CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cmf_GAIA

GANGS OF WASSEYPUR - oh Tuhan!...filem ini....

[Copy link]
Post time 31-1-2013 08:41 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 25-1-2013 04:23 PM
tlg bagi donlod link part 1

part 1 mmg takkan dpt yg high quality...

kau download jek mane2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 08:42 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 30-1-2013 08:58 PM
Terfikir....kalaulah kes gang rape kat Delhi tu berlaku dlm kawasan Sardar Khan.....konpem semua rap ...

sejahat2 sadar khan , diorg takkan ganggu kaum pompuan
tp geng sultan dah melanggar taboo tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 08:55 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 25-1-2013 02:23 AM
Hahaaa...sila...sila....

Btw, dua scene kat bawah ni sangat hillarious :-

lupa nak review..

utk part 2 aku bg 8.8/10...so average 7.9/10...

part 2 ni aku plg suka wtk faisal khan....nmpk mcm biasa, tp "cool"
the whole part is interesting...boleh dikatakan dh fhm ape yg berlaku sbb dh explen dlm part 1

tp yg musykilnya bg aku, anak-anak sadar khan ini mmg ada 5 kan?

1. nagma (4 anak)
(a) abg sulung yg nmpk plg lembik, suka bertoleransi, fragile tp semangat tinggi
(b) faisal khan - aslnya memberontak sbb ternampak mak main seks ngan penjaga rumah tp akhirnya turut kata mak take over family matter, cool, bloodlust
(c)  missing brother?? (scene1: mase 3 beradik kecik ade tunjuk yg nagma mengandung which i guess anak die ke-4, scene 2: 2 beradik faisal dan abg sulung berborak di luar rumah, mak tgh sikat rambut 2 beradik kecik)
(d) perpendicular - cruel, hanya tau guna nama abg tuk dptkan personal gain

2. durga(1 anak)
(a)definite khan


anak ke-3 ni pi mane?
mati ke?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 08:56 AM | Show all posts
ker anak ke-3 ni dibunuh faisal sbb die rase hasil hubungan mak die ngan penjaga rumah tu?

sbb rasenye bapak die pulang 3-4 tahun lepas faisal khan lahir, dan kembali a time frame sblm nagma mengandung anak ke-4... Last edited by dauswq on 31-1-2013 08:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:52 AM | Show all posts
dauswq posted on 31-1-2013 07:41 AM
part 1 mmg takkan dpt yg high quality...

kau download jek mane2...

yang mana mana tuh pun aku tak jumpa.. even yang low quality pon..

tlg bagi link, tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 09:57 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 31-1-2013 09:52 AM
yang mana mana tuh pun aku tak jumpa.. even yang low quality pon..

tlg bagi link, tq

KLIK SINI (torrent)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2013 10:54 AM | Show all posts
dauswq posted on 31-1-2013 08:55 AM
lupa nak review..

utk part 2 aku bg 8.8/10...so average 7.9/10...

tak brapa ingat tapi jangan2 budak tambahan tu anak kepada sepupu Sardar Khan kot? Or anak Nagma yg lain tu tak ada peranan penting utk diceritakan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:59 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 31-1-2013 10:54 AM
tak brapa ingat tapi jangan2 budak tambahan tu anak kepada sepupu Sardar Khan kot? Or anak Nagma y ...
tapi jangan2 budak tambahan tu anak kepada sepupu Sardar Khan
aku rase tak kot...klu tak, ramadhir singh takkan ckp anak sadar khan ade 5 lepas die plot bunuh sadar khan

tp kemungkinan yg budak tu anak nagma ngan pak cik penjaga rumah tu adalah tinggi..
so faisal khan bunuh die kot tu bile die  membesar sbb tak diceritakan psl watak die pun hatta mase rumah diorg kena ambush tempoh hari...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2013 11:00 AM | Show all posts
klu tak, mesti watak adik lelaki ke-3 tu tolong jgk abg die faisal khan dlm kesusahan...
ni watak definite, anak org lain plak dihighlightkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2013 12:00 PM | Show all posts
dauswq posted on 31-1-2013 10:59 AM
aku rase tak kot...klu tak, ramadhir singh takkan ckp anak sadar khan ade 5 lepas die plot bunuh s ...

