CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: acura

Opinion All About SPR - [merged : everyone]

[Copy link]
Post time 25-11-2007 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by kermittx at 25-11-2007 10:02 PM
tapi nak pinda perlembagaan ikut Al-Quran tak mahu pulak ye


Kitaorang malaun terpimpin susah nak cari makan kalau perlembagaan ikut Al Quran...
tak boleh kaut harta rakyat...
takboleh buat berzina...
tak boleh berjudi...
tak boleh tonggang arak....
tak boleh tak boleh tak boleh....ala leceh la korang ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 12:40 AM | Show all posts
Aku ingatkan Constitution nie payah giler nak pinda...

tapi oleh kerana seekor manusia senang pulak cadangan utk memindanya......... zolim zolim
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 08:51 AM | Show all posts

pendapat tentang SPR

pasai tak silap aku dah empat lima pilihanraya masih tetap dia pengerusinya .

apa pendapat korang  ?? dulu pon dah ada saranan mana2 ketua jabatan ditukar

termasok pon polis ditukar bagi mengelaknya budaya kronisme .

tambah lagi kelemahan2 yang ada termasok yang dia sendiri akui terkedapatan

pengundi hantu dan juga keputusan2 makhamah yang menunjukkan kelemahan

pihak yang memantau perjalanan pilihanraya ini .  satu lagi aku percaya badan ini sepatutnya

bebas dari sperkulasi2 burok kerana secara tidak langsong ianya adalah badan tertinggi bagi menentukan

kerajaan yang ada .

-   jadi apa pendapat anda  ??

[ Last edited by  dexa at 1-1-2008 07:31 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 09:10 AM | Show all posts
AKU RASA KALAU SI PENGERUSI TUA TU DITUKARKAN TENTU ENVIROMENT DALAM SPR TU BERUBAH.   SELAGI DIA KAT SITU AKU RASA SAMPAI BILA PUN MACAM TU LAH..............
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 09:13 AM | Show all posts
Mmg ptut dia ni mngundurkan diri sbb dah trlalu lama kat situ. Msalahnya org yg
lama sght kat stu2 jwtn, dorg ni naik tocang, smakin ego solah2 dorg je yg blh
buat kja tu. Mulalah buat knyataan yg tah apa2 mcm kosa ditangan dia. Klu dia tk nak
brenti, krjaan tk yah nak smbung lgi, bgi kat org len pla.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 09:22 AM | Show all posts
muahaha
same la dengan samy vellu
patut ditukar la
dh lame dah
selagi x tukar, negara kita xkan berubah
mcm 2 je la
beri la peluang kat org laen
mungkin ade yang lebih baik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2007 09:28 AM | Show all posts
Rashid tu dah lama xpired ... tapi yg akan menggantikan dia pon rasanya sepesen gak kot. Musti umno totok... so pi mai pi mai tang tu ... tarak beza pada aku. :kant: :kant: :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 09:28 AM | Show all posts
sepatutnya dah lama dah dia meletakkan jawatan tu sejak dia dah tak boleh nak unbias kat mana2 parti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 09:42 AM | Show all posts

Reply #1 dess402's post

bukan baru sekali ker dia jadi Pengerusi?

masa 1999 rasa2nya bukan dia jadi Pengerusi, dia Timbalan jer

lagipon, tarikh luput dia dah nak abis dah pon, Disember ni sebab tu BN nak pinda perlembagaan supaya umur Pengerusi dilanjutkan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:01 AM | Show all posts
kalau tukar, akan dilantik yang macam tu jugak ie yang memihak kepada parti memerintah..yang penting macam mana nak lantik yang betul-betul independent.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 28-11-2007 09:42 AM
bukan baru sekali ker dia jadi Pengerusi?

masa 1999 rasa2nya bukan dia jadi Pengerusi, dia Timbalan jer

lagipon, tarikh luput dia dah nak abis dah pon, Disember ni sebab tu BN nak pinda  ...
kalau dpt kelulusan nie memang nampak sgtlah yang SPR dgn BN nie memang berkomplot..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:13 AM | Show all posts
...bukan pengerusi spr yang jadi masaalah, tapi jawatan pengerusi tu...
....sebab tempat tu di khas kan untuk lembu-lembu sahaja...kalau lembu yang ini keluar, maka di ganti dengan lembu yang baru, tak ada beza pun...


