CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hari2mau

Bilik Operasi PRU 12 Current Issues Board - Spekulasi Tarikh PRU

[Copy link]
Post time 8-4-2007 07:23 PM | Show all posts
itu blom lagik mcm2 kenaikkan gaji utk k/tangan kejaan, imbuhan mcm2......dan terbaru pelarasan gaji angota polis............kang nih ler masa nak tabur janji manis........pas tuh ugut lak nnt......dah bagik tak sedor diri.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2007 09:34 PM | Show all posts
Pak Lah dan Pak Najib mana ada masa nak sedar diri. Asyik menyibuk supaya kaum bumi sedar diri agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa asing.

Tetapi anak isteri bergesel dengan jantan lain depa tak kisah pun.

Masing2 menyibuk nak memuaskan hawa nafsu. sorang pegang michelle yeoh dan sorang lagi tembak wanita asing sampai jadi hantu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 07:33 AM | Show all posts
Dah jadi hantu , lepas tu tolong Be End sebagai pengundi hantu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:29 AM | Show all posts
tak terfikir pilihanrayaumum pada tahun ini..banyak lagi kerja yang nak dibuat dalam RMK9
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by ocimaru at 13-4-2007 10:29 AM
tak terfikir pilihanrayaumum pada tahun ini..banyak lagi kerja yang nak dibuat dalam RMK9


:setuju: :setuju:

kita pun x rasa pilihanraya tahun nie, sbb kalu ikutkan rules pilihanraya di jalankan setiap 5 tahun sekali........so siapa yg lum mendaftar tu leh gi mendaftar....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2007 12:03 AM | Show all posts
Berita Tergempar......................

Pilihanraya dijangka berlaku sebelum penghujung tahun 2007. Sebab Pak Lah kata besok tak pasti hidup lagik. lagi cepat buat pilihanraya , lagik bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:09 AM | Show all posts
Kalau setiap pemimpin UMNO sedar besok tak pasti hidup lagi, siang malam memanjang mereka bersolat dan berdoa memohon keampunan dari Illahi.:tq: :pray:

Ini tidak, aktiviti pemimpin UMNO penuh dengan politik wang, salah guna kuasa,kaki betina seolah-olah hidup ni tak wujud istilah mati untuk mereka . kalau benar ada perkataan hidup pun  hanya untuk slogan mereka. ....


Hidup UMNO ! Dulu, kini dan selamanya. Macam lah orang melayu ni tak mati-mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2007 07:12 AM | Show all posts
Originally posted by ocimaru at 13-4-2007 10:29 AM
tak terfikir pilihanrayaumum pada tahun ini..banyak lagi kerja yang nak dibuat dalam RMK9


pojek RMK9 blom siap........so masa p/raya yg nih ler modal nak jaja dan tagih undi.......rakyat dapat tempias jerk........yg untung......DEME ler gak..........:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:15 AM | Show all posts
haku tertarik ngan slogan "dulu kini dan selamanya"........yg nih selamanya memerintah, korup, penipuan, kronism,........ataw pon mmg deme nih tak akan mati2......hidup menongkat langit...... :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:19 AM | Show all posts
Selama ni orang melayu hidup dalam keadaan bertongkat. Tongkat apa lagi kalau bukan tongkat subsidi. Selama2nya mereka menjadi macam ayam daging. Apa pun tak reti buat. Tempat tidur , makan dan minum semua disediakan .  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:25 AM | Show all posts
itu yg jadik deme lupa diri........coz selamanya dok dlm comfort zone......otak tak yah pikir beriya2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 07:29 AM | Show all posts
Melayu kena cari Pemimpin Islam yang boleh  mengajarkan mereka akan Iman Dan Taqwa. Dan bukan macam pemimpin UMNO pada masa ni. Kejar kuasa untuk kembongkan perut kroni. Pada rakyat jelata yang perit memanjang dengan kenaikan harga barangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2007 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by minahrock at 15-4-2007 07:29 AM
Melayu kena cari Pemimpin Islam yang boleh  mengajarkan mereka akan Iman Dan Taqwa. Dan bukan macam pemimpin UMNO pada masa ni. Kejar kuasa untuk kembongkan perut kroni. Pada rakyat jelata yang p ...


Aku tak kisah enko nak pilih sapa. asalkan yang ada penampilan Iman Dan Taqwa. Jika tidak makin lama memerintah, makin ramai rakyat yang akan kecewa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 09:26 PM | Show all posts
Aku rasa kalau diadakan tahun ini, merupakan satu rekod kerana buat pertama kalinya pemilu diadakan cuma selepas 3 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 09:12 PM | Show all posts
Pak Lah takut bayangan nya sendiri. Kena buat sebelum pemilihan UMNO yang bakal mendatang dan berakhirnya tempoh sekatan DSAI dari berkempen pada tahun depan.