Kalau mcm tu aku rasa anak lagi dua tu takde isu sangat nak diceritakan kot? lagipun filem ni based on true story...watak2 tu smua based on org betul kecuali jalan cerita n plot ubah sikit la....nama pun ubah dari nama asal....Faizal Khan yg sebenar nama apa tah (boleh refers pada wikipedia) tu tak mati pun, dia dlm jail skrg ni...n dia tak pernah sembelih si Fazlu (pun bukan nama sebenar) pun....dlm wiki cakap dia n yg jadi watak fazlu tu adalah kawan masa zaman kecik yg bertukr jadi musuh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 12:04 AM | Show all posts
aku baru dapat part 1 700mb, part 2 900mb dlm format mkv.

esok baru tengok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa ni kat Mumbai 3 hari lepas, terus sambar wat souvenirs utk member...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2013 10:54 PM | Show all posts
Kawan aku yg baru tonton dah siap tulis review, link asal kat sini:-

http://tontonfilem.blogspot.com/2013/06/gangs-of-wasseypur-2012-hindustan-baharu.html

Gangs of Wasseypur (2012): Hindustan Baharu

Kini, aku percaya, filem Hindustan merupakan suatu kuasa yang tidak boleh dipersendakan lagi.

Filem ini menaburkan buktinya.

Aku mengaku, aku bukan peminat Hindustan. Sewaktu era Shah Rukh Khan berkuasa dengan filem entah apa-apanya, dengan sekejap bakar mayat bini lepas tu anak siap baca Quran, dan selepas itu berorgi mak ayah adik tiri awek dengan air mata, zaman tu aku serius tak ambil pusing.

Aku "mengambil" penghormatan bersama-sama kawan aku, Gaia, dan kadang-kadang bersama Kekure kerana kegilaan kami menonton apa-apa wayang, malah Cap Square merupakan Mumbai kecil yang memberi kami ruang itu. Era itu, aku suka selongkar filem-filem Tamil yang aku jauh lebih terpegun dan suka daripada Bollywood.

Lalu, filem ini datang, Gaia membelinya, yang mula-mulanya aku ambil dengan "kritis" dahulu. Yeap. Filem ini garuda terhadap kehadirannya dalam filem Hindustan (atau antihindustan, aku akan ke situ). Filem ini panjang, kurang sikit daripada Voyna i mir Bondarchuk sampai penerbitnya terpaksa potong dua bahagian sebab, orang India ni tak suka tonton panjang-panjang (walaupun filem lazim Hindustan tiga jam, mesti mereka siap sembahyang dalam wayang), tengoklah, hanya di panggung sana saja yang masih kekal jeda selingan (intermission) selepas sejam lebih sebuah filem (waktu tu kau boleh minum, makan, kencing, lepak luar, hisap rokok, solat dan konxxxk).

Filem ini ada "empat generasi" mengalahkan The Godfather (filem Cappola tu tiga generasi), menyampaikan dalam cangkuman utama filem tentang konflik "peperangan" dua puak terbesar yang tinggal di daerah Wasseypur antara Qureyshi dan Khan.

Filem bermula dengan satu babak yang aku boleh katakan, merupakan babak paling penting dalam sejarah filem Hindustan pada mana-mana era. Kita lihat, sebuah TV menayangkan "drama" (ingat filem ke TV!) Hindustan yang "komersial", terhimpunan satu "keluarga" menontonnya (klasifikasi U?) lalu tiba-tiba TV itu meletup (rujuk Twin Peaks: Fire Walk With Me) ditembak oleh kumpulan gampang Qureyshi (waktu itu, kita tidak tahu lagi). Ah, satu penanda, ini anti-Hindustan?! Semua orang dipaksa "tutup kedai". Ini kawasan "Khan"! Secara sinis, Kasyap sedang "menutup" TV ataupun filem Hindustan yang "klise" kita kenal, kita tahu ini bukan filem main-main. Kedua, rujuk lagu dalam kredit awal drama itu, drama tentang keluarga yang sedang mengajak penonton "mengenali" dan bermesra dengan mereka. Ini "jemputan" Kasyap kepada penonton Hindustan amnya yang "tidak mahu berubah", yang juga memberi tanda bahawa ini sebuah filem "keluarga" dari erti kata "keluarga mafia Khan", dan akhirnya kita sedar, kita akan "bermesra" merasai "sedikit" rasa ranggoli tersebut (yang tidak pernah disampaikan begitu).

