CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kunang_kunang

Noraniza Akan Saman Mastura - Kalau Nak saman, Samanlah! (Updated)

[Copy link]
Post time 15-1-2010 01:04 PM | Show all posts
59# nana_nofat


dua-dua bangang ......... noraniza dan wartawan ni.......... tapi betul ke bersama only 18 tahun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 01:08 PM | Show all posts
kah kah kah
leh eks tajuk lagu pancut
i loikeeeeeeeeeeeeee

kak ani nih tak dek duit sgt ker asik nak saman2 jerk
mintak ler kat sani nun
songeh_jer Post at 15-1-2010 12:22


sani pun tengah fenin kes  bas dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 01:19 PM | Show all posts
patut laa sekarang jalan terkemut-kemut.. sakit buntot ropanya kak ani nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:22 PM | Show all posts
kawen dgn fareez baru 18taun tp ade anak umo 21 n 17..
nana_nofat Post at 15-1-2010 12:26


Aku baru nak tanya soalan yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:38 PM | Show all posts
Aku baru nak tanya soalan yang sama
MerryPropa Post at 15-1-2010 14:22

vvvvvvooooopppppppppppppsssssss
mathematic tak pass ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:53 PM | Show all posts
mcm2 la...:geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 03:14 PM | Show all posts
rasanya dia malu kat orang kat...ingat dapat kawin ngan orang berpangkat....... ingatkan kaya raya dan bermaruah...rupanya nan adoooo....

punyala dia cover naper dia cerai ngan mamat sekor  ...
mauminumapa Post at 15-1-2010 12:41 PM


Tu la nak kaber bagai, mcm la laki dia masa tu spesel sangat, tau2 haprak.  Kalau diikut2kan pun yang aku tau la, tak de sorang artis pun yang kawin dengan orang berpangkat  yang bermaruah, kalau bermaruah diorang ni tak kan tergila2kan artis dan sanggup curang dengan bini yang ada...... bagi aku sumanya kaki kelentong.... yang artis nya pula suma nya gila pangkat, duit dan harta..... main hantam je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:56 PM | Show all posts
kawen dgn fareez baru 18taun tp ade anak umo 21 n 17..
nana_nofat Post at 14-1-2010 21:26


cuba kira betul2....betul le tu....
dh dorang cerai tahun 2006....umur anak tu untuk tahun ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 04:05 PM | Show all posts
aku x rase mastura tu  asyik sebot nama dia..wartawan la tulis..nak sensasikan cite..aku kenal mastura ni..sekelas adek aku masa kat perak dulu..adek badek dia sume cantik2..bapak dia imigresen kat pengkalan hulu,perak..kategori agak sosial la jgk si mastura ni..dtg sekolah pon sesuka hati..adek badek pon perangai lebeh kurang sajork...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 04:31 PM | Show all posts
tapi mmg dia bekas bini jantan tu kan?????doh apasal plak nak saman???? i tak faham la....bende betol yg disebut matter of factly.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:35 PM | Show all posts
15# UmiFikri


assume je......... hanya dia tau betul ke tidak kan....... masa tu katanya stress kan, kawin pun macam nak solved problem.........
chempaka_ku Post at 15-1-2010 07:44


ye lah..kiter cume leh agak je knp dia pakai mcm tu..mungkin masa die sdg stress dgn pelbagai masalah,die rasa hanya
dgn cara m'dekatkan diri kpd Allah esp dgn cara b'pakaian muslimah (mula2 je...skrg ni b'pakaian ala2  kadar @ konon2 cukup2 syarat w/pun....) die rasa boleh tenangkan diri & bantu solve problem die....
tp syg niat dh bagus tp cara die b'pakaian skrg tk m'halalkan matlamat die....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 06:39 AM | Show all posts
aku x rase mastura tu  asyik sebot nama dia..wartawan la tulis..nak sensasikan cite..aku kenal mastura ni..sekelas adek aku masa kat perak dulu..adek badek dia sume cantik2..bapak dia imigresen kat pe ...
cmf_roll_vT Post at 15-1-2010 16:05



pesal gambar kat paper tu x lawa pun mastura tu. nmpk tua dr umur dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 06:43 AM | Show all posts
DR PAPER UTUSAN HARI NI

Malu sepanjang hidup

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Terbaru, kisah bekas madunya yang masih muda dan berkulit cerah bernama Mastura Bakar, 23, menjadi bualan. Wanita yang berasal dari Pengkalan Hulu, Perak ini memecahkan kubu rahsia yang selama ini disimpan baik daripada pengetahuan ramai. Cerita perkahwinan yang selama ini enggan didedahkan kepada orang ramai bukan menjadi rahsia lagi.

