CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Issue Keganasan& Penderaan Terhadap Wanita -

 Close [Copy link]
 Author| Post time 5-5-2007 08:32 AM | Show all posts
Housewife has had enough of physical abuse and bullying

KUALA LUMPUR: Watching video footage of her husband having sex with their Indonesian maid was the last straw for a 36-year-old housewife in Alor Star.

She ran away from her home and managed to get to Kuala Lumpur where she sought help from the Cheras MCA Division Service Centre director Dr Jeffrey Goh Sim Ik.

During a press conference yesterday, she revealed the mental and physical anguish she suffered during the past few years. She had been abused by her ganja-smoking husband; yet she endured the pain for the sake of her two children.

Things took a turn for the worse recently when her unemployed husband started taking pictures and video clips of himself having sex with her and the Indonesian maid.

What sickened the housewife even more was that her father-in-law took photographs of her and her husband having sex.

揗y husband would watch pornographic movies in front of our two children, who are 11 and five.

揌e would beat me up after smoking ganja. He would try to strangle me or drag me around by holding on to my hair. I cannot stand it any longer,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2007 10:54 AM | Show all posts
Empat suamiku dajal: Kikis duit isteri
Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan MD FUZI ABD LATEH

KUALA LUMPUR: Tidak sedar dirinya berkahwin. Bunyinya aneh, tetapi itulah yang berlaku ke atas seorang wanita penghidap sejenis penyakit mental dikenali sebagai 慴ipolar mood disorder
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 02:11 PM | Show all posts
Ini pandangan saye......sebelum berkahwin, perempuan mempunyai hak untuk memilih (mcm hak pengguna membeli barang).  pilih suami tidak seharusnye base on love semate-mate sbb perut tak kenyang kalu setakat cinta.  cinta aje tak bole beli buku sekolah and yuran anak.  pilihlah dr segi pegangan agamanye, keturunannye, status kewangannye (sori tak ikut susunan) juge latarbelakang dirinye. tak semestinye berkupiah berlebai tu bagus pegangannye.  perhatikan sifat2 bakal suami sbb kalau dr awal lg dah ade sifat2 boros, kurang sabar (walaupun mase bercinta depa tak pukul2 tp kite bole tgk tahap sifat sabarnye), sifat hangat2 taik ayam, suke memerintah, tak bertolak ansur, tak hormat org lain. adalah lebih baik kite angkat kaki.  tolak perasaan cinta tu jauh2. (mane satu kite nak, cinta yg hanya bertahan beberapa tahun selepas kawin or sepak tendang and maki hamun yg bertahun2).  sebab tu la manusia ni diberi akal so buat keputusan menggunakan akal. kerana selain kite sebagai isteri yg menderita, jgn lupe anak2 (bg yg ade anak) juga terjebak.  (maka lahirlah segala mat rempit, minah bohsia dll).
Sebenarnye pilihan adalah di tangan wanita itu sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2007 06:09 PM | Show all posts
Speaker tolak usul dua wakil rakyat BN hina wanita
10-05-2007

KUALA LUMPUR:  Dua anggota parlimen Barisan Nasional "terselamat" daripada dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menyebut perkataan dianggap berbaur seksis di Dewan Rakyat semalam apabila usul yang dibawa pembangkang hari ini ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Ketika membuat keputusan itu, Ramli berkata beliau terikat dengan Peraturan Mesyuarat 26 (1)(p) yang mensyaratkan usul dibuat semasa kejadian berlaku, dan bukan selepas itu, seperti yang dibuat oleh pembangkang.

"Yang Berhormat yang berkenaan (Fong Po Kuan, DAP-Batu Gajah) mempunyai peluang untuk mengemukakan usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1)(p) semalam semasa Yang Berhormat yang mahu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengutarakan kata-kata menyinggung dan seksis tetapi usul dikemuka pagi ini.

"Oleh sebab itu saya terpaksa tolak usul ini kerana ia tidak di dalam lingkungan kuasa 26 (1)(p) yang meletakkan syarat usul dibuat semasa kejadian berlaku," katanya.

Semasa persidangan bermula pagi ini, Fong mengemukakan usul untuk merujuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) kepada jawatankuasa berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina wanita semasa berlaku kekecohan berkaitan isu kebocoran di Parlimen semalam.

Dalam keriuhan itu, Bung Moktar kedengaran berkata: "Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga."

Ketika itu Fong dan anggota pembangkang lain sedang membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Lim Si Cheng, berhubung perbincangan mengenai isu kebocoran yang berlaku di beberapa bahagian di dalam bangunan Parlimen.