Aku tidak berapa suka dengan Bahagian 1 filem ini, panjang, dan terlalu berleka-leka merenung suatu imej (image drooling). Terdapat rujukan demi rujukan filem Hindustan era 50-an hingga 80-an. Dan keluarga Khan, khususnya Faizal Khan (lakonan paling mencengkam dan menakutkan daripada Nawazuddin Sidiqqui, beliau seharusnya dimasukkan dalam kanun pelakon samseng terbaik) menjadi "perujuk" (walaupun ayahnya turut menggunakan eskapis tersebut) pada alam eskapis berserta "bakal isteri"nya. Beberapa filem Hindustan terkenal disentuh, khusus era "Hang Jebat" Amitabh Bachan.

Begini. Ada satu dialog penting yang diutarakan oleh Ramadhir Singh, si politikus kepada Shamsad Alam (seorang lelaki baharu yang masuk ke dalam sindiket, orang bawahan Khan yang kemudiannya berpaling tadah kepada Qureyshi) yang menyebabkan segala peperangan "sunyi" tiga segi Singh-Khan-Qureyshi. Beliau "mengajar" Shamsad bahawa kalangan Khan akan "mati" sebab mereka "terleka-leka" dengan filem Hindustan, terpesona dengan idola wayang gambar dan ingin menjadi/menyalin lambang idola mereka (idola di sini bermakna dewa, juga "glamor") sedangkan dunia realisme tidak begitu (kita manusia, bukan dewa). Ini suntikan paling tajam terhadap eskapisme Bollywood. Kita sekarang secara tidak langsung "faham" mengapa dalam Bahagian 1, Kasyap terlalu "berleka-leka" dengan dadah Faizal, wayang dan rujukan tarian dan nyanyian Bollywood dalam dunia Khan. Begini, jika kita teliti, walaupun Bahagian 1 itu semacam tragedi (yang kita akan fahami akan berlaku berterusan seperti kitaran roda), ia dibikin dengan romantis (rujuk walaupun kompleks perhubungan Sardar Khan dengan dua isterinya, Nagma (Islam) dan Durga (Hindu), ia tetap menyampaikan khalayan denyaran Bollywood di mata Sardar terhadap, khususnya Durga yang meragut nafsunya). Kita juga dapat mengenali bagaimana kisah berkenaan orang-orang kecil semacam pejuang/lanun Robin Hood negara, menggerakkan semangat (rujuk kembali: romantisme) membalas dendam (rujuk, ini tipikal semangat Bollywood, rujuk filem-filem Bachan era awal) yang akhirnya menjadi "samar-samar" kerana kompleksiti "kuasa". Kuasa menjerat matlamat awal Khan. Dengan kuasa, dalam politik, Khan menjadi "lumpur" dan seperti Ramadhir katakan: "Terkhayal".

Kononnya, hanya Ramadhir yang "tidak khayal", si patriakh yang mengawal segala ekuilibrium kuasa politik wilayah tempatnya (dengan bantuan kuasa bawah dua puak tersebut). Dia langsung menyatakan dalam Bahagian 2: "Akulah godfather sebenar!" Bang! Kita akan menyedari bukan sahaja ini menampar Micheal Corleone tetapi menyatakan dengan berani (lebih berani daripada Rajneeti) siapa "bapak" penyangak sebenarnya di tanah India (mahupun dunia!)

Kerana itulah, seakan-akan Bahagian 2 "menebus dosa" Bahagian 1 yang "berleka-leka". Gaya pun berlainan. Bahagian 2 bergerak laju, intrig dan penuh muslihat. Sedikit demi sedikit, pesonaan Hindustani tersebut menjadi kurang dan gelap dan gelap, langsung pada babak penyerbuan puak Qureyshi terhadap rumah Khan yang kita sedari berlaku dalam Bahagian 1. Pada beberapa tahap ini, kita yang terleka dengan perwatakan setiap keluarga Khan, yang samseng dan matriach, mula meletak "simpati" terhadap bahu Faizal Khan. Malah, Faizal yang kita "takut" sebelum ini, kita rangkul (ingat drama TV tadi?) untuk "membantu" dia menyelesaikan khayalan/harapan Bollywoodnya ala Bachan. Ya, kini, setelah seakan-akan filem ini menyindir Bollywood, ia memberi kita sokongan untuk sang anti-wira Bollywood itu melangsaikan hutangnya yang kita tunggu-tunggu dalam Bahagian 1. Lalu terjadilah suatu Woo bertemu Tarantino yang sejati pada klimaks (yang aku tidak akan nyatakan). Malah bagi aku, terlalu genius, aku terlopong akhirnya.