Ingat lagi pada awal tahun 2008 lalu, selepas terbongkar cerita perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Noraniza bertindak bijak. Tidak sesekali membuka mulut bercerita tentang kisah rumah tangganya. Dia enggan berbicara lanjut mengenai rumah tangganya, bagaimanakah pertemuan dengan lelaki itu dan apa yang membuatkan Noraniza terpikat dengannya.

Bicara ringkasnya dalam setiap temu bual bersama media ialah banyak hati yang perlu dijaga. Maklumlah Noraniza berkongsi kasih, dalam kata mudah, bermadu. Lantas, mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Bagaimana pun, kenyataan Mastura baru-baru ini membuat hatinya membara. Mastura sengaja menyingkap galeri rahsia dan mengungkit semua peristiwa yang berlaku antara mereka bertiga - Noraniza, Mastura sendiri dan bekas suami mereka, Datuk Muhd. Mustaffa Idrus, 65.

Mastura mendedahkan bahawa suaminya bukan seorang adil dalam berpoligami dan suka berfoya-foya. Dia juga mendedahkan semua keaiban dan kelemahan yang sepatutnya disimpan oleh seorang wanita yang pernah menjadi isteri yang sah terhadap seorang suaminya kepada khalayak umum.

Dalam pertemuan bersama Pancaindera di Subang Jaya baru-baru ini, penyanyi yang membahasakan dirinya sebagai Kak Ani mencurahkan segala kekusutan yang melanda. Rasa malu yang ditanggung selepas masyarakat mendapat tahu tentang siapakah madu dirinya. Kesan psikologi dan juga menjejaskan hubungan dengan kedua-dua anaknya, Mohd. Alif Haikal, 21, dan Mohd. Alfeq Haikal, 17, yang turut terkena tempias selepas berita itu menjadi bualan orang ramai.

Penyanyi lagu Enjut ini juga berharap kenyataan tanpa berselindung ini dapat menjernihkan semua keadaan apabila sebelum ini ada pihak yang menuding jari ke arahnya menuduh dia sepatutnya dipersalahkan. Ikuti luahan hati Noraniza ......

Perkahwinan rahsia di Songkhla

Noraniza yang selama ini sukar membuka mulut tentang misteri pernikahan keduanya, kali ini mahu bersikap lebih terbuka. Bagi dirinya, selama ini dia berusaha sedaya upaya untuk menyimpan segala ‘kejadian’ pelik dan aneh dalam rumah tangganya itu. Tetapi dek kerana sikap pihak lain, dia akhirnya memilih berterus terang saja.

“Itu adalah perkahwinan kedua Kak Ani dengan Datuk Mustaffa. Pada mulanya Kak Ani tidak terfikir untuk melangsungkan perkahwinan selepas bercerai hampir tiga tahun dengan Fareez.

“Sungguh, soal perkahwinan bukan menjadi tajuk utama selepas berpisah dengan Fareez. Biarlah ia berlalu dengan sendiri kerana Kak Ani reda dengan takdir Ilahi. Kak Ani yakin ini adalah bahagian Kak Ani dan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

“Bagaimanapun, Tuhan sekali lagi mahu menguji Kak Ani. Pertemuan dengan Datuk Mustaffa dalam satu majlis, mengetuk pintu hati Kak Ani untuk bersuami kembali. Keikhlasan dan ketulusan yang ada pada lelaki berkenaan benar-benar menawan hati. Dari sinar matanya, Kak Ani tahu betapa dia jujur dengan kita.

“Kami bertemu tidak lama dan entah bagaimana Kak Ani menerimanya dalam tempoh masa yang sangat cepat. Mungkin disebabkan Kak Ani memerlukan seorang lelaki dalam hidup. Seorang lelaki yang dapat membimbing kita dan menjadi peneman suka-duka serta menjadi tempat mengadu kita.

“Gerak hati yang terlalu kuat menyebabkan Kak Ani dengan Datuk Mustaffa berkahwin di Songkla, Thailand pada 3 Februari 2008 lalu. Tiada siapa yang tahu tentang perkahwinan tersebut. Adik-beradik Kak Ani pun tidak diberitahu dan hanya mengetahui tidak lama kemudian. Mereka tidak berkata apa-apa. Anak-anak pun sama. Kak Ani memberitahu mereka dan nampaknya mereka tidak membantah malah mendoakan rumah tangga baru Kak Ani.

