CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tuahayam

Kuala Terengganu = bandaraya[latest-gambar anak2 muda page 16]

[Copy link]
Post time 23-12-2007 05:29 PM | Show all posts
apsal KT bleh jd bandaraya?
aku slalu gak gi KT. stakat ada pulau duyong, itu pun tgh nak naik taraf.
pastu ada pembangunan yg biasa2 je (bagi aku le)
kalau JB, penang tu mmg layak le dpt title bandaraya.
bandar lain yg aku rasa tak layak nak dpt title tu sbb takde apa2 pun kat situ ialah:
-kuching, alor star, melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2007 05:32 PM | Show all posts
ini lah tanda kemajuan bangunan
semoga bangunan2 makin membangun
di bawah rancangan pembangunan bangunan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 10:33 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by mamaque at 23-12-2007 01:06 AM


牋oklah sebelum lebih ramai mengarut dan memburukkan kerajaan..kata macam2..tak telusla...politikla..ini dia ciri PENTING
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #40 mamaque's post

"pusat pentadbiran,perniagaan" -ok... tak berapa jelas tapi takpe

"surenya peruntukan akan bertambah..so cepatlah membangunnya..kepada mbkt nanti..sure jawatan YDP nya akan dinaik taraf..contoh dari M 54 JADILAH JUSA C.." -yang dipertua dinaik taraf? apa pulak kena mengena dengan kebajikan rakyat? gaji besar, elaun bertambah ada menjamin mutu kerja akan meningkat?

"bukan main redah jer...so gunakanlah otak dan akal sikit ok " - kalau orang baru pertikaikan kertas kerja dah cakap macamni, macam mana nak bentang kerja kat seminar antarabangsa? If you broke down during your thesis defence and told to the examiners exactly what you have been telling the forummers here, you can say goodbye to that scroll.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2007 08:21 PM | Show all posts
terbaru dari utusan..

RM10j sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya


KUALA TERENGGANU, 25 Dis. - Kira-kira RM10 juta diperuntukkan bagi menjayakan sambutan perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya pada 1 Januari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM3 juta disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala selebihnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

``Peruntukan itu bertujuan menghias bandar Kuala Terengganu serta memasang lampu-lampu jalan bagi menceriakan lagi suasana bandar raya,'' katanya kepada Bernama selepas meninjau kerja-kerja persiapan sempena majlis perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan kira-kira RM4 juta khusus untuk majlis perisytiharan itu, manakala RM1 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan, di samping RM1.5 juta bagi membersih longkang serta parit.

Katanya kerja-kerja menghias bandar Kuala Terengganu termasuk memasang lampu serta menanam pokok-pokok bunga sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap dua hari lagi.

Ahmad berkata sambutan acara perisytiharan itu akan berlangsung selama lima hari berturut-turut bermula pada malam 31 Dis. dengan majlis membaca surah Yasin di Masjid Zainal Abidin dan Masjid Kampung Tok Beng, Seberang Takir.

Ia diikuti dengan majlis penyerahan watikah perisytiharan bandar raya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang kemudiannya menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah pada 7.45 pagi, 1 Jan ini.

Ahmad berkata pada sebelah malamnya, majlis perisytiharan akan dilakukan oleh Idris di Taman Shah Bandar dan ia diikuti dengan majlis memperkenalkan logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Beliau berkata acara kemuncak sambutan itu ialah pertunjukan bunga api secara serentak di beberapa lokasi iaitu di Seberang Takir, Gong Badak, Bukit Besar dan Taman Shah Bandar.

Selain itu, beliau berkata perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan.- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by premierleague at 23-12-2007 05:29 PM
apsal KT bleh jd bandaraya?
aku slalu gak gi KT. stakat ada pulau duyong, itu pun tgh nak naik taraf.
pastu ada pembangunan yg biasa2 je (bagi aku le)
kalau JB, penang tu mmg layak le dpt titl ...

so nkalau nak jadi bandaraya tu kena ada apa??
bangunan tinggi2, kadar jenayah tinggi ,byk trafic light dan jalan jem ka???
btw,  Shah Alam dan PJ pon dah dapat title bandaraya..