Filem ini digerakkan dengan naratif Nasir, pak cik Faizal (pembantu Shahid dan Sardar Khan) yang pada mulanya, kita rasa canggung kerana filem ini bergerak dengan "penceritaan" ala Wayang Kulit yang kadang-kadang tampak melewah pada dialog. Namun kita menyedari, pada akhirnya, ini merupakan "doa taubat" panjang si Nasir memohon cucu seterusnya dalam keluarga Khan "keluar" daripada sumpah dunia samseng Wasseypur (namun jika kita pegang semangat realistik Singh, hal itu tidak akan terjadi). Hal ini kerana Nasir telah melakukan suatu "dosa" yang menjadi "mimpi ngeri" seluruh hidupnya. Kengerian inilah disampaikan kisha panjang ini, seakan-akan melanggar "mimpi manis" yang diberikan oleh Bollywood sebelum ini (dan masalahnya, mimpi ngeri ini tidak kunjung selesai walaupun Nasir sudah mengucapkan "taubat"nya pada akhir filem)!

Filem ini bukan sahaja patut ditonton atas nama filem "gangster" dan sememangnya bagus dalam genre ini, tetapi berkenaan keinginan filem Bollywood itu sendiri berubah namun menyedari tempat dan makna dirinya, juga kritikan politik paling tajam berkenaan strata politik secara luas, dan paling mengejutkan, kerana filem ini seakan-akan melakukan homaj terhadap sejarah filem Hindustan, ia juga melakukan penghormatan kepada makna sejarah: Sejarah akan sentiasa berulang-ulang sehinggalah mereka menyedarinya. Inilah titik sebenarnya doa Nasir kepada Allah (lantas sudah tentu buat anak Faizal, lantas sudah tentu kepada generasi muda) yang disampaikan untuk penonton India BANGKIT dan SEDAR akan KELEKAAN mimpi/eskapisme Bollywood/ mainan mimpi para politiknya / kesakitan yang dihadapi India kerana sejarah karmanya yang panjang. Bangkit ini merupakan keberanian yang sebenar dan menyentak sulbi makna filem dan kefahaman pengalaman "berwayang".

Lakonan filem ini pada tahap tinggi yang tidak pernah kita akan tonton dalam sesebuah filem Bollywood. Aku serius suka beberapa, namun Sidiqqui menjadi teraju utama yang aku hormati. Manoj Bajpai yang menghidupkan semangat Sonny Corleone juga menarik dan berkuasa, merupakan teraju utama filem pertama. Pelakon wanitanya turut diberikan suara dan ini sesuatu yang hebat dalam sebuah filem yang selalunya lelaki. Khusus Nagma sebagai penanda "Mother India-Khan" terhadap pelbagai simbol seks lain yang hanya menjadi tempat "bergaul" golongan lelakinya. Nagma yang ditengah-tengah seakan-akan ruang mengisi segala sakit keluarga tersebut (yang dia sendiri deritai kerana dimadukan), mengimbangi baik-jahatnya kerana Nagma sememangnya seorang pejuang, niat menolak cara. Aku juga terkejut dengan keberanian Kasyap menyampaikan satu "subtle image" golongan homoseksual yang dibawa oleh Shamsad Alam. Ya, rujuklah babak tarian bersama mak nyah tersebut dan bagaimana Shamsad tidak kahwin-kahwin dan dipermain-mainkan kejantanannya.

Lagu-lagunya panjang dan sengaja mengada-ngada pada Bahagian 1 dan kemudian menjadi lebih tampak pada Bahagian 2, dan memberi ruang senyap pada bahagian-bahagian betul dalam beberapa babak penting. Sinematografinya hebat, khususnya pada Bahagian 2 yang khusus pada bahagian tembak-menembak dan pelarian Faizal yang panjang. Suntingannya memang sudah disengajakan begitu, leka dan kemudian mengejut dan kemudian pesona. Pengarahan seninya berkuasa. Dan paling aku suka, latar suaranya, yang jelas mencapai tahap profesional tinggi. Malaysia perlu belajar menyunting dan mengadun suara seperti ini.

Filem ini dengan beraninya melanggar kebiasaan bahasa standard Hindi dengan beberapa slanga serta beberapa bahasa lancang dan kotor dalam India.

Sebuah filem "Hindustan" wajib tonton.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 03:48 PM | Show all posts
Korang kena tengok movie The Conjuring. Lagi takut dari Paranormal Activity. Trailer and review kat bawah:

http://hazemanhuzir.blogspot.com ... m-seram-paling.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.109072 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list