan Lee Kwang Soo. Sebelum ini banyak melihat SDI melakonkan watak yang agak serius dan membosankan terutama dalam cerita2 saeguk. Saya tidak berminat menonton wataknya di dalam Reply 1994 meskipun ia sebuah watak yang agak ringan. Namun di dalam drama ini, SDI berjaya membawa saya bersama menghayati watak yangbeliau sampaikan.


Park Soo Kwang (Lee KwangSoo): Pencalonan Pelakon Pembantu Terbaik
  •       Penampilan LKS banyak dikaburi dengan watak bodoh alang serta sikap traitornya di dalam Running Man. Di dalam beberapa drama lain, watak yang dibawa  juga tidak berjaya menonjolkan keupayaan LKS. Namun penglibatannya di dalam drama ini agak berjaya menyuntik kelainan meskipun saya masih tetap bias dengan wataknya di dalam RM. Tahniah kerana LKS boleh membuat saya turut terikut-ikut gelagatnya ketika diserang Tourette Syndrome.


Han Kang Woo (Do KyungSoo): Pencalonan Pelakon Rookie Terbaik (boleh ke? Sbb dalam drama laindia jadi cameo je... kalau tak boleh takper la)
  •       Watak HKW pada episod pertama sangat meyakinkan seolah-olah dia sebenarnya wujud.
  •       Saya suka dengan watak beliau dalam cerita ini. Meskipun saya sudah tahu bahawa dia sebenarnya tak wujud, tetapi kebersahajaan DKS tetap membuat hati saya ingin tahu siapakah dia ini yang sebenarnya.

Sebenarnya banyak lagi watak nak tulis. Tapi nanti jadi panjang sangat. Saya tetap suka dengan emak JJY (watak dono je.... geram nak tau kenapa dia lebih sayangkan JJY berbanding JJB), ayah JHS (respek la bawa watak senget tu.... banyak kali saya belek nak pastikan betul ke dia memang OKU atau sebenarnya berlakon saja), Jae Bum (abang JJY... geram sangat dia sanggup dera adik dia...), emak JHS (geram sangat kenapa dia bercinta dengan ahjussi... tapi bila dapat tahu sebabnya, saya sedih)


3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (6.5/10)

  •      Teknik pengarahan yang simple dan direct to the point.
  •       Sinematografi yang cantik terutama scene pantai di Jepun.
  •        Terdapat terlalu banyak watak di dalam cerita ini, tetapi ia berjaya dikaitkan dengan kemas bagi setiap scene. Jadi ia tidak nampak seperti sebuah episod yang berlainan setiap kali menonton cerita ini. Daebak!!!!
  •      Terlalu banyak kiss scene yang tidak memberikan impak kepada jalan cerita. Cerita ini tidak perlu menonjolkan terlalu banyak kiss scene yang tidak bermanfaat kerana jalan ceritanya sendiri sudah kuat. Selain itu, ia turut memberikan kesan negatif kepada penonton kerana para professional terutama doktor ditonjolkan sebagai watak yang suka bertukar pasangan seks.
  •        Mungkin bagi masyarakat barat, ia bukan sesuatu yang pelik. Namun, ini adalah pandangan saya secara peribadi.

4. Skor muzik (4/5)

  •       Background music yang sangat menarik dan catchy. Sangat sesuai dengan setiap scene yang ingin disampaikan.
  •        Namun begitu, agak sukar untuk mengingati lagu-lagu tersebut dan tidak dapat menarik pendengaran untuk terus mencari dan menyanyikan bersama.


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)


  •        Ya! Saya pasti akan menonton semula. Rindukan watak Dr Jo yang sangat bising dan prihatin terhadap mereka yang berada di sekelilingnya.


Last edited by tuna_sandwic on 12-11-2014 11:44 PM

Comments

TOTAL =9 + 9 + 6.5 + 4 + 4 = 8.125 Terima Kasih atas review Nomination: Gong Hyo Jin, Jo In Sung , Lee KwangSoo   Post time 12-11-2014 11:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 11:46 PM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 12-11-2014 11:38 PM
@dauswq iols dah review.. tenkiusss

nanti calonkan bile segmen pencalonan popular dibuka..
one of these ade kategori popular rookie actor..