Ramli, yang mempengerusikan sesi pagi, berkata beliau akan mempertimbangkan usul itu dan membuat keputusan apabila sidang bersambung di sebelah petang.

Keputusan Ramli menolak usul itu mendorong Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), untuk berkata bahawa Yang Dipertua Dewan boleh mengggunakan budi bicaranya memandangkan pihak pembangkang hanya mengetahui adanya kenyataan berbaur seksis itu selepas membaca laporan akhbar hari ini.

"Semalam kita tidak dengar kerana suasana terlalu riuh. Tetapi apabila kami baca akhbar hari ini kami dapat tahu kenyataan dua Yang Berhormat itu yang menghina wanita.

"Kami kemudian menonton rakaman video persidangan semalam dan mendapati memang benar mereka mengeluarkan kenyataan itu," katanya.


Ramli bagaimanapun tetap dengan keputusan menolak usul itu dan berkata: "Saya juga kesal perkara ini berlaku, iaitu ada perkataan-perkataan sedemikian yang ditutur. Tetapi hak untuk merujuk mereka yang menuturnya hanya boleh dibuat semasa kejadian."

Keputusan beliau disambut gembira oleh anggota parlimen BN sehingga mendorong Lim untuk bangun sekali lagi dan berkata tindakan penyokong kerajaan itu sebagai menghina semua wanita.

"Tan Sri Yang Dipertua tengok mereka gembira, menunjukkan mereka tidak hormat kaum wanita dan ini sudah bawa suasana suram untuk hari Ahad ini apabila kita akan sambut Hari Ibu," katanya.

Pembangkang kemudian merayu supaya Ramli meminta dua wakil rakyat berkenaan memohon maaf tetapi Ramli berkata keputusan telah dibuat dan tidak perlu dibincang lagi.

"Saya cuma boleh berkata agar di masa-masa akan datang Yang Berhormat semua haruslah berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata agar tidak ada yang menyinggung perasaan," katanya


-----------------------------------

cheh - kalau dah salah - walaupun tak buat serta merta bantahan
tetap salah --- tapi dasar BN yang memang tak menghormati perempuan! --


pada saya KEGANASAN bukan setakat physical abuse (sexual or hitting) --  in fact  mental abuse
and verbal abuse  boleh dikategorikan sebagai keganasan juga - and no one has a right to
do that to the other person -- keluarkan kata kata menghina - apa tah lagi kalau orang tu
adalah suami kita -- sah sah tak menghormati kaum wanita dan celupar mulut --

pada orang perempuan -  do not ever accept and agree with anyone who verbally abuse you
cuz u dun deserve it -- kalau you tahu u dipihak yang benar --
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:27 AM | Show all posts

Johor Baru : Rogol bergilir gilir wanita mengandung

Tiga lelaki disyaki rogol wanita hamil dikenal pasti


JOHOR BAHRU: Polis mengenal pasti tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes rogol, rompak dan culik seorang wanita mengandung bersama anak lelakinya berusia tiga tahun di stesen minyak di Tampoi, di sini, kira-kira jam 4 pagi, hampir dua minggu lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II, Roslan Ahmad, berkata polis percaya tiga suspek rakyat tempatan itu sebahagian ahli kumpulan penjenayah yang bergerak aktif melakukan jenayah menggunakan modus operandi sama di negeri itu sekitar 2003.

Katanya, pada awal 2004, polis menahan reman 12 ahli kumpulan itu bagi membantu siasatan dan tiga daripadanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan kerana polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk menahan mereka.

"Polis mendakwa sembilan daripada 12 ahli kumpulan terbabit, sementara tiga yang dibebaskan didapati tidak lagi bergerak aktif," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun itu sedang menunggu di dalam kereta bersama anaknya di stesen minyak sementara suaminya ke tandas sebelum seorang lelaki bersenjatakan pisau datang ke kereta dan memaksanya membuka kunci serta melarikan mereka menggunakan kenderaan berkenaan.

Lelaki terbabit dikatakan menutup mata mangsa dan mengugut mencederakan anaknya. Ketika melarikan kedua-dua mangsa, suspek sempat singgah di satu tempat untuk mengambil seorang rakannya.

Dua suspek itu kemudian memandu sekitar pusat bandar selama tiga jam sebelum membawa mangsa ke kawasan tersembunyi dan merogolnya bergilir-gilir.