“Selepas berkahwin, kami tinggal bersama di rumah Datuk Mustaffa di Pulau Pinang. Kak Ani jalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti biasa. Membuat kerja rumah dan melayan suami. Tidak dinafikan Datuk Mustaffa adalah seorang suami yang penyayang dan tidak pernah membezakan kasih sayang dengan madu-madu yang lain. Kak Ani juga tidak pernah berjumpa dengan madu Kak Ani. Mungkin ketika itu masih terlalu awal lagi.

Bahagia hanya 12 hari

“Selama 12 hari usia perkahwinan kami, memang tiada ada masalah. Kak Ani melayannya dengan baik. Begitu juga dengan Datuk Mustaffa. Kami solat, makan dan membuat kerja rumah bersama. Tiada sebarang keanehan.

“Bagaimana pun, dua minggu kemudian, Datuk Mustaffa amat berlainan sekali sikapnya. Dia bertindak pelik, berperangai keanak-anakkan. Tiap-tiap pagi dia menangis dan menyebut nama ‘Mas’. Kak Ani terpaksa memujuknya seperti budak kecil. Dia juga suka mencium-cium baju, kain, kusyen dan apa sahaja yang berkain dengan menyebut nama Mas. Dia juga mahu Kak Ani bawa dia berjumpa dengan wanita bernama Mas.

“Kak Ani tiada pilihan lain. Selepas menyuap makanan, Kak Ani meminta nombor telefon Mastura. Kemudian berbicara sebentar dan dengan kerelaan hati Kak Ani bawa Datuk Mustaffa berjumpa dengan Mas. Sejak itu, Kak Ani tidak berjumpa dengan Datuk Mustaffa lagi.

“Rumah Kak Ani juga pernah digeledah dan Kak Ani dapati semua barang-barang Datuk Mustaffa sudah tiada. Kak Ani cuba menelefon Datuk Mustaffa tetapi dia tidak dapat dihubungi. Kak Ani sedih dan cuba mencarinya merata tempat. Akhirnya dapat menemui Datuk Mustaffa di rumahnya di Bertam, Kepala Batas. Kak Ani menangis di hadapannya dan minta dia kembali kepada Kak Ani. Malangnya dia tidak mahu dan minta Kak Ani pulang.

“Keadaan semakin keruh apabila terdapat ‘kesepakatan’ antara Datuk Mustaffa dan Mastura yang mahu semua barang perkahwinan Kak Ani dipulangkan terutama barang kemas. Kak Ani enggan memberinya kerana merasakan itu adalah maruah paling berharga buat diri ini. Kak Ani buat banyak solat hajat meminta agar diberi petunjuk tentang keputusan yang paling tepat.

“Akhirnya, pada 25 Mac 2008, Kak Ani menerima SMS daripada Datuk Mustaffa mengatakan : Ani, pulangkan semua barang kemas kalau tidak jatuh talak satu. Alhamdulillah Kak Ani menemui jawapan kepada persoalan yang selama ini Kak Ani puas fikirkan. Kak Ani beritahu abang di Johor dan seorang ustaz. Mereka mengesahkan Kak Ani sudah jatuh talak.

“Berakhirlah episod perkahwinan kedua Kak Ani. Tanpa membuang masa, Kak Ani mengemas semua barang di rumah Pulau Pinang dan kembali ke Kuala Lumpur pada 1 April 2008. Tiada siapa tahu tentang perceraian itu dan Kak Ani ada minta satu surat yang ditandatangani oleh Datuk Mustaffa mengatakan bahawa Kak Ani sudah bercerai talak satu dengannya.”

Siapa Mastura?

Ditanya mengenai wanita bernama Mastura yang mendedahan cerita pernikahannya dengan Mustaffa di mahkamah, menurut Noraniza dia tidak pernah mengenali wanita berkenaan.

“Kak Ani tidak pernah bertemu dengan isteri kedua Datuk Mustaffa, Mastura dan hanya berhubung menerusi SMS. Selepas gambarnya terpampang di surat khabar baru-baru ini, barulah Kak Ani tahu rupa parasnya. Secara jujur, dia adalah seorang gadis yang lurus bendul. Mungkin disebabkan faktor usia mudanya yang belum matang untuk mengetahui asam garam kehidupan.