...yang patut di 'overhaul' adalah spr itu sendiri......
Reply

Use magic Report

keptenmarbel This user has been deleted
Post time 28-11-2007 10:44 AM | Show all posts
SPR patut hentikan pendaftaran hantu2 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:47 AM | Show all posts
before ni dia S/U aje..
baru sekali dia jadi pengerusi rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:48 AM | Show all posts
patut ubah untuk tetiap penggal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 10:49 AM | Show all posts
ini rashid yg cakap air liuq kuar tersambur2 kaaaa...????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 10:54 AM | Show all posts
Kalau tukar ngan sapa pun takde gunanye selagi BN berada dibelakang SPR...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2007 08:10 PM | Show all posts

Anwar tunjuk bukti kepada PM, SPR

enipuan pilihan raya, Anwar tunjuk bukti kepada PM, SPR
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Nov 28, 07 | 1:24:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan berlakunya penipuan dalam perjalanan pilihan raya di negara ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Sambil melaungkan kekecewaan terhadap pemimpin Islam Hadhari itu beliau menyatakan bahawa penafian berterusan ini hanya akan menjejaskan imej Malaysia.

Anwar berkata demikian ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.Turut serta ialah, Pengerusi Mafrel, Abdul Malik Hussin dan Pegawai Khas Anwar, Din Merican.

Ini buktinya!

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengemukakan dokumen-dokumen yang disebut sebagai bukti yang baginya 'mustahil' bagi SPR dan PM tidak mengetahuinya.

Anwar mendakwa telah menyerahkan satu surat kepada Perdana Menteri pada Jun 2006 berhubung bukti penyelewengan pilihan raya beserta laporan 'Sham Democracy' yang dibuat KeADILan mengenai penipuan pilihan raya 2004.

Laporan tersebut disokong dengan bukti yang telah pun ada dalam pengetahuan SPR sendiri seperti daftar pemilih yang tidak bersih dan tempoh berkempen pada pilihan raya 2004 yang paling pendek dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Anwar melampirkan bukti-bukti yang baginya adalah satu alasan kukuh SPR dan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi perlu melihatnya dengan serius dan melakukan perubahan segera.

Antara bukti yang dinyatakan Anwar ialah :

1 : Pada tahun 1999, SPR mendakwa mereka tidak 'mempunyai masa yang mencukupi' untuk meluluskan daftar pengundi yang mendaftar pada Mei untuk pilihan raya yang berlansung pada November.Kelulusan katanya mengambil masa tiga bulan.Ini jelas sekali satu usaha yang terancang untuk menafikan seramai 680,000 pengundi baru ketika era reformasi (1998-1999).

2 : Pada tahun 2004, daerah mengundi tidak wujud ditemui di Parlimen Gombak, di mana wujud dua daerah mengundi dengan nama yang sama (Kemensah 098/18/04) tetapi memberikan dua keputusan yang berbeza.

3 : Pada tahun 2004 juga, rekod mencatatkan Ali Bin Omar (No.K/P 280903-02-5057), iaitu bapa kepada pemimpin KeADILan, Azmin Ali yang telah meninggal dunia pada tahun 2001 hadir mengundi pada tahun 2004 dengan mengundi BN.

4 : Pada pilihan raya 2004 juga, 37.6 peratus daripada pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai didapati mempunyai alamat yang tidak boleh dikesan.Menurut daftar pengundi seramai 141 pengundi mendaftar di satu alamat iaitu di sebuah kedai kecil beratap zink di lot 4742 Bukit B, Kampung Kerinchi.

5 : Pada pilihan raya kecil Dun Ijok, sebanyak 142 kertas undi tidak dipulangkan dari Peti Undi 4 daerah mengundi di Pekan Batang Berjuntai Bestari Utara.

6 : Oktober 2007, di kawasan Parlimen Ipoh Timur yang merupakan kubu kuat DAP, didapati wujud 8463 pengundi baru dalam kawasan itu dalam masa hanya tiga bulan sahaja.Sebelum ini Parlimen tersebut mempunyai 48,000 pengundi berdaftar dan pembangkang memenanginya dengan majoriti 9774 undi.

SPR dan PM tahu?

Bagi Anwar, semua bukti ini sebenarnya diketahui SPR dan pembangkang antaranya PAS, DAP dan KeADILan telah beberapa kali menyerahkan laporan penyelewengan kepada SPR.

Namun kata Anwar, semua laporan itu tidak dijawab oleh SPR sebaliknya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rahsid Abdul Rahman menyatakan bahawa 'tiada bukti'.

Menurut Anwar, 100,000 rakyat baru sahaja melepaskan rasa tidak puas hati mereka pada 10 November lalu bagi membantah penyelewengan pilihan raya, tetapi kerajaan masih meneruskan reaksi angkuh mereka meneruskan penipuan yang ada.

"Kami menuntut penilaian penuh dasar dan prosedur SPR agar mereka menepato tahap ketelusan antarabangsa sebelum berlangsungnya pilihan raya umum akan datang," kata Anwar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 08:20 PM | Show all posts
Adakah akan disiasat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 08:20 PM | Show all posts
100000 pendatang asing...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091836 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list