Difahamkan polis ada mengambil sampel DNA dari kereta itu yang dikatakan sama dengan profil DNA milik suspek yang pernah ditahan sebelum ini.
-------------------------

Ish ish.. orang mengandung pun ada nafsu ka?
awatla teruk sangat perangai..
awatla jenayah tinggi kat JB ek..?
Adakah betul kata Singapore yang JB sarang penjenayah?
Kenyataan kadang2 pahit untuk ditelan..
Apa polis JB buat selama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:32 AM | Show all posts
Errr...ni berita minggu lepas rasanya.....



satu lagi....ko nyer cara post sama mcm sorang MOD kita la.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2007 11:43 AM | Show all posts

Reply #1 kermittx's post

aniaya punya kess... :@

Stended JB.. mmg fofular bab mende2 ni.. :bgrin:
Polis kat sane.... buang karen je kalo buat report... last2 nanti dia koner kat ngko balik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 11:47 AM | Show all posts

Reply #3 Lina66's post

Yeke Lina...maybe patut kena kat anak bini diaorg sendiri baru dia org nak sedar kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 11:53 AM | Show all posts

Reply #4 melayucyber's post

iyeeee...

anyway, tak payah la kite doakan tak baik untuk org yg buat jahat mcm ni bebeh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by kermittx at 11-5-2007 11:27 AM
.... seorang lelaki bersenjatakan pisau datang ke kereta dan memaksanya membuka kunci  ....  

Adakah ini bermaksud wanita ni dah kunci kereta, kemudian mamat sengal ni paksa dia buka pintu?
Besar ke pisau tu sampai wanita tu buka pintu?

Atau, kereta tu tak berkunci dan wanita tu takut terus buka pintu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by Oshin at 11-5-2007 12:02 PM

Adakah ini bermaksud wanita ni dah kunci kereta, kemudian mamat sengal ni paksa dia buka pintu?
Besar ke pisau tu sampai wanita tu buka pintu?

Atau, kereta tu tak berkunci dan wanita tu tak ...





atau pun penjenayah2 tu dah ugut pompuan tu untuk apa2 kan hasben dia kot..
tu yg dia terpaksa bukak pintu keter..
maybe dia ingat dorang nak rampok keter ajer..
tak sangka pulak nak bawak dia lari sama..

apa2 pun buat pengajaran laa..
pukul 4 pagi pulak tu..
tak yah ler nak kencing kat stesen minyak (maybe kawasan sunyi)..
tahan ler kencing tu sampai tempat yg ramai sikit org..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:11 PM | Show all posts
aku rasa pintu ni tak bkunci..tu yg pompuan ni kene ugut,,kalo akulaa takkan bukak pintu sbb pintu bkunci..ni rasanye tutup pintu je kuncinye tak,,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:22 PM | Show all posts
Oh, macam tu ke.
Memang lepas ni kena pastikan kunci pintu sentiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:42 PM | Show all posts
sepatutnya kalau dah dok dalam keta kat mana2 pun (walaupun tempat tu kita rasa selamat) lebih baik kunci pintu keta...

zaman sekarang ni kalau keluar dgn keluarga walaupun suami/anak2 laki ikut sekali pun belum tentu lagi selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #3 Lina66's post

Standard pemikiran Singaporean yang terpengaruh dengan THE OLD AND SENILE LEE KUAN YEW....

p/s macamler Polis Singpork baik sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:45 PM | Show all posts
ish...ish...nya...naya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 12:50 PM | Show all posts
This is becoming more common now a day. Please take care of each other , especially reminding our loved ones to lock ALL the car doors while stopping. Kita Mampu Mengubahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:53 PM | Show all posts
kesiannye perempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #11 SangSaka's post

marah ke Sangsaka bila aku sebut psl polis...
pakcik ko polis heh?   kalo pakcik ko org kuat polis, tell him... reorganize mentality polis2 kat sane....

Anyway, org kalo baik laku,... tak kan org yg mengandung pon dorang nak buat mcm tu.. ade betul tak aku kate?  

abt policeman in JB, attitude dorang mmg mcm tu... :bgrin:
kawan aku yg dok JB, sedara mara pon kate mcm tu... ... hulur duit baru keje jalan....

anyway, tak de kene mengene dgn Singaporean or mentor Lee Kuan Yew ke ape.... don try to bull#ting things here...   trying to cover ko nye weak points ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 12:55 PM | Show all posts
tak logik. news kata seorang lelaki bersenjatakan pisau datang ke kereta dan memaksanya membuka kunci. meaning p'puan tu buka kunci baru penjahat tu leh msk. tak taula aku klau2 tak tutup tingkap kete. for sure penjahat tu leh hulur pisau tp takkanla si penjahat tu tak tau buka kunci sendiri smpai nk suruh p'puan tu bukakan.:hmm:

pengajarannya :-
1. kunci pintu
2. tutup tingkap
3. bertindak bijak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079209 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list