“Kak Ani ada juga dengar beberapa cerita tentang Mastura tetapi tidak perlulah diperjelaskan di sini kerana tidak mahu memberi aib kepada orang lain. Biarlah dia dengan urusan hidupnya sendiri. Apa yang Kak Ani tahu, dia telah menimbulkan kemarahan Kak Ani dan ia bersebab. Ia berdasarkan ikatan dan hubungan antara suami dengan isteri.

“Selepas Kak Ani dan Datuk Mustaffa bercerai, Kak Ani tidak tahu apa-apa lagi tentang mereka. Kak Ani hanya uruskan diri sendiri, tetapi akhirnya dimalukan sebegini. Biar pun Kak Ani pernah menjadi isteri Datuk Mustaffa tetapi cara dia mendedahkan ‘rasa bangga’ bersuamikan lelaki yang sama, amat menjengkelkan.

“Kenapa hendak kaitkan Kak Ani yang hanya menjadi isteri selama 45 hari? Dia tidak sepatutnya mengaitkan cerita perceraiannya dengan Datuk Mustaffa dengan menumpang populariti Kak Ani. Kak Ani tahu sebagai artis, semua cerita akan dikorek masyarakat dan kesan negatifnya berpihak kepada Kak Ani.”

Mahu saman bekas madu

Berasa dirinya diaibkan sebegitu rupa, Noraniza menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mastura selepas ini.

“Kak Ani akan mengeluarkan satu surat saman malu terhadap Mastura yang mengaitkan cerita silam Kak Ani dalam urusan rumah tangganya. Dia mendedahkan keaiban Kak Ani secara tidak langsung. Ini adalah cara terbaik dalam memastikan perbuatan yang sama tidak berlaku pada masa akan datang.

“Hati wanita mana yang tidak tersentuh apabila cerita rumah tangganya yang lalu dijaja masyarakat? Kak Ani sehingga ke hari ini masih fobia dengan perkataan ‘perkahwinan’.

“Anak-anak juga menerima tempias selepas membaca cerita sebegini. Kasihanilah Kak Ani. Kak Ani benar-benar serik dan malu sejak kisah Mastura didedahkan minggu lalu, rasa terhina dan dianiayai.

“Kalau dia ada masalah dengan suaminya, kenapa perlu mengaitkan Kak Ani lagi? Kenapa? Kak Ani anggap orang seperti ini tidak bertimbang rasa dan semoga dia diberi keampunan oleh Allah,” pohon Noraniza sambil menangis tersedu-sedu.

Demikianlah cerita Noraniza Idris, merungkai segala kemelut yang bersarang di jiwanya. Apa yang diharapkan Noraniza ialah dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kes berkenaan.

Sedangkan pernikahan mereka hanya selama 45 hari, Noraniza merasakan dia tidak selayaknya mendapat aib yang sebegitu besar apabila bekas madunya itu cuba bersikap ‘menangguk di air yang keruh’.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 06:51 AM | Show all posts
68# coko

lupa pula campur tahun lepas dia cerai.......... meaning dah 2/3 tahun cerai la ye...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 06:56 AM | Show all posts
kata nak saman bagai...... ni ceritakan ke paper secara terperinci buat apa....... mastura tu logik juga sebab di mahkamah............... macam budus je dia ni...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 07:08 AM | Show all posts
aku pernah terserempak dengan kak Ani
lawa juga dia kat luar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 09:06 AM | Show all posts
apesal mekap dia macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:47 AM | Show all posts
nak saman atas dasar apa???
yg dulu engko curi laki org .. kau tak rasa apa ke?
bodoh punya artis...
dia sendiri ngaku dulu kawin ngan jantan tu
bukan atas dasar cinta
abih sebab apa yerrr??? hehehe...:re:
mungkin dia ingat jantan tu dulu kaya raya kot
ye laa kannn.. masa tu dia bermasalah ngan bisnes katanya
ada pulak datuk nak ajak kawin..
ohhh... sebelum tu bkn kah dia tak jadi kawin ngan abang askar?
hmmm... retis2...
asal nampak jalan nak hidup senang... laki org pun laki org lahh...
akhirnyaaa... nan hado...
dah tu skrg ni sibuk nak saman org lain lakk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 02:19 AM | Show all posts
story si kak ani ni mcm takde logika...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 03:05 AM | Show all posts
Kenapa suka mencari lelaki golongan AL JUBORI ek????berebut rebut pulak tu.Sy pun pelik lg hairan la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.584214 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list