Jika dibenarkan DSAI bertanding, tang mana nak letak taring Pak lah dan Pak Najib,?Depa tu nampak macam adik beradik lelaki lembut je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2007 09:21 PM | Show all posts
Bangsa Subsidi

Bangsa subsidi akan lahir bangsa yang manja.Bangsa subsidi bangsa yang tidak akan mampu berdikari


Bangsa yang hanya semata-mata bersandar dengan kerajaan, akan lahir bangsa yang lemah jiwanya

Kalau di suatu masa tidak ada bantuan lagi, mereka tidak tahu hendak berusaha.Mereka akan menjadi ibarat ayam daging, makanan disediakan, tidak tahu mencari makanan sendiri

Yang lebih bahaya bangsa subsidi ini di antaranya ada beberapa perkara:


Pertama: Hati kecil mereka akan berkata, dengan bantuan ini kalau aku maju, majulah, kalau tidak maju pun bantuan aku sudah perolehi

Kurang tanggungjawab, kerana hidup mereka bukan dari titik peluh sendiri, katanya kalau tidak maju pun bukan duitnya, dia tidak rugi

Kadang-kadang mereka salahgunakan bantuan itu bukan untuk projek yang dijanji.Jika berlaku di zaman darurat, mereka tidak pandai berusaha sendiri

Akhirnya jadi meminta-minta atau pencuri.Orang yang dimanjakan dengan bantuan itu, di waktu susah dia boleh bekerjasama dengan musuh agama atau negara demi untuk hidup

Orang macam ini dia tidak ada pendirian, siapa boleh memberi untuknya hidup, di situlah kiblatnya atau tuannya
Oleh itu bantuan diberi hendaklah pada tempatnya, tidak boleh sebarang beri

Berilah bantuan orang yang benar-benar susah dan yang benar-benar memerlukan bantuan yang pasti .Berilah bantuan orang yang sudah membuktikan ada usaha sendiri, cuma tidak boleh berkembang, kerana kekurangan modal

Kadang-kadang pemimpin bukan tidak faham kepada siapa sebenarnya patut diberi bantuan.Tapi ada tujuan politik, ada udang di sebalik batu

Orang itu adalah penyokongnya, sekalipun merugikan agama, negara dan bangsa bantuan perlu diberi kepada mereka

Kadang-kadang bangsa menjadi ayam daging, kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada agama dan bangsa

Ertinya rakyat dan pemimpin sudah sama-sama jiwanya rosak dan bankerap fikirannya

Akibatnya punah satu bangsa dan satu negara dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 06:09 AM | Show all posts
Daftar Sebelum Ogos Jika Mahu Mengundi P/raya Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang gagal mendaftar sebagai pengundi selewat-lewatnya Ogos ini tidak berpeluang menyertai pilihan raya umum jika ia diadakan pada akhir tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata ini kerana tempoh untuk memasukkan nama dalam daftar pemilih mengambil masa kira-kira tiga hingga empat bulan.

"Selepas Ogos, saya tak beri jaminan nama dapat disenaraikan dalam daftar pemilih," katanya pada sidang media selepas merasmikan Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih di sini.

Abdul Rashid berkata setakat ini terdapat 4.9 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar dan daripada jumlah itu 80 peratus adalah mereka yang berumur 21 hingga 30 tahun dengan majoritinya menetap di kawasan bandar.

Katanya Selangor mencatatkan jumlah yang masih belum mendaftar paling tinggi iaitu seramai 745,515 orang, diikuti Johor (583,000) dan Perak seramai 410,000 orang.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by minahrock at 17-4-2007 06:09 AM
Daftar Sebelum Ogos Jika Mahu Mengundi P/raya Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang gagal mendaftar sebagai pengundi selewat-lewatnya Ogos ini tidak berpeluang me ...


Saya budak baru belajar. Umur tak masuk lagik 21 tahun . Masih berpeluang kenak  mengundi? Sepatutnya ubah time umur.

Sesiapa yang akil baligh, layak mengundi.  9 tahun bagi wanita dan 12 tahun bagi lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 01:25 PM | Show all posts
aku dgr khabar angin kata pengumuman kenaikan gaji kakitangan kerajaan akan dibuat dlm bulan Mei dan pengumuman PRU dlm bulan Jun. rumours aje ok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075744 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list