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:58 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:58 PM | Show all posts

gigih merebiu bdemi kwang soo dan jo in sung  



@makdik2301  meh la bg rebiu utk abg insung
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:06 PM | Show all posts






rndu plak kat dorang2 dlm cite ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 02:31 PM | Show all posts
YoonArang posted on 20-11-2014 01:58 PM
gigih merebiu bdemi kwang soo dan jo in sung  

malas r yoon..x reti...
nak kena review panjang2 ke ringkas pendek2 jer?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:33 PM | Show all posts
makdik2301 posted on 20-11-2014 02:31 PM
malas r yoon..x reti...
nak kena review panjang2 ke ringkas pendek2 jer?

pendek2 je weh.. dkt review cara 2 tu... yg penting sbb nk calonkn in sung kat kategori best actor tu... huhuhu... kalo x wat review nnt dia x kire..
yg lain2 ko tls.. ok.. puas hati.. gitu je pun boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 03:10 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:11 PM | Show all posts
YoonArang posted on 20-11-2014 02:33 PM
pendek2 je weh.. dkt review cara 2 tu... yg penting sbb nk calonkn in sung kat kategori best actor ...

fuhh yoon akhirnya..
insung punya pasal kannn..
pestime nie...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:13 PM | Show all posts
makdik2301 posted on 20-11-2014 03:11 PM
fuhh yoon akhirnya..
insung punya pasal kannn..
pestime nie...

yeayyy... smoga insung ngn kwang soo kite menang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:19 PM | Show all posts
YoonArang posted on 20-11-2014 03:13 PM
yeayyy... smoga insung ngn kwang soo kite menang...




Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:23 PM | Show all posts
@intan_smsb  tan.. jom rebiu cite ni
nnt ko tgk kt page 1st tu.. pastu pilih review cara 2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:23 PM | Show all posts
alamak.. x lekat lak nk tag @intan_smsb
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:24 PM | Show all posts
chippotato posted on 10-11-2014 10:59 PM
baru abis tengok citer nie...daebakkk..hahah..sorry ter up thread lama...

full packge la citer ni ...

acik chip... lama x masuk uma superman...

da abis tgk eh cite ni.. meh la mereview jgk... nnt leh calonkn insung menang best actor..

tengah gigih ajak ramai2 org merebiu nk bg cite ni menang ni.. kekekeke..

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:25 PM | Show all posts
makdik2301 posted on 20-11-2014 03:19 PM

thn lps minho kite da mng popular.. thn ni kite bg kt insung lak... semua tu @ismaha x suke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 03:43 PM | Show all posts
YoonArang posted on 20-11-2014 03:25 PM
thn lps minho kite da mng popular.. thn ni kite bg kt insung lak... semua tu @ismaha x suke
...

aku mmg xde nak menaruh harapa sgt la
oppa aku nie akan menang yoon...
sbb x ramai kot yg suka dia..


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:48 PM | Show all posts
makdik2301 posted on 20-11-2014 03:43 PM
aku mmg xde nak menaruh harapa sgt la
oppa aku nie akan menang yoon...
sbb x ramai kot yg suka d ...

xpela makdik.. kite da usaha utk dia... yang selebihnye kite berserah aje la... wawawawa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
YoonArang posted on 20-11-2014 03:25 PM
thn lps minho kite da mng popular.. thn ni kite bg kt insung lak... semua tu @ismaha x suke
...


Agak keji ko yoon kan
Fuhhh nasib tahun ni minhawau tak de drama

Bye bye jela insung hampa tu
Last edited by ismaha on 20-11-2014 05:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 08:49 PM | Show all posts
aip2 mane leh melobi kategori terbaik ni...
kategori popular jek masih leh kawtim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.857995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list