CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14549|Reply: 52

[Jenayah] "Saya Tak Tahu Apa-Apa" Baru Bangun Tidur, Terpinga-Pinga Terkejut Premis Perniagaan Kena Sita!

  [Copy link]
Post time 6-3-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan bangun tidur.

Datuk Seri Vida tidak tahu-menahu tentang serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan miliknya yang mengusahakan kerepek kulit ikan salmon sehingga melibatkan sitaan berjumlah RM88,582.50 baru-baru ini.

Menurut laporan, beliau terpinga-pinga ketika diajukan persoalan berhubung perkara terbabit ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun Vida sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa sama ada beliau benar ada melakukan kesalahan penggunaan logo halal pada produk kerepek kulit ikan salmon.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea.

“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.

“Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,” ujarnya lagi.

Hari ini heboh berita mengenai satu serbuan terhadap sebuah premis yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi produk makanan ringan di Kawasan Perindustrian Jelapang di Ipoh, Perak diserbu KPDN semalam dengan nilai sitaan diperoleh ketika operasi itu mencecah hampir RM90,000.

Memetik laporan lagi, Serbuan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak bermula pukul 11 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan oleh pihaknya berhubung aktiviti memproses makanan di kawasan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah.

Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakuan oleh pihak berkuasa apabila diminta oleh pihak KPDN.

Satu tindakan kes telah diambil dengan tindakan menyita semua produk yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah, balang plastik yang tertera logo halal dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama.

“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” kata Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail.

Tambah beliau, produk makanan ringan itu dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan oleh ramai pengguna.

“KPDN menasihati serta menyeru kepada setiap peniaga dan pengusaha supaya mematuhi perundangan yang berkuat kuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi kerajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2024 09:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2024 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2024 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:30 AM | Show all posts
siapa la yg buat report ni......
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa dia ke rupanya jual kopok tanda halal tapi tak halal sumbernya tu? Hahaha.

Fadan muka sapa dah terbeli. Tu la. Pi lagi kasik duit free kat scammer tersohor ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu, produk Muslim tak semestinya halal. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pura2 terkejut sama mcm dato scammer rebonding.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat2 terkejut? Buat2 terpinga2?


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Vida dah. Kakkm dah. Lepas ni mohon hafiz mahamad terpaling hajarulaswad pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 6-3-2024 10:51 AM
Vida dah. Kakkm dah. Lepas ni mohon hafiz mahamad terpaling hajarulaswad pulak

u lupa mention suami heliza lupa siapa entah nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kena sita = kena rampas
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:10 PM | Show all posts
padan la muka!  haramzadah dgn org2 yang mengaku islam tapi bab peraturan ke laut dan sanggup menipu!  jgn plopp ada yang ckp peraturan logo tu hanya peraturan duniawi dan dia tak menipu sebab buatan/jualan org islam sememangnya halal dgn alasan acik2 jual goreng pisang tepi jalan pun takdop logo halal......puiiiiiii....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-3-2024 10:46 AM
Laaa dia ke rupanya jual kopok tanda halal tapi tak halal sumbernya tu? Hahaha.

Fadan muka sapa dah ...



Ni logo halalkerepek nek vida ni guna. Kalau tak silap iols logo ni jakim punya..maybe dia guna cenggitu je padahal tak apply pun dari jakim.
Yg balang tu takde logo halal.

Iols syak bukan sb kerepek tu tak halal tp salaguna logo halal kot.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:21 PM | Show all posts
krustykrab replied at 6-3-2024 12:17 PM
Ni logo halalkerepek nek vida ni guna. Kalau tak silap iols logo ni jakim punya..maybe dia guna  ...

ye betul tu sbb salah guna logo halal. kalo dia tak letak pon still org beli je sbb knowing dia mmg peniaga Melayu Isle kan plus konfem pentaksub dia beli je. tgk produk KA tu ha takde logo halal pon juta2 sales. tp KA ada explain tgh apply halal JAKIM mmg ambik masa 2 thn nak dpt cert tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:30 PM | Show all posts
wadiunong replied at 6-3-2024 12:21 PM
ye betul tu sbb salah guna logo halal. kalo dia tak letak pon still org beli je sbb knowing dia mm ...

atleast dia habaq dia tgh apply halal cert bkn sukahati toknenek pi boh logo halal jakim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 12:33 PM | Show all posts
krustykrab replied at 6-3-2024 12:17 PM
Ni logo halalkerepek nek vida ni guna. Kalau tak silap iols logo ni jakim punya..maybe dia guna  ...

menipu....meniru......halalan toyyibannnnn...kate puok2 penyokong vida....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:37 PM | Show all posts
kalau kena denda pun, dia leh je byr sbb duit dia kan byk. cuma x patut ler klu xde halal dr Jakim tp guna logo halal Jakim. tu dah menipu pengguna namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Lain kali jangan letak sebarang logo halal pada produk kalau tak melalui jakim. Penguatkuasa pun takleh ambil tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts


Ni peniaga isele kat sskjp. Korang rasa kalau dia apply sijil halal dapat tak?
Dah nak 90% serupa kat india yg kita dok uwek uwek tengok. Peniaga2 melayu pun bukan nya diorg peduli pasal hygiene, janji isele yg buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072559 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list