[ Last edited by  peYno at 25-12-2007 08:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2007 08:36 PM | Show all posts

Reply #45 tuahayam's post

  dlm 5 hari blh naik 6juta lg ke...???
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 08:42 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by tuahayam at 21-12-2007 07:05 AM
RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar rayaOleh Irman Hashim
KUALA TERENGGANU 20 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 10:10 PM | Show all posts
Berikut merupakan senarai Bandar Raya di Malaysia

1. goergtown (1 Januari 1957) (status kini dipertikai)
2. Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
3. Ipoh (27 Mei 1988)
4. Kuching Utara dan Selatan (1 Ogos 1988)
5. Johor Bharu (1 Januari 1994) (Bandar Raya Selatan)
6. Kota Kinabalu (2 Februari 2000)
7. Shah Alam (10 Oktober 2000)
8. Bandar Melaka (15 April 2003) (Bandar Raya Bersejarah)
9. Alor Star (21 Disember 2003)
10. Bandar Miri (20 Mei 2005) (Bandar Raya Peranginan)
11. Petaling Jaya (20 Jun 2006)

12. Nexttttt : Kuala Terengganu (1 Januari 2008)

itu adalah senarai bandar raya mengikut susunan..

pertama kolumpo.. mendapat title pada tahun 1972.. dan negeri perttama mendapat title itu..

kedua ialah ipoh..pada mei 1988.. awal sedikit daripada kuching utara dan selatan kedudukan ketiga.. tapi kuching dapat title bandaraya pada ogos 1988..

ke4 ialah johor baharu..  tahun 1994 mendapat title bandaraya..

kelima dan seterusnya barulah negeri2 lain pulak..

penang tu statusnye tahunnye msaih dipertikaikan lagi..aku pun pelik le.. napa plak perlu dipertikaikan.. deme ni takde catatan rekod ke? bukan kes kecik ni kalo tak tau tahun bila dapat title bandaraya..

*bertanda merah ialah bagi aku memang layak digelar bandaraya.. yang bukan kaler merah.. masih was2 lagi..

[ Last edited by  panglimapetai at 25-12-2007 10:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:39 AM | Show all posts
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)
hehehehehe....................

apa kriteria yang diperlukan untuk sesebuah bandar itu menjadai bandaraya...?

bagi aku, KB lebih layak sepatutnya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by panglimapetai at 25-12-2007 22:10
Berikut merupakan senarai Bandar Raya di Malaysia

1. goergtown (1 Januari 1957) (status kini dipertikai)
2. Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
3. Ipoh (27 Mei 1988)
4. Kuching Utara dan Sela ...



kuching dengan pj aku rasa boleh ditandakan merah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by panglimapetai at 25-12-2007 10:10 PM
Berikut merupakan senarai Bandar Raya di Malaysia

1. goergtown (1 Januari 1957) (status kini dipertikai)
2. Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
3. Ipoh (27 Mei 1988)
4. Kuching Utara dan Sela ...


Apa bezanya bandaraya bersejarah melaka, bandaraya peranginan miri dengan bandaraya2 lain..
Tgannu ni bukan ke dinamakan dengan bandaraya peresisir pantai ke apa entah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 11:10 AM | Show all posts
langkawi pun bandaraya jugak aku rasa..
bandaraya pelancongan...
tok det yg bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:24 PM | Show all posts
Nak jadi bandaraya tapi kebanyakan rakyat masih miskin.....tak patut tak patut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 01:26 PM | Show all posts
Kuala Terengganu tak layak lagi jadi bandaraya, masih banyak lagi kekurangan utk memboleh kan menjadi bandar rayaa.......macam duk kat pekan koboi ajerr
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 06:39 PM | Show all posts
tu la aku cakap...

bandaraya apokobondo... kalo hangpa2 dah pi sana taula cakap.
mEndE2 basic kene settle dulu lah
buat po mende2 ngaruk2 tu
yet mOkcik2, pOkcik2 masih d takuk lamO
ngok ngek tul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 06:41 PM | Show all posts
Bila dah jadi Bandaraya harap oenduduknya juga bersedia mentalitinya untuk menjadi penduduk Bandaraya....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by panglimapetai at 25-12-2007 10:10 PM
Berikut merupakan senarai Bandar Raya di Malaysia

1. goergtown (1 Januari 1957) (status kini dipertikai)
2. Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
3. Ipoh (27 Mei 1988)
4. Kuching Utara dan Sela ...


Shah Alam tu tak patut pun jadi Bandaraya... Hospital pun tadak,,, penduduk kurang... pendapatan cukai pun kurang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 06:52 PM | Show all posts
pasang lampu banyak2 da bole jadi bandaraya
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 07:01 PM | Show all posts
Dengo crite sbenonye Deris Jusoh nok wak Besut jadi bandoraye sbenornye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4133 Replies : 30
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47890 Replies : 321
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190210 Replies : 4345
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6382 Replies : 36
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 12852 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 12340 Replies : 1
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.249475 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list